Saya baru membaca satu blog hiburan dan antara berita yang disiarkan adalah mengenai "Black dan tunang terkena buatan orang yang tidak dikenali".
Baru-baru ni juga ada seorang yang saya kenal telah memaklumkan bahawa dia sekarang tidak lalu makan kerana terkena buatan orang. Heee, saya ingatkan dia kurus sebab diet, rupanya kena buatan orang.
Ada seorang kawan saya ni batuk, dah lama pulak tu dia batuk. Saya pun, kononnya ambil berat, pergi lah sembang-sembang dan tanya fasal batuk dia tu. Hmmm, kawan saya kata dia pernah kena buatan orang juga, kena santau kut.
Hmmm, buatan orang ni sihir ye? Kalau sihir memang adalah dalam Islam kan, Ustaz Kazim pun pernah kena santau kan?
Hmm...semoga saya dan ahli keluarga saya dijauhkanlah daripada santau/buatan orang ni.
Saya kurang arif sebenarnya fasal santau/sihir atau dunia mistik ni sebab emak saya tidak berapa nak layan sangat tentang benda-benda macam ini. Waktu saya kecil, emak saya tidak pernah menakutkan saya dengan hantu ke, atau benda-bendah tahyul ni ke, malah, dia mengajar saya supaya kuat. Asas emak saya senang aja, hantu/syaitan manapun, dia mesti lemah dari tuhan, oleh itu, takutlah kepada tuhan dan minta tolonglah kepada tuhan dan jangan kepada yang lain.
Saya pegang asas ini sajalah yang membuat saya kuat dan berani tinggal rumah seorang diri bila diperlukan. Saya takut juga, tapi takut saya masih boleh dikawal dan kadang kala saya cepat penat/bosan untuk takut, haaa, terus jadi berani pulak.
Pernah ada sekali tu kan, hubby dan saya tinggal di sebuah hotel ni dan malamnya sewaktu nak tidur, bilik hotel di atas kami tu sudah buat bising. Tau tak bunyi bising bila orang tolak tolak kerusi meja atas lantai tu? Mula-mula kami ingatkan budak-budak main tolak-tolak, tapi bila berlanjutan berjam-jam sampai pukul 1-2 malam, hah, apa pulak tu kan?
Saya pulak memang pernah mengalami benda yang seperti ini sewaktu saya tidur seorang diri di Afamosa Resort. Malah, waktu di Afamosa, saya tidak tahu pun kewujudan hantu yang suka tolak kerusi meja di hotel ni.
Anyway, sebab ada hubby kan, saya pun kurang lah takut, infact, bila kali ke dua kena, kita dah tak berapa takut pun. Saya ni kan kuat tidur, lepas saya baca itu ini hantu tu buat dek, saya siap cakap dengan hantu ni tau, saya cakap macam ni " boleh tak senyap? saya nak tidur ni, main lain kali boleh tak?"
Percaya? heeee....tapi saya berani sebab saya tak nampak hantu tu kut, kalu nampak kalu dan sepatutnya rupa hantu menakutkan, haaaa...tobat jadi orang penakut dengan hantu lah saya nanti.
Ohh ye, waktu dekat Afamosa yang saya tinggal sorang tu, saya period rasanya, jadi saya tak boleh baca ayat quran kan, saya cuma baca Allahuakbar aja dan terus meyakinkan diri yang Allah lebih besar, dan tiada yang lain yang lebih besar dari dia...itu aja...lepas tu penat, mengantuk...he he he, terus tidur...nasib baiklah saya ni kuat tidur, jadi saya takut sebelum tidur aja, lepas dah lena, haa, selamatttt
Ohhh, berbalik kepada perkara buatan orang tu kan, alangkah eloknya kalau mereka-mereka yang suka buat orang ni kan, mempraktikkan ilmu mereka itu dengan mensihir orang-orang yang jahat kat Amerika tu ke, kat Myanmar tu ke?...tak gitu? Ini buat dekat orang-orang yang kaya sikit dari dia, atau orang yang suami dia handsome sikit dari suami dia, ataupun dekat orang yang dagu dia lebih runcing dari dia...apa raaa...seguna ilmu tu ke jalan yang lebih baik kan?
Hmmm...itulah dulu ye untuk hari ini...dah ngantuk ni
Likeeee
ReplyDelete