Akhirnya saya nak letakkan post mengenai trip saya ke Melaka.
Tujuan kami ke Melaka adalah untuk bercuti sebab dah lama tak pergi mana-mana...
Pagi Ahad tu, 19 Mei, saya bangun, solat. Ingat nak terus pergi tapi hubby suruh saya lari dulu atas trade mill. Okaylah, itu adalah minggu rajin dan kuat saya tau, saya achieved 22 km...tapi minggu selepas itu, saya hanya achieve 8 km aja, ha ha ha
Anyway, lepas tu kami bersiap dan keluar breakfast dan terus bertolak. Bila kami sampai di exit Air Keroh tu, hubby rasa nak pergi toilet pulak, cari-cari toilet, akhirnya kami terpergi ke Mini Malaysia/Asean ...he he..jom tengok gambar ye.
Depan pintu gerbang. Shuk has never been here, tapi saya pernah pergi waktu bujang bujang dulu...
Masuk aja, kami nampak pentas, malangnya show baru habis and another show will only start at two rasanya...oleh sebab itu, kita orang proceed ke tempat lain...
rumah pertama yang kami pergi adalah rumah Sarawak. Yang ni adalah tangga yang dibuat dari kayu balak
ada loteng, Shuk kurus, semua dia boleh panjat
Shuk main gitarrr...tali dia pun dah putus
lepas tu rumah negeri apa ntah...
rumah lain plakkk...rumah Melaka rasanya
self timer..saya dah sangat berlemoih.....
Rumah Melaka ada loteng juga..
cantik kan pemandangan kat sini..kat rumah belakang tu ada jual karipap
haaaa, karipap dia sedap. tapi kami beli seketul kecil tu aja sebab hubby kan tak bagi saya makan banyak. Kalau saya sorang yang pergi, saya beli 5 ketul kot, ha ha ha ha ha haaaaa
Ini rumahhhhh....tak ingat
Best kan rumah ini, ini tangga ke dapor
heeeee...mengenyehhhh + berlemoih
ini rumah Penang
Haaa, ada macam ini, saya tengah mengambil peluang duduk bawah kipas sebab panasssss
suka la sudut gambar ni di ambil, tapi kalau model nya lagi lawa, lagi menarik gambar ni kan...
Lepas ni kami ingat nak pergi pulak round ke Taman Asean, tapi, kami dapati yang Taman Asean tu adalah abandoned project...sedih
seperti rumah di atas ni...rasanya 95% daripada projek sudah selesai, but for whatever reason, semuanya tidak boleh dilawati
Tapi bergambar juga dengan yang ni, peramasmian oleh Mantan PM, Tun Mahathir...sedihla sebab tempat ni jadi macam ni...sayang
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir. Sampai aja di Bandar Hilir, mestilah kena cari tempat letak kereta kan. Kami pusing first time, tak de parking kosong, tapi waktu pusingan ke 2, alhamdulillah ada. Lepas tu kami naik beca...he he he...
Meriah beca tuhhh
tukang beca tu suruh kami pose camni...ikut je laaaa
gambar ni ditangkap waktu naik beca...kami nak pergi makan cendol jam besar yang fofular tu
kami dua dua pilih cendol durian. kami juga beli goreng pisang/ubi dan nasi lemak. Saya paksa hubby makan juga nasi lemak tu sebab saya takut dia pening kepala...kena paksaaaa
close up...
lepas tu kami minta China yang share table kami ambilkan gambar ni
pemandangan sewaktu minum cendol, yup, opposite the river kami nampak hard rock...
lepas minum, kami cari tukang beca tu balik...yup, tukang beca tu ambilkan gambar ni..awat saya pakai spek camtu ha?
Kami pun buat ronda keliling Bandar Hilir tu. Sekejap aja pun sebab cuaca was super hot, rasa tak sabar nak check in.
yay, boleh check in, kami pilih tinggal di Hatten Hotel. Kami pilih hotel ini sebab ianya lebih murah dari EQ dan lokasinya tak jauh dari Bandar Hilir. We planned to walk around Bandar Hilir kan...
Okay lah Hotel ini sebab ianya adalah hotel baru, cantik lagi kan. Tapi kan, dataran Melaka tu ada kerja renovasi yang berjalan, kalau di buka, lagilah dekat kami nak berjalan ke Bandar Hilir
Yup...berjalan ke bilik
Bilik kami
masuk aja, ada sofa ni, waktu jaga, Shuk spent 90% of his time here, either to read, browsing the internet or playing games. Ada tv kat sini, and another tv di depan katil
coffee bar, tak sempat pun minum
Ada dinding cermin between katil dan sofa
Shuk buka tingkap
King size bed...he he he...suka
study table and tv
view from our window
bilik air
shower, tak de bath tub
Sampai hotel, saya pun mandi, solat dan ganti baju. Lepas tu lelap lelap kejap dan keluar. Kamipun jalan kaki menuju ke Afamosa...sebenarnya tak jauh, tapi saya pakai kasut yang salah...kaki saya ni memang kena pakai kasut yang sesuai
Tengok muka tu...memang tak ceria tahap gaban...hiks
candid shot..saya duduk sat kat situ, lengoh kaki den
hikssss...si tembun...insya allah nanti kuruslah, aaamiiin
bertenang sebelum naik tangga ke Bukit St Paul
Gambar dari atas
sedang menikmati pemandangan petang
melekap di dinding
saya pulak...ada gambar lain, tapi tak lawa sebab berpeluh sakan
Lepas tu kami lepak kat situ pulak sekejap, menikmati pemandangan laut waktu senja. Lepas tu turun di opposite site untuk makan asam pedas. Lepas makan asam pedas, kami pergi naik river cruise..
ada gambar sungai aja, gambar kita orang ilek
Lepas habis river cruise, saya sakit perut la plakkkk...aiyoooo. Saya pergi tandas, nasib baik la tandasnya masih saya boleh masuk. Lepas tu kami berjalan ke Jonker Street Singgah pulak tangkap gambar di sini :
Kincir Angin
Jonker street...kami disambut dengan tiupan trompet.
Jonker Stree ni macam night market la, tak de mende pun. Saya rasa saya suka Jonker Street waktu siang lagi sebab saya suka dengan setting/interior kedai kedai yang jual cenderamata...menarik sangat. Bila malam, tengok gerai ajalah kan, mana ada interior design. Kami ada beli fridge magnet di sini.
ada pulak tempat berehat di sini
lembu pun ada
yang ni kami tangkap gambar perempuan cacat tapi amat berbakat ni...
Lepas habis Jonker Street, kami singgah ke Hard Rock Cafe, hubby beli Tshirt. Lepas tu, sebab tak larat nak jalan dah, kami ambil teksi balik ke Hotel. Kami kena bayar RM14 untuk jarak yang sangat dekat tu, tak pe lah, sedekah ajalah kan sebab nak jalan kaki dah tak larat.
Drebar teksi tu suruh kami pergi uptown pulak lepas tu, dia kata tempat tu buka sampai pagi and is located next to our hotel. Unfortunately I was very tired and fall asleep once I reached the hotel.
Rasanya itu ajalah kut sebab the next day kami tak tangkap gambar pun. Paginya kami breakfast, pergi swimming dan checked out...itu aja.
Okay...semoga kami ada peluang pergi bercuti lagi lepas ni...
No comments:
Post a Comment