Tuesday, June 11, 2013

Bersiaran Bersama Saya, 4-5 Jun 2013

Saya telah menghadiri Bengkel Tatacara & Etika Wawancara di Hadapan Kamera pada 4-5 Jun 2013. Dalam bengkel ini saya belajar bagaimana untuk menghadapi kamera, kut lah satu hari nanti ada rezeki untuk diwawancara di depan kamera kan, he he he.

Bengkel ini dijalankan di IPPTAR yang terletak di dalam RTM. Saya dapati IPPTAR juga ada menjalankan kursus untuk mereka yang berminat. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah berkenaan kerja-kerja di belakang kamera, termasuklah kerja-kerja soleh menyolek. Sesiapa yang berminat, sila tengok website IPPTAR ye.

Yang menariknya adalah kami dapat bekerja dengan celebriti. Tenaga pengajarnya adalah Yusanani Yushak, bekas pembaca TV3. Sangatlah manis orangnya.

Saya juga dapat bekerja dengan salah seorang host Selamat Pagi Malaysia, Puan Hanie Abu Hamid. Saya sebenarnya tidak kenal dia, tapi saya rasa dia sangat bagus. 

Selain daripada itu, saya juga berkesempatan bekerja dengan seorang penerbit berpengalaman ni...lupa lah pulak saya nama dia...tapi banyak perkara yang tidak pernah saya sangka akan saya alami telah berlaku...mari saya kongsikan gambar ye.


Haaa, pada hari pertama ada "Multi Camera Programme" di mana penggambaran telah dibuat dalam studio. Kami kononnya di wawancara oleh host rancangan iaitu Hanie dan ada sebanyak 3 kamera terbabit

Kami boleh memilih topik yang kami suka. Setelah berbincang dengan rakan saya, dia telah memilih subjek mengenai penjagaan anak sebagai wanita berkerjaya. Saya pulak, berlagaklah seperti saya ada anak...heeeee.

Kami telah disolekkan tau....setengok betul betul, saya lawa sikit kan? Dah tak de jerawat.

Untuk yang ni, penerbit tu kata saya bercakap lancar, tapi terlampau serius walaupun topik sebenarnya adalah sangat ringan, he he he. Mana tak serius, dalam perut ada banyak rama-rama.

The next day, we have Single Camera Programme. For this programme, there was only one camera involved.

Haaa...macam ni lah keadaannya. Saya bercakap tentang blog saya tau. Tapi saya teruk kena kritik untuk session ini sebab saya bercakap rojak dan terlampau banyak berfikir, memandang ke siling sehingga menyebabkan saya seperti juling...tak cantik langsung.

Tapi tak kisahlah kan, lebih banyak buat silap, lebih banyaklah kita belajar...

Haaa....saya sempat juga bergambar dengan Yusanani...maintain comel aja dia tu

Gambar saya di dalam tv..gegar lah pulak

Hmmm, ianya adalah pengalaman yang sangat menarik....walau bagaimanapun, bagi saya, perkara yang paling penting apabila diwawancara adalah ilmu tentang isu yang dibicarakan...yang lain-lain tu, senang aja sebenarnya...

okay lah...itu aja ...






6 comments:

  1. memang hebat juga lah Ijah, cikbib pun tak pernah terfikir yang cikbib akan mengalamai pengalaman yang macam ni...

    ReplyDelete
  2. hebat la cikbib.. saya amat kagum dgn anda....berani!. Secara jujurnya, saya xde keberanian unt bercakap di khalayak ramai even in a meeting. I wish i had that confident. uhuk... Bab-bab berkaitan public speaking ni saya lemah la.. How can i improve myself? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoooo...ini berlakon ajalah Ana..bukan real pun, tapi tetap gementar. Rasanya Ana, knowledge is the key. Bila dah tahu apa nak dicakapkan, everything will come out naturally.

      Delete
  3. seronoknya pi kursus macam ni. i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoo, kome tak yah g dah mek yah, kome memang gifted, terus pandai

      Delete