Sunday, June 9, 2013

Another Pair of Twin in the Family

Semalam saya telah balik ke kampung. Sepatutnya belum lagi masanya saya balik kampung, tapi sebab rasa teringin sangat nak tengok cucu terbaru saya yang berada di Ipoh, kami pun balik lah. Two in one lah kan, tengok mak, tengok cucu dan sempat juga melawat kakak suami saya di Kg Temiang Ipoh..hmm, three in one lagi.

Kami bertolak semalam, selepas sarapan di Restoran Cili Merah di Seksyen 9. Kami bertolak dalam jam 11.00 lebih. Oh ye, sebelum saya meneruskan penulisan saya, bagi yang ingin tahu sama ada kami telah pergi ke Tasik untuk jog semalam atau tidak, jawapannya adalah tidak. He he he, hubby tidur balik lepas subuh sebab dia mengantuk. Dia mengantuk kerana dia menonon tennis French Open sampai jam 2.00 pagi, heee

Kami sampai Ipoh dan terus ke Restoran Sabar Menanti untuk makan cucur bawang yang ada taugeh dan kucai tu, yang dicicah dengan kuah kacang. Hubby juga ambil bubur kacang. Kami juga belikan emak baulu kemboja. Sampai di rumah, kami tidur dulu dan pergi melawat kembar selepas Maghrib.

Sebelum ni saya macam tak puas aja sebab anak sedara saya Pijah, emak kepada kembar ni jarang-jarang letak gambar dekat facebook. Tapi bila saya pergi melawat, barulah saya faham, ialah, baby kan, asyik tidur aja, nak letak gambar apa sangat pun...heeee

Anyway, sebab kembar, kedua-dua baby adalah agak kecil, seorang berat 1.8kg (abangnya) dan seorang lagi beratnya 2.0 kg. Mereka lahir sedikit awal jadi ada lah sikit-sikit masalah macam jaundice, tapi alhamdulillah, baby telah secara perlahan-perlahan semakin sihat dan kuat. 


Tengok gambar di atas, cuba bezakan kebesaran tangan tembam opah chunya dengan tangan Iman Mukmin (adik). They are so small. In fact both of them are not wearing mitten since their hands are so small. Seluar pun tak pakai saiz seluar tu besar...heeee, comel aja. Tapi insya allah, sikit lagi they will put on weight lah.

Waktu saya sampai, kedua-duanya asyik tidur aja. Doktor menasihatkan supaya baby tetap diberi susu setiap 2 jam walaupun baby tidur. Tapi bila saya cuba bagi, tak berjaya pun, Iman tutup mulut dan keluarkan balik susu yang diberikan...mungkin dia nak maksu dia yang bagi kuttt...

Haaaa, ini Maksu Tiha,  yang banyak jasanya membantu menjaga kembar, juga abang kembar, Irfan. Fatihah ni anak bongsu dan manja, tapi memang boleh diharap dalam menjaga baby. 

Yang kelakarnya, kakak saya telah meletakkan cucu-cucunya di atas meja makan...he he he. Tak pe, praktikal, senang sikit nak menguruskan baby ni kan, tak perlu terbongkok-bongkok....


Haaaa, emak saya melihat cicit ke 2&3. Emak saya bersyukur sebab baby sudah beransur kuat dan ibu juga hampir selesai masalahnya. Sebelum ni emak saya macam risau aja, so, dia memang happy sebab dapat melawat

Baju yang dipakai tu pun adalah besar...kaki pulak, diselimut aja dengan lampin...


Walaupun kecil, budak-budak ni kuat. Tengok tangan tu, walaupun sudah dibedung, kejap aja dah keluar balik.

Waktu saya melawat tu, kembar ni asyik tidurrrrr aja....rambut pun belum di cukur, kakak saya kata nak tunggu bila baby besar sikit. Oh ye, nama baby adalah Iman Mukmin (yang sebelah kiri/adik) dan Imran Mukhriz.

Ha, last but not least, do not forget the elder brother, Irfan. Dia pun baby lagi kan, belum pun pass 100 percent toilet train. Slowly, nanti okaylah tu. Irfan excited dapat buku baru..mesti malam semalam dia tidur dengan buku tu juga agaknya

Secara peribadi saya kagum dengan anak sedara saya ni, ye lah, saya kan menjaga dia waktu kecik2 dulu macam maksu Tiha tu, lepas tu dia remaja, dan kahwin. Saya rasa dia sangat kuat dan tabah. Mungkin dia mendapat kekuatan itu dari ibunya kut...bukan senang untuk menjadi ibu kan? 

Saya doakan semoga baby akan bertambah sihat dan akan membesar menjadi anak yang soleh. Doa saya juga semoga ibu nya dikurniakan kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dalam membesarkan baby dan juga hidup keseluruhannya. Semoga semua urusan akan dipermudahkan.

Okay Pijah, nanti kalau nak pergi spa ke, buat lulur ke, bagi tau cikbib, cikbib sponsor ye...nanti kita bincang juga tentang yang lain-lain tuh...


7 comments:

  1. Irfan duk usung sana sini buku si ketak dia tu...hihi

    ReplyDelete
  2. Ho ho ho, nice...tapi sianlah dekat orang di sana sebab terpaksa melayab membacakan buku tu untuk Irfan

    ReplyDelete
  3. comel twins..cikbib ina ambik gambar dia tau nak tunjuk kat ima n ika t

    ReplyDelete
  4. semoga iman, imran dan irfan menjadi anak-anak yang soleh. tomeyy sangat

    ReplyDelete