Saya baru baca satu blog ni, blogger ni cerita fasal dia tengah merajuk-merajuk dengan hubby.
Saya dah lama juga behave dan tak merajuk. Tapi semalam saya merajuk sangat-sangat.
Tapi tak happy pun nak merajuk ni, dan saya juga mengaku yang saya tidak suka nak merajuk sekarang sebab stress.
Tapi semalam saya tetap merajuk, siap menangis selama 1 minit kut...he he, dan lepas menangis tu, hidung tersumbat dan rasa tak boleh bernafas...haih, tak lawo nya la perempuan umur 43 tahun buat perangai macam tu kan?
Saya terpaksa bangun tak kurangkan laju kipas lepas tu,...barulah lega sikit dan boleh tidur
Pagi ni, saya masih sambung merajuk lagi...he he he...walaupun macam tak gembira bila keluar rumah tak salam tangan suami...tapi perasaan geram masih ada, so, sambung lagi merajuk
Balik nanti?...Baik lah kut, especially kalau ada anak-anak buah saya tu datang rumah.
Sebab merajuk?...haaaa....rahsia lah
Kalau saya merajuk lagi malam ni, ha, alamat akan lama lah kami tak bertegur sapa sebab esok saya kena kerja juga dan hari Ahad saya kena pergi Sarawak. Saya hanya akan balik pada hari Rabu Malam.
Mungkin tuhan saja bagi saya merajuk kut untuk bagi tahu yang sepatutnya saya tidak perlu risau nak tinggalkan suami saya sewaktu saya pergi Sarawak. Nampaknya hubby saya mesti tak rindu pun kat saya sebab dia ada blog abangtam yang perlu di khatamkan...dan kalau perlu dia boleh download banyak game di internet..so, no worries babe.
Itu ajalah dulu...nak rehat sekejap sebab petang ni ada meeting lagi...have a nice weekend everyone!
No comments:
Post a Comment