Tuesday, June 25, 2013

Mari Menjadi Baik

Sejak akhir-akhir ni saya dapati bilangan pelawat blog ini agak bertambah...heeee, dari kurangggggg banyak ke kurangg banyak...macam itu ajalah, tapi saya tetap happy/bersyukur.
 
Walau bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi melawat dan membaca blog saya ni. Saya minta maaf sekiranya ada perkara yang kurang menyenangkan dalam blog ini. Sesungguhnya saya menulis sebab saya rasa macam mahu menulis sehingga mungkin kadang-kadang saya "got carried away"...itu lah saya.
 
Sebenarnya saya ada seorang penasihat/juruaudit bertauliah yang akan menegur saya sekiranya saya ada membuat kesilapan di blog ini...tapi saya akan dengar bila saya nak dengar lah kan, kalau saya rasa macam tak nak tuuuu, haaaa, saya diam aja. Tapi saya rasa saya dengar dan patuh 95%.
 
Bukan apa, manusia ni kan berbeza-beza. Kadang-kadang apa yang kita rasa tentang diri kita adalah berlawanan dengan apa yang orang lain rasa tentang kita, betul tak? Macam saya ni, saya rasa saya ada masalah tidak yakin dengan diri sendiri yang kronik, tapi saya perasan juga yang bila "perform", kadang-kadang saya "perform" lebih baik daripada mereka yang kelihatannya lebih yakin.
 
Semuanya bergantung dengan diri masing-masing. Setengah orang tu suka bercerita tentang kebaikan/kejayaan diri sendiri. Bila bercerita tu, rasa macam seronok aja dengar kan, sentiasa bagus. Tengok status facebook pun, huh, macam hebat.
 
Tapi bila kita tengok betul-betul, walaupun tidaklah seteruk mana, tapi tak lah hebat sangat punnnnng. Lebih kurang macam kita aja pun.
 
Now, anda orang yang macam mana? Hubby saya kata ni suka bercakap negatif tentang diri sendiri. Suka cakap saya kurang pandai la, kurang rajin la, kurang yakin la, kurang cantik la, kasar la, pemalas la, gemuk la (memang pun).
 
Tapi hubby cakap juga yang sebenarnya dia kagum dengan keberanian saya, yup, saya memang asyik cakap yang negatif, tapi bila "perform", tak de la teruk sangat. Bukanlah kata saya ni hebat, tapi saya tidak lah teruk sangat.
 
Tapi, kalau orang tidak kenal kita, ataupun kalau kita memang bertujuan untuk mempromosi diri/barangan kita, kita tidak boleh kelihatan tidak yakin. Tapi saya, dalam keadaan ini, saya akan berlakon "confident" dan akan melaksanakan sesuatu yang berbunyi "REDAH AJA CIKBIB".
 
I tell you, I have done this very often nowadays!
 
Ye lah kan, dah terpaksa, saya akan berlakun seolah saya pandai, suka dengan kerja saya...heeee. Semoga bermula dengan lakonan ini, saya akan menjadikan sifat yakin itu sebagai satu perkara yang memang ada dalam diri saya.
 
Hmmm...sepatutnya benda macam ini kena balance kan...jangan lah kita membesar diri sangat, tapi janganlah pula merendah diri sangat....susah kan nak balance?
 
Walau bagaimanapun, dalam kurang balance tu, kurang sempurna juga, hidup mesti diteruskan. Kita cubalah sentiasa belajar dari kehidupan. Banyakkan membaca, banyakkan pergaulan, jumpa dengan ramai orang dan belajar daripada semua itu. Insya allah, kalau tak sempurnapun, kita bolehlah jadi orang yang mencuba untuk menjadi baik...
 
Okay lah, itu aja...jerebu makin teruk lah di KL ni. Gelap aja kat luar tingkap tuh..
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment