Sunday, April 29, 2012

29 April 2012 : hari Ahad

Saya bangun jam 6.00, solat dan masukkan baju ke dalam washing machine. Saya bawa juga keluar ayam untuk di masak, dan sambung tidur.

Dalam pukul 8.30 baru bangun...ha ha, sidai baju dan masak ayam masak merah...kira breakfast, lunch dan dinner dah tuh...

Hmmmm, lepas masak, saya mandi, hubby pun bangun, keluar beli newspapers then we ate at around 11.00. Hmmmm.....laparnya, langsung rasa sedap sangat lauk yang saya masak tu...

Lepas tu kami tengok tv, lepak...sembang, lipat kain..susun baju, lepar zuhur tidur...best, pasang aircond sebab panas.

bangun tidur, kami solat asar dan dalam pukul 6.00, makan...lauk yang sama lah. Waktu makan hubby baru bagi tahu yang dia akan cuti esok...alahhhh, sedihnya. Hubby kata dia saja tak nak bagi tahu saya sebab takut saya sedih...and dia tahu saya memang tidak boleh cuti esok..sebab esok saya ada course dan juga sebab hari Rabu, Khamis dan Jumaat saya akan pergi Sabah...hmmm, nak buat macam mana kan.

Lepas tu kami solat Maghrib, dan saya minta hubby urut tangan saya lagi sebab bangun pagi tadi rasa sakit sikit, mesti silap tidur lagi.

Sekarang, saya tengah update blog dan tadi baru tengok gambar Fasha Sandha kahwin. Hmmmm, semoga berbahagia Fasha Sandha dan suami. Shuk sedih sebenarnya sebab dia suka giler kat Fasha tuh...ha ha ha...

Lepas ni, saya nak siapkan kerja saya insya allah. Kerja saya jadi berlebih lebih sebab beside the normal work, saya perlu attend course, juga buat audit....semoga semua ini akan cepat berakhir, insya allah.

Okay lah, have a productive week ahead everyone.....

28 April 2012

28 April 2012 :

Saya perlu hadir course 'New Professionalism' lagi, sehari suntuk, dari pukul 9-5 petang.

Yang saya tak suka : It's my Saturday, masa untuk basuh baju, kemas rumah, masak dan makan dengan hubby, lepak ke mana mana dengan hubby...dah la hari kerja sibuk kan.

Yang saya suka sikit : Course ni tak berat, fasal etiquette dan fine dining kan..soooo, tak de kepenatan kepala di sini. Makan pun best. Tapi waktu lunch, dan terpaksa makan ikut cara yang betul, adoiiii, malasnya. Tapi elok juga makan dengan cara yang proper ni, kurang sikit makan. Tapi ye lah, banyak lah ilmu untuk bersosial yang saya dapat.

Selepas habis course, waktu tea, I went to the cikgu and informed her that I might not be able to attend the next day course if I am not able to finish up my report on Sunday (hari ni)...determine to finish everything by tonight though.

Habis course, hubby datang ambil (part inilah yang bestnya kalau ada suami nih, he he), lepas tu kami ke Mines. Sampai kat Mines, sebenanya saya dah kenyang, tiba tiba lalu dekat kedai Sweetchat (agaknya, dah lupa nama). Hubby teringin nak makan bubur kacang durian, so kami pun singgah. Saya nampak gambar durian pancake, saya ada baca di blog peej burhan yang dia makan ni dan dia kata sedap...so, saya pun try lah.

Haaa, yang atas ni pancake durian, three pieces, rM7.50. Sedap gak...

yang atas ni, hubby punya bubur kacang durian, dah nak abis baru teringat nak amik gambar...

Heeee, my model. Senyum...kami minum air mineral je

Lepas tu, kami lepak tengok orang naik bot, lepas tu of course lah teringin nak naik bot jugak...haaaaa

 tu dia, Shuk pos maut...masa ni bot belum jalan lagi
haaa, lalu depan rumah ni, driver tu kata, rumah Kadir Syeikh Fadil...besar tahap gaban, siap ada boat lagi

haaa, ada white swan..cantik. Black swan pun ada

Lepas tu, since dah Maghrib, kami pun pergi cari surau. Surau tu terletak di sebelah boling arena,  lepas solat, kami pun lepak tengok orang main boling. Saya teringin nak main sebenarnya, tapi kan tangan sakit, so, hubby kata, jangan mengada.

Seronok juga tengok ada sorang ni main bowling , dia punya lagak, fuyoooo, macam professional, tapi bila dia baling bola, hmmm, asyik tak strike dan masuk longkang..Syuk ngan saya boleh gelak kuat tak ingat dunia, lepas tu, dua dua terdiam, terinsat....ye la, gelak kat orang kuat kuat, kalau orang tu serang kita orang macam mana...haaa...tau takut...

Sebab dah penat, kami decided nak balik, tapi hubby kata dia lapar la plak...so, singgah sat di Subway. Beli 6 inch sandwich satu, kongsi. Air tak beli, minum air mineral yang tak habis lagi tadi...kena berjimat kan. Waktu tu sebenarnya saya teringat nak makan maggi, letak sayur, letak cili api...hmmmmm, mengancam kan..love this.

Sampai rumah, tengok Mania sat ( I love this programme), mandi, dan bila turun, hubby tuntut maggi tuh...saya pun masaklah, kongsi satu bungkus dengan hubby.

Lepas tu, saya tengok tv, dan tak sedar bila, sudah tidur depan tv lagi...bangun bangun sudah pukul 6.00 pagi...so, bangun solat....




Friday, April 27, 2012

Ini Semalam

Semalam...saya bangun macam biasa dan sampai pun macam biasa.

Masuk bilik kat office, ada memo dari HR, kata saya kena attend another course on Professionalism pada 27, 28 dan 30 april. Satu lagi ADOII.

Yeah...bukan apa, kerja audit belum habis laaaa. Saya dah plan nak siapkan hari Khamis, Jumaat dan kalau perlu Isnin...ini depa dah suruh p attend course la plak.

tak pe..set mind : Positif.

Yeah, mula-mula determine to finish up my Audit Work hari ni jugak (khamis)..tapi sampai satu masa, tepu pulak. Shift...habiskan fail atas meja...yeah...banyak juga, terpaksalah stay back sampai pukul 8.

Fikir punya fikir, saya tak rasa saya mampu nak habiskan audit work hari khamis dan Jumaat...tak pe, bawak balik rumah lah kan...sian hubby, dah la jarang jumpa, bila cuti pun saya bawa balik kerja jugak.

Hmmm, balik rumah semalam, terus pergi makan di gerai sebelah Hotel ITM tu, saya makan roti and scramble egg, hubby makan nasi lemak.

Balik rumah, saya mandi dan minta hubby urut tangan saya...buat pengetahuan semua, tangan saya agak sakit lately, doakan semoga cempat sembuh ye. Walau bagaimanapun, sebab saya ada tukang urut peribadi di rumah, bila diurut tu, rasa selesa la sikit.

Hari ni....saya terus pergi course. It's a light one though, less stress...I just want to enjoy myself..heee....semoga saya dapat selesaikan kerja audit saya ya allah, tolong, I just want to complete everything, submit and forget...yeah, to continue with mylife...be positip cikbib, you can do it. have faith.

Wednesday, April 25, 2012

25 April 2012 : Another Course

I was feeling drowsy this morning, feeling like I want to puke. I was having difficulty to drive...rasa yuck yuck.

Anyway, I arrived at around 8.00 and found out that the driver who is suppose to send me for my one day course at PWTC was already waiting....so, tak sempat naik office dah, terus masuk kereta and off we go.

Arrived at PWTC, registered and the organizer informed us that there are drinks for us in another room. Since I was hungry and feeling drowsy, I was hoping for some food served, unfortunately, there's none, only coffee and tea...adoiii.

The opening ceremony started at nine..ended at 10. Finally food was served. Legaaa...I ate, and was feeling better. I can feel the wind (angin??) came out slowly after I consumed food. But I was feeling so tired. The course was a very interesting one, but I could not focus 100 percent..50% aja. I was sleepy.

Anyway, I made it until lunch. Lunch was served at Riverview Restaurant. After lunch, I tried to take a short nap so that I will be able to keep my eyes open, but failed. As a result, I slept almost half of the next session...isk....betullah. Dalam I tengah tersengguk tu, Nik yang duduk sebelah I tu dok bisik..mengantuk ke...ha ha ha...terus bangun sat...lepas tu tidur balik.

Adoiiii...rugi betul lah. Tapi ye lah, dah rezekinya macam itu kan. Waktu balik pulak, tiba tiba I was informed that there's no driver to fetch me. Lagi sekali lah adoiiiii....hmmm, tak pe, do not let that spoil your day, I decided to walk to the mall and took a cab to KL Sentral from there.

Believe it or not, I was enjoying my walk from PWTC to the mall, rasa macam teringin aja nak singgah lepak kat situ...hiksss...

Tapi mana boleh kan, so, I took the cab. The driver was this one young Indian guy, baik pulak dia ni, macam lembut aja...hensem jugak sikit sikit, he he....

Sampai office, jumpa SHS dan dia cerita fasal what happened at JPCs meeting...hmmmmmm...bila dalam kereta, Cik Z sambung lagi cerita fasal JPC...saya rasa saya perlu berterima kasihlah dengan SHS dan NH esok, they have really helped me a lot.

Sampai rumah, rasa nak pengsan...terus baring, pastu g dinner, balik mandi dan sekarang tengah update blog...

berakhirlah satu lagi hari saya...semoga hari esok adalah hari yang lebih baik untuk saya, suami saya, keluarga saya, officer saya, division saya, organisasi saya dan semua orang juga...

Tuesday, April 24, 2012

Small things which I appreciate

Saya mahu bercerita fasal last Friday di mana seperti biasa, I fell asleep in front of the tv. At around 4.00 am, I woke up, partly because it was cold and partly because I have had enough sleep already, ha ha, ye lah, dah tidur since 10 pm kan. When I woke up, I realised that there's a blanket, but it was under me unfortunately, not on me. Haaa, siapa lagi yang selimutkan saya kan, kalau tak hubby atauuuuu orang minyak?...isk...nauzubillah.

Anyway, saya cuma nak tulis dalam blog ini yang saya terharu la juga bila ada hubby ingat nak selimutkan saya, first time ni tau walaupun dah 6 tahun kahwin...kira ada improvement la kan.

Lepas tu, hari Ahad pulak, seperti biasa, saya tidur depan tv jugak...hiksss. Sebelum tidur tu, saya perasan yang handphone saya perlu di charge battery nya. Tapi saya dah malas kan, soooo, tangguhlah esok.

Tengah malam, hubby bangunkan suruh naik tidur atas, saya ingat lagi sekali nak charge handphone, tapi waktu tu lagi laaa lok lak, haaaa, esok aja la charge.

Hmmm, walau bagaimanapun, semalam, bila saya nak charge handphone, saya dapati telephone dah di charge, haaa, lagi sekali, siapa yang charge?..hikss, macam ada orang lain di rumah tu kan...saya tak nak la mention OM lagi, takut.

Hmmm, mesti you all rasa saya ni macam tak de cerita dah nak tulis kan. Tapi saya rasa saya kena bagi credit la dengan my dear abang misai. Benda yang kecik kecik tu, walaupun sikit, telah membuat saya senyum, dan rasa dihargai. Thank you Shuk




Monday, April 23, 2012

yippie yay

Saya masak hari ni, yay, tapi saya makan malam la hari ni, no yay...ha ha ha...what ever lah kan, janji happy.

Hari ni juga saya balik awal, alhamdulillah.

Kerja banyak, tapi hari Isnin ni baru nak warm up, sooo, kerja pun macam lambat sikit.

Hubby is happy that I am back early though, tapi dia risau juga kalau kerja saya tak habis ke, apa ke...he he, don't worry, kalu banyak kerja kalu, saya memerap lah di office, balik lah lambat sikit.

Nak tahu apa yang masak? haaa, goreng ayam, sayur baby kailan masak ikan masin dan panaskan gulai lemak cili padi semalam...yang semakin sedap pulak hari ni.

Simple aja pun, tapi kami memang macam tu, sangatlah simple. Pernah sekali tu, saya goreng ikan dan buat kicap+asam limau+tomato+cili api+bawang...nasi panas panas...haaaaa, berselera sungguh, kalah makan nasi beriani...yeah, yang penting, happy kan.

Rasa macam free pulak malam ni, ye lah, selalunya ada aja kerja ofis dlam bag saya. Heee, give yourself a break babe. Saya sepatutnya kena lipa kainlah...tapi ada sedikit kemalasan...sikit lagi la naaa.

Okay lah...di sini dulu...selamat beristirehat.




23 April 2012 : Monday Monday

It's Monday, 10.43 a.m.

I woke up early and managed to get out from the house early only to find the Federal Highway's traffic was very bad...I prayed hard then, yeah, the usual prayer " Please, let me arrive on time'.

Yup, arrived at 8.30, sharp!

The moment I entered my room, the phone was ringing and according to the number appeared on the screen, the call must be from Terengganu/Kelantan/Pahang...adoiiii, picked it up. Yeah, company..again, the complain was that he tried to call officer, but the officer never not picked up his telephone, therefore the company decided to call the boss lah kan. Sabarrrr...and jawab dengan penuh diplomatiknya

After that, I went to buy breakfast since I was feeling hungry. Yeah, I did not take dinner last night. Once I got back from buying my breakfast, I was informed that there was this company waiting for me at the reception area at the lobby, without any appointment and this co. came to see me already last week. Huh...I decided to keep quite, lariiii, but suddenly, the visitors were already in my boss's room...huk aloh.

Lepas tu, tiba tiba ada satu lagi company yang telah berada di depan pintu Bahagian..laaaa, macam mana boleh lepas kawalan nih? bukan they should wait downstairs ke? Mereka bukan ada buat appointment pun. Adoiiiiii, kalau semua company buat macam ini, saya hari hari pun kena kerja malam la...sebab siang asyik melayan orang aja...

Adoiiii....hebatnya minggu ini bermula. Lepas cos. ni pergi, baru lah saya sempat makan, dan sekarang ni tengah buat kerja audit and stucked...tak pe, update blog ni sat. Adoiii, semoga saya dapat buat kerja saya dengan sempurna, insya allah.

Sunday, April 22, 2012

Minggu Depan Saya Berazam Untuk :

Hari ni hari Ahad, dan esok Isnin, minggu baru, yeah...saya berazam untuk :

1) masak hari hari...insya allah. Hari ni saya masa dan hubby nampak happy. Hmmmm, saya boleh masak tapi saya tak nak makan...saya plan nak skip dinner. He he, boleh ke tu? Semoga saya dapat balik lebih awal minggu depan...rindu nak spend masa dengan hubby dalam keadaan tidak letih/mengantuk/atau memang dah lelap.

2) nak sempurnakan/finalize the audit job ASAP. Belum habis lagi...Ya Allah tolong permudahkan

3) nak relaxxxxx...tak nak fikir teruk teruk...nak happy

4) nak turun jumpa kawan lama di IT...dah lama tak melepak sama...especially waktu breakfast...

5) nak keluar rumah lebih awal, especially esok...yeah...must.

Dan???...itu aja sebenarnya, sorry tak update on Friday and Saturday, cannot write, blackout!

Okay, may we have a productive day ahead..chowwww


Thursday, April 19, 2012

Bila Masa Terbang

Dah hari Khamis rupanya...ingatkan baru Rabu...

Hari ini barulah saya sempat duduk office waktu petang...Isnin - Rabu, asyik ke sana dan sini aja...

Hubby commented yesterday, he said, stop posting about work because it is a stressful story, yeah, people dislike it...and I could not agree more..heee

But still I am going to tell you what happened today at the Parliament. Yeah, my team and the other team were so nervous so we decided to go early. Once we reached the building, we checked in, went through the security process and looked for the meeting room. The secretariat room of MOF is such a small room, ha ha, tak de tempat nak bertenggek pun.

We decided to have breakfast first, yeah, benda yang I paling suka bila bertugas di Parlimen ialah menggunakan cafe nya yang sangat cantik tu. Wbgpun, sebelum ni, saya selalu kena bertugas seorang, tak best lah masuk cafe sorang kan, tapi kali ni ada 4 orang...best.

Kami makan, sembang, untuk melegakan rasa nervous lah kan...Lepas tu kami terus ke bilik secretariat tu balik, tunggu di luar, berdiri. After sometimes, Encik Zainal, the MOF officer came and acknowledged our present. He said, wait here, do not go anywhere else...haaaa, dia pun as nervous as we were kut.

After some time, Encik Zainal keluar dan panggil I, masuk. SHS and I pun masuklah, and managed to find a seat. Hampir 20 minit, Encik Zainal pun keluar...hooooo....leganya, ingatkan dah habis dan tak de soalan, tapi rupa rupanya baru introduction...huk aloh...langsung panic balik.

Lepas tu, baru lah lepas satu satu team masuk...Dep Minister panggil, team Dana la, team apa ntah lagi...kami no 3, team tariff.

Adoiii, waiting tu sungguh menakutkan lah. Sebenarnya macam ni, team saya ada buat paper untuk melihat balik polisi dan tarif untuk satu produk besi ni. Setelah di present, perkara ini perlu di gazet juga di table di parliament...so, that is why I was there. Walaupun it is actually MOF team yang present the case to minister, the original paper was prepared by us, therefore we need to be there in case minister has question that Mof cannot answer.

Hmmmm, alhamdulillah tiada soalan dari Minister. Ntahlah, bukan senang nak faham sebenarnya subject matter ni...very technical kan, tapi I tengok minister tu, slumberland aja. Sesudah selesai, SHS kena sediakan report sikit dengan orang MIT1, saya dan yang lain pergi lunch...ha ha, sja je nak masuk cafe tu sebenarnya.

Dalam cafe tu kami jumpa suami zizie ezette tu, lepas tu, dep minister kami pun masuk makan...heeee, I wonder whether he is stressed or not.

Tapi pengalaman ni boleh tahan laa...saya bersyukur sebab ianya dipermudahkan tadi dan insya allah it will get through dengan mudah apabila dibentangkan petang/malam ni...

okay, chow chin chow

Wednesday, April 18, 2012

my wednesday

Sekarang ni pukul 5.51 petang, dan saya baru balik dari M, ada mesyuarat. Hari hujan, kerja banyak atas meja, audit belum buat lagi, esok kena pergi Parlimen...dan saya sedang tune fikiran untuk menjadi POSITIP...

Hmm, semalam lagi la, sampai je office waktu pagi, kena attend meeting di M sampai pukul 10.45. Saya ada another meeting di office pukul 11.00 pagi, so apa lagi, pecut la kereta. Walau bagaimanapun, tuhan tolong saya, co. lambat, pukul 11.30 baru sampai...so bermeetglah sampai pukul 1.00.

Co ajak pergi lunch, tapi saya ada another meeting di M pukul 2.30, tak dapat kereta office jugak..so, turned down the offer happily, heee, ada reason yang concrete. Meeting di MITI habis dalam pukul 5. Balik office, solat, clear beberapa menda and received calls...yup, kata saya kena pergi parlimen esok (hari ini)...punya lah suspens...

Sebab banyak sangat paper on the table, I decided to bring home one bundle and determined to clear it mesti mesti. Yeah, tak larat la kalau perlu pergi office lagi Sabtu ni..tolong. Banyak nya fail yang saya bawa pulak tu, sampai sakit bahu..ha ha...

Yup...malamnya, pergi makan, pizza hut ye, balik tu, tidur dulu, sebab penat...dalam pukul 12.00 bangun, iron baju, mandi, solat dan start check files, and yeah, siap around 2.00 o'clock. Saya kena pergi awal esok...banyak benda yang saya perlu clearkan sebelum pukul 9.00 pagi.

Soooo, pagi tadi saya sampai awal, sort balik files yang saya dah check and get myself prepare for the parliment session and also on issues raised and are to be discussed in the afternoon. Tiba tiba, meeting di parlimen di postpone kan....sooo...I was able to attend another important meeting, and got myself prepared for the afternoon meeting at M.

The meeting at M went...okay...biasalah kena marah ke apa kan...and now, I am updating my blog. Tak larat nak start terus, tapi lepas ni nak solat asar, kerja dulu dan balik lepas maghrib...hari hujan, mesti jalan jam sikit...so, better lah balik lambat sikit.

Esok, saya akan ke Parlimen dan semoga akan ada masa untuk menghabiskan saya punya kerja audit...insya allah dipermudahkan semua urusan saya...

Okay, chow dulu...


Monday, April 16, 2012

Terkenang

Saya baru terbaca satu blog ni. Blog ni cerita fasal seorang wanita ni, emak dia yang berumur 84 tahun meminta untuk membeli handphone. Oleh kerana this person tidak merasakan yang emaknya memerlukan handphone, dia pun tidaklah beli terus dan terus menangguh-nangguhkan pembelian handphone tu. 

Satu hari, di ofis, dia telah bercerita dengan bossnya di ofis mengenai emaknya yang meminta handphone sedangkan dia tidak merasakan yang handphone tu berguna untuk maknya. Yang interestingnya, Boss dia telah bagi nasihat yang macam ni :

Boss : Well, nani if you want to make yr mum happy.. you just give her whatever she need..
Do you know nani, parents above 75 years old are under Allah's Care.
They are just like babies, but of coz they give lots of fuzz.
and don't forget..their days are very limited, they will go anytime..
Don't make yourself regret for the rest of yr life if you don't full fill good deeds to them..


Hmmm, saya bukan apa, terkenang pulak dengan emak saya di kampung. Umur emak saya pun dah 76 tahun..mak saya tak de pun minta banyak benda, cuma baru ni dia minta masuk Astro..he he.

Sebelum ni dia ada minta oven, sebab nak masak kueh raya. Saya buat dek aja.

Lepas tu dia kata teringin nak buat pizza, saya kata oven tak de, dia kata, kita belilah..mak bayar...hmmm...tak beli jugak. Duit yang ada dia pergi beli water filter baru, beli pulak dari orang yang datang berjual ke rumah tu. 

Hmm, terkenalah, dah pesan banyak kali, beli juga dari orang-orang nih, nak marah sangat pun, sian, sedih dia. Yang paling penting, hati mak kita happy kan, duit yang pergi tu, kira bukan rezeki ajalah, cuma kita pun pesan buat sejuta kalinya, lain kali kalau orang datang jual barang, jangan beli, infact, jangan sembang pun, kata makcik sibuk..hikss...tak jalan.

Lagi satu, ntah keberapa kali ntah dia tuntut dari saya nak pergi Terengganu, rumah kakak...ishhhkkk...yang ni kena fulfill la, rasa bersalah betul. Tak pak lah, nanti kalau ada rezeki, saya bawa, insya allah, before bulan puasa nanti.

Tapi awat dia asyik minta dari saya ye, kan ada dua orang anak dia yang kahwin dengan orang Terengganu...ajak la anak dia yang dua orang tu kan? (mek yah, if you are reading, this is really meant for you, ha ha)


Hmm, tapi memang pun saya ada janji dulu, insya allah, nanti kita pergi ye mak..


Adoiii...malasnya hari ni...Monday Monday...





Sunday, April 15, 2012

Sunday Sunday

Alooo, it's Sunday, 7.15 pm, dah nak solat Maghrib pun.

Hari ni aktiviti saya adalah :

1) kemas rumah, sebab tukang urut nak datang. Sebab tak sempat, saya fokus di tempat yang tukang urut tu nak lalu aja, tempat lain, tangguh dulu.

2) 8.45-10.15, berurut seluruh badan...bestnyaaaa. Sebenarnya tangan kanan saya sakit, jadi saya minta kak maria tolong fokus di situ...

3) Breakfast. Hubby beli nasi lemak. Hubby kata dia nak pergi pasar, so, lepas breakfast, saya pun check la mana barang yang telah di beli. Hubby dengan selamba jawab " saya lupa lah nak pergi pasar cikbib". And saya   ????.

Anyway, no cooking then next week.

4) Baca paper, tengok tv, lepak

5) Dalam pukul 1.00, saya naik atas, solat dan mula mengemas balik. Sapu rumah dan mop.

Sesungguhnya saya sudah lama tidak menyapu di bawah katil bilik saya dan bila saya sapu tadi, masya allah, banyaknya habuk. Lega rasa bila tahu bawah katil tu dah bersih, saya sapu and mop lah.

6) dalam pukul 3.00, habis mengemas, tengok tv sat, tengok rancangan Konsert Mania Astro. Saya berminat lah dengan rancangan ni sebab artis yang perform tu hebat hebat kan.

7) naik atas, ganti cadar, mandi, solat dan turun bawah. Tengok tengok hubby tidur...alaaaaa, kata nak keluar makan. Saya dah lapar sebenarnya. Tapi tengok hubby macam lama lagi bangun, saya pun bawa keluar ikan yang masih ada.

Ada 4 ekor ikan, dan saya rasa, baik saya masak semua, sebab kalau nak masak waktu weekdays, selalu macam tak sempat...jadi saya masak ikan masak sambal.

Dalam pukul 6, Syuk dan saya makan...saya rasa saya suka makan di rumah, tapi Shukkk...saya tak pasti. Tapi dia makan bertambah, I assume sedaplah tu, ha ha.

8) Lepas makan, kemas dapur, and hubby buat air teh...heaven, hari pun hujan. Saya belum buka laptop lagi hari ni...so, buka, check facebook and update blog.

9) Lepas ni kena mandi lagi sebab tadi bila masak, ada bau belacan sikit, he he

Hmmm, itu lah hari Ahad saya. Ehh, minggu ini hubby basuh kain, alhamdulillah, and kena berterima kasih..terima kasih ABANG! (ha ha ha, tengah practice nak panggil hubby abang, rasa macam 10 tahun lagi pun mungkin tak tercapai). Tapi saya perlu basuh cadar dan tuala nanti.

Another thing, for those who are interested to know, I managed to finish up all files that were on my table yesterday. I reached office at around 9.15 and finished everything at around 2.00. Rasa puas tak terkata, and syukur juga. Saya tidak boleh  biarkan file tu berlambak sebab:

i) demotivate my officers

ii) there are thousands thing that I need to do, so, to let the files piled up without being attended to is simply a no no.

Okaylah, saya ada bawak files balik juga, dalam 7-8 files. Yang ni baru di letak oleh SR on my table last Friday. Kalau sempat, saya buat, insya allah.

That's my report for today and may our days be better...chow chin chow

Saturday, April 14, 2012

Workin on a Saturday

I am at KL Sentral, working, alone!

Determine to finish up the files on my table, insya allah.

But still got time to blog hop though..ha ha. Visit Hanis Zalikha's blog and would like to highlight her post on : Persetankan ...it meanssss : Just Ignore It  ...ha ha

Anyway it is about her response on some of the comments she received from her readers/followers. yeah like this :

Hello.
Some say I no longer tell my stories like I used to.
So my answer to that is...

Eh you noticed?
Good.
It's because sometimes nak cerita kegembiraan and kesyukuran pun orang kata berlagak.
Yawn.
Really, yawn.

Hari itu baru tweet "I don't have rich parents. Whatever heart desires, I get it myself"
Ramai yang replied positively. Ada juga yang kata "Oh pleaselah takde rich parents konon, dekat belog dah macam anak raja aku nengok"

Uhh...
Anak raja zaman sekarang memang study kat UiTM.



Hmmm, benda benda yang macam ni la yang membuat saya belum bersedia untuk menjadi blogger yang lebih masyhur...ha ha ha...perkataan masyhur  tu, rasa macam lama dah tak dengar kan?


Mestilah hati terusik kan, malah mungkin akan mengganggu hari hari yang dilalui. Tapi ye lah, kena lah kuat kan, bukan senang nak senang...


As for me,  a blogger or not, gue masih perlu menghabiskan fail di atas meja gue ini sih...Yakin boleh cikbib...good luck!

Thursday, April 12, 2012

12 April 2012 : Hari Mesyuarat Sedunia

Hari saya bermula awal hari ini. 8.45 pagi, mula meeting pertama, pukul 10.30 meeting kedua, pukul 1.00 meeting ketiga dan meeting ke 4 bermula jam 4 sehingga jam 6.00. Saya cuma break dalam pukul 3-4...

Walau bagaimanapun, syukur, saya sihat hari ni...tak de pun telan panadol. Alhamdulillah. Habis meeting pukul 6, saya solat Asar, sambung kerja sampai solat Maghrib dan lepas tu baru balik dengan Cik Z.

Sampai rumah, hubby terus ajak pergi makan. Kami pergi ke Kedai Pak Mal di Seksyen 10. Makan nasi ayam dengan mihun sup. Balik rumah saya terus buka PC, tengok facebook and update blog ni, saya belum mandi lagi...he he

Anyway, sebenarnya saya mahu bercerita fasal semalam di mana hubby dan saya keluar makan dengan dua orang anak saudara kami, Hana dan Anis. Hana belajar di UITM, ambil fesyen sementara Anis belajar di MSU. Hmmm...seronok kan bila keluar keluar camni sebab kami asyik keluar berdua aja kan, so, to have more people is merrier.

Mula mula fetch Hana di Seksyen 2, lepas tu fetch Anis di Seksyen 13. Fikir punya fikir, Syuk decided to go to Kedai Kopi, opposite padang kemerdekaan Shah Alam tu..

Hmmm, kami order....

ini saya punya, sebab diet, saya pun order lah makanan yang kurang kalori seperti ais krim ni...ehhh, banana split sebenarnya...hissss, se order air suam je kan.

This is Anis's, dia order Chicken Maryland, hmmm, saya suka menu ni, especially the sweet sour sauce

Hana and Shuk ordered this, chicken chop

appetizer, rojak buah, kongsi empat orang, dah nak abis baru nak tangkap gambar

Hana and Anis...senyummmm

Hmm, kami makan, lepas tu sembang sembang, lepas tu hantar Anis kat rumah sewa dia, dan Hana pula di Kolej Mawar ITM. Heee, merasalah masuk ITM, walaupun duduk sebelah ITM, tapi nak masuk ITM tu memang lah susah.

Anyway, we had fun, mungkin kalau ada masa kita orang plan nak tengok midnight cerita mirror mirror pulak...boleh? heeee, cikbib ni, kalau pergi pun, tak boleh nak confirm yang mata ni boleh maintain terbuka sebab sesungguhnya saya adalah orang yang tidur malam awal.

Okay lah...masa untuk count your blessing? Saya bersyukur sebab saya rasa lebih segar dan sihat hari ni, sampai larat lagi nak update blog sekarang walaupun siang tadi sangat meletihkan...semoga hari esok, dan seterusnya adalah lebih baik buat kita semua...


Wednesday, April 11, 2012

Damai Laut : Day 2

Hari ni hari Rabu, cuti hari pertabalan agung. Walau bagaimanapun, saya perlu pergi kerja, ada benda yang belum beress.

Anyway, update hari ni adalah gambar kami di Damai Laut, sebelum balik. Pagi, lepas breakfast, kami pergi round lagi, tengok pantai, tapi tak mandi sebab jelly fish laa.

Waktu jalan jalan tu, kami nampak satu couple sedang macam bertukar tukar ikrar cinta aja kat atas batu besar...fine...whatever kan, sewaktu kami semakin dekat dengan lokasi couple ni, mereka sudah selesai kut dengan ikrar cinta depa, dan mereka mahu turun lah kan. 

Yang lelaki turun dulu, lepas tu perempuan tu pulak terkial kial nak turun. Perempuan tu pakai maxi tau, yang macam berkemban tu..he he, mesti dia beli kat Lumut tuh...ha ha. Anyway, perempuan tu telah terjatuh, berdepup dada dia jatuh atas batu, saya siap menjerit, takut dia cedera. Aduhhhh, mesti sakit tahap gaban tu.

Tapi Shuk terus kata, 'jangan tengok cikbib, sian dia'. So..kena lah ikut nasihat suami kan, tapi saya tengok pun bukan apa, kut la dia memerlukan pertolongan ke kan. 

Tapi Shuk macam marah, dia kata "kenapa la lelaki tu tak pegang perempuan tu" infact, Shuk asyik ulang aja...

sebenarnya saya terharu sikit-sikit bila Shuk sangat concern dengan apa yang kami lihat tu, suami saya ni, walaupun tak pernah pujuk saya, tapi saya tahu dia jaga saya dengan baik. Saya ingat lagi, waktu saya jatuh dan kaki saya sakit, dia sentiasa pimpin saya...infact, sekarang ni, walaupun sebenarnya saya ni seorang perempuan yang macho, biasa jaga diri sendiri, dia tetap akan pegang/pimpin saya untuk melangkah langkah longkang besar ke, turun dari tempat tinggi sikit ke, ...mungkin sebab dia rasa saya gemuk sangat kut, kalau apa apa jadi,masak dia nak heret saya, haa, baik aku pimpin isteri aku ni dulu...ha ha ha

Anyway, lepas tu kami masuk tengok tv, tidur sat, mandi and check out. Sebelum tu, kami amik la gambo sikit sikit...

yang ni macam gambar kat Langkawi gak...set camera, lepas tu Shuk pun lari duduk..

view dari lobi, saya amik waktu tunggu Shuk check out

dari lobby juga, pulau yang dalam gambar di atas ni adalah Pulau Pangkor..nampak dekat aja

lagi view

Shuk beratur

finally, good bye Swiss Garden Damai Laut...adakah kami akan datang lagi? rasa macam.....he he he....kalau ada orang belanja apa salah nya kan?



Photos : Damai Laut, Day 1

Yup, baru upload gambar therefore I would like to share it with all of you...sape sape yang sudi.

Kami sampai hampir pukul lima...keluar rumah, selepas makan dalam pukul 12.15pm..tu dia, punya la jauh...tapi okay aja, sebab kami berdua seronok aja spend masa dalam kereta, sembang, makan buah anggur, ye la, bukan senang nak berjumpa kan...

Lepas check in, masuk bilik, tangkap gambar la, heee, untuk blog, seperti biasa, hubby jadi mangsa/modelnya. Nasib baik dia memang sporting habis.

Bilik kami..

Lepas masuk bilik, kami solat, rehat...ye la, penat kan, mandi, lepas tu pergi lepak kat pantai, tengok sunset

hiksss, pakai seluar pendek, ingat nak mandi, banyak jelly fish la plak

try nak amik gambar sunset, gelap la plak, adakah ini tandanya untuk membeli camera baru?...haaaaa

uwah, bergaya hebat, ha ha

kakis, yang berbulu tu hubby, yang tembam tuh...ntah la sapa punya...

yeah, enjoying the view from our seat

heeee, nak ulang macam gambar di langkawi, tapi kurang menjadi

nampak tak mata saya tu mata orang letih?...huh, I really need some rest

malamnya, kami order makanan dari bilik..kongsi dua orang...sedap and seronok makan...

Kami tidur awal malam tu sebab penat dan hujan lebat...sedap tidur...tapi saya sempat juga berendam dengan garam/salt from tanamera...seronoknya, nak buat kat rumah, tak de bath tub kan....nak buat bath tub kat umah pulak...tempat tak de.

Itu aja for tonite, have a good rest !

Monday, April 9, 2012

It's Over

Phuhhhhh, leganya hati. Gasaklah apa apa resultnya, yang penting it's over...alhamdulillah.

Saya jadi diri saya aja, cakap cakap, tangan bergerak ke hulu, hilir, atas, bawah...cakap lajuuuuuuu, takut lupa kan....semua teknik bercakap yang saya belajar gagal di practice kan...crazy.

Apparently I was not the only one. Yeah, I found out that my friends could not sleep last night. Semua orang pun muka stress...haaaa...it's not that we want the promotion badly (kalau dapat, alhamdulillah), but the fact that we are to be evaluated by these three persons wasss...tak menarik langsung, I cannot describe how.

Huh, dah la fail penuh satu meja, tak larat nak buat pulak tu, I may have to bring all the files home this Wednesday, or I may have to go to work to clear things up, if not, I will be in trouble. Ye la, dengan audit work lagi...Ya Allah, aku mohon dipermudahkanlah semua urusan aku. Dicukupkanlah masa yang ada, dengan izinmu.

Lagi satu, keadaan stress yang tepu ini membuatkan saya penat mentally..yup, mata penat, kepala senang sakit...aduhhhhh....kena kuatkan hati, kuat kan iman, insya allah ada jalannya kan? insya allah...

Okay lah, better get some rest for tomorrow. Good nite!

Wa Manyak Taqut Wooo

Sekarang ni pukul 11.00 pagi, sorry, memang waktu kerja, tapi saya tidak boleh fokus. Saya ada interview pukul 2.00 petang and for this session, sayalah orang yang pertama...

Adoiiii...sedang menyuruh diri bernafas...bernafas...bernafas...

Alamakkk, ada company nak jumpa plakkkk....isk..




Okay, dah pukul 1.00. Saya dah makan, nak berehat sat, pukul 2.00 interview start...doakan saya boleh bertenang ye...

Sunday, April 8, 2012

Bercuti di...

Kami baru balik dari Swiss  Garden Damai Laut....adoiii, hubby keletihan drive, lepas Maghrib terus tidur, baru je bangun.

Saya? Saya sudah pergi tempat ni sebenarnya, lebih sepuluh tahun yang lalu. Waktu tu tempat tu baru aja siap kut, infact, jalan menuju ke tempat tu pun tak siap lagi, ingat lagi saya terpaksa melalui batu kerikil dengan kancil merah saya.

Saya lagi..yup, actually saya yang request hubby nak pergi somewhere, I ingatkan PD ke, Melaka ke, Hotel of Golden Horses ke...tiba tiba hubby sudah book Swiss Garden guna AGODA...heeee.

Saya tahu tempat ni jauh, tapi saya ingat lagi waktu saya pergi lebih sepuluh tahun dulu, tempat ini memang sangat cantikk, sangattttt cantik. Tapi sepuluh tahun telah mengubah banyak benda, mungkin kekurangan peruntukan, banyak perkara yang telah tidak dipelihara/well maintain. But still, we had a good time.

Tempat di terletak di teluk/lagoon...so, view memang superb. Dia punya golf course rasanya well maintained, rooms pun okay, tapi persekitaran lah, macam rumput panjang, tempat sampah kat parking bersepah....hmmm, tapi bilik nya okay, legaaaa saya.

Aktiviti? Unfortunately the beach ada jelly fish, so we were not allowed to swim...nak masuk swimming pool? ha ha ha...belum lagi sanggup dengan saiz saya ni...tapi boleh lah swim dengan pool kalau mahu, ada archery, ada naik kayak, ada naik motor/kereta.

Tapi, kat sini tinggal sehari/semalam aja cukuplah, kalu tak, bosanggg la, unless if you play golf.

Baliknya, kami singgah sat di Lumut, lunch, dan straight to Shah Alam. I fell asleep half of the journey, bila bangun, hubby suruh drive pulak sebab dia dah penat. Sian hubby, baru nak lelap, saya pergi langgar lubang, bedebummm, teruss Shukri tak leh tidur dah.

Bukan apa, saya ni asyik drive kat town, kat highway, so, jalan biasa nih...memang banyak cabaranynya.

Saya belum upload gambar lagi, so, next post lah ye. Esok, saya ada satu interview jugak..malas nak fikir, malas nak stress, saya nak pergi dengan relax je la..

Okay, semoga minggu depan adalah lebih baik untuk saya, juga anda semua.


Saturday, April 7, 2012

Minggu Lepas...

Minggu lepas sangat memenatkan dan there were too many things to do...rasa nak tidur panjang cuti ni.

Tapi hubby and I have planned something for this weekend..hopefully it will help us to rejuvenate...yeah, we really need it.

Hmmm, nak cerita apa ye? Ada macam macam cerita sebenarnya, tapi saya perlu susun apa yang mahu saya cerita saya ni sikit...yup, organize my thoughts.

Oh ye, seperti biasa, saya akan dengar radio dalam waktu perjalanan ke office. Haa, seperti biasa, pada hari Khamis ada Dr Fadzillah Khamsah, dan seperti biasa ramai orang yang telefon..ada satu cerita ni yang saya ingat.

caller (lelaki/suami) : Saya sudah berkahwin, saya sayang isteri saya, tetapi, isteri saya agak ego/kedekut untuk membantu saya dari segi kewangan. Ini selalunya berlaku pada pertengahan atau akhir bulan.

Dr Fadzillah : Saya ada banyak bertanya dengan ramai wanita dan ramai daripada wanita yang memberi response bahawa yang paling penting bagi wanita adalah kasih sayang/attention/belaian hati daripada suaminya. Sekiranya perkara ini dapat dipenuhi oleh suami, selalunya sang isteri akan bersedia memberi/berkorban dari segi apa pun.

Oleh itu, suami perlu lebih berusaha, lebih memberi, lebih membantu, lebih memahami, berusaha menyentuh hati isteri...ha ha ha...

Saya : Saya rasa click betul dengan jawapan ini. Malah , emak saya pun pernah memberi nasihat yang sama kepada saya satu masa dahulu. Saya perasan, banyak perkelahian antara suami dan saya pun terjadi apabila ada satu kekosongan ini tidak di isi ataupun diabaikan.

Heeee, walau bagaimanapun, orang perempuan pun perlu juga lah memberi kan...jangan asyik nak menerima aja...saya ni pun kadang kadang ego tahap melampau juga..tapi sekarang, saya dah cool kut, sebab merajuk is such a waste of time with my husband..

Okaylah...tajuk tu dah lari tahap gaban kan..tak pe lah, have a nice weekend everyone!




Thursday, April 5, 2012

Jadi Blogger?

Erghh, lamanya saya tidak menulis kan. Menulis dari hati..ha ha ha.

Anyway, baru-baru ini ada kawan saya singgah di bilik kaca saya sekejap. Yup...walaupun lama tak jumpa, tapi sebab kekangan jumlah kerja yang banyak, perbualan kami tidaklah panjang.

Tapi sempatlah juga bertanya khabar, juga bertanya keputusan SPM anaknya (dapat 6 A, tahniah Amir). Tiba tiba, sahabat saya ini telah memaklumkan kepada saya tentang cadagannya untuk menghantar anaknya untuk satu kursus khas membina blog...blog rasanya, bukan website.

Hmmm...yang saya pulak kata ' hmmm, do you think that it is really necessary?'

Dia pun tanya balik 'ekau tak rasa perlu?'

Saya pulak 'rasa macam tak perlu'  isk, kenapalah saya kena bagi pendapat saya kan?

Anyway, sahabat saya ini bercadang untuk memberikan anaknya sebanyak boleh ruang/pilihan untuk menjana pendapatan kerana kehidupan masa hadapan adalah sangat mencabar, so, kalau tak dapat kerjapun, tulis blog, kalau ramai orang baca, kan boleh menjana pendapatan. Hmm, saya sangat suka idea ini sebenarnya.

Saya ingin memperkatakan tentang 2 perkara ;

1) semangat seorang ibu untuk memastikan anaknya boleh membiayai diri sendiri pada masa hadapan, di zaman  susah untuk mendapat kerja ini...memang sahabat saya ini ibu yang bagus.

2) macam mana untuk menjadi seorang blogger yang berjaya/boleh menjana pendapatan? Haaaa, ini adalah pendapat peribadi ye sebab hubby dan saya memang sedang melihat daripada pelbagai sudut untuk secara serius berblog dan menjana pendapatan.

A) Sebelum berblog, there are a few things that we must put into consideration :

i) bersedia untuk menjadi terkenal
ii) bersedia untuk menerima kritik/pendapat orang lain, baik atau buruk, ini tidak senang ye

Kalau tidak bersedia dan setiap kali orang komen negatif sikit kita sudah chembeng dan menamatkan blog kita, baiklah kita berhenti dari menjadi blogger.

Tapi saya sudah membincangkan perkara ini dengan hubby, dan dia kata, sebenarnya ada cara untuk mengelakkan terjadinya conflict, yeah, kita boleh cuma melaporkan tanpa perlu menokok tambah dengan pendapat peribadi...soooo...kalau nak play safe, jadi pelapor cukup, your opinion should be kept in your diary, not your blog.

B) Bagaimana untuk menarik minat orang membaca blog anda?

i) update selalu/consistent

ii) material yang bagus/menarik

iii) bahasa yang sesuai/ gambar

iv) promosi, satu cara adalah dengan follow blog orang lain dan start giving comments...

Morale of  the story, apa apa pun yang kita buat, mesti ada cabaran yang perlu dilalui. Bukan senang untuk senang kan. Tapi seperti yang saya cakap tadi, memang ada peluang untuk menjana pendapatan sebagai blogger ni, heee, macam blog dari dapur kak jee tu, duit berblog boleh cover untuk bayar bulanan kereta dan rumah baru yang dia beli, so, at least dia dapat dalam 3-4 ribu sebulan. On average, seramai 13,000 orang visit her blog every day. Cikbib punye blog, dapat 30 orang sehari pun dah lompat lompat.

Saya pun nak juga menjana sedikit pendapatan lebih sebab saya mahu membeli sebuah bangalow Jewellery di Shah Alam...miahhahahaahh....daser kuat berangan. Tapi saya masih malu untuk jadi famous (macam akan famous kan?)

Anyway...untuk anak-anak saudara saya yang mungkin keliru dengan hidup, maybe you can consider this as an option, itu sahaja dulu...have nice day everyone

Wednesday, April 4, 2012

Hari Yang Penuh Cabaran

Saya bangun awal hari ini, mandi, solat dan terus pakai baju..seronok sebab baju sudah diiron semalam...

Sampai KL Sentral awal, lega...alhamdulillah.

Sebelum sampai ofis, saya nampak dari jauh ada kemalangan, ada satu motosikal jatuh...

Saya teruskan aja perjalanan, swipe card parking yang pertama, selepas tu, proceed ke tempat swipe card yang kedua di level 5..yup, saya berhenti, swipe card dan lepas tuu....

tiba tiba ada satu motosikal berhenti depan saya dan penunggangnya terus suruh saya berhenti. Saya terkejut badak betul, menggeletar, makkk, perompak ke? saya make sure cermin saya dinaikkan, kereta pun dikunci...takutnya, waktu tu hanya kereta saya aja di situ.

Penunggang tu terus tanya saya macam ni "kenapa kakak terus bawa kereta waktu saya jatuh tadi? "...lepas tu dia ada cakap banyak lagi...dan saya...keliru dan takut.

Alhamdulillah ada orang SEMASA parking datang, sebab orang dah beratur panjang dibelakang saya, orang  SEMASA  tu minta saya park dulu kereta, dan dia minta nombor telefon saya.

Sampai bilik, orang  SEMASA parking tu minta saya turun balik sebab penunggang motor tu sedang bising.

Saya mengadu dekat boss, boss suruh saya turun, tapi bawa someone...haaaa, saya kerah Vinodh..

Turun, penunggang tu ulang balik cerita dia, saya nak interfere, dia kata dengar la dulu dia nak cerita. Basic cerita, dia kata saya bawa kereta ntah mcam apa apa, buat dia confuse, saya buat break emergency, dia terpaksa mengelak dan jatuh..

saya nak cerita pulak  my version...he never listened though...damn

Sakitnya hatiiiii....akhirnya saya jerit kuat kuat juga, saya kata, bukan kereta saya, saya kat belakang dia, in fact jauhhhh ke belakang. Waktu saya lalu di tempat kejadian, saya nampak dia sudah bangun dibantu oleh pak guard di situ..apahal saya pulak yang terlibat dalam kemalangan tu.

Ya allah, macam tu lah perasaannya bila di accuse membuat sesuatu yang you tak buat kan?...siksa.

Saya dah tak larat, minta Vinodh uruskan, saya call hubby, and cried...adoiiii, berjurai air mata keluar...malu la pulak.

Anyway, Vinodh tolong uruskan, saya tak nak bayar apa apa, sooo...perlu buat laporan polis.

Lepas tu saya pergi attend meetings, sampai tengahari. Sepatutnya petang tu ada another meeting, tapi decided to ask my officer going instead. Saya pergi buat report polis di Jalan Travers.

Saya paksa encik Atim pergi sama...tolong bagi support kerana sesungguhnya kepala saya sakit...mungkin sebab menjerit dan menangis tadi.

Lepas buat report polis, hati pun jadi lega sikit. In fact, bila sampai office balik, Vinodh kata, sebenarnya saya tak perlu buat report pun sebab penunggang tu pun tak buat report juga...

Apa apa je la kan...anyway, hari ni sudah berakhir, semoga esok adalah hari yang lebih baik untuk saya, juga anda semua...

Lagi satu, saya mesti tulis juga yang saya bersyukur sebab dapat banyak sokongan daripada officers saya...semuanya, VM, SHS, RH, NH, SR, Sazi...boss saya, sham...Yatim Ahmad, Pokli, juga Cik Z...pentingnya kawan kan, perkara yang berat jadi sedikit ringan, especially bila hubby is not around...walaupun kat shah alam aja...okay, kali ni bubaiii yang betulll...have a good night rest.

Tuesday, April 3, 2012

Melompat lompat

Allah telah menganugerahkan saya dengan lebihan kerja/aktiviti/challenges lately which has limited my time to update my dearest blog.

Anyway, what is life without challenges kan? Aduiiiii, pandai cakap dari buat nih, anyway, saya agak kekurang masa lapang sekarang, soooo, saya tak dapat lah nak update blog ni...lain kali ye.