Hari ini kami kuat, yup, kami telah bangun solat subuh dan terus ke Tasik untuk "morning walk".
Walau bagaimanapun, sewaktu keluar dari rumah, kami telah terkejut kerana rupa-rupanya ada pokok tumbang. Pokok yang terletak di tepi rumah jiran telah tumbang menghala ke jalan. Ada dua buah kereta yang di letak di tepi jalan telah terkena ranting-ranting kecil pokok tersebut, tapi tiada kerosakan yang teruk lah. Saya ada tangkap gambar..
Haaa, ini rumah jiran saya, rumah no. 2, rumah saya yang sebelah tu, nombor 4
Selepas hubby sembang-sembang sikit dengan pegawai MBSA, kami pun pergilah ke Tasik. Lama sungguh la kami tak ke Tasik ni, rasa macam tak biasa pulak. Seperti biasa, kami memulakan aktiviti kami dengan sesi memanaskan badan juga "stretching". Hari ini juga hubby saya pemalu, jadi semua gambar hanyalah dari belakang ye.
Yeah, longgar-longgar kan otot-otot kita...
kalau kita pergi ke Tasik, ada trak ini ye, namanya Trek 10,000 langkah
kalau kita ikut trek ni, akan ada papan tanda seperti ini...ada banyak. Bagus ada papan tanda ini sebab dia macam mengemaskini tentang jarak perjalanan yang telah kita buat juga jumlah kalori yang telah dibakar...
Bila kami berjalan lagi, ada pulak bangau, tapi maaflah, gambar gegar sikit
Haaa, lagi seekor
hmmm, lagi satu papan tanda, yup, sudah berjalan 1.2 km. Walau bagaimanapun, sebab kami memang sudah biasa dengan selok belok Tasik ni, kami adalah melencong sikit dari "route" yang ditetapkan ini. Adalah tambah sikit dalam 0.2-0.3 km kut
Kami buat pusingan di tempat yang kami panggil pulau ni. Disini ada sekumpulan orang yang jenis aktiviti yang digunakan adalah lebih spritual kut...mereka yang di sini juga selalunya adalah lebih kurus
Ini adalah salah satu contoh aktiviti yang dijalankan, yup, tutup mata memandang ke tasik seperti di atas. Mereka di sini juga kebanyakannya membawa bekal masing-masing dan duduk di atas tempat duduk yang di alas. Saya tak berapa tangkap gambar sebab takut mereka marah...he he he
Meneruskan perjalanan, kami berjumpa pula dengan kumpulan ini. Kumpulan ini sudah lama berada di sini. Dulu ianya diketuai oleh seorang wanita yang ceria, tapi sekarang sudah tukar-tukar. Dulu saya pernah juga ikut mereka ni sebab mereka suka menggunakan lagu-lagu lama kan...heee, sesuailah dengan saya tu. Tapi sekarang saya tidak begitu pasti dengan konsep yang mereka gunakan. Mereka ini kebanyakannya adalah mereka yang sudah bersara kut.
Meneruskan perjalanan, kami telah berjalan sejauh 2 km
Kami berjumpa dengan kumpulan ini pulak, yup, kumpulan ni berkonsepkan pahlawan China, ada juga tarian kipas. Mereka siap ada uniform lagi. Kumpulan ini agak baru, sebab dulu tak de pun
Terus berjalan, kami berjumpa pula dengan kumpulan uncle ni. Kumpulan ni ahli-ahlinya memang amat berumur. Kumpulan ni pun lama. Waktu kami mula jog di sini, uncle ni berisi sikit badannya, tapi sekarang ni uncle dah semakin kurus, tapi masih kelihatan sihat. Kumpulan ini diiringi dengan muzin china lama dan saya memanglah tidak mampu ikut, mahu terlena.
Saya rasa model saya ni rasa dia ada belakang yang seksi kut, miahaaahahaa
2.8 km
haaaa, bukit. Dulu, waktu baru-baru kahwin, bila tiba di bukit ini, kami akan berlumba untuk sampai di puncak dahulu. Tapi baru-baru ni kami cuba buat lagi macam itu, langsung otot saya terkejut...langsung kena jumpa doktor, tak boleh berjalan. Hubby kata kaki saya tak mampu nak menampung berat badan saya yang meningkat tu...mungkin juga.
Ya Allah, setengok model saya tu, dah la tak nak tengok kamera, tapi memang jelas juga keletihannya, ha ha ha. Tapi papan tanda itu menunjukkan yang kami telah menyempurnakan trek yang di sediakan, 2.8 km. Tapi sebab kami melencong sikit tadi kan, jadi kami telah buat dalam 3km sepatutnya.
lepas tu, cooling down time, juga a little "streching" again. Sian hubby, nampak letih sangat kan? Kami kena lebih konsisten lah selepas ini, nampak macam tak berstamina langsung kan?
Gambar di atas saya ambil dari dalam kereta, sewaktu perjalanan balik
Yeow, dalam perjalanan balik kami singgah untuk sarapan di Belanga dan saya makan ini..laksa...sedapnya!
No comments:
Post a Comment