Wednesday, May 30, 2018

Saya dan Kenangan GE14

Assalamualaikum.

It was a last minute decision!

Pada awalnya saya telah mengambil keputusan untuk tidak balik mengundi atas sebab-sebab tertentu. Antara sebab yang saya ingat adalah (dah lama ye peristiwa ini berlaku) kerana kami telah bersetuju menerima beberapa lawatan daripada HQ pada tarikh yang berdekatan dengan tarikh mengundi tersebut. 

Walau bagaimanapun, satu demi satu daripada program tersebut telah dibatalkan/di bawa ke depan dan akhirnya saya dapati saya mempunyai ruang masa yang selesa untuk balik.

Sebaik keputusan di buat, (pada satu pagi yang indah, sewaktu kami minum pagi) kami dengan segera mencari tiket kapalterbang yang sesuai untuk ke Semenanjung. 

Kami cuba untuk mendapatkan tiket murah seperti yang diwar-warkan oleh AirAsia tetapi tidak berjaya. Jumlah harga tiket pergi balik kami berdua adalah lebih kurang RM700 (termasuk pre-booked meal). Tapi sebab pada waktu itu hati memang berat untuk balik, duit bukan lagi menjadi alasan..cewah.

Tiket kami ke Kuala Lumpur bertarikh 5 Mei 2018. Kami checked in lambat dan oleh kerana itu, jadi kami dapat tempat duduk yang berasingan...kami telah dipisahkan oleh lorong seperti ini.



But it was still okay sebab kami masih boleh bersembang dan share makanan. Saya telah pre-ordered pizza tanpa mengetahui yang ianya adalah makanan untuk kanak-kanak. Somehow I was feeling hungry (atau excited makan dalam AirAsia sebab selalu asyik naik MAS yang makanannya agak terlampau international untuk taste saya) jadi saya telah order karipap pula selepas pizza habis. Kami juga order teh tarik. Lepas makan, kami tidur.

Sampai di Shah Alam, kami solat dan pergi ke Nasi Ayam Pak Mal, and yes, fiesta makanan untuk kami sudah bermula.

Sebelum balik kampung, kami sempat berjumpa dengan :


Anas...kami sempat makan malam dengan Anas di Restoran Syed

Kami juga sempat makan malam dengan keluarga Abang Zaki, malangnya tiada gambar yang sesuai.


Kami juga sempat berjumpa dengan kakak saya dan suaminya, juga Anas.

Kami juga sempat ke Jalan Bellamy untuk makan ikan bakar juga cendol mamak Bellamy tuh..tak ambil gambar la pulak.

Semua pertemuan di buat di luar kerana rumah kami tidak bersedia menerima tetamu. Walau bagaimanapun, kali ini saya telah meletakkan kerja-kerja membersihkan rumah sebagai priority di mana pada hari Ahad, selepas subuh, saya terus melakukan kerja-kerja mengemop rumah.



Selepas mop rumah, kami telah melakukan lawatan ke AEON Shah Alam, dan pekena kopi di Teh Tarik Place sebab kami dua-dua pakat rasa letih dan mengantuk.

Kami telah balik ke Perak pada hari Selasa dan sebelum sampai di Chemor, kami telah terlebih dahulu singgah di gerai roti canai kakak ipar saya di Ipoh dan seterusnya melawat angah saya di Taman Golf. Angah saya baru sahaja menjalani pembedahan untuk menggantikan tulang di punggungnya dan dia masih dalam proses untuk pulih sepenuhnya.

Kami juga telah singgah di Restoran Mee Rebus Ramli sebelum terus ke Chemor. Di Chemor, saya berkesempatan untuk bersembang dengan emak saya dan topik kami lebih kepada keadaan semasa politik.

Pada malamnya, kami telah meluangkan masa ke Ipoh untuk melawat Kakak dan Abang Hatta. 

Esoknya, kami telah bertolak ke Sekolah Tamil Kelebang untuk mengundi. Saya pergi mengundi dengan emak saya.

Sewaktu di dalam kereta, emak saya telah bertanya sekali lagi siapa yang patut dia undi. Keliru juga saya untuk memberitahu dia siapa yang patut dia untuk. Tapi, sewaktu saya memimpin emak saya ke saluran tempat dia mengundi, saya ada dengar dia cakap macam ini "emak undi orangnya kali ini, bukan parti". Ahaaaa...dah tau dah.


Emak saya mengundi di Saluran 1, di mana rata-rata saya lihat adalah para pengundi veteran. Saya ingin meminta mereka membenarkan emak saya untuk terus mengundi, tetapi mereka tidak nampak "urgency" untuk memberi laluan kepada emak saya kerana yang lain-lain pun tua juga.

Saya akhirnya meminta kerusi supaya emak saya boleh duduk. 

Oleh kerana bilangan orang di saluran 1 tidak terlampau ramai, emak saya hanya perlu beratur dalam jangkamasa 30 minit sahaja.

Selepas urusan emak saya mengundi selesai, saya menghantarnya duduk di kantin sekolah dan saya pula pergi mengundi.

Saya mengundi di Saluran 5 dannnn barisannya adalah ramaiiiii....


Ahaaa...dengan panasnya. Tapi, saya tengok Saluran di sebelah saya lagi lah panjang...


Haaaaa...tengok tu. Pengsan menengoknya.

But it was fun and I made friends with one Indian and another one Chinese guy. Ohhh.....mereka ini sangat bersemangat untuk mengundi. Proses beratur dan mengundi mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Selesai mengundi, kami bergambar..

Emak saya mengundi untuk kali ke 14. Saya mengundi untuk kali ke 5 kut, atau 4...tak hingat.

Dan kenalah ada gambar jari kita orang.

Lepas itu kami ke Pekan Chemor untuk breakfast. Selepas itu kami menghantar emak kami ke rumah dan kami meneruskan perjalanan kami ke Felda Ijok untuk suami saya mengundi.

Sempat juga kami singgah di hentian Bukit Gantang untuk makan nasi lemak bungkus ini..yang menjadi igauan saya sudah lamaaaa...ha ha ha

Nasi lemak bodo aja pun, tapi saya suka. Kami juga telah membeli pulasan yang sedap di sini.

Selepas mengundi di  Felda Ijok, kami pergi makan di Pekan Selama...

Sebab dua-dua sudah mengundi, boleh laa kami tangkap gambar jari macam ini..ahaaaa.

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kulim  dan checked in di Hotel Seri Malaysia. Kami mandi, solat dan telah keluar minum di salah satu restoran Mamak (restoran Pelita kut).

Haaa...bincang fasal GE14 lah, apa lagi. Kami tidak lama di sini, dalam jam 12 malam, kami balik ke Hotel.

Sesungguhnya, ramai penyokong BN yang bermalam di Seri Malaysia malam itu dan ramai yang kecewa dengan keputusan GE14.

Saya dan suami buat pertamanya tidak tidur kerana menunggu keputusan pilihanraya.

Keputusannya memang mengejutkan dan saya bersyukur kerana saya mengambil keputusan untuk balik mengundi dan be a part of this history making.