Wednesday, June 19, 2013

ER saya membosankan?

Baru-baru ni ada seorang kenalan saya yang telah dimasukkan ke hospital kerana sakit dada.

Setelah diperiksa, doktor telah mengesahkah yang kenalan saya ini ada sedikit masalah jantung. Kandungan kolestrol juga tinggi. Kenalan saya ini baru berusia 31 tahun dan belum berkahwin.

Insaf saya mendengar cerita ni. Sedih pun ada.

Ada seorang kenalan pula bercerita tentang keletihan yang sering di alaminya. Macam saya dahulu, kawan saya ini akan terus tidur bila sampai di rumah dan hanya bangun selepas jam 10 malam.

Saya teringin nak menyarankan supaya kawan saya ni exercise sikit, tapi dia pun lagi pandai dari saya kut...sebab saya tahu dia sekarang sedang mencari sesuatu yang lebih menarik untuk excercise, seperti aerobics ke. Tapi lama sungguh la mencarinya, tak jumpa-jumpa pun.

Bila saya bercerita tentang saya punya ER, ada ramai juga yang pelik dengan saya. Mereka terus berkata yang ER saya kurang sesuai untuk mereka dan sangat membosankan.

Sebenarnya saya pun rasa demikian. Tak de lah seronokpun berjalan sorang-sorang atas trademill tu. Tapi kita tetap kena buat lah kan sebab sudah tiada option lain. Nak g jog kat tasik, hari-hari balik lambat, nak join aerobic pun tak sempat...so, kita pilih la untuk ER dirumah. Memang membosankan, but the effect is worth it. Berbaloi-baloi

Tak kisahlah orang rasa saya membosankan ke apa, asalkan saya rasa lebih sihat dan cergas, itu sudah cukup baik.

Sekarang ni pulak saya nak cuba menaikkan semangat hubby untuk exercise juga...tapi tak senang sebab hubby pun tergolong dalam golongan yang degil juga..hiks. Lebih degil dari Gaban

Okaylah, di sini dulu ye...saya dah nak tidor...

No comments:

Post a Comment