Thursday, June 27, 2013

Berjumpa dengan seseorang yang hebat

Tadi saya telah berjumpa dengan seorang yang sangat menarik.
 
Saya sebenarnya sedang melakukan kerja-kerja promosi saya dan perlu berjumpa dengan satu pengarah organisasi ni, sebuah hospital swasta. Hospital ni adalah hospital baru dan sangat cantik/moden dan macam mahal...he he he.
 
Bila kita masuk tempat yang macam cantik/model dan mahal, kita pun mula lah menjangkakan bagaimanakah agaknya orang yang akan kita jumpa itu...saya pun adalah terfikir yang macam-macam.
 
Kami menunggu dalam 10 minit untuk berjumpa dengan Pengarah Hospital ini (kita panggil dia B ye, sebab rambut dia hampir tiada). B pun masuk, dan bagi salam. Seperti biasa, tukar-tukar kad lah kan...dan saya perasan dia ni cakap slang utara sikit, dan dia tidak salam dengan saya, alhamdulillah.
 
Lepas tu kami pun memulakan perbincangan. Fasal kerja tu, itu biasalah kan, tapi saya suka bila dia bercakap mengenai perkara lain. Saya rasa dia "religious" dan sebab dia pandai dan memang orang korporat, rasa seronok aja mendengar dia bercakap...heee, rasa terhibur.
 
Saya rasa saya mula jatuh cinta sedikit demi sedikit dengan kerja baru saya ni. Saya suka mendapat peluang berjumpa dengan orang yang hebat. Saya rasa ini adalah kali kedua saya merasakan perasaan yang sama. Kali pertama adalah sewaktu saya berjumpa dengan sekumpulan vendor di bawah Syarikat P.
 
Berjumpa dengan orang-orang yang macam ini membuatkan kita dapat aura positif lah rasanya. Baguskan kalau kita boleh buat orang lain senang/jadi positif? Saya harap saya pun membawa aura positif lah, tak nak lah bila kita lalu semua orang tak suka kan? heee...anak-anak sedara saya mesti kerut-kerut muka baca statement ni.
 
Teringat pula saya, baru tadi, sewaktu mahu masuk ke dalam lift, saya telah berjumpa dengan seorang 'cleaner" ni. Saya pun senyumlah kan, tapi si "cleaner " ni pulak yang massammmmm sangat, muncung mulut lagi. Huk aloh...terbalik pulak dia ni. Tapi tak pe, yang rugi bukan kita, tapi dia. Senyum itu bukankah satu sedekah dan baik untuk kesihatan. Buat apa moncong dan stress aja kan?
 
Hari ini juga saya rasa saya dapat sedikit keyakinan untuk buat kerja saya. Insya allah, kalau buat selalu-selalu, saya akan lebih pandai. Insya allah.
 
Okay lah, itu ajalah dulu...

No comments:

Post a Comment