Semalam saya buat post dalam bahasa Inggeris sebab sebenarnya saya perlu membuat persediaan untuk hari ini, ye, hari ini saya ada 3 aktiviti yang saya perlu buat menggunakan bahasa Inggeris penuh...saya kan berazam untuk tidak merojakkan lagi bahasa yang saya gunakan
Saya keluar rumah rumah awal pagi sebab saya perlu sampai di ofis sebelum jam 8.00 pagi. Sampai di ofis, saya terus siap-siap dan turun sebab kereta ofis sudah sedia menunggu. Saya pergi COE di Lebuhraya Kesas. Kena bagi penerangan sikit.
Kerja saya sekarang macam itu lah. Pergi jumpa orang, sembang-sembang, cerita-cerita, bagi penerangan. Yup, buat kerja-kerja penggalakan lah kononnya.
Pada mulanya saya memang keliru dan saya rasa masalah yang paling utama bagi saya adalah ketidak yakinan saya kepada kerja itu sendiri. Saya tidak begitu pasti dengan keberkesanan pendekatan yang kami buat, sama ada ianya membantu atau tidak.
Tapi akhir-akhir ini saya adalah nampak sikit-sikit cahaya di hujung jalan...ha ha ha. My learning curve is not very good lah, the very the slow.
Walau bagaimanapun, hari ini saya betul-betul rasa macam orang penggalakan lah. Huh...what a day.
Jadi, pagi tadi saya telah diarahkan untuk membuat penerangan mengenai satu program terbaru kami. Saya tidaklah panik, tapi saya perlu buat lebih banyak lagi supaya saya tahu dari a sampai z mengenai tajuk ini. Saya tidak suka dengan kenyataan yang saya sentiasa perlu merujuk kepada nota saya...tapi nak belajar sungguh-sungguh tu, ada malas sikit...aishhh.
Anyway, let's enjoy the photos taken ye.
haaaa, tengok tu...saya kat depan orang ramai tu..
I look so blue in blue....
I rushed back to the office after that since I was requested to be the moderator for a book review session which was held at 12.30 pm. The book by Dale Carnegie, How to Win Friends and Influence People was chosen for the session. Again, I have to handle the session in English.
Haaa, that's me in the middle. I started off feeling very very cold but towards the end, I began to sweat. Apparently the room was becoming very hot, maybe due to the hot weather outside.
Cikbib in action...
Dapatlah cenderamata kan...
di luar kotak ni sebenarnya berwarna ungu. Di dalam kotak ini ada shawl, warna ungu juga
Haa, ini bukunya
Untuk sessi pagi, saya dapat hadiah ini pulak.
Selepas sessi book review, saya telah cepat-cepat makan, solat dan keluar pulak ke KL, pergi jumpa pergi satu co. ni. Kami tak dapat kereta pejabat, jadi kami terpaksa ambil teksi. Malas dan bawa kereta sebab susah nak dapat parking kan.
Hmmm...saya anggap ini semua cabaran yang perlu saya hadapi. Saya tetap yakin yang saya akan berjaya buat sekiranya saya selalu praktis.
Saya ingat lagi bagai mana susahnya saya sewaktu nak mula memandu kereta kan, tapi saya berjaya mengatasi segala masalah sehingga saya tidak menghadapi masalah langsung untuk memandu sekarang. Saya nak diri saya rasa selesa dan yakin bila membuat penerangan dan juga bila berjumpa syarikat. Insya allah, pelan-pelan kan. Doakan saya ye.
Wokeh...saya perlu jog malam ni, tapi teringin juga nak tengok Dahlia..nak pilih yang mana ni, Dahlia ke, jogging ke, Dahlia ke, jogging ke, Dahlia ke, jogging ke...zzzzzz
No comments:
Post a Comment