Wednesday, June 12, 2013

Apa Yang Kita Suka/Apa Yang Betul

Semalam, saya menonton Celebrity Masterchef (CM).
 
Kali ini, pelakon kesukaan suami saya, Che Ta telah agak emosi dan meluahkan perasaan sedihnya. Menurut Che Ta, dia telah buka facebook CM dan banyak komen mengenai cara dia berpakaian/fesyen dan meragui sama ada dia boleh memasak atau tidak.
 
I have nothing against Che Ta despite of the fact that I do think that she applies too much make up. Malah, sepanjang saya menonton CM, saya rasa dia adalah seorang yang baik hati, tidak suka bercakap buruk tentang orang lain, funny, sangat pembersih/kemas dan pandai masak.
 
Yang pastinya dia sangat sangat suka bergaya.
 
Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan cara dia berfesyen, lebih-lebih lagi dengan status beliau yang tidaklah lagi begitu muda dan mempunyai dua orang anak yang semakin membesar.
 
Jadi di sini ada satu konflik, iaitu antara "Apa yang Che Ta suka" dan "Apa yang masyarakat suka".
 
Che Ta sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa cara dia bergaya adalah hak dia dan dia tidak peduli dengan apa yang orang lain rasa.
 
Tapi semalam, Che Ta tetap nampak terganggu dengan persepsi masyarakat walaupun beliau adalah seorang yang matang/kuat.
 
Hmmm...tak senang kan?
 
Saya buat contoh Che Ta ini sebenarnya adalah agak jelas yang mana betul dan salah kalau mengikut hukum agama. Kita tidak perlu mencari falsafah kebebasan di negara barat sebab dalam Islam apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat adalah jelas.
 
Tapi bagi saya, adalah tidak adil untuk masyarakat hanya menghukum Che Ta sedangkan ramai artis lain yang berpakaian hampir sama tetapi diterima pula hanya kerana mereka masih muda dan belum berkahwin. Sesungguhnya hukum tuhan adalah sama bagi mereka yang bujang ataupun berkahwin.
 
Tapi bagi mereka yang lain, lebih-lebih lagi anak saudara saya yang masih muda, pastikan diri anda kuat dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang ada sekiranya anda ingin membuat sesuatu yang agak luar biasa.
 
Saya tidak ada masalah dengan hasrat untuk menjadi lebih luar biasa itu, tapi pastikan diri anda bersedia. Sekiranya anda merasakan anda boleh berjaya tanpa segolong ijazah, buktikan.
 
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa ijazah adalah kunci untuk membuka satu pintu ke peluang yang lebih baik. Saya juga sering membayangkan tanpa ijazah anda terpaksa membuka juga pintu itu, tapi kerana anda tiada kunci, anda mungkin memerlukan kapak dan sebagainya, oleh kerana itu, lebih usaha dan tenaga adalah diperlukan.  Walau bagaimanapun, ianya masih "POSSIBLE".
 
Cerita hari ni tak best kan? Tak kelakar...
 
Wokeh..selamat menjalankan tugas masing-masing walau di mana anda berada.

2 comments:

  1. Kelakar sungguh bila acik ckp story kli ni tk klaka r..hihi

    ReplyDelete
  2. he he he...at least ada juga yang kelakar kan?...

    ReplyDelete