Sunday, November 20, 2016

Our Weekend, 19/11-20/11, Mencangkul

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Kami sihat di KK, cuma kami sakit tangan sedikit kerana melakukan aktiviti mencangkul....maklumlah, saya ni dekat 30 tahun tidak mencangkul maka terkejut lah sedikit.

Sebenarnya saya sudah memulakan aktiviti  ini pada minggu lepas dengan menggunakan pisau potong ikan suami saya. Pada masa itu, dapat lah saya merumput lebih kurang keluasan 10 kaki x 10 kaki. Melihat saya menggunakan pisau pemotong ikan, suami telah mengajak saya mencari cangkul, tetapi tak jumpa lah pula. Walau bagaimanapun, kawan sepejabat saya, Saf, telah memberi pinjam cangkul dan pencakar tanah kepunyaan mak dia, maka bermula lah aktiviti mencangkul kami.

Sebenarnya suami saya telah melakukan aktiviti mencangkul ni terlebih awal iaitu sewaktu hari bekerja. Beliau hanya memotong sahaja rumput dan telah meninggalkannya berselerak, supaya saya boleh menyelesaikan kerja seterusnya.

Oleh kerana itu, pada pagi Sabtu, saya telah memulakan aktiviti saya lebih awal daripada suami iaitu pada jam 6.30 pagi. Lebih kurang jam 8.00 pagi, saya sudah penat, masuk rumah dan berehat sedikit (terbaring sebenarnya, macam boleh lelap waktu tu). Walau bagaimanapun, suami saya pulak keluar memulakan kerja. Haihhhh....

Haaa...untuk menaikkan  semangat suami, saya ambil satu gambar ini...waktu ini suami saya tidak sedar

Bila dia perasan, semangat terlebih lah pulak....isk isk isk

Dan hasil nya adalah lebih kurang seperti di atas ni. Walaupun nampak macam kemas aja di dalam gambar ni, tapi kalau tengok di luar gambar, masih banyak lagi yang perlu kami buat. Selain daripada membuang rumput, kami juga perlu mengasingkan banyak batu. Saya letakkan sahaja batu-batu tersebut ke tepi (berdekatan dinding pagar).

Kami juga perlu meratakan tanah supaya kelihatan kemas. Berat juga kerja ini sebenarnya, tapi kami tetap bersemangat untuk melakukannya dan berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan semua urusan. Saya juga berdoa supaya ditunjukkan cara yang lebih mudah untuk kami melaksanakan kerja-kerja kami.

Kami selesai melakukan kerja lebih kurang pada jam 10.30 pagi. Setelah mandi, saya sediakan sandwich sardin untuk sarapan..sebenarnya inti sardinnya adalah lebihan pada hari sebelumnya.

hmm...nampak sedap la pulak...

Selepas itu, kami menonton tv dan tanpa disedari, kami dua-dua terlelap dan bila bangun, suami suruh saya bersiap untuk pergi makan nasi beriani sebab dia lapaq. Walau bagaimanapun saya telah mencadangkan supaya saya masak kari kepala ikan...

 Hmmm...boleh laaa...cumanya ikan itu jadi kenyal, kenapa ye? Over cooked ke? Tapi suami saya kata sedap.

Malamnya kami tidur awal jugak...asyik mengantuk aja kami berdua ni.

Esoknya, bila bangun kami, kami dua-dua rasa badan sakit, kih kih kih. Tapi kami tetap bersemangat untuk menyambung kerja mencangkul kami.

Tapi, sebelum itu, saya nak kongsi gambar matahari naik yang saya ambil dari tingkap bilik tidur saya. 

Cantik kan you all...gunung Kinabalu pun jelas kelihatan. Saya bersyukur kerana di beri rezeki untuk menikmati keindahan ini, alhamdulillah.

Kami melakukan kerja-kerja merumput kami, tapi kedua-duanya adalah sedikit capek. Kami bermula pada jam 7.30 pagi dan berhenti pada lebih kurang jam 9.30 pagi. Selepas berehat sebentar, saya telah memanaskan nasi goreng yang telah saya masak sebelum saya ke Sandakan pada malam Selasa sebelumnya.

Heee...kami makan di luar, tapi sebab kami dua-dua sudah memang melengas, tiada gambar manusia di dalam gambar ini. Sewaktu makan, kami seakan lebih faham kenapa kami mahukan halaman ini bersih...

Selepas itu saya mandi, dan bila saya turun semula ke bawah, saya dapati suami saya sudah lena. Saya pun apa lagi, join ajalah tidur.

Setelah bangun, saya telah makan buah nenas....dan suami ajak keluar makan. Kami ke Hotel TH KK sebab suami suka makan nasi beriani di situ.

Balik daripada makan, saya sempat singgah melihat halaman saya...

 Heee...saya balik-balik kan rumput tu supaya cepat kering

Sekejap aja pun saya buat benda tu, sebab baju pun tak tukar kan. Selepas itu saya termenung tengok halaman tu. Baru lah saya perasan yang Allah bagi saya peluang duduk kat rumah baru ni dengan halaman yang boleh tahan besarnya dan kalau Allah sudah bagi tu, maksudnya pasti kami boleh jaga halaman itu bagi bersih dan sedap mata memandang, insyaa allah.

Dan sekarang, hari Ahad malam, kami sedang menonton Gegar Vaganza. Esok pulak, kerja...Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan akan berakhir dengan baik. Aamiin.

Thursday, November 17, 2016

Short Update - 17 November 2016

Assalamualaikum

Adoii, sedihnya saya menengok blog ini diabaikan oleh tuan blog, sunyi senyap langsung.

Atas rasa sedih itu, saya nak cuba meluangkan sekejap masa saya untuk mengupdate blog ini sekarang. Saya tidak pasti lagi apa yang akan saya tulis sebenarnya, tengoklah kut ada idea datang dalam masa terdekat ini kan.

Oh, terlebih dahulu saya ingin bertanya khabar semua kepada anda semua. Apa khabar? Saya doakan semoga semua pembaca blog ini di dalam keadaan sihat walafiat. 

Semasa kita adalah lebih muda, jarang benar kita bertanya tentang kesihatan kenalan kita, walau bagaimanapun,  semenjak umur meningkat, kesihatan memang menjadi tajuk utama perbualan dan saling mendoakan kesihatan masing-masing memang sering kita lakukan.

Baru-baru ini, pada pagi Sabtu, 12 November 2016, sewaktu bangun untuk solat subuh, suami saya telah memaklumkan kepada saya yang sahabat beliau, Encik Mat, telah meninggal dunia.

Sewaktu saya baru mula ingin mengenali suami saya, Encik Mat adalah antara sahabat pertama yang di diperkenalkan. Saya tahu suami saya sangat menyayangi Encik Mat dan sentiasa merujuk kepada Encik Mat sebagai sahabat, sahabat dunia akhirat, sahabat semasa susah dan senang.

Pastinya ada banyak kenangan yang suami saya kongsikan bersama Encik Mat, malangnya, sewaktu akhir hayat Encik Mat, mereka gagal untuk berhubung kerana pertukaran telefon/no telefon serta Encik Mat telah berpindah rumah. Walau bagaimanapun, berkat adanya teknologi zaman kini, suami saya telah dapat menjejak kembali keluarga Encik Mat dan kami telah di beri rezeki untuk melawat Encik Mat pada bulan Oktober lepas, sewaktu keadaan Encik Mat sudah agak kritikal.

Kami akur dengan perancangan Allah dan apa yang mampu kami lakukan adalah mendoakan yang terbaik untuk Encik Mat dan keluarga. Semoga isteri dan anak Encik Mat tabah dalam menghadapi cabaran hidup seterusnya, dan semoga dipermudahkan semua urusan akhirat Encik Mat, insyaa allah.

Selain daripada kisah kawan suami saya itu, pastinya kita semua perasan yang semakin ramai telah meninggalkan kita dan ramai daripada mereka adalah di dalam umur yang lebih muda. Baru-baru ini, Arab, seorang penyanyi yang popular dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru juga telah meninggalkan kita akibat serangan sakit jantung.

Hari ini, saya telah menerima panggilan daripada kawan daripada HQ yang ingin sekali lagi menangguhkan program yang sepatutnya di adakan di Sabah kerana salah seorang "speaker" telah terkena serangan jantung. Apabila saya tanya umur "speaker" tersebut, kawan saya itu telah menjawab begini "dah tua kak bib, dalam 40 lebih kut".

Saya terus rasa ?#@$%&. Heyyy, saya pun 40 lebih kut. Aduhhh, insafnya saya.

Tapi ye lah, kehidupan perlu diteruskan. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat allah. Aaamiin.

Thursday, November 10, 2016

Dia Menang?

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis, 10 November 2016.

Semalam, pada 9 November 2016, seluruh dunia telah dikejutkan dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden baru US. Sesungguhnya saya pun terkejut juga.

Secara peribadi, saya ini bukannya peminat politik, malah sehingga sekarang saya masih keliru siapa yang mewakili parti Democrat dan siapa pula yang mewakili Republican. Tapi semenjak Trump menjadi salah seorang candidate, tumbuh lah sedikit minat saya untuk mengambil tahu.

Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah bersusah payah (google aja pun, tengok youtube) untuk menonton debat bersiri antara Clinton dan Trump.

Bila menonton tu, kira kita jadi tahu lah juga sedikit sebanyak tentang isu-isu yang didebatkan dan kebolehan kedua-dua calon berhujah. Kebolehan berhujah pula hanya akan datang secara natural sekiranya setelah ilmu penuh di dada.

Setelah saya menonton siri debat ini hati kecil saya berkata   yang Trump memang tidak sesuai untuk menjadi Ketua Negara. Saya nampak ilmu Trump adalah terhad dan lebih menjurus kepada ekonomi golongan yang sepertinya sahaja. Dan apabila Trump kehilangan idea dan topik untuk bercakap, dia telah mengambil tindakan untuk menyerang pihak lawan dengan isu-isu yang kadang kala adalah tidak berkenaan.

Sekiranya debat tersebut di tonton oleh semua pengundi di US, saya adalah 150% yakin yang Trump akan kalah, walau bagaimanapun, secara jelasnya, apa yang saya fikirkan adalah tidak selari dengan apa yang para pengundi di US fikirkan kerana Trump telah menang dan bakal menjadi Presiden selama  4 tahun.

Sesungguhnya saya keliru sungguh macam mana rakyat US boleh memilih Trump. Saya pun main agak-agak lah apakah penyebab kenapa Clinton boleh kalah dan antaranya adalah, mungkin sebab di perempuan (masalah gender ini tidak pernah selesai di US) dan mungkin Trump lebih dikenali di kalangan mereka yang masih muda dan suka menonton rancangan realiti/hiburan. Mereka mungkin bukanlah suka sangat dengan Trump, tetapi mereka kenal dengan Trump (awareness).

Oleh kerana tidak berpuas hati, saya telah google "Why Trump Win the Election" dan saya telah terjumpa dengan blog yang membuat diagnosis ini sebelum pengundian dijalankan. Penulis telah menggariskan 5 sebab kenapa Trump akan menang dan antara sebab yang digariskan adalah seperti sebab yang saya telah sebutkan sebentar tadi, cuma dengan cara yang berlainan.

Penulis telah menggunakan perkataan " the Last Stand of the Angry White Man". Maksudnya, hampir sama di mana mereka tidak mahu seorang wanita menjadi presiden.  

Saya juga mendapat maklumat yang hanya 50-51% daripada rakyat Amerika yang boleh mengundi telah keluar mengundi dan bilangan yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 124 juta orang. Malah, salah satu strategi yang telah digunakan oleh Trump adalah dengan memberitahu para pengundi bahawa "adalah tidak salah sekiranya mereka tidak mengundi Trump, asalkan mereka juga tidak mengundi Clinton.

Walau bagaimanapun, itulah kenyataannya di mana sistem demokrasi membenarkan rakyat memililih pemimpin mereka dan rakyat Amerika telahpun membuat pilihan.

Let's move forward, mari kita sama-sama tunggu sama ada Trump mampu atau tidak memenuhi janji-janji yang telah dibuatnya sewaktu berkempen.

Berbalik kepada Clinton yang gentleman dan mengucapkan tahniah kepada Trump dan seterusnya menawarkan khidmatnya untuk bersama-sama menyumbang kepada US patutlah dipuji. Memang itulah perkara yang paling sesuai di lakukan. Keputusan mengenai siapa yang patut mentadbir negara telahpun di ambil dan oleh kerana itu, mari bergerak ke hadapan dan bersama-sama menyumbang kepada negara.

Dan seterusnya, bagaimana pula keadaan Malaysia di PRU seterusnya. Saya doakan semoga dikurniakan negara ini pemimpin yang baik, yang bisa membawa negara/rakyat ke arah kemakmuran. Aamiin





Wednesday, November 9, 2016

Pindah Rumah 2016

Assalamualaikum.

Semoga semua orang sihat walafiat diluar sana. Saya dan suami sihat di sini, alhamdulillah.

Hari ini, saya ingin bercerita tentang kisah kami berpindah rumah pada hari Sabtu, 28 Oktober baru-baru ini. 

Walaupun kami pindah pada 28 Oktober 2016, kerja-kerja persediaan telah berlaku lebih awal dan lebih banyak dilakukan oleh suami saya. Semuanya dilakukan secara perlahan untuk mengelakkan daripada tekanan akibat melakukan kerja pada saat akhir.

Sepanjang minggu terakhir itu, setiap kali saya balik dari kerja saya akan pasti melihat ada benda baharu yang telah dilakukan/selesai, sebagai contoh, perkara pertama yang telah di buat adalah un-installed salah satu daripada katil kami. Hari-hari seterusnya suami telah memasukkan barang ke dalam kotak. Kami ingatkan barang-barang kami tidak banyak, tapi akhirnya, jadi banyak jugak, lebih-lebih lagi barang-barang dapur lah. 

Mari tengok gambar ye...

 Fortunately, hubby has kept the old boxes used when we moved from KL last year...

The next day, everything in our kitchen were packed and that forbid us from having our meal at home

On the day we moved, I woke up at 5.30 am and started packing my stuff right away. I completed everything by 8.00 am, had my bath and waited for the lorry to come. The lorry came at around 9.30 am and the work began.

Haaa, tengok tu, penuh tau lori tu, infact dua kali juga lah lori tu kena berulang ambil barang kami.

Selepas semua barang dipindahkan, kami solat zuhur dulu buat kali terakhir di rumah lama kami dan kemudiannya telah pergi makan tengahari dan terus ke rumah baharu kami.

 Saat bersejarah iaitu sewaktu membuka pintu rumah baru kita orang...



Masuk-masuk sahaja ke dalam rumah...tadaaaa....macam ini lah berseleraknya keadaan waktu tu...menengok sahaja sudah penat...belum buat lagi. We managed to get somebody to re-install our astro disk on that day itself which was quite a relief. Yup, at least we could watched tv right away.

Of course we prioritized on the thing that we want to do. Our focused was on the place where we want to sleep that night, yup, the master bedroom. We cleaned the room and installed the bed. After that we were having some difficulties to look for our stuffs..hah, nak cari tuala tak jumpa, shampoo tak jumpa, sabun tak jumpa. Kami pun kumpulkanlah apa yang ada, mandi, clear kan sikit-sikit barang dan berehat. Kami tidak buat banyak sangat perkara selepas itu sebab sudah penat.

But somehow, I was having some difficulties to sleep that night. Mungkin sebab bertukar tempat tidur, dan mungkin juga suasana baru yang agak bising sebab rumah kami terletak di tepi jalan besar jadi kami terpaksa membiasakan diri untuk tidur dengan bunyi kenderaan lalu lalang.

Tapi, pemandangan daripada bilik tidur kami adalah superb...sangat cantik. Sebelum tidur, kami boleh menikmati keindahan malam seperti ini...


Bangun pagi pula, kami boleh menikmati keindahan sunrise dan sekiranya cuaca baik, puncak kinabalu akan kelihatan..



Yang ini boleh nampak gunung Kinabalu


Gambar di atas di ambil pada hari yang berbeza, tapi memang cantik, alhamdulillah.

Pada pagi Ahad, iaitu pagi pertama di rumah baru, saya telah bangun dahulu dan mengemas ruang tamu. Saya susun balik kotak-kotak supaya kemas walaupun belum sempat nak unpack semua barang. Saya juga mop semula lantai rumah ada dalam 4 kali kut, sehingga saya memang rasa penat dan macam mahu tidur semula.

Saya dapati rumah ini menerima cahaya matahari yang banyak dan sebagai penyelesaian sementara, saya telah menggunakan selimut busuk kami sebagai kain langsir, cukuplah untuk menapis sedikit cahaya matahari yang memancar-mancar itu.


Hari Ahad juga adalah hari yang sibuk di mana kami uruskan pemindahan Unifi, juga membeli sedikit perabut.

Pada hari Isnin, saya telah ambil cuti kerana ada banyak urusan lain yang perlu di lakukan. Antaranya adalah membersihkan rumah lama kami sebab kami perlu memulangkannya kepada tuan rumah semula


Yang ini adalah gambar dapur yang telah dikosongkan. Sedih pulak saya bila melihat dapur yang telah jadi tempat saya masak selama lebih daripada setahun. Walaupun tidak sempurna, saya tetap sayang dapur ini.

Keadaan rumah setelah kami kosongkan dan bersihkan. Melihat gambar ini membuat saya teringat semasa rombongan emak/makcik/pakcik saya datang ke KK tahun lalu di mana mereka akan beratur naik/turun tangga ini secara perlahan-lahan...

Terimakasih Allah sebab pinjamkan kami rumah ini selama lebih daripada setahun. Ada macam-macam memori kami di rumah ini, ada sedih, ada gembira...kami sedih sebenarnya untuk meninggalkan rumah ini.

But life has got to go on. Kami sudah berpindah ke rumah ini....



Semoga kehidupan akan menjadi lebih baik di sini. Semoga lebih banyak memori indah akan kami catatkan di rumah baru ini, insyaa allah.