Sekarang ini sudah jam 9.51 malam. Saya sedang duduk depan tv dan sesungguhnya saya berasa mengantuk sangat...tapi hubby baru saja tanya saya "cikbib bila nak joging ni?"
Adoiiii...tapi saya tetap jawab macam ni "pukul 10.00 saya naiklah"...buat pengetahuan semua, trade mill tu terletak di tingkat atas ye. Hmm, semalam saya tertidur lambat, dalam jam 2.00 pagi, mungkin sebab itulah saya agak mengantuk sekarang.
Saya nak tulis tentang apa malam ini? Oh ye, siang tadi saya telah ditegur mengenai penggunaan bahasa rojak saya. Emak saya pun pernah tegur juga sebenarnya dan saya sendiri pun tidak berapa suka dengan diri sendiri apabila saya bercakap bercampur-campur ni. Walau bagaimanapun, apabila dalam keadaan tertekan sedikit, saya pasti terlupa dan mula bercakap bercampur-campur.
Seorang pensyarah saya pernah berkata yang sekiranya kita mahu fasih berbahasa Inggeris, kita perlu berfikir di dalam bahasa Inggeris, begitu jugalah sekiranya kita mahu fasih berbahasa Melayu, kita perlu berfikir di dalam Bahasa Melayu. Malangnya, saya sendiri tidak nampak bahasa apa yang otak saya gunakakan. Mungkin sebab otak saya keliru, maka bahasa yang saya gunakan jadi keliru jugalah...sudah masanyalah saya berubah kan, jangan bercakap seperti remaja bercakap.
Saya ada sessi berlatih menjawab soalan di depan kamera tadi sebenarnya (saya akan ceritakan dengan lebih terperinci kemudian ye) dan sebab saya terlampau mencampurkan bahasa saya, saya punye sesi kelihatan seperti kurang serius...
Sekarang ni sudah jam 10.07 malam dan hubby sudah bertanya lagi sekali bila saya nak naik atas dan jog. Oleh kerana itu saya rasa saya perlu berhenti dan memulakan sesi ber "trademill" di tengah malam saya. Jangan saya lena di atas "trademill" tu sudahhhh....
No comments:
Post a Comment