Thursday, January 31, 2013

Hari ini dan Semalam (30 & 31 January 2013)

Sorry sebab tak update blog ni semalam, I was extremely mengantuk, I don't know why.

Semalam ada sesi latihan paginya, ada lunch di Kelantan Delights, sambung sesi latihan, lepas tu ada meeting at 4.30 yang habis dalam pukul 7.00. Waktu meeting tu, saya duduk di row and facing the rest of the meeting members, tapi saya mengantuk dan rasa sangat tak tahan sampai tersengguk. Mak aiiii, tak laratnya. Sampai doa doa minta kekuatan untuk buka mata.

Lepas tu kena stayed back till 9.00 sebab kena buat some preparations for today's meeting.

Balik, singgah Petronas isi minyak, beli burger di A&W.

Sampai rumah, makan burger, mandi, iron baju turun bawah, dan check facebook kejap. Sebab facebook lembab sangat, saya sudah meradang, huh...tak larat. Terus off pc dan tidur depan tv sampai pagi...penatnya.

Pagi ni kena bangun awal sebab kena sampai office awal dan terus ke Putrajaya. Tapi officer saya lambat lah pulak sampai. Tapi okay lah, semuanya berjalan lancar.

Balik dari meeting tadi, saya pening sikit, rasa high. Sayapun telan panadol dan bila 12.30 aja, terus tidur. Alhamdulillah, saya rasa lega sikit sekarang....

Tuesday, January 29, 2013

28 January 2013

Pejam celik, dah 28 hari kita berada di tahun 2013...semoga tahun ini, juga tahun yang seterusnya akan menjadi tahun yang baik untuk kita semua.

Hari ini, paginya hubby dan saya pergi for our morning walk. The day before, hubby requested me to cook gulai lemak cili api ketam, dan saya kata, ok. Unfortunately, kami tak sempat nak pergi pasar pagi tadi sebab saya ada temujanji dengan tukang urut. Hubby pulak, tak nak pergi pasar sorang, so, how to cook ketam if there's no ketam kan?

Sesi berurut saya berjalan dengan bestnya...alhamdulillah.

Lepas urut, saya sian pulak dengan hubby sebab saya memang dah lama tak masak. Tapi memang tak de menda pun yang boleh di masak kecuali ikan bilis, yup, saya pun buatlah tumis ikan bilis.

Hmm, dalam menyediakan bahan bahan tu, tiba tiba cili yang telah diblend tu tumpah pulak atas lantai/hamparan. Adoiii, jadi kerja lah mengelap lantai dan cabinet. Hamparan tu pulak, kenalah basuh.

Hmmm, lepas tu saya mandi dan solat dan makan. Macam best la makan, masak simple pun tak pe, ada nikmat yang tak boleh di ceritakan, walaupun tumis ikan bilis dengan kicap aja.

Petangnya, kami lepak, main game, tidur dan tak pergi mana mana. 

Malam, kami ulang makan nasi yang berlebih dari siang tadi, lepas tu saya buat kerja office sikit, dan sekarang saya tengah update blog. Lepas ni saya nak iron baju dan tidur...semoga hari hari saya dan hari hari anda semua akan menjadi lebih baik...have a productive days ahead everyone.

Sunday, January 27, 2013

Gunting Rambut Lagi

Heee, dalam rasa diri ni biasa-biasa aja, saya teringin jugalah nak lawa macam Fouziah Ghous ha ha ha. Bila nak gunting rambut tu, terfikir lah juga nak buat pesen pesen yang lebih menarik ke kan, tapi sedar lah juga diri sebab ada rambut yang 'stubborn' dan tak boleh nak buat apa.

Tak pe, saya pun pergi lah dengan semangatnya untuk gunting rambut. Sampai-sampai, tengok saya sorang aja pelanggan, he he, jolly good.

Mula-mula orang tu basuh rambut dan urut...best. Siap doa-doa, buat lah lama-lama, jangan lah stop...huh, 20 minit aja dia bagi. Lepas tu gunting. Adik tu pun tanyalah, akak nak gunting macam mana, alamak, saya pun tak sure.

Saya pun cakap,"pendek"...

dia tanya lagi..."macam gambar tu ke kak?"...heeee..

saya pun tengok gambar yang dia tunjuk tu, lawa gak, saya pun jawab "boleh laaaaa".

Hmmm...dia pun potong, mak aiii, pendek macam lelaki rupanya, dia kata later, lepas blow, baru dia betul kan balik.

Hmmm, lepas tu, letak inai. Lepas letak inai, depa biarkan saya sorang-sorang kat situ, saya pun baca lah majalah.

Saya ada baca fasal Rebecca Nur Al Islam punya rahsia kebahagiaan rumah tangga, haaa, mari saya share apa yang saya ingat, dan seperti biasa, buat comparison dengan diri sindri, he he...yang saya ingat lah ye, ada 7 rahsia kalau tak silap...tapi yang saya ingatttt adalah:

i) Sentiasa memanggil pasangan anda 'SAYANG' : saya panggil hubby Shuk, kadang-kadang Cuk, hubby pulak panggil saya dengan penuh hormat, ye, dia panggil saya CIKBIB.

ii) Sentiasa senyum, lebih-lebih lagi waktu bangun pagi, yup, biar perkara yang mula-mula hubby nampak adalah senyuman anda : saya pulak, hari-hari bangun lambat, asyik lompat-lompat aja. Hubby pulak, nak bangun solat subuh tu, tak reti nak buat sindri, saya pun, dalam tergesa-gesa main tolak-tolak aja dia, "Shuk, bangun solat, cepat, saya dah lambat ni.."...hmmm, Shuk nak tengok saya bila dia bangun pun tak sempat, ha ha ha, nak senyum pun tak sempat.

iii) Apa lagi ye...sattttt...haaa, masak lah untuk suami, jangan selalu makan di luar. Adoiii, yang ni, I wish I could do more often lah, betull.

iv) Dia kata jangan marah-marah dan bawa banyak bersabarrrr...yang ini, okay lah kan, saya pun memang berusaha untuk kurang marah, kurang merajuk dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

haaa, saya ingat 4 dari 7, kalau periksa, boleh lah juga luluskan...haaaa..ada juga yang boleh diikuti tuh, he he

Hmmm, lepas tu, shampoo girl tu pun basuh lah rambut saya, blow dan tukang gunting rambut tu betulkan balik rambut saya. Semuanya habis dekat-dekat pukul 2 juga...adoiiii, alhamdulillah tak lama, membosankan betul buat rambut ni.

Setelah selesai, saya tengok lah muka saya lepas tu kat cermin, hmmmm...muka saya juga tak bertukar jadi Fauziah Ghous pun.

27 Januari, 2013

Bangun pagi, saya terus uruskan semua floor mat (kain pengelap kaki) yang telah saya rendam dengan clorox semalam. Saya ganti air, letak sabun sikit, bila semula dan jemur. 

Lepas tu, saya rendam pulak baju kurung saya yang tak boleh di basuh dengan washing machine. Sementara menunggu, saya buka semua sarung bantal (throw cushions) yang sudah ada bau kita orang, tapi kita orang mestilah tak sedar kan, sebab bau diri sendiri..he he he...yup, masuk dalam washing machine dan buat short wash.

Selepas semuanya selesai, saya mandi, kejutkan suami dan pergi breakfast. Lepas tu, saya pergi potong rambut dan inai rambut. Rambut saya ni sudah berumur seperti saya kan, jadi perlu di buat sedikit maintenance.

Setelah selesai, ingat nak pergi urut kaki, tapi fikir balik, baik buat urut badan seluruhnya, lagi murah. Saya pun call tukang urut dan settle, esok ada sesi mengurut badan.

Balik, kami makan karipap, goreng cempedak dan ABC seksyen 2 yang sedap tu sambil menonton NONA. Lepas tu, kami pun berehat...ZzZzZz

Malamnya, lepas Maghrib, kami pun pergi makan...simple dish sebab kena berjimat kan...

Haaaa....itu ajalah laporan hari ni, esok cuti, yay!

Doa Pagi Ni...

Saturday, January 26, 2013

Bila Perasan Kaya

Kami ni suka perasan yang kami ni orang kaya. Sebab kami perasan kami kaya, kami pun bila berbelanja perlulah seperti orang kaya, miahaaaaha (bunyi mengilai ye).

Kami mesti makan di tempat-tempat yang 'up' sikit, sebab tempat biasa kami tak lalu.

Beli barang pun, mesti lah ber 'branded' sikit, if not, kami tak pandang.

Dan sekarang, sebab kami perasan kami ada 'up' sikit, kami rasa macam kami perlu 'up' sikit kereta kami'

Baru-baru ni saya naik lah kereta Merc kawan saya, dan saya rasa macammmmm...hebak nya kereta Merc ini.

Walau bagaimanapun, kami tetep seder bahawa 'up' kami tuh, tak la sampai ke tahap owning our own Mercedez kan...not yet lah.

Tapi kami sudah men 'survey' beberapa kereta. Antaranya:

1) Peugeot 408

2) Honda Civic

3) Suzuki SX4

Hmmm, sebenarnya saya nak Suzuki tu. Sebabnya adalah kerana dia macam sporty. Saya sebenarnya suka dengan Mini Cooper, tapi sebab tak mampu, dapat yang macam mini cooper pun okay lah kan. Lagipun, tempat parking kereta di office saya sangatlah mencabar, jadi, the smaller your car is better. 

Kereta yang no. 1 dan 2 tuh, adalah pilihan hubby. Kalau beli kereta no. 1 & 2 tuh, saya tak rasa saya akan bawa kereta tu ke office lah. Baik bawa kereta sekarang aja...merajuk!!

Tapi ini hanya lah angan-angan saya saja. Mungkin kami akan simpan aja Wira/Porsche kami tu. Tapi, walau apa keputusan yang bakal saya buat pastilah berasaskan rasional, setelah ditimbangkan kesemua perkara, lebih-lebih lagi kedudukan kewangan. Doakan semoga saya akan membuat keputusan yang tepat, insya allah.

A wedding and a date with Anas

Kami sekali lagi ke Dewan Sri Siantan di Perbadanan Putrajaya hari ini. Yup, ada wedding.

Wedding ini sebenarnya adalah wedding anak tiri kepada kawan saya. Kawan saya ni telah berkahwin dengan seorang duda yang sudah mempunyai 3 orang anak lelaki. Seronok saya tengok kawan saya ni mengahwinkan anak tiri dia, rasa macam saya pun teringin nak mengahwinkan anak...ha ha ha...

Saya juga suka dengan konsep menepung tawar (betul ke perkataan ni?) di mana di panggil sorang sorang macam ni : 'diminta paklong dan maklong pengantin perempuan untuk menepung tawar dan mengambil gambar..."...macam best.   Anak-anak sedara saya setakat ni semuanya kahwin simple...ha ha ha.sanding pun tak de, so no such things as tepung tawar tuh...hiks.

Lepas kenduri, saya pergi ke rumah kak cik saya untuk melunaskan hutang yang telah saya simpan sangat lama. Yup, saya telah berjanji dengan anak kak cik saya Anas untuk belanja dia makan ice cream Baskin Robbins.

Well, kami pun pergi lah ke Alamanda, jalan jalan. Kami juga telah singgah di Aussino dan hubby sekali lagi tewas. Yup, dia beli lagi tuala Aussino tuh. Saya nak beli cadar dia, tapi yang saya suka tuh mahai gila. Saya request kat hubby untuk belikan waktu anniversary kami nanti dan kemungkinan yang dia akan penuhi permintaan saya tuh? -300% (ada 'negative' tau).

Lepas tu kami pergi tengok kasut Clarks. Bukan apa, saya dapat kupon less 20% kalau saya beli kasut di mana mana kedai Clarks, malangnya, tak de yang berkenan di hati, jadi saya pun tak beli lah.

Anas request nak beli kasut, kamipun pergi ke Al-ehsan...beli kasut.

Lepas tu kami pergi Parkson, saya nak belikan Anas T-shirt, tapi dia nak sweater, ok, fine.

Lepas tu, kami pun balik dan makan kek pandan yang kami dapat di kenduri kahwin tadi. Sekarang ni kami tengah lepak di depan tv, sebab kami tak de swimming pool, if not, mesti kami lepak di ruang keluarga, opposite our swimming pool...keep on dreamin cikbib!


Friday, January 25, 2013

Demam

Saya ada nampak  kawan saya post di facebook yang berbunyi lebih kurang :"makan-makan dengan gaji baru M I D A". Ini adalah untuk reference saya sendiri di masa hadapan ye, yup, pada 23 January 2013, saya telah menerima gaji pertama saya dari pada M I D A baru. Pada yang tak tahu, M I D A adalah dalam proses pengasingan daripada kerajaan dan oleh kerana itu, kami ada tangga gaji baru dan tiada lagi mendapat pencen...sobb!

Seterusnya, hari ini hari Jumaat, 25 January 2013. Saya bekerja balik setelah bercuti semalam.

Semalam saya memang tak buat apa-apa pun kecuali makan dan berehat. Sebenarnya saya demam sikit, mungkin akibat kena cucuk di dua tempat baru-baru ni, tangan saya rasa lenguh semacam aja dan tempat cucuk tu sudah lebam. Hmm, memang kulit tak berapa tahan kut.

*******************************************************************************

Saya dah mula rasa tak larat pada hari Rabu lagi i.e. 23 hb. Saya dah mengadu kat suami kata saya rasa macam demam, mata pun merah. Tapi Shuk hanya cakap, sabar sikit sebab the next day kan cuti (semalam), boleh lah berehat. Saya pun kata okay ajalah, tapi saya request hubby datang ambil pada petangnya. Haaa, dalam kereta waktu balik tu, saya siap lena tak ingat dunia lah.

Malamnya, kami pergi dinner kat Restoran Abe Seksyen 7. Hmmm, siap ada satu kereta ni langgar sikit kereta kami yang di sedang di park. Ntah lah budak-budak ni, jalan tu punyalah besar, boleh juga terlanggar. Tapi nak minta bukan bukan pun student lah pulak, teringat pulak anak anak sedara saya pun ramai juga yang drive, jadi kami pun bersabar, dengan harapan, orang lain pun akan bersabar dengan anak-anak sedara kami kalau depa buat silap, insya allah.

Malamnya, saya makan ubat, lepas tu sapu juga ubat dan cuba tidur. Tapi tak boleh tidur sebab tangan dan kaki rasa sakit/lenguh. Lepas tu, saya sapu dengan krim halia yang panas tuh..lega lah sikit. Sambil-sambil tu, hubby tolong urut sikit...baru lah tertidur...

********************************************************************************

Hari Khamis, 24 hb, saya pun berehat lah...saya rasa okay sikit, matapun kurang sikit merahnya. Tapi saya tahu suami saya sedang sakit perut...semoga cepat sembuh.

*********************************************************************************

Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam...semoga saya dapat habiskan kerja saya, insya allah.







Wednesday, January 23, 2013

Panick!

Pagi tadi, bangun pagi, saya dapati badan saya dipenuhi dengan bintik bintik merah, termasuk muka. Panik nya saya, ada bermacam-macam perkara negatif bermain di fikiran, yup, what if ini adalah tanda-tanda kepada penyakit yang lebih buruk.

Saya teruskan bersiap, ingatkan nak pergi ke klinik berdekatan office dan kalau Dr bagi mc, saya akan balik. Saya teruskan bersiap, tapi realitinya saya memang stress. Saya mungkin demam sedikit, tapi tidaklah teruk sangat, tapi yang lebih sakit adalah mental saya...yup...I was mentally sick sebab berfikir yang bukan-bukan.

Waktu berbedak dan nak pakai tudung, I finally decided to go to D E M C Shah Alam instead. I talked to hubby and after that started to send messages to my boss, the division's PA and also Sham because I could not attend J P C 3 for him.

Lepas tu, saya tunggu hubby bersiap, dan keluar dari rumah dalam pukul 7.40 pg. 

Sampai di D E M C, bila check tekanan darah, haaa, tinggi lah sikit sebab takut. Dr insist suruh saya check darah sebab dia takut ada penyakit lain.

Haaaa, saya ni memang macam tu, jarang sakit, tapi sekali sakit, haaaa, kena ambil darah la, apa la.

Okay, bila result keluar, alhamdulillah, tak de apa apa. Doktor kata saya allergy aja. Dia nak bagi antibiotik yang kuat, yang kena cucuk lagi...so, hari ni saya kena cucuk dua kali lah. Saya juga diberi antibiotik untuk makan, ubat untuk kurang kan gatal, losyen dan ubat untuk kerongkong sikit.

Balik dari klinik, kami pergi makan, lepas tu saya makan ubat dan tidur. Antibiotik yang disuntik ke badan saya menyebabkan saya agak drowsy, so, saya tidur dengan nyenyaknya lepas itu.

The one day break was a good one...lega rasanya bila boleh berehat. Tapi miangnya lah...teruk menahan diri untuk menggaru.

Mengenang balik hari ini, walau pun kecik, tapi saya boleh conclude yang saya memang penakut. Saya cukup takut bila tengok badan penuh rashes, especially on the face. Lemahnya saya...

Tapi ye lah...semoga pengalaman ini akan menguatkan saya, insya allah.

Esok, saya ada kerja baru yang menanti. Saya harap dan berdoa semoga saya lebih sihat esok, insya allah.


Monday, January 21, 2013

Cars

Kereta hitam saya akan habis pembayaran hutangnya pada bulan April ini..maknanya sudah 8 tahun lah saya guna kereta tu.

Kereta hitam tu adalah kereta Wira 1.5, special edition. Yup, my second car.

The first one was a red 850cc Kancil which I bought late 1997. Kenapa beli Kancil? hmmm, ada banyak sebab, antaranya :

1) budget constraint la, maklum lah baru kerja kan

2) takut nak bawak kereta besar

3) setengah orang kata Iswara 1.3 kurang pick up

Maka, saya pun pakailah kereta Kancil Merah tu selama 8 tahun. Yup, kereta tu telah sampai Kelantan, Terengganu, Kedah...banyak jasanya. Pernah pada satu masa tu, saya dan housemate saya Zali, serta Meen telah merancang untuk pergi Kedah, tengok Atim kahwin. Kami bincang senyap senyap sebab tak nak Tok Zali tahu, takut dia nak ikut. Bukan apa, kereta tu kan kecik, takut dia tak selesa, maklumlah, nak ke kedah ni, jauh tu.

Tapi dia tahu and berkeras nak ikut walaupun tahu kereta nya Kancil aja. Maka, kami berempat pun naik lah Kancil ke Kedah....haaaaa....sampai, alhamdulillah. Saya ingat lagi tengok Tok ok ke tak kat belakang kereta saya melalui cermin...dia relax aja...hiks...nak buat macam mana, waktu tu, kereta yang kami mampu, kancil ajalah.

Anak-anak sedara saya juga puas naik kereta tu...yeah, menumpang cikbib.

Lepas saya beli Kancil, Meen dan Atim pun beli Kancil jugak. Atim pulak, siap lowered kan kereta dia, sampai ada satu masa tu, dia terpaksa pulak pinjam kereta Kancil Merah saya bila dia nak bawa lebih orang sikit. Kereta dia untuk 2 orang aja, kalau lebih, tenggelam.

Lepas 8 tahun, saya mengambil keputusan untuk menukar ke kereta baru atas sebab saya tak larat nak menguruskan kerja-kerja maintenance yang meningkat dengan meningkatnya umur kereta itu. Saya kan perempuan.

Untuk kereta ke 2, saya determine untuk dapatkan kereta dengan cc yang lebih tinggi. Yup, I opt for my black WIRA.  Saya masih memilih gear manual atas alasan untuk menjimatkan kegunaan minyak. Saya ingat lagi di mana saya telah berniat untuk membawa mak saya ke Johor sekiranya saya dapat bigger car, yup...

Saya beli the black Wira in 2005 and got married in 2006. Selepas kahwin, hubby yang lebih banyak bawa kereta ini. Saya ada juga bawa sekali sekala dan pada waktu inilah yang saya rasa agak tersiksa dengan gear manual. Saya sudah berniat dalam hati pada waktu tu di mana, kalau saya beli kereta baru, saya nak gear automatik, tak larat dah nak bermanual-manual.

Saya naik train selepas kahwin sampailah kaki saya sakit dan kami buat keputusan beli kereta baru, yang gear automatik lah. The most affordable car waktu tu, dengan cc 1.6 adalah Pesona...so...Pesona adalah kereta ke 3 saya, dengan hutang 10 tahun, ha ha

Dan sekarang, dengan habisnya hutang Wira hitam tu, saya sedang berfikir sama ada perlukan saya beli kereta baru...he he he


First Task : 20 Jan 2013

Ok, this is actually a story about yesterday, Sunday 20 January 2013.
 
I have to attend this Seminar at Putrajaya. Di anjurkan oleh...tak ingat lah pulak, tapi berkaitan dengan 'Melayu'.
 
Arahan yang saya terima daripada boss saya adalah "Mingle and get as many business cards as you can so that we can start building up our database/network". Urghhhh
 
So, I woke up early on Sunday morning, missed my weekly morning walk, and siap-siap untuk ke Putrajaya. Sampai, dan tidak sesat, alhamdulillah, maklumlah, sejak berkahwin ni, saya agak kurang bawa kereta bila mahu ke mana-mana, jadi skill mengingat jalan tu sudah agak kurang...he he.
 
Sampai, saya pun pergi register and makan. Yup, breakfast was served, ada bihun, air dan dua jenis kuih.
 
Lepas breakfast, saya pergi balik ke dewan utama. Di situ, memang tiada langsung muka familiar. I scanned the dewan with my big eyes, yup, mencari mangsa untuk mendapatkan business card. Tapi tak de, namapun kongress Peniaga Melayu kan, so, ramai lah lelaki Melayu tua tua yang saya tidak rasa adalah sesuai untuk saya to simply masuk and simply mingle. Macam tak sesuai untuk adab Melayu kan?
 
Saya juga tidak berapa pasti apa yang organisasi saya boleh contribute to these people, sebab setahu saya, dalam polisi kami, tiada keutamaan khas atau insentif khas yang diperuntukkan...so, mungkin ianya adalah lebih relevant untuk organisasi lain.
 
Helpless, I decided to find a seat and duduk diam-diam. Boss pun tak sampai-sampai that I decided make up a story of why I could not get any single business card from anybody, ha ha...boss sampai lewat anyway, so, boleh lah saya menipu sikik.
 
The seminar started late and apparently everybody seems to love to talk and they do not know how to obey the time schedule. Bila sesi soal jawab, tu dia, semua emosi. Tak faham betul saya. 
 
Yang sorang ni, cakap-cakap dah terus marah...mula-mula marah sebab kecewa. Dia kecewa sebab tujuan dia datang adalah supaya dia tahu macam mana dia boleh menyumbang ke pada orang Melayu, tapi seminar ni tak highlight pun fasal tu. Lepas tu dia marah sebab dulu dia dapat masuk U sebab di beri priority, ye lah, Bumiputra kan, tapi lepas tu dia kata dia tidak mampu untuk bersaing. Antara sebab yang dia highlight adalah sebab dia tidak pandai berbahasa Inggeris. Lepas tu dia mengaku juga, kalau ikut merit dulu, mesti dia tidak dapat masuk U langsung pun...
 
Huk aloh...ape la jenis orang yang macam ni. Tak tahu bersyukur langsung. Mula mula, bersyukurlah dapat peluang masuk U. Bila dah masuk tu, tak  kan semua nak kena spoon feed, belajar lah bahasa Inggeris sendiri. Kalau nampak diri terkebelakang, cari lah punca nya dan atasi masalah tu. Yang pentingnya adalah tanya diri sendiri, you nak berjaya ke atau nak terus merungut, haaa, pilih dan cari jalan sendiri. Kalau confuse, mintalah nasihat dari orang yang lebih berpengalaman, tapi tak perlulah marah orang lain.
 
Kalau nak tolong bangsa sendiri, tak payah lah tunggu orang nak plan kan untuk you, banyak cara you boleh buat yang berpada dengan keupayaan sendiri. Yang marah orang lain sebab tak siapkan agenda khas untuk diri you tolong bangsa sendiri tu apa hal..
 
Iskh...tak tahan saya duduk dalam dewan tu, agaknya macam tu keadaannya dalam perhimpunan parti politik ye? Tak sesuai lah dengan jiwa saya.
 
In between sessions, ada break, and saya telah terserempak dengan boss waktu saya nak ke toilet. Saya baru aja nak cakap dengan boss yang saya nak balik cepat i.e. lepas lunch, boss terus serbu, kata " I tak rasa I larat nak ikut seminar ni dah, dan ianya adalah tidak berapa relevant dengan kita"...adoiiiiii, alhamdulillah. Terus saya pun kata "lepas lunch saya balik ye boss"...he he, boss kata, dia pun nak balik, dia nak main golf.
 
Seterusnya, saya duduk ajalah. Tapi presentation terakhir yang di sampaikan oleh owner Rahim & Co. adalah interesting. Ianya adalah mengenai hartanah di KL/Lembah Kelang, focus on the Malays lah.
 
Lepas tu, lunch dan saya balik rumah. Alhamdulillah, walaupun kena buat U-turn dua kali, saya telah selamat sampai...hikss.
 
Sampai rumah, suami siap teriak dari dalam rumah, "Cikbib lari ye"...he he he.
 
Did I manage to carry out my first task?...susah la nak jawab...

Saturday, January 19, 2013

Hari ini 19 Jan 2013

It is now Saturday night, 19 January 2013. Kurang sepuluh hari lagi dapat gaji untuk tahun 2013 ni. Time flies.

Hari ini adalah versi tak larat. Semalam, ntah di mana silapnya, saya telah loya-loya dan muntah. Saya juga tidak lalu makan, which SELDOM happened. Saya, demam ke, apa ke, selalunya larat aja makan, but last night, memang lah tak lalu.

Hubby pulak siap bagi komen " tak syoknya cikbib tak lalu makan"..he he he...selalunya hubby akan cakap "dah cikbib, stop makan"...haaaa...bila tak lalu makan, jadi tak best pulak. Tapi yang pastinya, sihat tu penting, kesihatan perlu di jaga.

Back to hari ini sebagai hari tak larat, pagi tadi, lepas subuh, saya tidur balik, tak larat nak pergi jog. Bangun pagi, kami pergi brunch, dan ambil baju dekat tukang jahit di Puchong. Selama lebih 6 tahun kahwin, hubby telah bising sebab saya simpan dalam 12 helai kain yang tidak di jahit. Akhirnya, bila jumpa tukang jahit, rasa best...

Balik dari Puchong, kami solat dan tidur. Janjinya petang tadi nak keluar, tapi saya memang rasa tak larat, tak jadilah keluar.

Risau juga kenapa rasa lemah aja. Mungkin sebab nak P dah kut...it's about time.

Sekarang, saya tengah lepak depan tv, rasa nak solat dan ready to retire kut...esok kena start early ke Putrajaya...semoga sihat esok, insya allah.

Enjoy the weekend everyone


Friday, January 18, 2013

Saya, Division Lama dan Division Baru

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah hari Jumaat. Esok cuti, tapi saya perlu pergi Putrajaya on Sunday...sobss. Tak faham sungguh orang yang organise 'Congress' lah kononnya on Sunday nih, kan Sunday hari untuk bersama keluarga...tak pe, sobarrrr.
 
Saya kena pergi sendiri, Presint 2 Putrajaya...nanti saya redah aja la Putrajaya tu...
 
Hari ni, saya sudah ada perancangan untuk clear paper officers dari Division Lama saya pada waktu pagi dan petang ni saya akan cuba sempurnakan kerja-kerja 'packing' saya supaya saya boleh pindah betul-betul ke bilik baru di Tingkat 19.
 
Sedih tak tinggalkan Division lama?
 
Sedihhh! Despite of some problems here and there, the old Division was awsome (nak guna juga perkataan awsome tuh). Saya ada boss yang baik, rakan dan officers yang baik, serta supporting officers yang hampir semuanya baik. Adalah sorang dua yang malas sikit atau rasa diri tu terlampau bagus lah sikit...tapi tak ramai.
 
Ada perkara yang meng 'happy' kan tak tinggalkan Division Lama?
 
Adaaaaaaa....ha ha ha. Sesungguhnya kerja di Division lama sudah terlampau banyak dan rasa tak terbuatkan. Oustanding pun banyakkkk...officers sampai tak larat. 
 
Lagi satu terlampau banyak panggilan telefon daripada syarikat...hadoiii...tak larat nak jawab.
 
Lagi satu stress waktu hari meeting where we have to present our proposals, mak aiiiiii...cabaran sungguh
 
Excited tak pergi Division Baru?
 
Yeahhh...refreshing. A whole new challenge and you keep on wondering whether you are able to deliver or not. But I really look forward to work with my new boss, new kawan-kawan and officers.
 
Takut Tak Masuk Division Baru?
 
Takuttttt! Gue masuk DI Promotion Division tau (DI tu means Domestic Investment ye). Adoiii.
 
Di tempat kerja saya, selalunya orang akan kategorikan you  sama ada technical people atau promotional people. Selalunya technical people ni lebih kepada buat kerja, buat paper, serious job lah. Promotional people pulak lebih kepada organising event/seminar and  do promotional work lah. Kena mingle, banyak bercakap, buat network dengan companies dll.Hmm, macam mana tu?
 
Infact, our CEO selalu cakap, dalam apa apa event pun, dia nak kami sentiasa ke depan, dia kata, kalau you pemalu pun, waktu kerja, you kena berlakon macam you tak pemalu...yeah, berlakon lah seperti you ada self confindence yang tinggi...heeee
 
Saya ni teknikal sangat pun bukan, promotional lagi lah bukan, ha ha ha. Saya ni pemalu sebenarnya dan kurang keyakinan diri. I am having doubt actually, tapi saya akan cuba. Saya juga yakin bahawa sekiranya Allah telah tempatkan saya di sini, maka itulah yang terbaik bagi saya, dan saya pasti boleh melakukannya, insya allah. Doakan kejayaan saya.
 
Conclusion?
 
Lucky for me, I do not really have time to sit down and think about my problems. I have more than 300 outstanding applications to clear with my officers from the old Division, I have not packed up my things and moved to the new Division and my job in the new Division is slowly piling up. By the time I reached my house, had my bath and came back from dinner, I will be totally exhausted and ready to retire...so, I do not waste my limited free time to worry...
 
Okay guys, work hard today and have a happy weekend...
 
 

Sunday, January 13, 2013

Hohay, esok Monday!

Hari ni hari Ahad, hari ke 13 untuk tahun 2013 nih.

Hubby sudah paksa saya update blog...

Saya rasa macam nak tukar background blog saya...tapi macam malasss...tukar je la sikit, masih biru...saya ni sebenarnya memang tak detail fasal benda-benda macam tu, sebab saya ni jenis simple. Macam bila kemas rumah, saya malas nak ada banyak-banyak benda-benda kecil sebagai perhiasan, sebabnya ialah, susah nak nak maintain, ye lah, kalau dibiarkan, berhabuk pulak kan?..so, let's stick with the basic ye

gangguan : Hubby pesan minta pastikan saya guna font ARIAL..and make sure the fontsize is not too small, maklumlah, kerabunan semuanya.

Hmmm, pagi tadi kami telah pergi ke Tasik Shah Alam untuk exercise sikit. Halfway, hujan turun, tu dia, bersemangatlah kami pecut...haaaa, berkat pecutan tu, peluh pun lebih banyak lah, maka lenjunlah kami... hikssss.... sebenarnya basah kena hujan laaaa

Hmmm, waktu balik seperti biasa, kami singgah makan di Belanga, breakfast. Di samping itu, kami beli nasi lemak untuk dua orang budak yang ada di rumah tu. Yup, anak-anak sedara saya ada di rumah.

Dalam pukul 11, kami bertolak ke LCCT sebab anak anak sedara saya tu nak pergi jumpa mak ayah mereka di TOKYO. Kami bertolak dalam hujan...Lepas checked in, kami minum/lepak dulu...sembang-sembang. Saya juga sempat singgah di Duty Free Shop kat LCCT tu...mak aiiii, hampir aja saya engkar dengan azam tahun baru saya...hampir saja saya beli perfume baru....adoiiiii.

Lepas tu, walaupun iyal dengan athirah masih berlegar belum masuk ke tempat perlepasan sebab tunggu kawan iyal , tapi dek sakit perut, saya minta diri dulu...bukan apa, saya tak berapa pekenan dengan toilet di LCCT tuh...lagipun rasa macam boleh sampai kat Shah Alam kan...buat kerja kat rumah lagi best kan.

Tapi ye lah, takdir menentukan segalanya..yesssss, ada 'urge' yang sangat kuat, can't wait...please hubby, we need a pit stop at Dengkil...and the rest is history...

Huh, saya memang ada masalah macam tu sikit-sikit lah, waktu pergi Penang baru-baru ni pun 'urge' tu datang selepas kami makan di Kapitan, di atas jambatan Pulau Pinang...haaaa, apa lagi, 'we need to stop at Juru R&R...sudah tidak tahan beb'. 

Balik rumah, kami makan nasi lemak yang ada satu bungkus extra, juga nasi semalam yang telah di perangat bersama sambail udang semalam, goreng telur mata kerbau bersama keropok...yup...habiskan supaya tak membazir.

Lepas tu, kami tengok tv dan lenaaaa, sebab sejuk.

Waktu Maghrib, hubby sudah complain lapar. Saya masak nasi goreng....settle.

Sekarang ni tengah tengok Apek dengan Liuney punye walimatur urus..part 2. 

Lepas ni nak solat, iron baju dan settlekan kerja ofis...have a good week ahead every one, and do not forget to smile!



Wednesday, January 9, 2013

Now

Saya rasa macam tergesa-gesa hari ni, rasa nak buat kerja semua nak cepat..i wonder whether it is due to the coffee I consumed for breakfast .

Decided to take break, bernafas, blog hop, plan nak update blog sendiri, tapi tetap tengok email and assign officers kerja...tak boleh la relax 100%..

Saya duduk di dua tingkat yang berlainan sekarang, tingkat 23 dan tingkat 19. Tapi saya memang dalam proses berpindah...slowly.

Ada terlampau banyak perkara yang perlu di lunaskan, tapi saya ni seorang kan, tak mampu nak buat semua dalam satu masa so, kena lah bertenang.

Walau bagaimanapun, tadi saya baru terima satu email daripada seorang officer ni yang membuat saya terharu sikit-sikit , he he... Dia ni, adalah officer saya yang paling pandai, yang banyak tolong saya dan banyak juga menyusahkan saya...bak kata orang, dialah madu, dialah racun.

Dia hantar email bunyi macam ni...
 
Puan

Saya mintak maaf banyak-banyak sebab selama ini banyak menyusahkan puan. Jasa puan Allah sahaja yang dapat balas. Terima kasih and sorry puan.

Hmm....saya doakan yang officer saya yang ni kemudahan dalam hidup, bahagia bersama keluarga dan kejayaan dunia dan akhirat because he deserves it.

Back to work guys


Monday, January 7, 2013

Benci blog orang lain?

Saya sekarang tengah mengumpul duit, yeah, planning to go to Sabah this year. Sebelum pergi, kenalah buat research dulu kan, yup,  asked around, google, check orang lain punya itenary, etc.

I happened to find these 2 new blogs, yup, memang dua dua pemilik blog sangat suka travel and I found out today that these two are actually related, yup, anak sedara dengan mak sedara.

Hari ni juga saya baru tahu yang anak sedaranya tinggal di Seksyen 7 Shah Alam...huk aloh, jiran saya rupanya...

Dan saya juga terbaca satu statement ni "please dont be too judgemental  about my makan place. mengingatkan i supaya ingat org susah, i hargai, but bukan perli.. i know when n how to sadaqah...always berdua'a to ALLAH agar sentiasa melunakkan hati i and family esp kids supaya sentiasa bersadaqah.. peace.."...


Hmmm, saya rasa mesti ada orang yang buat komen tak best ni, yup, as she said, judgemental. Bukan dia ni aja, ramai juga blogger lain yang kena. Saya pernah terbaca komen yang sarcastic macam ni dalam blog lain...I guess that is the price that they have to pay for being famous, some people can be very-very rude.

Saya ingat satu masa dahulu, sewaktu Mawi mengambil keputusan untuk mengahwini Ekin. Linda Onn di radio Era telah membuka ruang untuk para peminat untuk mengeluarkan pendapat mereka mengenai rancangan perkahwinan itu. Saya kagum betul dengan para peminat Malaysia ni di mana mereka telah dengan beraninya mengeluarkan pendapat bagaimana mereka tidak bersetuju Mawi berkahwin dengan Ekin. Haaaa, keluar perkataan-perkataan tak baik. 

Saya cuma hairan, di manakah sifat menghormati 'privacy' orang lain? Menghormati keputusan dan pendirian orang lain. Menghormati cara hidup orang lain? Saya juga kagum dengan keyakinan diri orang rakyat senegara ini yang merasakan mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk orang lain, dalam kes ni Mawi lah..yeah, depa ni setakat peminat merasakan mereka ada hak untuk menentukan siapakah jodoh Mawi..and I was like..WTH? who do you think you are?

Sekarang ni pulak, blogs. Saya baca banyak blog tapi tak bermaksud yang saya suka semua isinya. Banyak yang saya tak suka (macam saya ni sempurna lah kan). Tapi ye lah, kita kena lah hormat, blog orang, suka hati orang lah nak tulis macam mana kan. Kalau tak suka pun, nak cakap tak baik pun, berpada-pada lah kan..huh...atauuuu, kalau menyampah sangat, stop reading, find one blog that suits you.

Hmmmm...kenapa saya tulis isu nih? Blog saya tak famous pun kan? In fact 95% of my readers are silent readers. I guess I should thank you guys...for being silent most of the time? ha ha ha ha ha




Sunday, January 6, 2013

A J L ke 27

Yay, lagu terukir di bintang menang AJL...

Hmmm...saya memang suka lagu tu, waktu Aizat nyanyi pun macam best juga, Aizat juga tiba-tiba macam handsome pulak malam ni...good show.

Yang lain-lain? Saya suka stage dia laaa, hebat kan, siap ada 3 D lagi especially waktu Aris Ariwatan nyanyi..impressive!

Saya suka semua show except waktu ZZ dengan Faizal Tahir nyanyi..ha ha ha...this is my personal view ha, you don't have to agree with me.

Performance yang paling saya suka : Aizat...saya feel lebih

Performance yang paling saya tunggu : Mojo...yeah...saya suka la lagu tu...

Performance yang paling comel : Bedroom Sanctuary, saya suka waktu dia tiba-tiba diam tuh dengan mulut ternganga..ha ha ha...saya juga rasa lagu ni sangat jujur...kalau orang yang sayang kat kita nyanyi lagu ni mesti rasa terawang-awang sikit

Saya juga rasa music arrangement dia sangat bagus..Ramli MS kan...

FBI dan Cheryl, seperti biasa, menghiburkan...

Yang saya nak highlight : persembahan Joe BPR waktu akhir tuh...ha ha ha, dia dah tak boleh nyanyi la, ke laut betul. Rahmat MEGA maintain dan Aris Ariwatan, seperti dulu, nampak nervous. Ramli Sarip pula, saya tak la minat sangat, tapi sebab dia nyanyi lagu Camelia, langsung suka...heeee...teringat waktu kecik-kecik, saya dengar lagu ni kat dapur rumah saya.

Itu ajalah, penutup minggu ni. Have a good and productive week ahead!

Orang Baru..

Saya baru teringat dengan cucu saya yang sorang ni, Irfan. Irfan adalah cucu pertama sebelah keluarga saya. Kalau sebelah hubby, jumlah cucu saya dah hampir sepuluh orang. Irfan ni sepatutnya panggil saya opah cu kut, sebab saya anak bongsu kan, lagipun saya orang Perak. Tapi kan, rasa macam tak nak panggil diri sendiri opah laaa...he he he. Kalau ikut orang Mandailing, belah ayah saya, saya boleh pilih Wan, mungkin Wan Cik Bib? ha ha ha, ataupun Wan Cu? Hmmmm....saya rasa saya nak try Wan Cu lah.


Saya jarang jumpa Irfan ni sebenarnya, ye lah, bukan senang kan, parents dia bekerja, saya pun bekerja, jadi bila jumpa sekali sekala jumpa tu, heee, macam sangat sangat best. Waktu balik dari Pulau Pinang baru-baru ni, Irfan naik kereta saya dan dia batuk dan demam sikit     . Boleh tahan juga batuknya.

Waktu berhenti untuk makan tengah hari, Irfan macam biasa, tak makan, main air aja. Dia juga siap kulum air batu yang dia minum. Saya dah risau, budak ni dah la batuk, demam jugak tu, ada ke boleh dia kulum air batu tu. Macam mana nak sihat kan. Mak dia pulak, agaknya memang dah cakap banyak kali, malas dah nak marah.

Masuk dalam kereta, mak dia pun cakap la sikit dengan dia. Mak dia cakap "Irfan kenapa hisap ais batu tu tadi? Irfan kan batuk, bahaya tau"?

Irfan jawab balik "Bahaya? Icap okok pun bahaya kan mama? (hisap rokok pun bahaya kan mama?)." Lepas tu dia siap  tanya balik kat mama dia " Mama nak icap okok tak?"

Mak dia langsung gelak...

Hmmm...innocent aja kan budak ni? Saya doakan Irfan tak terjebak lah ke kancah menghisap rokok ni, insya allah. 

Saya bersyukur berpeluang meluangkan masa bersama cucu saya ni sewaktu di Penang..he he...sebenarnya waktu saya bersama Irfan, saya banyak teringat pada emak dia sendiri, Pijah sewaktu kecil. Mereka ni senang di jaga, tak banyak songeh sangat, pleasant, witty dan comel...

Nanti kita jumpa lagi ye Irfan...kita pergi holiday tempat lain pula, insya allah


Irfan Benjamin, 3 years old

Saturday, January 5, 2013

Sabtu, 5 January 2013

Saya baru saja habis menonton rancangan 'walimatul urus apek & liuney'..betul tak ejaan nama the 'wife' tu?...malas nak check, kira semua orang pun tahu siapa yang saya maksudkan kan?

Hmmm..kalau saya masih muda, agaknya saya akan berangan nak jadi cantik macam liuney dan nak kahwin juga dengan lelaki yang macam apek...mesti macam spend my days day dreaming...mesti punya lah. Tapi agaknya sebab dah puas asyik jealous dengan orang lain waktu muda dulu, sekarang saya dah tak jealous dah.

Hari ni kami berjaya pergi for our morning walk, lepas tu pergi kedai tukang jahit, ambil baju, lepas tu pergi Tasik Puteri (sebelum tu singgah ambil Min di Kota Damansara), ada kenduri kahwin. Lepas tu kami singgah rumah Shim, kawan lama saya, roommate saya waktu bujang.

Saya ingat lagi pernah pada satu masa, dalam tahun 1998-1999, ramai kawan-kawan saya yang beli rumah di Tasik Puteri. Saya pun waktu tu hampir juga terbeli rumah di situ, tapi saya telah bertanya dengan kakcik saya, abang saya dan Mekyah dan ketiga-tiganya kata jangan. Hmmm...memang rezeki saya bukan di situlah sebab lepas itu, saya telah membeli apartment di Shah Alam, Baiduri.

Saya juga hampir beli apartment di Sungai Buloh...lupa la pulak nama apartment tu. Tapi saya tak jadi beli sebab bila kira punya kira, macam tak cukup la pulak duit saya. Hmmm, saya sedih juga waktu tu, tapi saya ingat lagi bila saya call mek yah, dia cakap "belum rezeki lah tu..."...hmmm.

Bukan senang nak membina kehidupan kan? Saya, Shim, Min...kami kongsi banyak benda, sedih, gembira, susah dan senang. Sekarang, kami semua ada kehidupan sendiri...nak jumpa pun susah walaupun bekerja di bangunan yang sama.

Okay lah, sudah jam 11.30, hari Sabtu, 5 Januari 2013. Esok, insya allah kami akan pergi jog lagi. Aktviti yang lain, masih belum di putuskan lagi. Have a nice weekend everybody!




Friday, January 4, 2013

Cabarannnn!

Sekarang ni pukul 6.25 petang, hari Jumaat. Saya masih di ofis, baru habis solat asar. Sebelum tu, ada meeting J P C 3 yang masih perlu saya hadiri walaupun saya sepatutnya berada di bhg baru sekarang. Di luar, hujan masih turun dengan lebat dan oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk solat Maghrib dahulu di ofis.

Sebenarnya saya nak bagitahu yang saya telah kena tegur kaw kaw dengan Datuk Pengerusi waktu meeting tadi. Adoi, tak tahu lah macam mana saya boleh tak perasan benda benda yang telah membawa kesan yang agak tragis...tapi nak buat macam mana, saya kan manusia biasa, tidak lekang dari kesilapan...sehingga kena serang dari kiri dan kanan.

Tapi sebenarnya saya cool aja, saya rasa officer saya lagi sedih, siap SMS minta maaf...tapi saya pun bagi lah nasihat kat dia sebab saya perasan diri sendiri macho kan, saya kata. "tak pe, anggaplah ini sebagai cabaran sebelum kita meninggalkan division"....macam lah saya bagus sangat. Tak pe, lepas ni saya nak settle kan benda ini..rasa tak sabar nak suruh officer siasat balik dan table balik paper tuh, yeah, rasa nak membela diri balik setelah di serang.

Tapi sekarang ni rasa down juga lah, sebab tu saya ambil keputusan untuk tulis blog ni, yup, macam mengadu jugalah ni...hu hu hu...

On a more cheerful note..esok cutiii!!!!!...seronok!

Apa plan? insya allah esok pergi jog kut, lepas tu pergi orang kahwin kut, atau pergi tailor kut...hmmm...teringin nak ajak hubby mendaki bukit Broga...tapi dah pernah ajak dulu, dia tak nak.

Kalau sempat, saya teringin juga nak masak...rumah juga dah lama tak di mop...saya dah lama tak kemas rumah secara thorough...saya buat sikit sikit, so, rasa tak puas. Tangga pun dah berabuk, memang wajib mop.

Memang sepatutnya ada pembahagian kerja yang jelas, tapi sekiranya sesuatu itu dilakukan tanpa keikhlasan/kasih sayang, maka akan tidak sempurna lah kerja itu. Seperti menggunakan penyapu lembut untuk menyapu di atas carpet, sapu sehari suntuk pun tak kan bergerak sampah sarap atas carpet tu.

Heeee...tak pe, kena positif, ikhlaskan hati, lagi pun rumah cantik, kita happy sama...

Okay lah...happy holidays semua

Wednesday, January 2, 2013

Adoiiii!

First day in 2013, hubby asked me to use the new handbag...but I minta tangguh, yeah, tunggu next week baru pakai and boleh lah basuh handbag yang dah terkena kuah rojak tu.

Sepatutnya saya kena mendaftar di Bhg baru, yup, DI...suspense nya.

Hari ini hubby hantar saya kerja, dan kami sempat breakfast sama. Oleh sebab itu, saya masuk lambat sikit, dalam pukul 8.45...saya pun tergesa-gesa lah lepas tu pergi jumpa boss baru saya...he he...dia suruh datang balik dalam pukul 11.00 pagi.

Pukul 11.00, kami meeting....huh, boss baru ni bersemangatlah nak bekerja, adoiiiii....banyak idea. Kalau dengar dia cerita, macam saya akan selalu ada lunch outside lah...alolo, habislah masa tidur dan blog hop saya.

But then again...yeah, kena lah stay positive kan. Walaupun dah cakap hadoiiiii....ha ha ha. Tak pe lah, sebab tuhan dah letakkan saya di DI, mesti lah saya boleh menghadapi apa-apa pun cabaran yang mendatang, insya allah.

Meeting drag sampai pukul 12.45 dan new boss ajak lunch, dia belanja. Kami pergi Kelantan Delight dan saya order nasi kerabu bersama ayam perchik...sedap, tapi saya rasa nasi kerabu yang Cik Lah jual lagi sedap...muahahaaaaaaaa.

Okay, saya ada banyak benda nak buat. By the way, hubby, if you are reading this, can we go and buy  a new pair of running shoes tonite?..kalu sempat dan larat lah...rasa macam nak berjogging di dalam rumah lah...on the trademill.

Tuesday, January 1, 2013

Recap 2012

Today, we decided to buy a new laptop. Yup, we went to Alam Sentral, called my dear Atim for some advice and started our search for a new laptop. We decided for a Toshiba, the cheapest among all Toshiba model..huh huh huh (bunyi macam angry bird punye musuh punye gelak ye).

We are happy with the outcome since the we managed to save 1/3 of the original allocation, alhamdulillah, boleh la simpan sikit sikit...

So, tahun baru, and laptop baru..he he...laptop lama tu kami akan cuba baiki juga. Kami tanya dekat salesman tu, kenapa laptop cepat rosak, dia kata sebab heat...kalau nak laptop tahan lama, letak aircon dekat rumah maaaa...haaaa...bernas sungguh nasihat itu.

Heh, jom recap...hmmm...apa yang saya teringat ye.

________________________________________________________________________

1) Yang membuat saya happy : yeah, holiday lah apa lagi..ada banyak juga tau :

  1. January : Singapore...yang ni memang kami plan betul..best
  2. Bulan Feb kami pergi PD untuk family day belah hubby
  3. Bulan May saya pergi Bali, yang menyebabkan saya ada pendapat baru tentang Bali..yup, Allah memang telah jadikan Bali sebagai tempat yang sangat cantik...saya nak pergi Bali lagi kalau ada rezeki
  4. Pergi Terengganu dengan family kakak...best jugak
  5. Pergi Bandung bulan 7...yang ni memang terjah aja..ha ha ha...
  6. Pergi Langkawi bulan 9, shopping sakan...huh...
  7. Pergi PD lagi, Avillion, bulan 11...yang ni saya suka sangat sebab relaxing...
  8. Pergi Penang dengan Kakak lagi...awal bulan 12...best jugak...

Hmmmmm, yang atas tu semuanya bersama hubby dan keluarga, saya ada juga pergi Sabah dan Penang atas urusan kerja. Saya menganggap cuti ini adalah satu adventure dengan hubby. Semuanya tentang cuti menggembirakan saya. Daripada mula berbincang dan membuat keputusan, book ticket atau merancang perjalanan, buat homework on how to go about/activities yang akan di buat...semuanya saya suka. 

2) Yang buat saya risau : anak-anak sedara saya...budak budak sekarang ni masalahnya macam macam...yang tak mahu belajar la, yang asyik nak membetulkan dunialah, yang asyik berdrama lah, tak de apa apa dah menangis....saya tak de anak, anak-anak saudara inilah sebenarnya tempat saya menumpang kasih agaknya?...ha ha ha ....mereka pun sibuk semua, tak sempat melayan saya...hiks, saya doakan mereka tabah dan bijak dalam menangani dunia yang semakin mencabar sekarang. Penuhi dada dengan ilmu, set a positive mind dan banyak banyak berdoa, jangan risau-risau, senyum selalu ... insya allah, semuanya akan berjalan lancar. 

3) Yang membuat saya saya suspens : saya akan ke Bahagian baru mulai 2 Januari 2013. Yup, saya akan berpindah ke Domestic Investment Promotion Division...hmmmm...esok mula...memang suspens.

4) Yang buat saya lega : kami mula jog balik setiap weekend, alhamdulillah. Saya suka, saya tahu saya perlu lebih menjaga kesihatan saya sekarang

5) Sakit? : Hubby batuk teruk waktu bulan puasa, dan saya pulak dalam bulan 10 macam tu...adoiiii, rasa nak terkeluar isi perut bila batuk. Saya juga demam baru baru ni, lepas tu hubby pulak demam...hmmm...jenuh

6) Yang buat saya bersyukur? - alhamdulillah banyak, countless...saya bersyukur untuk hidup ini Ya Allah, untuk setiap nafas yang dihembus, untuk setiap kata-kata yang dikeluarkan, untuk kemampuan untuk berfikir dan membuat keputusan, untuk setiap rezeki yang ada, untuk kesihatan yang diberikan untuk saya, suami dan ahli keluarga kami, untuk kemampuan  memberi kepada mereka yang memerlukan...semua....tak tertuliskan di sini, alhamdulillah.

7) Yang membuat saya jealous?...funny...tapi tak de...saya happy dan bersyukur dengan apa yang saya ada..

8) Yang membuat saya geram : unfortunately masih banyak...yeah..macam macam kan, saya geram bila orang buang sampah merata rata, saya geram bila ada orang pukul anak mereka, saya geram bila orang ada kerja tapi asyik MC dan ambil EL bila malas (bila tak de kerja baru nak meroyan cari kerja kan), saya geram bila orang yang dipertanggungjawabkan cuci toilet tak buat kerja mereka dengan baik.....yeah, banyak, saya juga geram bila saya gagal untuk kawal my food intake saya, and yet, I know I cannot change the world...so...redho je lah ye cikbib, mesti ada sebab kenapa semua itu dijadikan Allah.....termasuklah bila cikbib makan banyak tuh...

9) Harapan saya? : saya berdoa semoga walau apa pun keadaan atau cabaran, saya dapat menghadapinya dengan tenang dan bijak, positif dan tidak sekali kali lupa dengan kemanusiaan dan kasih sayang. Saya nak implement apa yang Dr Muhaya nasihatkan mengenai etika kerja iaitu :
1. bersih, 2. cekap, 3. kasih sayang, 4. kerjasama, 5. amanah . In shaa Allah akan bahagia membahagiakan selamanya. Jadikan ia amalan kita setiap hari di mana saja.

Dannn...saya nak happy, dan saya juga nak orang sekeliling saya happy.....insya allah