Friday, April 29, 2011

Saturday Night Fever!!!Yeah!

Hmm tajuk yang interesting? Yeah, terbayang gambar John Travolta cucuk langit? Handsome giler dia waktu tu, sekarang pun handsome juga, cuma saya tak larat sebab dia sudah menganut agama scientology tu...but well, itu hak dia kan..

Waktu sekarang hampir pukul 6 petang, dan saya masih di ofis kerana menunggu bas yang akan membawa saya ke Berjaya Sq dalam pukul 6.45 nanti. Yup, I will be attending a farewell dinner tonite, therefore, hubby kena cari sendirilah dia punya dinner.

Hari ini meeting started at 8.30 - 12.50. The afternoon meeting started at 3.00 till 5.00 and frankly I am so tired. Ada benda yang sepatutnya saya settle kan, tapi saya rasa lebih baik jika saya tangguhkan dahulu...penat.

I really look forward for the long weekend, sangatlah seronok. Athirah and Iftikhar will be coming...so, both rooms upstairs will be occupied.

I am not sure of the activity will be but I am planning on going to the pameran buku at PWTC tomorrow and cari emak punya handbag??? macam-macam tu lah...termasuk kemas rumah, basuh kain lepak depan tv etc.

I have inserted one new format in my blog, where, if you realised, it is at the top right corner. Yup, I have the number of visitors who visit my blog site.

And you know what, I am so excited to know the number of visitors and for that reason, I'll visit the blog at least 3 times a day...hheeehhh! Kurang senonoh? ha ha ha, hubby was telling me it is not fair. But then I am also doing the same thing other blogs which I am loyal to. Infact, there were time when I visited the redmummy blog for more than 5 times a day. But I only do that for bloggers that I know are really rajin to update.

I have also discovered that my nieces and nephews have already blocked their blogs for what ever reasons. Macam artis la pulak. Anas, Amir, Azimah, baru ni Maryam sekejap...telah memblocked their blog, or in other words, they do not let their 'loud auntie' to visit their blog and I am so merajuk?..huh, ataupun, ada aku kisah ...ha ha, ikut azwan ali.

huh...saya sudah mula merapu...dan oleh itu ingin berhenti. Have a nice long weekend everyone, Semoga bergembira bersama keluarga.

Thursday, April 28, 2011

Turun Padang

Today, saya menyertai aktiviti turun padang bersama Timbalan Menteri bersama-sama dengan Kementerian dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Lokasinya : Melaka.

Atas tujuan di atas, saya terpaksa keluar rumah dalam pukul 6.45. Bila sampai ofis, saya bergegas pergi toilet dulu dan seterusnya panggil officer saya untuk naik kereta. Kami sampai di M... pada jam lapan, pergi cafe sat, makan sandwich dan naik bas pukul 8.30. Dalam bas tu yang besar tuh, ada 8 orang saja..ha ha, sukaaa, selesa apa, sempat lelap.

Sampai di Melaka, co, invited us for some refreshment. Adalah mihun goreng, kueteow goreng, telur goreng, dan buah-buah. Bila mereka mula-mula ajak tuh, sangsi juga, iye lah, syarikat tu is owned by a Taiwanese kan, halal ke tak...kami pun jeling jeling sekeliling..halaaaall.

Lepas tu, pergi lah ke Hall, ada 4 speech and 1 powerpoint presentation. Saya perasan yang sebenarnya the Taiwanese tu, even though he is the President of the Co.,tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, yet, their company is a very big co. and is internationally recognized.

Selepas presentation, there were sooo many questions that I would like to ask, but I just do not think that it was the appropriate one considering the medias are around..hmmm, kalau my team aja yang ada masa tu, I am sure the Q&A session might last for one hour...

After that, we went for factory visit. The finished products of this co. are HRC pickled and oiled, CRC, EG and prepainted EG. I wanted so much to look into the process of producing CRC, unfortunately, they did not take us there. huh..maybe it's too hot there and not appropriate for the dep. minister & wife to visit because there were still in their suit. Nasib baik tak de furnace yang meletup macam bom.

Well, itu adalah visit yang biasa-biasa je kan... let's add some perisa to the story...oh yeah, isteri dep minister tuh pakai bag LV...ha ha ha...biasalah kan sebenarnya. Tapi suka tengok dia membawa diri...ye lah, kut la akan jadi isteri datuk-datuk satu hari nanti kan...ha ha ha

Lagi satu, waktu lunch, saya kena duduk di meja VIP with dep min. and wife. Haaaaaa......hmmm, sama aja, cuma tak leh nak gossip sangat dan makan semua kena serve. Tapi sudu dia besar betul la, jenuh nak membuka mulut saya yang kiut miut nih.

Sampai office balik dalam pukul 5.00, tak larat, I decided to go back home straight. Hujan pulak, lebat betul. Sampai rumah, ingat nak gunting rambutla, nak g beli barang la, nak kemas la..last last, g straight tidur...sampai maghrib...and the rest was..history.

Esok, ada meeting dari pagi sampai petang. Malamnya, ada dinner di Berjaya Times Sq....kalau sempat, saya update lagi....good nite

Wednesday, April 27, 2011

baik atau bertanggungjawab?

Saya mengaku saya bukan anak yang baik, tapi saya rasa, saya bertanggung jawab sikit-sikit. Let's talk about the positive one first ya, I do think that I am a responsible daughter because :

1) Saya doakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa saya selepas solat
2) Saya akan balik setiap bulan untuk menggembirakan ibu saya dan bertanya khabar di samping membelikan bekalan barang runcit setiap bulan. Saya juga akan menjalankan tugas as per requested seperti tukar bulb lampu la, angkat barang la, bersihkan almari la...apa-apa saja.
3) Cuba menggembirakan seperti membawa berjalan sebab emak saya memang suka berjalan
4) Saya ada bagi sumbangan sedikit wang setiap bulan.
5) Saya cuba untuk tidak mencalar nama baik keluarga, semoga sentiasa diberi kekuatan insya allah
6) Saya cuba juga untuk tidak meninggi suara..saya akan berdoa setiap kali sebelum balik kg., semoga saya jadi baik dengan emak saya...ha ha

At the same time, I am not a good daughter sebab :

1) saya degil, keras kepala
2) saya tidak boleh bersama dengan emak saya dalam jangka masa yang lama, akan berlakulah perkelahian...tak tahu lah macam mana nak improve yang nih.
3) tak tahu kenapa, tapi saya memang tidak boleh get along dengan mak saya dalam banyak perkara. Sometimes I wonder whether my mother is treating me the same way, that's why kami tak boleh ngam. yeah, what you give, you get back kan? Hikkss...

Tapi kalau compare dengan orang lain, rasanya kami tak da la nampak macam teruk sangat. Saya kalau berjalan, masih pimpin tangan mak saya sebab dia memang tidak berapa kuat. Tapi mak saya pulak, degil, dah tua, jalan la pelan-pelan, biar aja orang lain tunggu..dia pulak, semua nak cepat...haaa, bergaduh lagi la kami.

Lagi satu, yang saya perasan, mak saya tidak berapa percaya dengan saya. Dulu, waktu saya pergi umrah sekali tu, semua yang saya kata, semua salah dan dia asyik nak ikut orang lain. Saya bengang..tapi saya ingat, fine, jaga lah diri anda sendiri...hiks..lepas tu, nak masuk kapal terbang, orang tu minta boarding pass, saya dah ke depan, dan tengok dia bagi ntah apa ntah, and tok arab tuh, tak bagi masuk..haaa, sian la pulak kan, saya pun pergi la tolong dia.

Lagi satu, saya tak larat dengan kesempurnaannya...penat. Satu yang saya ingat sekarang ialah air basuh tangan yang diletak di dalam mangkuk kaca basuh tangan tuh. Kuantiti dalam air basuh tangan tuh, mesti betul, jangan banyak sangat, kalau tak, bising. Lagi satu, kalau potong timun, mesti according to her standard, dulu saya ikut juga, sebab ingat macam betul la tuh, lepas saya dah besar ni, baru saya tahu, potongla macam manapun, kalau timun tu sikit, nak jadikan banyak, potong la nipis-nipis sikit, whichever you want!

Sekarang pun masih macam itu, dan solutionnya, jangan masak depan dia. Pernah sekali tuh, saya tengah menyapu sampah, ingat dia nak naik solat kat atas, kita pun buat je la cara kita bila menyapu tu, rupanya dia rehat pulak dekat tangga sebab tak larat, sambil tu, rupanya menengok kita bekerja dan apa lagik...banyak la komplen nya.

Hmmm, walau bagaimanapun, saya perlu bersyukur sebab saya masih ada emak kan? Kalau emak dah tak de, baru la rasa macam rindu nak dengar dia berleter kut..ha ha. Lain ada emak ni, saya ingat waktu dia pergi melawat kakak saya di UK satu masa dulu dan bila saya balik ke kg untuk melihat rumah...terbayang saya kalau mak saya tak de, mesti sedih tahap gaban.

Mungkin kehidupan yang susah pada masa lalu membina sifat dia sekarang. Dia berdisiplin orangnya and like to do things her way. Saya juga rasa dengan sifat yang ada dengan emak saya jugalah yang menyebabkan rumah dan keluarga kami menjadi lebih teratur dan kemas. Cuma kadang-kadang, bila terlampau berdisiplin, kita lupa pulak dengan sifat-sifat manusia yang biasa,.....kalau nak tahu, mak saya pernah nampak kain baju bertimbun tak berlipat di rumah saya hampir setahun lalu dan sampai sekarang perkara itu masih disebut-sebut, ha ha ha....

Lagi satu, mak saya memang tak suka dengan orang yang ponteng solat, semua cucunya, bila balik kg, waktu subuh tu, siap, opah akan pastikan semua bangun solat. Saya rasa yang itu memang telah melekat sikit dengan diri saya...okay lah kan, positive apa.

Emak saya juga selalu rindu dengan anak-anak dan cucunya...kecuali saya, sebab asyik balik aja. Tapi dia cuba untuk tidak menyusahkan anak-anaknya dengan membuat request supaya mereka balik. Sebaliknya, dia cuba untuk mengatasinya dengan cara lain. Ada kakak saya yang sangat jarang balik, tapi mak saya cuma bagi comment : Tak pe, kalau dia tidak boleh balik, kita saja pergi melawat dia...baikkan? Saya tahu ada mak orang lain yang kalau hari raya pun anak-anaknya mesti beraya di rumah dia memanjang...

Emak saya selalu menasihatkan kakak-kakak saya supaya jangan sekali-kali merajuk dengan tingkah laku anak-anak..walau seteruk mana sekalipun..yeah, seorang ibu mesti selalu memaafkan.

Saya dapat lihat emak saya semakin tua sekarang. Walaupun sihat, dia mula mudah letih dan agak susah untuk bergerak. Untuk bangun dari duduk pun adalah satu task untuk dia, malah, untuk memakai baju pun dia perlu mengambil masa yang lebih lama dari dahulu.

Kenapa ye tiba-tiba nak cerita fasal opah pulak ye? ntah...semoga kita semua dapat lebih menghargai ibu bapa kita. Cubalah luangkan masa untuk bersama mereka semasa mereka masih hidup...oh ye, saya masih hutang satu benda dengan mak saya, dia nak pergi Terengganu, insya allah, balik Jepun nanti, kita try plan g ganu pulok! have a nice day semua orang and back to work, lunch hour sudah habis

Tuesday, April 26, 2011

khenduri

Laaa, dah pukul 12.41 already? masa untuk tidur? soo happy.

nak cakap fasal apa? I like to allocate 10 minutes for this blog, after this, gue would like to sleep.

hmm, sempat tak nak cakap fasal kenduri kahwin? cukup tak untuk buat kenduri kalau ada 10 K? untuk zaman sekarang?

Seingat saya, waktu saya kahwin dulu, sometimes in year 2006, total perbelanjaannya dalam 16K. Itupun kenduri itu diadakan di rumah saya yang terletak di Ipoh where generally everything is cheaper.

Saya juga banyak menerima sponsorship :

1) kad kahwin : mekyah and pokli : 1k
2) bunga telur : kakak : dalam 1k
3) khemah : abang hab : yang ni ada 2K kut
4) makananan : abang top up : berapa ye? ada dlam 1-1.5 K

Hantaran saya, 6 K je. Duit Mas kahwin 1K

Saya ada keluar duit dalm 4K dari simpanan untuk belanja2. Saya juga telah menerima hadiah dalam bentuk cash berjumlah 2-2.5K. Hadiah duit ni kemudiannya digunakan untuk bayar balik credit card yang telah digunakan.

Setelah selesai, yang saya tahu, saya tidak berhutang apa-apa, begitu juga adik beradik yang lain. Walau bagaimanapun, saya tahu saya sangat terhutang budi.

Tapi bagaimana kalau anda ada 10 K sekarang? cukup tak?

Hik Hik..mcam tak cukup, macam cukup kan?

Saya rasa, kalau anak saya hanya ada duit sebnyak itu, saya akan menghadkan angan angan ke had tu juga lah.

Maksudnya, buatlah simple simple..saya cadangkan buat akad nikah di mana-mana masjid di KL nih dan terus buat makan-makan sikit...panggil saudara terdekat. Cukup lah tuh.

Sebab, kalau mahu buat di dewan akan ada kos lain seperti :

1) makan : dalam RM15 satu kepala? berapa nak jemput? RM15* 500 = RM7,500.

2) decoration dewan lagi?

    - jangan lupa sewa dewan juga (dalam 3K semua)

3) pakaian pengantin lagi? makeup pengantin lagi? (kalau yang beriya, mahu 2 K nih)

4) photographer lagi? (1 K)

5) ada entertainment? kena bayar tau (5 ratus)

6) DJ? nak ada? suruh cikbib je la. (kalau cikbib jadi DJ, free, confirm)

Hikss...pening kepala lah parents yang ada hajat nak buat besar-besaran. Buatnya pulak, anak tu anak sulung, ye lah, nak la buat istimewa sikit. Budak tu pulak, student, belum lagi bekerja, macam mana nak tolong ibu bapa, diri sendiri pun belum stabil.

Yang baiknya, kembali lah kepada Islam. Buat lah yang wajib, itu yang sepatutnya. Tapi jangan lupa saudara mara, lebih lebih lagi yang rapat, kerana waktu kenduri kendara macam inilah masanya untuk berjumpa saudara mara.

Buat juga lah solat hajat sebelum kenduri itu, minta pertolongan supaya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Saya ingat waktu saya kahwin dulu, emak saya solat hajat supaya tiada banyak lalat sewaktu hari kenduri, dan alhamdulillah, maqbul!!

Haaa, itu kalau anak kita perempuan, kalu anak lelaki kalu? ha ha ha...saya tak nak fikirlah!!

Monday, April 25, 2011

Hari ini...

On my way to work, I received a call from my nephew Iftikhar...yeow, Cikbib, saya nak pergi rumah cikbib nih, saya baru naik teksi dari LCCT...


Huh??? rumah I dah macam kapal karam pulak tuh...budak ni la....luckily hubby was still around, therefore I asked him to leave the house key somewhere so that Iyal can get in.


Hmm, due to that, I have not got the chance to cilok so much, ye la, nak drive lagi, nak hantar msg lg, nak call lagi. Called Diah just incase hubby do not answer my call. Forward house address, bla bla bla, nasib baik memang terlatih untuk multi tasking,hmm


Once I reached office, I discovered that my boss is on leave, another deputy is on leave, one senior officer of mine is on leave...mak aiii...saya pun terus berdoa semoga dipermudahkan semua urusan hari ini...sebab segala-galanya perlu di hadapi sendirian.


Since semalam saya menangis tahap gaban, and the after effect was, my eyes are really tired the whole day. I looked forward for a short nap during lunch but has decided to join a friend to visit another friend at Tawakkal..so, there goes my nap.


A friend of mine was diagnosed with cancer recently, she was devastated and still is. Semoga dia akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, insya allah, amiiin. But her husband was always there to support her...itu pun rezeki juga kan!


I received a call while I was in Tawakkal, the Division's PA informed me that I may need to attend this brief on ...apa ntah, lupa. During the brief, I received another call from the Division's PA...yup, I was suppose to  see this company, dah sampai dah kat tingkat 6,...haaaa, lupa la pulak...sooo...terpaksa tinggalkan brief and met the co....ha ha ha..teruk betul semua perancangan saya hari ni.


Balik rumah, saya terus berkemas sedikit, mandi, solat dan pergi dinner. Called Iftikhar, nak ajak dinner, tapi ada pompuan sudah jawap telephone laa....hmmmm, ye la kan, se tengok status facebook dia kan, 'in a relationship' kan...so, that must be his marka la. So...I just asked the girl to let Iyal know that I am not preparing dinner and he has got to buy his own...biasa la, makcik rock memang camtu. Nasib baik la semua anak saudara saya penyabar orang nya.


Bila balik, I was so excited to watch Awan Dania, tapi letak je kepala, tu dia, out of this world la teman, lelap. Letihnya mataaaa...tu la, menangis lagi kan. Bila Iyal sampai, mata pun terbuka, dan atas rasa tanggungjawab kerana melihat agak ramai yang melawat blog ni, saya pun meletakkan post yang tidak seberapa ini. 


Have a productive week everyone. Semoga kita dapat menyintai kerja yang kita ada dan appreciate semua sahabat di sekeliling kita. To be happy is to be able to do something we love with our loved ones (got this from the film 'Night at the Museum II', hikss).GNITE.

Sunday, April 24, 2011

Dissapointed

Is very disappointed with hubby today...the very very...we have been married for five years and he claimed that he knows me damn well, but I just wonder....will this ever changed???

borak di hari ahad

It's Sunday today, and here I am, munching and writing at the same time.

I would like to talk about AF concert yesterday. I would like to talk about one of the contestant, Amir.

Last night, Amir sang this song 'Dilema' which I have never heard before, and he was dressed in white. His vocal was totally out and he looked very sad...once finished, the juries were all as confused as I was...what was the song about, what was it that you were trying tell the audience...and he cried.

Once, when I was attending my PTK course, the advisor, while trying to cool us down, was comparing us with AF students. He said, yeah, all of you are stressed, but I am sure, what you are feeling now is nothing compare to what the AF students have to go through every week for 3 months. Imagine having to face a public humiliation every week.

And I could not agree more. I think even the PM Malaysia would find the open critics hard. Huh, I wonder if Ogy were to be criticised, apa la yang akan jadi agaknya...malatop!!

Let's go back to Amir, he is only 18 years old and the pressure must have got into him and he cannot stand it anymore. For me, to be able to go through the whole process that far was already something to be proud of. To be able to come out of the Academy alive and sane is good enough! It is not an easy life out there, even though the objective is to be a performer, to entertain people. Tambah-tambah bila Ogy mengkritik, tak de seni langsung...too damn serious, walhal benda tu untuk seronok-seronok aja.

hmm, conclusion? I guess there's no conclusion, life is not easy, handle everything wisely.

Friday, April 15, 2011

talking to myself

Yoooohoooo...it's Friday, the day I love most! I thought I could spend a little time sleeping, but one officer came to discuss somethin, so, there goes my lunch break, discussing work. Macam busy sangat kan? Actually I did have time to visit my favourite blogs just now, meaning that I did manage to take some break.

Hmmm...a friend came yesterday to say goodbye since today is going to be her last day in M***. I asked her how she feels and she said she keeps an open mind. Problems will be everywhere, office politics and all that. But she plans to go through it, and face a new problems and just leave the old one which she has been carrying these few years and I could not agree more.

Problems will be everywhere. I remember when I was to move to my new Division, I was alerted about the officer whom may not be as efficient as the one I have in my old division. But funny enough, I just grow to appreciate this 'not so efficient' staff. I must admit that she is rather slow, and is always late, ha ha. But I know despite that, she is very sincere, and is trying very hard to cover her lateness in arriving by going back late everyday. Another thing, she is very affectionate. Yeah, thinking about her just make me smile.

I believe in whatever you give, you get back. If you try to make things easy for others, people will do the same to you. If you are cold to others, people will be cold to you. If you do not want to smile to others, people will not smile to you...If you like to judge others, people will judge you back...life is as simple as that.

As for my 'not so efficient' staff' I just accept her, and try to compromise and complete her weakness...and as a return, she buys me kuih everyday and serve me some more...ha ha ha...that just makes me wonder whether I am really sincere or not! Have a nice weekend everyone!

Thursday, April 14, 2011

What is your shoe size?

Saya sangat excited untuk menulis sebenarnya, tapi tidak tahu apa yang mahu di tulis.

Hmm, I realised that if I were disturbed, I will keep on calling my husband's name...hiks...and last night, since he heard his name called, he came to me asked " apahal cikbib?" and I was likee....

ha ha ha...I did tell him part of the story, not thorough though..malu. Well I told him that my officers and I were having this conversation and the topic was "what size is your shoe?"...

And Shuk asked back "So, just let them know?"

Then I said " it's big, malu la"

and Shuk said " so it's big, so? just let them know"

and I was like ......

ha ha ha...actually the story started like this. My officers and I were on our way to visit this factory and one of the girls was having problem with her shoes. That is when the discussion on shoes, legs, foot etc. started. I admitted that mine is the same like cinderella's fat and ugly stepsister's size. But when they asked, I answered them 7.5...7.5???? I am wearing size 8 man, and in future maybe 9....unless i stop growing.

haaa...and the problem now is not that I am ashamed of my shoe size anymore, but I am more ashamed because I lied...uwaaaaa....I hate myself!

Hahhhhh, such a small matter but it effected me last night. I have let it out here, in this blog and I hope I can continue life without thinking so much about this anymore....winks

Wednesday, April 13, 2011

to go...or not to go

Received a call from Japan yesterday. It was from my brother, asking me whether I am really going to Tokyo or not. My answer is...I really don't know. Air Asia has postponed my flight schedule to early May, but the current situation in Japan now is really not too good, so I guess I have to hold my decision just yet.

According to the earlier planned, I am suppose to be in Tokyo now..ha ha, menikmati keindahan bunga sakura di gurun sahara...tapi, alhamdulillah laaa tak jadi pegi, kalau tidak, sakit telinga la saya kat sana, tak ke havoc?..hmmm...allah knows what is best for me.

Jari hubby pun tak baik-baik lagi, suruh pergi klinik, tak nak pulak, takut kena potong...semalam, punya bersemangatla suruh saya cari jarum, cari lilin, panaskan jarum dan cuba keluarkan apa-apa yang ada dalam jari yang membengkak tuh...saya pun, apa lagi, buat bagi orang lain sakit is not a problem for me...ha ha ha...tapi, oleh kerana keadaan saya yang kelihatan sangat kejam itu, hubby langsung takut dan tak bagi saya buatkan..dia nak buat sendiri..dia kuis kuis aja, mana nak ada lubang...so, hari ni, jari hubby masih bengkak dan berdenyut-denyut...siannya. Saya doakan Shuk cepat sembuh ye, aaamiiin.

As for me, I am on drugs now..ha ha, doktor telah bagi antibiotic, pain killer yang power dan ubat anti swelling + drops. I ikut aturan makan religously because I really want to get well soon. I just realised yesterday that I am missing my home, I miss the normal cheerful me and hubby, the normal jokes, conversations...sekarang ni, balik rumah, dua-dua menahan sakit, dan kurang selera makan...begitulah pentingnya kesihatan yang baik. Jaga diri baik baik semua orang and remember, HEALTH IS WEALTH!!

Sunday, April 10, 2011

hidup ini...

saya sedang sakit telinga..telinga saya sakit sampai berdenyut-denyut selama tiga malam, malam tadi, tak larat, saya berdoa banyak-banyak, Ya Allah, tolonglah sembuhkan penyakit telinga saya ni. Tolonglah hentikan kesakitan ini...tolong. Di samping itu, terfikir, ini baru sakit telinga ni, belum kanser lagi...nauzubillah. Tapi asasnya, baru sangat sedikit nikmat yang Allah ambil dari saya iaitu kesihatan telinga, terus saya rasa tidak bermaya, tidak bersemangat! Semua fail yang saya bawa balik, tidak bersentuh...betapa lemahnya saya ni.

Yang peliknya, suami juga menghadapi sedikit masalah (atau masaalah?). Tidak tahu mengapa, tetapi jari telunjuknya bengkak. Selalunya, sekiranya ada masalah, seperti bisul, jerawat dll, yang berada di tempat strategik seperti mata, telinga, hujung jari, kesakitannya berganda, dan oleh kerana itu, saya rasa saya faham betapa sakitnya jari suami saya. Dia pun bad mood juga...so, rumah yang di huni hanya oleh dua orang yang sedang bad mood.

Apa yang akan jadi bila anda bad mood? Ye, senang marah...semalam, tak semena-mena, nada suara suami naik sedikit...dan saya, yang tidak biasa dengan nada suara itu telah bertindak balas...ha ha ha, jadi berlakulah keadaan tidak bertegur sapa sekarang ini...bila ianya akan berakhir? tungguuuu

********************************************************************************

Let's review what happened last week ye. Saya mahu bercerita tentang lawatan saya ke sebuah kilang di Banting. Kilang ini adalah sebuah kilang yang sangat besar dan satu-satunya pengeluar 'HRSC' di Malaysia pada masa sekarang. What significant about this factory is that there an Electric Arc Furnace installed to produce steel and the first time I set my eyes on the furnace I was like..owww...it's likeeee...hell??? really..

The temperature in the furnace is 1,800 degree..imagine that. The factory was full with black dust and all of us was like getting a free sauna there..ha ha...I was also informed that their electric bill is like more than 1 mill per day..and the furnace must work everyday because just to reheat it all over again will cost them even more. Luckily they recycle the water consumed to cool the ready made steel, if not, they may have to spend the same amount of money for water bill.

*********************************************************************************
Next week, my schedule is as usual, full. There will be factory visits on Monday and Tuesday. I will be in Terengganu on Wednesday and Thursday to visit another mill. On Friday, there will be JPCs meeting, one whole day..I need lots and lots of jamu I think.

*********************************************************************************

Hey, I have finally updated the cosmetic part of my blog. Love it? ha ha. I have just found out the number of visitors also, 2 ribu lebih je...ha ha ha...tak pe, slowly...

Saturday, April 2, 2011

berita pukul 4.00 pagi

Esok, insya allah saya akan balik kg., to visit my mother.

sekarang ni, pukul 4 pagi, tadi saya tertidur pukul 11.30., pukul 3.00 bangun, ingat nak sidai baju, tapi alhamdulillah, suami dah sidaikan...lega..

hmmm, malam ni juga, untuk kesekian kalinya, kami tidur atas karpet je, tak naik atas pun. Hubby mula-mula tengok game (tennis), pastu, terlena dan tak larat nak naik atas....he he...kami ni, manapun boleh lena...itu pun kira rezeki jugak tu kan?..

esok, kami plan nak balik kg., visit mak. Kalau ada rezeki, mungkin kami try call angah, nak tanya, ada durian tak? he he...

how was my week? hmmm, seperti biasa, penuh dengan suka dan duka..

Isnin

ada meeting dengan company. It is funny because we have been communicating via telephone before and has built up perception that this group of people really like to shout..ha ha ha...tapi bila jumpa, mak aiii..orang tua rupanya and handsome and soft...hmmm...

Balik rumah, hubby dah belikan durian, huh, seronok bangat...Shuk beli 3 biji and we ate 2 biji. After Maghrib, Shuk went out with his brothers and that's when I was attacked by cockroaches..ha ha

Tuesday

Ada upacara melawat dua kilang di Bangi. Oleh kerana tiada kenderaan pejabat yang available, sayapun memandu sendiri bersama kawan. The visit was really and eye opener where I have learned on how Steel Services carried out their services and how 2 piece tin can was manufactured. After the visit, we had lunch at Bangi Golf Club and only reached office at 3.20 p.m. After solat, I was so tired/sleepy atau headached? I don't know but I just could not continue with office work.

I wanted to go home so much but a friend came to talk...ha ha ha...well, tunggu lah sekejap kan,but I manage to get out of the office at 5.50...reached home by maghrib and teman suami pergi dinner (walaupun tak larat tahap gaban). Balik dinner, mandi, solat isyak , and I went straight to bed...I was worried that I might fell sick or anything...but alhamdulillah, the next day, I felt better.

Rabu

Ada meeting dengan company pada waktu pagi, petang, sibuk clearkan paper officers. While doing that, one of my officer came to inform that she has got her anjakan...huh...alhamdulillah. Called cik Z, and apparently, she has got hers also...also many-many others...ha ha ha...After I received the news, I could no longer focus on my work lah, I just have to go around and gossip sikit-sikit...

Malamnya, kami pergi Anjung de 7 and had dinner, saya makan mee bandung, Shuk makan mihun sup.

Khamis

Hari ni ada marathon meeting. Ada 3 meeting yang bermula pukul 9, dan semuanya habis dalam pukul 6.00 petang, no break, saya keluar je sekejap untuk solat zohor...and I was sooo tired.

Hari ni juga adalah hari bersejarah kerana ini adalah hari terakhir Y.Bhg. Dato' DDG II mempengerusikan mesyuarat. Sedihnya...

Sejarah saya dengan Dato' bermula sewaktu dia menjadi Pengurus Bahagian HR dalam tahun 2001-2002. Pada waktu itu, saya telah menulis memo meminta untuk ditukarkan ke Bahagian Industri. Kedua-dua bos saya waktu tu terkejut dengan keputusan yang dibuat. I was informed that Y.Bhg. Dato' has actually allocated a place for me in one of the Industry Division, unfortunately, the DG then has disagreed.

Selepas itu, I was approached by Dato' to become one of his committee member in Kelab MMMM. Hmm, that was when I started to get to know him better, and starting September last year, I was lucky enough to be placed at Metal Industry, an industry which is close to Dato's heart...

Peluang untuk bekerja dengan Dato' adalah antara kenangan manis saya di MMMM. Dia sentiasa membantu dan mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalah. Dia juga seperti seorang bapa yang sentiasa mempunyai kasih sayang untuk setiap pegawai yang dianggap seperti anak-anaknya...hik hik..awat emosional? ha ha..ye lah, we are going to miss you Dato'.

Apa-apapun, balik ke rumah petangnya, saya mandi, solat, pergi dinner...dan, bila balik dari dinner tuh, memang tak larat dah nak buka mata, terus tertidur depan tv. He he, bangun pukul 12, solat, dan sambung tidur di atas.

Jumaat

Hmmm, saya banyak buat research hari ni, done some reading and assigned kerja baru untuk officers. I also cannot help wondering why I was so weak the whole week? hmmmm. kira punya kira..barulah perasan yang masanya akan tiba...sebab tu lah pun asyik tak larat dan agak cepat terasa hati (so not me)...waktu tu , barulah tercari-cari my PMO...tapi berkesan lah, bila makan tu, memang terasa kuat sikit...he he

tengah hari, had lunch with friends and heard some not so good news...huh...semoga keadaan akan bertambah baik selepas ini Ya Allah...

okaylah, minggu lepas sudah berlalu...dan semoga minggu hadapan akan menjadi minggu yang lebih baik untuk saya, suami saya, keluarga saya, kawan-kawan saya dan semua semua semua...

okay, nak sambung tidur