Friday, June 14, 2013

My ER : 13 Jun 2013

Saya baru terdengar berita pagi tadi mengenai ribut di Pulau Pinang. Berita juga memaklumkan bahawa angin kuat/hujan di negeri-negeri utara tanah air akan berpanjangan sehingga minggu depan. Di Shah Alam/KL pula, cuaca adalah amat panas dan hujan pun macam kurang memberikan kesejukan....saya ingatkan seluruh negara mengalami cuaca yang sama, rupa-rupanya negeri-negeri di utara mengalami cuaca hujan. Tak pe lah, apapun cuacanya, kita redha, bersabar dan bawa bertenang, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas.
 
Semalam, setelah selesai meletak kereta di rumah, hubby terus ajak pergi dinner. Saya sampai awal sikit, dalam jam 6.30 petang.
 
Sebab saya tidak ambil makan tengahari, saya pun bersetuju dan kami pun pergi makan tomyam, kailan ikan masin dan telur dadar (biasa lah tu kan).
 
Bila sampai rumah balik, sebab saya pakai baju sutera, yang tidak boleh di bawa untuk lepak-lepak, saya teruslah tukar baju (pakai kaftan ye) walaupun tak mandi, he he...saya nak jog kan, dan saya tidak boleh solat. Saya tidak boleh melakukan ER terus sebab perut kenyang, jadi saya lepak dulu tengok facebook, baca blog, tengok tv.
 
Saya hanya mula ER dalam jam 9.00 malam. Bagusnya ada trademill di rumah ni adalah anda boleh pakai apa saja untuk bersenam, tiada orang peduli. Macam semalam, saya pakai aja kaftan tu untuk jimat baju yang nak dibasuh. Baju yang dibawa untuk ER perlu dibasuh dengan betul supaya bau yang melekat hilang, sebab kita kan berpeluh sakan. 
 
Walau bagaimanapun, kalau memakai kaftan janganlah yang labuh sangat sehingga tidak selesa dan boleh membahayakan.
 
Kali ini saya pastikan saya bermula dengan kelajuan yang lebih rendah. Saya buat pelan-pelan aja bermula dengan 3km/hr. Kelajuan yang paling tinggi pun hanyalah 5.7km/hr.
 
Bukan apa, saya perasan betis saya agak keras la pada hari Rabu, saya takut over stress . Ye lah, badan saya ni kan besar, jadi mestilah menjadi sedikit masalah untuk kaki saya membawa badan saya ni secara berterusan untuk 5km kan? Dah la tu, hari Selasa baru ni saya pergi laju terus sebab nak cepat habis kononnya, lepas tu memang betis besar saya ni rasa keras, tapi alhamdulillah tidak sakit.
 
Tapi tak pe, betis keras sikit pun, saya tak boleh putus asa. Saya cuba lebih sensitif dengan apa yang setiap anggota badan saya rasa dan cuba cari jalan untuk mengatasinya. Kalau saya rasa saya sudah "overworked" saya cuba berehat, but never to give up, insya allah.
 
Saya juga telah melakukan kesilapan 2-3 hari ni di mana saya telah silap merancang cara pemakanan saya. Saya ambil sarapan yang berat dan kononnya tidak mengambil makan tengahari, tapi lepas tu, makan malam macam tidak boleh di kawal lagi dah...silap betul. Sepatutnya saya ambil sarapan ringan, ambil makan tengahari juga (sederhanalah kan) dan ambil makan malam yang ringan...erghhh, dah umur 43 tahun pun masih terus lupa dan terus melakukan kesilapan.
 
Hmm, detail nya saya menulis...ada orang nak baca tak? Tapi macam itu lah cerita ER saya semalam. Saya selesai ER dan mandi dalam jam 10.30 dan selepas itu saya jadi macam hyperactive sikit, macam tak boleh lena. Tapi saya paksa juga diri untuk tidur sebab kalau tidak, saya susah sikit nak bangun pagi. Anyway, dalam segar tapi kena paksa tidur tu, saya rasa saya telah berjalan lena dalam pukul 1.00 pagi.
 
Jadi, saya telah berjaya menyepurnakan 10 km dan masih berhutang 10 km lagi. Saya dah mula bercakap dalam hati macam ini "alahhh, buat lagi 5 km pun cukup lah cikbib"...heeee, dasar saya seorang perempuan yang lemah!!
 
 

No comments:

Post a Comment