Sejak dua menjak ni, saya mana ada masa dah nak ada buddies ni.
Kerja banyak kan, jadi waktu makan tengahari saya selalu cari peluang untuk lena kejap daripada keluar dan bersembang dengan kawan-kawan. Hubby pun ada komen yang duit belanja makan saya sangatlah tidak banyaknya...he he
Tapi dulu saya ada buddies. Maklumlah, waktu dulu-dulu, masa masih banyak untuk bersembang, keluar makan sama-sama sebab kerja masih tidak terlampau banyak. Bila petang, kalau tidak jog, saya akan minum dulu dengan buddies saya dan pada waktu malam, kami lepak juga di kedai mamak. Selalunya kami lepak di Subang, yup, pekena roti pisang dan ayam tandori...hmmm, those good old days.
Waktu muda, kita ada tenaga, ada masa, tapi duit kurang...heh. Itu yang menyebabkan aktiviti kami terhad. Tapi kami tetap banyak kenangan.
Lama tak jumpa, kebetulan hari ini, ada seorang ibu kepada kawan lama kami meninggal dunia dan tuhan takdirkan kami semua berjumpa semula di masjid sewaktu pergi menziarah jenazah.
Kami juga menyambung pertemuan kami dengan makan tengahari bersama, juga berjalan bersama melihat barang-barang di jual di bazaar sempena sebelum ramadhan. Kami siap pergi tengok barang kemas tuuuu...mungkin saya akan belilah...hmmmm.
Kami tak beli apa pun, tapi saya rasa seronok berpeluang menghabiskan masa bersama. Hmmm....rasa muda semula...saya rasa saya perlu meluangkan masa dengan kawan...it gives me some positive energy....
saya tau sape gerangan best buddy cikbib tu.. hehehe.. :-)
ReplyDeleteheee, tak kan tak tau kut Ana. Tapi sekarang susah betul nak jumpa...
Delete