Wednesday, June 26, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Pada mulanya kami agak kurang berminat untuk menonton Celebrity Masterchef Musim Ke 2 baru-baru ni. Tengok pun sikit sikit aja. Tapi lama-lama, kami macam jadi sangat berminat, he he.
 
Mula-mula kami suka tengok adengan kelakar aja. Suka tengok mereka yang memang tidak pandai masak, masak. Contohnya macam Yasin Senario, Radhi OAG dan Cat Farish. Saya suka tengok semangat dan keyakinan mereka walaupun sebenarnya mereka memang mempunyai ilmu yang sangat sedikit mengenai masakan.

Rancangan ini juga dapat menyaksikan para peserta semakin mahir di dalam bidang masakan. Ini teserlah di kalangan 3 peserta terakhir iaitu Che Ta, Serena Celina dan Syura. Kagum saya melihat kebolehan mereka masak.

Sebelum rancangan final keudara semalam, saya macam tidak berapa gembira Syura menang kerana sesungguhnya saya adalah penyokong kuat Che Ta...ha ha ha. Sebelum ni, saya tak la suka dengan Che Ta tu, tapi bila menonton Celebrity Masterchef, saya rasa suka pulak dengan Che Ta sebab dia banyak mulut dan kelakar tapi pandai masak. Che Ta juga adalah seorang yang sangat pengemas, dia tidak suka kaunter tempat dia bekerja semak...
 
Semalam, Syura dan Serena Celina bukan telah menunjukkan kebolehan mereka untuk memasak. Yup, mereka mereka resipi mereka pada waktu itu juga dan memperisakan makanan yang disediakan berdasarkan deria mereka sendiri.
 
Satu perkara jelas yang saya rasa menyebabkan kedua-dua Syura dan Serina Celina menang adalah kebolehan mereka untuk merancang. I think these two won the programme because they are smart and were able to plan, manage and execute.
 
Hmm, walaupun sedih Che Ta tak menang, tapi saya rasa Allah punya perancangan mestilah yang terbaik. Kerjaya Syura memang agak suram sejak kebelakangan ini, oleh kerana itu mungkin bidang masakan akan jadi sumber rezeki beliau seterusnya.
 
Heee....kenapa saya sibuk buat review pulak kan? Tapi saya suka sebab program ini menjadi tajuk perbincangan saya dan hubby lately. Selepas habis rancangan ini, kenalah ada rancangan lain pulak. Sekarang juga hubby asyik bercerita fasal jalan hidup abangtam yang dibaca dari blog sejarah hidupnya...selain dari itu, kami juga ikut siri Dahlia di 134. Tapi kami masih belum pernah sekalipun tengok running man...ha ha ha
 
Wokey lah...itu aja buat kali ini ...bubaiii

No comments:

Post a Comment