Saturday, November 19, 2011

Too Little Time

It's Saturday, and it is going to be a very busy Saturday.

I am flying to Guangzhou tomorrow, and there are thousands of things to do and I am a little bit stressed!

Luckily my officers has prepared most of the things, but I must make sure I can deliver..and I haven't got the chance to practice yet...but I am determine to pretend to look confident, ha ha ha, in fact it is a must to look confident and do not forget to smile..ha ha, macam masuk ratu cantik pulak.

Actually, it is a bonus if you are pretty/beautiful while you are doing promotion, but of course, the most important thing is knowledge.

The week has been a tiring one! Long and stressful meetings, papers to clear, information to gather, email to answer and a lot of other things. Time really flies and by the time I reach home, I am already mentally very tired.

During my visit, I have to meet 7 companies and 1 association. And of course, being the leader, I will have to make the presentation. And of course, there will be questions and answers session , ha ha ha, adohhhh, semoga semua nya okay. Permudahkanlah semuanya untuk aku dan officer aku ya allah. tolong.

Lagi satu, saya dah mula sedih sebab kena tinggalkan suami. Dah rasa sedih seminggu dah..and sekarang, bila sedih, saya main angry bird, ha ha ha...alasan!!

Okay, hari ni saya kena pack, iron baju, kemas rumah, basuh kain, masak, do some shopping and many more. Semoga saya sihat untuk menjalankan semua amanah ini...insya allah.

Maybe this is going to be the last post before my trip, see you after 10 days then.

Wednesday, November 16, 2011

Take a break

Hmmm, ramai juga orang visit blog ni, therefore, bagi menghargai mereka yang datang visit, saya perlu updatelah!

I have been very busy this week. The usual work is there, also meetings, but since I am going to China next week, the work simply doubled up.

The existing work + work that you need to leave + wrk that you are bringing to Chinea..haaaa...

Tolong doakan saya sihat, mental dan fizikal untuk menyempurnakan semua ini, insya allah.

Hari ini saja, saya ke sana ke sini, sudah pukul 12.00 tengahari. Masuk bilik, seaneka jenis fail diletakkan di atas meja saya. Hmmmm...bertenang.

Bercakap tentang bertenang, I would like to share my experience last night with all of you. I brought back 10 files to be cleared. I started to look at the file at 9.45 and I was doing it in front of tv while wathching cina elisya and fifi fairus fuiyo. After sometimes, I lost focus and could not continue. I decided to take a break and check my facebook.

After that, I decided to play angry birds..I could not stop, really. I finally forced myself to stop at 12.00 and decided to retire for the day.

Before retiring, I decided to glance through the files one more time but the funny thing was that, once I started, I could not stop. I was focused and finished clearing by 12.45...hmmm, that is why you need a break. Do not force yourself if you are really tired because it is just a waste of time. Take a break! Your body and mind needs it, listen to them!

okay, chow chin chow

Sunday, November 13, 2011

Risau

Hari ini hari Ahad and I could not help feeling a little bit risau lah!

The funny thing is, I am not sure why am I so risau...

Let me think why ye...:

1) esok ada satu meeting yang saya memang suspen giler nak attend

2) I may have to leave hubby for ten days soon

3) I may have to lead a small delegate soon, semoga boleh perform

4) or maybe ada seseorang yang ada mengingati saya dengan penuh risaunya sekarang and it is effecting me?

5) as usual, blame it on my hormones.

Tak seronok hidup risau ni..Ya Allah, tolong lah permudahkan semua urusan aku dan hilangkanlah kerisauan ini. Sekiranya seseorang yang sedang bersedih sambil mengingati aku, permudahkanlah urusan orang itu, dan gembirakanlah dia...Aaammiiiin...

Mana best hari Ahad sedih-sedih kan? Hubby and I just got back from Subang Parade. Believe it or not, this is the first time that we went shopping there after we got married and we decided to go again later since the place is nice, there's fewer people and suitable for us...

okay lah, it sahaja dulu...bubaiiii

Yeowww : Wake Up Sid?

Tiba tiba saya tertonton filem hindustan ni di channel Zee and it was like 'very interesting'? Unfortunately hubby wanted to watch the blue carpet (AIM) at channel 4...and I was like...maybe I need to find the cd then because I really do not know when the same film will be featured again? heyyy, just check the Astro monthly bulletin la kan...isk isk isk.

I think this is the second Hindustan movie that I could watch non stop, ha ha. The other one is 'Bobby'. Movie Hindustan yang lain saya banyak tidur la, maybe too long, tidak boleh focus.

hmmmm, nak cari la kot kot ada dalam you tube...macam nak tahu ending dia...

Baik I letak post yang super short ni dalam facebook aja kan? tapi nak letak dalam facebook, ramai sangat pulak orang baca, malu la pulak, he he....okay lah, itu saja untuk malam ni...have a good rest!!

Saturday, November 12, 2011

Minyak Angin dan Evening Primrose

It's Saturday morning and raining..heaven...

tapi ye lah, sebab memang biasa bangun awal, tak boleh lah sambung tidur lama sangat. Hubby pulak, pagi-pagi lagi dah lapar dan keluar pergi cari breakfast...so, that's how our day started.

Hubby asked whether I could sleep or not last night. I asked him why he asked and he said I was restless the whole night, and due to that, he could not sleep either.

I asked him he did not do the usual method to calm me down i.e. to lock (kunci) so that I could not move and will become more relax.

He said he did, but he can handle it only for a little while, once we dozed off  and he lost his grip, I will become restless again. Ha ha, it is sure not easy to become my husband, I can sometimes act like a baby.

I never realised that I can become so restless because I was always sleep alone. No doubt there's mood swing during my menstrual but I did not realise that it effected my sleep. When I woke up this morning, I realised that my eye bags were more visual and my body was stiff, I could not bend my body, hmmm, I must be getting old.

What could be the reason of this restlessness?

1) I am having my period and I have forgotten to take my EPO last night, minyak angin je sapu

2) stress kerja, I have a lot to learn within this one week period and I feel like bursting.

3) Kakak saya nak buat kenduri, and although I am trying hard not to interfere, down deep inside I am very worry of the whole thing...no updates at all till now.

4) I am not well? ada sakit apa-apa ke?...haaa, risau?

hmmm, as for now, I pick no 1 as the contributing factor. I have swallowed my EPO and decided to tak a rest after this. I have a lot of thing to do after this..you need to relax cikbib, your body and mind deserve it..be kind to them.

okies ladies/gentlemen, have a nice weekend. Be kind to yourself, please make them happy.

Thursday, November 10, 2011

Serkup dan Baju Kurung Polka Dot Biru

Hebat tak tajuk tu?...ha ha...sape sape yang buat search Baju Kurung Polka Dot dan termasuk blog ini, sooo sorry, sila cari blog lain ye, blog ni tak de jual baju pun.

Berbalik kepada tajuk, saya mahu bercerita tentang perjalanan balik saya dan hubby dari Felda Ijok, Selama, Perak ke kampung saya di Chemor, Perak.

Ada beberapa tempat yang boleh disinggahi dalam perjalanan dari Ijok ke Chemor. Baru-baru ini kami telah singgah di dua tempat, iaitu Batu Kurau dan Taiping.

Kami singgah di Batu Kurau kerana nampak banyak petai yang cantik bergantungan, ha ha. Maklumlah, saya dan hubby dua-dua suka petai, therefore we decided to stop and buy some petai...

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah di Bandar Taiping. Tujuan utama saya sebenarnya adalah untuk membeli 'serkup' (bukan serkap ayam) kepala. Sebenarnya saya ni fussy sikit, saya tidak suka yang terlampau tebal, dan saya suka design yang satu ni aja. Dulu serkup kepala ini ada dijual di Mydin, tapi sekarang ni saya tak nampak pulak. Saya pernah beli dua keping sebelum ni, rasa sesuai, jadi saya pun beli lah banyak sikit. Gambar serkup adalah seperti di bawah :


Waktu saya masuk ke kedai untuk membeli serkup, saya telah terpandang baju kurung polka dot...jeling-jeling, rasa macam saiz saya ada. Saya diam dulu, kena fokus beli serkup dulu kan.

Selepas dapat serkup, saya pergi pula serkup baju kurung tuh..hmmm, depa letak harga RM95, tapi adik pembantu kedai tu kata, boleh dapat dalam RM85.

Saya panggil hubby. Hubby sampai-sampai terus macam marah dan kata "kata tadi nak beli serkup, awat beli baju pulak? kan dah ada satu polka dot kat umah?"..

saya suspens, takut kena marah, saya pun kata : " satu je, saya kan suka polka dot?"

he he...dlam takut-takut, beli gak satu. Pakcik kat kauter tu bagi harga RM80 lagi, murah apa, cantik pulak tu, kat Shah Alam mana nak dapat macam tu?

Masuk dalam kereta, hubby tanya " berapa harga baju tu?"

saya jawab la " RM80 aja"

kemudian dia tanya " awat tak cari dua tiga?"

sayapun jawab " laaaa, tadi kan marah saya beli, saya pun beli satu je la, takut"

suami saya kata " la cikbib ni, itu kan berlakon, mana boleh tunjuk kita nak beli sangat baju tu...nanti orang kedai tu jual mahal"

saya : " huh? mana saya tahu"

laaaaa, kalau saya tahu, memang saya akan spend masa lagi untuk cari. Berbaloi betul la. 

Infact, walaupun hari ni saya sedih sebab kena pergi kerja, hati ini sedikit terubat kerana saya pakai baju baru, iye la, pakai baju kurung polka dot biru..ha ha...rasa macam budak kecik, tapi what the heck kan, as long as you are happy.

Hmmm, baju nya adalah seperti di bawah, plain aja, tapi saya tetap happy..

Wednesday, November 9, 2011

Selepas Hari Raya Haji

Yuhooooo! Yeah I am back..though I sound so cheerful, the fact is, I am not, huh, tomorrow I got to work maaaa, and my officers have been calling me since Monday and I can imagine I would be tomorrow..but then again, alhamdulillah, ada kerja untuk mencari rezeki untuk diri sendiri serta keluarga.

How's my hari raya haji?

Hmmmm...seperti biasa, hubby and I akan balik kampung. Pernah I kata dengan hubby, what if kita cuba raya di Shah Alam sekali. Apa hubby I kata?

Dia kata : "sementara emak kita hidup ni cikbib, kita balik lah. Nanti, bila mak kita dah tak de, kita raya lah puas puas kat Shah Alam" ....and ada banyak perkara yang I degil dengan hubby ni, tapi yang ni, I dengar dan patuhlah. Ye lah, jangan bila orang dah tak de, baru teringat/menyesal sebab kita tidak spent masa dengan  dia waktu kita hidupkan...

Mula-mula kami test keadaan dulu sebab kami tak pasti sama ada emak saya di Chemor akan beraya berseorangan atau tidak..sebab sekiranya dia beraya seorang, tak sanggup pula kita orang nak meninggalkan dia beraya seorang. Selalunya, dalam keadaan macam ini, ada tiga keluarga yang akan cuba membetulkan keadaan, sama ada saya, abang saya di Jepun, atau pun kakak saya di Ipoh...haaaaa, tapi kali ni, alhamdulillah, abang di Sg Buaya pula balik. Rezeki emak saya lah tu.

Saya tiba di Chemor pada jam 1 tengahari. Kami makan nasi/lunch, lepas tu saya mula masak ayam masak merah. Saya masak 4 ekor ayam, dan saya meninggalkan lebih kurang 1/4 di Chemor, selebihnya di bawa ke Ijok.

Sampai di Ijok, seperti biasa, meriah tak terkata....ha ha ha...alhamdulillah.

Kami balik ke Chemor kembali pada hari Isnin, dan balik ke Shah Alam pada hari Selasa...

Hari ini, kami lepak dan basuh kain...esok, saya akan kerja balik lah....semoga semua kerja akan dipermudahkan pada hari esok dan seterusnya, insya allah..

Tuesday, November 1, 2011

Macam Telenovela

Pagi tadi saya ada meeting dengan satu Syarikat Brazil. Lainnya bila meeting dengan orang Brazil/Amerika Latin ni kalau di bandingkan dengan orang-orang Korea, Jepun dan China.

Secara amnya orang-orang South America ni memang handsome dan menjaga keterampilan dan the most important thing, tak busuk. They really are tall, dark and handsome. Even the local consultant hired dressed smartly. Huh, macam best aja waktu meeting, memang rasa macam dalam telenovela.

Semalam ada meeting dengan US company which was equally nice. Hiks..they are humble and funny. In certain ways, I think I would prefer investors from Europe and America then those from the east.

Petang ini ada meeting lagi dalam pukul 2.30. Kemudian sambung lagi pukul 5.00. Harapnya, dapatlah balik awal sikit.

Office pulak sejuk tahap gaban. Meeting pagi tadi di adakan di satu bilik yang tersangat sejuk, sampai menggeletar kaki.

Okaylah, lunch hour sekarang ni, I better re-fuel so that I would have enough energy to keep going in the afternoon.. Chow chin chow