Monday, June 24, 2013

Cabaran Berkeluarga

Saya dapat satu berita tidak berapa baik. Seorang anak kawan saya ada masalah untuk menyambung pelajarannya di kolej.

Sekarang ni, dia memang berceramuk sikit. Sedih gagal, takut dengan masa depan, kasihan dengan emak & ayah yang banyak mengeluarkan duit dan seterusnya malu dengan jiran-jiran dan yang paling suspen ialah pandangan daripada sedara mara aka pakcik makcik.

Bermulalah hidup secara matang untuk anak kawan saya ini..yang sesungguhnya bukanlah senang.

Sesungguhnya saya pernah lalui perkara seperti ini dahulu. Saya selalu fikir yang tidak baik aja dengan pakcik/makcik saya. Dulu, bila saya pakai tudung pun saya risau apa pandangan pakcik/makcik/cousins saya. Bila saya gagal, lagi lah saya takut. Takut saya ini telah diekspresikan dengan mengelak dari berjumpa ahli keluarga, yup, jangan pergi beraya, jangan pergi kenduri...secara asasnya, avoid meeting them.

Pada masa itulah kita merasakan yang kita lebih dekat dengan kawan-kawan kita. Kita mula merancang masa depan bersama-sama. Saya pernah merancang untuk sama-sama membuka klinik bersama seorang kawan saya ni. Tapi itulah, kehidupan tidak selalunya menjadi seperti yang dirancangkan. Tak semestinya kita menjadi seperti apa yang kita cita-citakan.

Saya dan kawan saya saling membawa haluan masing-masing bila dia dan saya tidak dapat masuk universiti yang sama. Sebab makin sibuk dan mana ada social network pada itu, kami mula membina hidup baru, jumpa kawan baru dan membina cita-cita baru. Yang pastinya, kawan silih berganti, tetapi makcik/pakcik saya tetap di situ, mereka tidak ke mana-mana. Yup, kedewasaan menjadikan saya lebih menghargai keluarga saya.

Saya tidak nafikan yang kadang-kadang pakcik/makcik ni banyak menyumbang kepada ketidak selesaan budak-budak ni, lebih-lebih lagi saya lah tu. Macam post mereka dalam facebook, bila saya tak suka, saya hentam aja...tapi itu dululah kut, sekarang tidak lagi, walaupun saya mengumpat di belakang ..miahhahahah. 

Ye la, cikbib mengaku ajalah kan...I am not perfect but I like it....

Berbalik kepada kes yang gagal tadi tu, saya cuma nak bagi tahu yang sesungguhnya mak/bapak saudara ni, walaupun mungkin banyak mulut, tapi jauh di sudut hati mereka sangat ambil berat.

Sebagai contoh, sekiranya anak sedara saya yang gagal, saya lebih fikirkan macam mana perasaan mereka. Macam teringin juga nak jumpa dan pujuk sikit ke, cakap yang itu bukanlah satu-satu nya cara untuk berjaya di dunia ni ke, dan suruh mereka tidak putus asa dan terus mencuba...

Walau bagaimanapun ada juga yang saya smash tahap gaban...bila saya rasa dah melampau la kan..adoii ...saya memang macam tu lah, susah nak berubah.

Sebenarnya, sebagai orang dewasa, saya dan kakak-kakak saya sedar yang budak-budak ni akan membuat kesilapan. Cuma yang kami risaukan adalah kesilapan yang dibuat adalah kesilapan yang terlampau besar sehingga menghantui mereka sepanjang hayat...atau tidak membolehkan mereka berpatah balik langsung.

Tapi bila menegur tu, saya akui juga bahawa saya juga sering membuat kesilapan. Tidak berkhemah langsung tekniknya. Tapi tak pe, nanti saya baca buku Dale Carnegie banyak sikit lagi supaya pendekatan yang saya gunakan akan lebih baik dan berkesan.

Sebenarnya hidup bersaudara ni ada banyak cabarannya kan? Saya pun ada juga kena-kena tempias sini sana, tapi saya buat pekak aja. Macam baru-baru ni, ada juga dapat soalan-soalan " bila nak dapat anak ni?"...hmmmm......

Tapi itu masalah kecil bagi saya sebenarnya. Saya okay aja. Memang ada yang kadang-kadang tu nak mengena atau nak merendahkan saya, saya gelak aja, malah saya pernah gelakkan orang tu depan-depan. Saya pun pelik juga dengan diri saya ni sebab saya memang tidak terjejas langsung..huh.

Hmmm...itu sahajalah. Doa saya semoga semua anak saya terpelihara dan sentiasa di bawah petunjuk Allah. Sekali gagal, tidak semestinya sentiasa gagal. 

Itu aja...mata dah pedih sebab jerebu...


No comments:

Post a Comment