Saya ada hal semalam sehingga tidak dapat menyempurnakan sesi 5km saya. Oleh kerana itu, saya masih berhutang sebanyak 15km lagi minggu ini. Mengikut perancangan, saya akan buat 5 km malam ini, 2.5 km malam Jumaat dan 2.5 km lagi pada malam petang Sabtu.
Saya buat 2.5km sahaja pada hari Jumaat dan Sabtu kerana hubby kata dia nak pergi Tasik kan hari minggu ni. Walau bagaimanapun saya sebenarnya dalam percaya dengan tidak aja dengan kata-kata hubby ni, sebab nanti tengok-tengok dia rasa nak jog atas katil aja kan, seperti yang selalu berlaku. But still, let's give him a chance lah kan.
Sewaktu menjalani kursus Etika di Depan Kamera baru-baru ini, kami semua telah di minta untuk memilih tajuk kami sendiri, sesuatu yang kami selesa untuk bercakap. Ada boss saya yang bercerita fasal anjing peliharaan lah, fasal kopi lah, fasal masak memasak lah, dan saya pulakkkk....haaaa...
Setelah berfikir saya rasa saya boleh bercakap tentang 3 perkara iaitu mengenai blog ini, mengenai my "exercise regime (ER)" ataupun mengenai pokok kaktus saya.
Sekarang ini sebenarnya saya sangat bersemangat dengan ER. Saya rasa gembira sebab saya berjaya kembali menyumbang ke tubuh badan saya sesuatu yang sangat diperlukan. Walau bagaimanapun, saya rasa macam saya kurang sesuai untuk bercakap mengenai ER sebab sesungguhnya saya adalah "chomel"...he he he.
Saya sedar saya "chomel' tapi sekurang-kurangnya saya telah berusahalah kan? Saya juga merasakan ada sedikit perubahan dengan diri saya selepas 2 bulan lebih mengadakan ER seperti kurang letih.
Ingat tak sebelum ini saya sentiasa ada sesi tidur di depan tv? Saya kan jenis yang tidak menyempat di mana selepas makan malam/mandi, saya tidak sempat tengok tv ke apa sebab mata saya akan terus lelap. Alhamdulillah, lepas ER, mata saya senang aja terbuka sekurang-kurangnya sampai pukul 12.00 malam. Masalahnya pula sekarang adalah saya hilang disiplin dan tidur lewat, sampai pukul dua, langsung mengantuk pula hari seterusnya.
Tapi yang itu bukanlah masalah, sekarang ini saya cuba mendisiplinkan diri, naik ke atas/bilik jam 11.30 malam, iron baju semua, baca buku sikit dan tidur...nice kan? he he
Sebelum ini bila tidur, tidur saya adalah sangat nyenyak. Bukanlah tidak baik tidur nyenyak tapi saya macam lupa dunia betul sewaktu tidur. Tapi selepas melakukan ER, saya tidaklah tidur mati sangat. Sebagai contoh, semalam hubby telah bangun sebab sakit perut, terjagalah juga saya kan, kalau tidak, haremmmm....tidak sedar apa-apa
Lagi satu adalah saya kurang mengadu fasal tangan saya sakit...ingat tak yang saya kena pergi therapy waktu lepas raya tahun lepas?...alhamdulillah sekarang memang terasa kurangnya
Lagi satu, mungkin sebab saya banyak buat warming up/stretching sebelum da selepas ER, saya kurang sikit sakit pinggang..heeee...
Saya juga agak kurang pening kepala.
Oleh kerana itu, walaupun belum mencapai kesliman (ada tak perkataan ni?), saya tetap rasa ER saya ni berbaloi. Saya nak cuba istiqamah sampai selepas raya, sehingga bulan Oktober agaknya, dan mungkin selepas itu saya cuba mencari jalan untuk menghilangkan segala lemak dan selulit ini...saya tahu ini adalah cabaran yang lebih besar.
Ohh, berbalik kepada sesi Single Camera Programme saya tu, oleh sebab kurang yakin untuk berkongsi cerita mengenai ER saya dengan bosses dan rakan yang lain yang selim melim saya terus bercerita mengenai blog saya dahulu dengan Yusanani, dan dia pula terus berminat dan bersetuju...
Blog ini juga adalah penting untuk mendokumenkan ER saya kan. Hmmm, kita berhenti di sini sahaja dahulu...jumpa lagi di lain post.
No comments:
Post a Comment