Friday, May 31, 2013

Jumaat : 31 Mei 2013

Saya tak tau la kenapa, tapi saya memang tak berapa ada rasa nak menulis. Why? I don't know.

Tadi, saya call kawan saya dan dari suara yang saya dengar, saya rasa dia macam tak larat...heeee, tak tau lah kut dia nak bersuara seksi dengan saya pulak..apa pulak hal nya kan...mesti dia banyak kerja, banyak masalah, stress dan jadi tak larat...saya faham tu.

Baru-baru ni, saya stress sikit, tapi tahu tak kenapa? Sebab saya macam kurang kerja. Percaya tak? Mungkin sebab dah biasa dalam keadaan sangat sibuk, rupa-rupanya, bila tak de kerja, tak lah best sangat. Rasa tak de peningkatan dalam diri dan rasa bersalah sebab saya tahu kawan-kawan saya yang lain memang sangat busy.

Lagi satu sebab yang menjadi kenapa saya stress ialah sebab sayang tengok ada kawan saya ni yang nampak sangat cekap dan bagus ..ehh, saya cemburu?...ha ha ha , macam budak kecik la plak.

Walau bagaimanapun, sekejap ajalah yang free nya sebab selepas itu, saya dah mula lompat-lompat balik, heee. Hubby pun bagi nasihat "lain kali kalau cikbib free tu, enjoy ajalah. Memang tuhan suruh berihat lah tu, sebelum ni mana pernah cikbib free pun"..

Tapi yang baiknya, bila dah busy balik, saya remind myself supaya jangan complain. Syukur sebab ada kerja, syukur sebab boleh belajar benda baru, syukur sebab dapat challenges baru...syukur sebab dengan semua itu, insya allah kita akan jadi orang yang lebih pengalaman dan pengetahuan.

Itu ajalah dulu hari ni..


Wednesday, May 29, 2013

Rabu, 29 May 2013

Bulan Mei sudah hampir habis dan bulan Jun bakal datang. Sekejap sungguh masa berlalu.

Hari ini sampai ofis, tak sempat buat apa-apa, terus terkejar ke sana sini. Tapi syukur juga sebab dalam jam 10.00 pagi, saya sempat juga pergi ke Division Lama sebab ada makan-makan sikit. Saya suka aja pergi Division Metal ni sebab sesungguhnya saya memang rindu...heeee

Saya sibuk sampai ke petang dan saya rasa esok pun boleh tahan juga. Semoga semuanya akan berjalan baik dan semoga semuanya akan dipermudahkan, insya allah.

Balik rumah, saya solat Maghrib dan pergi dinner. Balik dari dinner, ingatkan nak exercise, tapi tengok-tengok ada pulak Sinaran Emas Final...heeee, langsung minta kebenaran untuk skip exercise dengan hubby...heee, sekali sekala kan.

Hmmm...okay lah, biar saya fokus tengok Kilauan emas dulu ye...sebab bila menulis sambil menonton tv ni memang tak boleh fokus lah...gnite

Hari ni, 28 May 2013

Sudah pukul 12.00 malam, 28 Mei 2013. Hari ini hari jadi kawan lama saya, cik Atim....happy birthday Atim.

Hari ini adalah hari yang sangat sibuk dan meletihkan buat saya. Paginya saya menghadiri perbincangan antara pihak Menteri bersama-sama dengan Associations. Petangnya pula saya pergi ke Istana Negara Baru...heeee...best...saya suka, sangat cantik dan menarik. Saya pergi ke Istana sebab ada kerja sikit...pergi recce tempat tu.

Dalam perjalan balik dari Istana negara, boss telah telefon dan minta saya sempurnakan satu kerja petang tadi juga dan dapatkan kelulusan dari pihak pengurusan esok pagi. Hmmmm...apa lagi, saya pun stay back lah sebab hati rasa tak senang selagi kerja tak habis kan. Saya stay back dan balik selepas Maghrib.

Sampai rumah, hubby ajak makan di Tirai Ratus, makan mertabak Singapore dua tingkat. Lately kami suka makan mertabak ni sebab rasanya not bad dan mengingatkan kami kenangan makan mertabak di Singapore, he he.

Balik rumah, hati sebenarnya melonjak-lonjak untuk menyepurnakan lagi kerja yang sepatutnya sudah siap tadi. Tapi saya paksa diri untuk exercise jugak dulu...dapatlah 3 km...better than nothing lah kan.

Lepas exercise, mandi, solat, saya turun dan mula tengok balik kerja saya. Akhirnya saya minta tolong hubby...ha ha ha...saya suka bahasa hubby saya..alhamdulillah, hubby sudah bagi sedikit input....saya puas hati, insya allah.

Sekarang ni, saya rasa mata saya memang sudah nak tutup...mengantuk...okay lah...semoga esok saya lebih ada mood untuk update blog ni ye...bubaiiii

Saturday, May 25, 2013

Macam mana mahu bahagia?

Semalam saya menonton primadona di channel 134. Isu kali ini : Poligami.

Zarina Zainuddin adalah artis jemputan pertama. Dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan suaminya,  bagaimana proses untuk berkahwin dan seterusnya kehidupannya sebagai seorang yang mengamalkan poligami.

Saya tak rasa yang saya ni sanggup berpoligami, tapi menonton Zarina Zainuddin malam tadi membuat saya bertanya balik. Maaf jika saya silap, tapi malam tadi, saya melihat Zarina Zainuddin adalah seorang wanita yang lebih bahagia jika dibandingkan dengan Erra, malah Kak Engku sendiri....dia ada suami, ada anak-anak termasuklah anak tiri dan juga madu yang baik...hmmm, hebat kan?

Bagi saya ini adalah contoh seorang yang bersyukur dengan apa yang dia ada dan cuba mencari cara untuk bahagia dengan apa yang dia ada instead of mencari kelemahan dalam setiap perkara yang dianugerahkan Allah. Dan sesungguhnya bahagia itu memang adalah hak dia, she deserves it.

Kalau adalah pembaca lelaki yang baca post saya ni, mesti dia senyum kan? Tapi kes Zarina ini bukanlah common ye, mungkin satu dalam seribu, oleh kerana itu, sekiranya tidak cukup bekalan, jangan berani mencuba.

Saya baru aja habis sesi tak bercakap dengan hubby semalam and simply dislike it. Habis cuti terbuang macam tu aja...hidup jadi tonggang langgang and saya hilang mood untuk buat semua benda, termasuklah doing my exercise.

Tapi yang eloknya adalah waktu keseorangan sebab tak bercakap dengan suami, saya ada lebih masa untuk diri sendiri dan berfikir tentang beberapa perkara yang jarang saya lawati..saya juga lebihkan doa untuk orang lain lebih-lebih lagi anak-anak sedara saya...semoga mereka sentiasa di dalam perlindungan Allah..

Hari ini juga kami menerima keluarga baru di mana anak sedara saya Pijah telah melahirkan sepasang anak lelaki kembar. Semoga ibu dan anak-anak sihat...

Okay lah, di sini dulu...bubaiii


Thursday, May 23, 2013

My Black Wira

Yippie..statement gaji sudah sampai pagi tadi dan alhamdulillah, sudah tiada lagi potongan untuk kereta hitam saya tuh, setelah lapan tahun...alhamdulillah.

Kereta hitam itu (Wira Special Edition 2005) adalah kereta ke 2 saya selepas Kancil Merah. Saya beli kereta itu dalam tahun 2005. Waktu saya memilih untuk membeli kereta itu, antara perkara yang saya ambil berat adalah :

i) cc. Saya kan pakai kancil 850 cc sebelum tu, jadi saya memang berhajat nak cc besar sikit sebab saya ni memang boleh tahan lasak orangnya bila drive, so, I need more power...yeah

ii) Saiz. Yup, nak la besar sikit. Dua sebab kenapa saya nak besar adalah kerana diri saya sendiri besar dan juga kerana waktu itu saya masih bujang dan kereta saya ni sering saja dipenuhi oleh anak-anak sedara saya. Bila raya aja, abang/kakak saya pakat-pakat tumpangkan anak-anak mereka dengan saya sebab kereta mereka tak cukup. Oleh sebab kepentingan ini jugalah saya memilih untuk membeli Wira instead of Gen 2, sebab apabila saya duduk di belakang, saya dapati sekiranya anda adalah seorang yang tinggi seperti saya, kepala anda mungkin akan berlaga dengan siling kerana bentuknya adalah aerodynamics...heh. Wira hitam saya ni, memang lebar dan lapang, duduk tiga orang kat belakang tuh, steady aja tau, tapi kalau naik Pesona, haaa, sakit pinggang sebab sempit.

iii) Harga : yang saya mampulah kan. Saya jual Kancil saya tu dalam RM10,500 rasanya, dan duit itu terus saya gunakan untuk bayaran deposit kereta saya tu. Kalau ta silap, harga kereta hitam saya waktu tu adalah RM50,500....haaaa...ingat nak bayar setakat 7 tahun, tapi bila tengok potongan bulanan banyak sangat, terpaksalah sambung jadi 8 tahun dan alhamdulillah, dah habis dah 8 tahun tu

iv) Senang nak dapat spare parts...haaaa, untuk sebab ini, I opted for a Malaysian Car lah kan...kawan-kawan saya ada suruh saya beli kereta luar negara, tapi saya buat pekak aja. Sebenarnya waktu tu saya patriaotik juga tau, I just feel that I should support the National Car...heeee
 
Oh ye, sebab waktu beli kereta ni saya belum kahwin, semua urusan saya buat sendiri ye, dari A ke Z. Maintenance kereta pun saya buat sendiri ye, tapi saya selalulah minta nasihat kawan-kawan lelaki kat office ni tentang what to do...itu lah perlunya kawan kan.
 
Kereta hitam ni best sebenarnya especially kalau dibawa kat highway sebab dia memang boleh pecut cun cun punya. Tapi sekarang ni saya malas nak bawa kereta tu sebab gear manual..waduhhh, sudah malas ya untuk tukar-tukar gear ataupun membalance minyak dan clutch bila berhenti di bukit-bukit. Bawa auto senang sikit, tekan aja minyak tu mesti berjalan, nak berenti tekan break...memang ada peace of mind lah.
 
Walau bagaimanapun, kereta hitam ini pernah accident dilanggar lori simen di traffic light. In fact, accident berlaku pada hari yang sama bila saya dinaikkan ke pangkat DD...hiks..tuhan memang bagi pada hari yang sama, gembira dan sedih, bercampur baur.
 
Saya ingat pada hari itu apabila saya telah dapat surat kenaikan pangkat dan tidak sabar telefon hubby untuk bagi tahu. Saya telefon ofis dan saya ingat lagi bahawa yang jawab telefon itu adalah Aziz, kawan hubby yang saya kenal.
 
Aziz tanya, kenapa saya tak call handphone. Saya jawablah tak dapat. Aziz ni boleh tanya camni pulak "akak kelahi ke dengan abang?"
 
Saya pun pelik, apa hal kan? Tapi saya jawab lah, "takkk". Dia pun bagi tahu saya bahawa hubby telah pergi Balai Polis sebab kereta accident.
 
Saya terus telefon hubby lagi sekali dan tanya  "how's the car?" (not "how are you honey? are you okay?)
 
He he he, saya memang seorang yang materialistik pada waktu itu dan hanya mementingkan kebendaan. Saya hanya risau apa yang berlaku dengan satu-satunya kereta kami tuh as if what happenned to hubby was not important..ha ha ha, daserrrr
 
Lepas tu hubby telah marah kat Aziz sebab pecah rahsia, dia kata :" lain kali jangan sibuk, aku tahulah macam mana nak bagi tahu isteri aku"
 
Lepas tu juga hubby tidur mengingau dekat 6 bulan kut. Hubby juga phobia setiap kali ada lori, especially lori simen mengikut di belakang kereta. Phobia yang ni. sampai la pun masih ada.
 
Heee, itu kenangan kurang manis, yang mematangkan hubungan kami sebenarnya. Kami belajar banyakkk, kami belajar untuk redha, kami tahu rezeki semuanya datang dari Allah, dipinjamkan saja untuk kami ni, kami sedih, jadi kami share sama-sama perasaan sedih tu yang kalau diingatkan balik jadi manis pulak kan, sebab ada orang untuk kita berkongsi perasaan...
 
Hmmm...lepas kahwin, untuk 3 tahun pertama, due to certain reason, kami maintain satu kereta aja dan oleh kerana itu, saya terpaksalah naik keretapi dari Shah Alam. Saya okay aja sebenarnya kalau service komuter tu ok, tapi bila service makin lama makin teruk dan saya pulak tercedera kaki yang menyebabkan saya tidak mampu berdiri lama dalam keretapi dannn, duit pun dah ada sikit sebab naik pangkat kan, saya pun tutup mata dan buat keputusan untuk beli kereta baru hikkksss..Pesona tu lah, another Malaysia Car.
 
Saya juga telah berniat untuk membawa emak saya ke Johor Bharu sewaktu saya membeli kereta hitam saya tu sebab emak saya asyik tanya dan request nak ke JB. Mungkin sebab telah berniat, ditakdirkan tuhan, waktu kami mahu ke JB dalam tahun 2009 kut, kereta Pesona putih telah accident dan masih di bengkel. Makanya sampailah juga wira hitam saya ke JB.
 
Moving forward, rasanya kami nak simpan dulu kereta hitam ni, dan duit yang ada tu bolehlah kami simpan, insya allah. Sebelum ni kami simpan duit bila ada lebih aja...kali ni, kami tak de lah alasan lagi untuk tidak menyimpan.
 
Kereta hitam ni sebenarnya banyak menyimpan sejarah saya, juga hubby. Dia bersama-sama kami dalam banyak suka duka kami mengharungi hidup...waktu kami tak berapa senang, waktu kami senang, waktu kami sedih, waktu kami gembira, waktu kami berkelahi..heee...kalau dia boleh bercerita, mesti banyak yang akan diceritakannya.
 
Okaylah...this post is specially for my Black Wira Special Edition 2005...we love you!
 
 

Wednesday, May 22, 2013

Kisah Nasi Lemak

Mula-mula saya ingatkan hari ini saya nak berpuasa...tapi sebab iman tak kuat, saya tak jadi puasa.

Oleh kerana tak puasa, sayapun pergi cari breakfast. Saya telah beli 1 bungkus bihun dan 1 bungkus nasi lemak. Saya simpan nasi lemak tu untuk lunch sebab saya tak rasa saya nak keluar cari makanan tengah-tengah panas tengahari nanti.

Nasi lemak dan bihun tu dibungkus dalam daun pisang, sikit aja pun portion nya. Dua-dua pun sangat basic dan harganya RM1.50 satu. Harga sebegitu boleh dapatlah sebab di jual dekat ofis (ada orang hantar dan tinggalkan di pantry), tapi kalau beli nasi lemak basic di KL Sentral, the chepest is RM2.00. Kosong tau, ada sambal dengan dua ekor ikan bilis, tiga biji kacang dan sepotong telur rebus/dadar, bergantung.

Kalau balik kampung saya di Chemor Perak, hubby akan awal-awal dah cakap yang dia nak makan nasi lemak Kak Yong/Abang Ali. Nasi lemak ini kalau makan dua orang pun cukup sebab portion banyak. Sambal dia sedap dan harganya hanyalah 8 kupang (80 sen). Saya teringin aja nak bagitahu Kak Yong dan Abang Ali tu suruh mereka jual RM1 dan kurangkanlah sedikit kuantiti nasi tu. Ye lah, boleh lah buat untung lebih sikit kan. Walau bagaimanapun, mungkin sebab mereka menjual dengan hati yang ikhlas, saya dapat lihat yang kehidupan mereka, walaupun tak kaya, adalah lapang selalu. Mungkin rezekinya di situ.

Kalau ingat-ingat balik, waktu saya sekolah rendah dahulu, harga nasi lemak basic hanyalah 2 kupang sahaja (20 sen) . Itupun saya tak mampu nak beli tau sebab duit belanja saya hanyalah sekupang aja (10 sen). Sebab saya memang ambil breakfast setiap hari, lapar bukanlah isu. Lagipun saya sentiasa ada bekalan lemak tersimpan kan, so, no worries.Dengan duit sekupang itu, saya selalunya memilih untuk membeli sebatang aiskrim (5 sen) dan kacang putih (5 sen).

Tapi saya susah sikit waktu darjah satu sampai tiga aja, naik darjah empat, saya dah kaya sikit sebab kakak kakak saya dah mula kerja...he he, mereka kan anak-anak yang baik, jadi mereka tak pernah lupa bagi duit kepada emak/ayah, oleh kerana itu, sayapun sebagai anak yang bongsu, menumpang senanglah, Alhamdulillah. Waktu itu juga, mungkin sebab dah mampu nak bagi duit belanja lebih, atau sebab saya sorang saja yang tinggal di rumah, emak saya pun sudah berhenti menyediakan breakfast....jadinya, duit belanja saya pun meningkat lah jumlah nya...yeahhh.

Bila saya ingat balik macam ini, banyak sungguh jasa kakak dan abang saya...hmmm...

Sebab saya tak keluar untuk lunch tadi, saya ada lebih banyak masa untuk tidur...yippieeee...
Wokeh...itu saja dulu...bubaiii

This Guy

Saya tak pasti nak bagi title apa la untuk post ni.

This is about a guy who sat next to my table during breakfast at the hotel when we were in Melaka.

I was waiting for my husband when this guy with a group of about 8 people came and concured the table next to mine. Apparently he was having a headache because he kept on touching his   head and I also saw another guy gave him aspirin. I became more interested watching this guy because of the jewellery he was wearing. Oh my, this guy was wearing three big rings on his fingers and a big bracelet...lagi besaq dari rantai basikal...semua gold lagi tau.

I mentioned this to my husband and he said the guy must be somebody yang hebat...and maybe kaya. But I asked back, tak kan kaya duduk hotel ini kut?...hmmmm

Tapi betullah sebab it seems that this guy simply sit while the others brought him the food..hmmm...kut kut ketua samseng ke kan? And when we finally were able to hear them talked we realised that they are actually Filipinos..heeee...logik la kut perkara-perkara yang kami fikirkan tu.

Tapi kan, kaya macam mana pun, sakit kepala tetap menyerang kan? Yang itu, hang ada duit banyak macam mana pun hang tak boleh buat apa-apa...hiks. Memang lah lelaki ni makan macam banyak, tapi dia memang keep on picit kepala dia....heeee

Saya cuma kagum sebab dia pakai banyak sangat barang kemas, pelik saya sebab saya yang perempuan pun tak pakai apa-apa kecuali rantai. But hubby said, orang ni memang pakai untuk menunjuk kut, menunjukkan dia kaya, berkuasa...tapi sakit kepala, ha ha......mungkin kut..heeee...whateverlah kan...gudnite everyone!




Tuesday, May 21, 2013

My Melaka 2013 Trip...Introduction

Saya baru balik dari Melaka. Ye lah, nak taking a break kononnya kan? Okay aja trip kali ni, tapi cuaca sangatttt panas. Hmm, basah lokoih (betul tak saya gunakan perkataan lokoih ni?) saya, baju pulak bawak cukup-cukup...haaaa, jenuh membudget baju yang nak dipakai.

Gambar untuk trip ni belum upload lagi, I'll do it later ye, but tonight, I am going to write about....

Objectives of the trip were (cakap pasai Melaka jugak ni, he he) :

i)  for me and hubby to relax ourselves..heee, I tell you, I need this, so does hubby. I feel that it is necessary to go somewhere and do something else which is not related to work. I am having something in my mind actually, but I could not share it with you.

ii) to seronok-seronok tinggal kat hotel . Heeee, macam budak kecik pulak kan? Tapi saya suka tau, jadi saya mengaku sahajalah. For this trip, kami tinggal di Hatten Hotel. We found out about the hotel from Agoda lah, it was on top of Agoda's proposed list. 

It is a new Hotel and cheaper from Eq..so, kami pun pilih lah

We wanted to stay in a hotel which allows us to walk around Bandar Hilir...instead of driving, you know how bad the traffic is around the area. The hotel we stayed is supposed to provide us that lah, and memang betul pun. The Hotel allows us to walk to Afamosa but for us to reach the other side, we still have to climb the St Paul's hill. Heeee...

I love climbing the hill and actually and I do not mind at all but somehow my feet hurt lah. Maybe because I did not wear a proper shoes, I wore my red pair of slippers only. 

Anyway, we still managed to walk to the Afamosa, climbed the St Paul hill and from there we went down and had dinner somewhere near the jetty for the boat cruise along the Malacca river.

After that, of course we took the boat ride and walked to Jonker Street. Heyy, ada Hard Rock Shop/Cafe la dekat Jonker Street tu, hubby telah beli satu T-shirt.

After we were done at Jonker Street, we decided to take a cab back to our hotel. Dia awal-awal dah cakap yang dia charge RM7 satu kepala and we just didn't care...naik aja. I dah tak larat waktu tu, my feet hurt and the whether was very hot...melengeh lagi, haaaa, by night time, I dah habis dua baju dah...lenjun.

Somehow hubby was segar bugar and asked me to go out again for another night market nearby(they call it uptown). I was interested, but I was tak larat..so, no no...sorry babe.

Saya pun tidur ajalah...and the next day, we woke up, had breakfast and went for a swim. After that we started packing and drove back to Shah Alam...cuaca panas sepanjang jalan, alhamdulillah ada sunglasses...

Ehhh...dah melalut nih...heeee...okeh, objective ke 3 pulak ye

iii) objective ke 3 I believe was to spend more time together. Hmmm...mungkin ini objective I sorang kut because most of the time hubby was either browsing the internet, baca paper or playing the computer game. But since I am a 40 years old woman, I am not suppose to merajuk lah kan and instead find my own things to do like berangan...ha ha ha, nasib baik berangan adalah kegemaran saya sejak kecil lagi.

Overall, the trip was fun lah but I am thankful that I decided to take another day leave tomorrow because I am feeling rather tired, I believe it is due to the heat.

Okay guys, selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat belajar bagi yang belajar dan selamat menjalankan apa juga amanah yang telah diberikan Allah bagi yang lain...have a productive days ahead


Sunday, May 19, 2013

Huh...

Hari Sabtu, 17 Mei sudah berlalu. Saya sukalah hari ni..

Hari ni hubby sakit kepala dan oleh kerana itu, dia terus mandi selepas Subuh. Selepas mandi, dia mengadu lapar dan minta saya sediakan roti dengan sardin. Saya pun buatlah, heee, by 8.30 kami dah siap makan dan saya sudah naik semula ke bilik untuk kemaskan bilik.

At 10.00, my tukang urut datang. By 11.00, sesi urut habis dan saya tengok laptop. By 12.40, saya start masak lunch. Saya masak gulai lemak cili api ikan kembong, bakar ikan kembong tu, buat sambal belacan + ikan bilis dan timun...meletop, semua pedas...tapi saya rasa hubby macam berselera aja.

Lepas kenyang, mata pun mula mengantuk. Saya tidur dalam pukul 3.30. Hubby kata nak jalan-jalan lepas Asar, tapi saya hanya bangun tidur pukul 6.00...haaaa, macam mana tu? 

Tapi saya rasa saya deserve the sleep lah sebab saya rasa penat sikit last week. Lagi pun, kan saya berurut pagi tu? Lepas berurut memang lah sedap kalau tidur.

Sebab tak keluar petang nya, kami habiskan aja makanan yang ada.

Saya juga telah tengok 3 films back to back di FOX Movie channel...huh, boleh jadi sejarah tu.

Sekarang....saya mengantuk...nak tidur.

Sebelum tu saya nak sentuh sikit tentang pertelingkahan yang berlaku antara Afiq Muiz, Eina Azman dan keluarga Afiq Muiz boleh tak? Saya tahu cerita depa ni dari blog hiburan lah, apa lagi.

Saya kagum betul lah dengan generasi muda sekarang ni yang berani meminta orang tua/ibu kepada kawan kita untuk meminta maaf kepada kita...kagum dengan self confidence yang ada atauuu, mungkin mereka buat benda yang macam tu sebab they are just plain *&^%$?

Awat semua benda dibuat untuk pengetahuan umum ye? Kan benda macam tu adalah peribadi? 

Budak-budak muda ni kan, tindakan mereka kadang-kadang tu buat kita tak faham kan? Tu yang belum kahwin lagi dah buat status as "in a relationship" tu. Bukan belum kahwin aja, bertunang pun belum. Tapi orang orang tua, sila jangan tegur, nanti anda akan di mark kan sebagai "not relevant" to the current world anymore. 

Perkara-perkara yang macam ni yang membuat saya give up untuk bagi nasihat dekat budak-budak ni...bukan mereka yang berubah, tapi kita yang stress. Kita nasihat sebab tidak mahu mereka terluka atau menyesal di kemudian hari, tapi rasanya pada zaman ini they will only learn once they realised that they have made the mistake. Let's just pray that the mistake made bukanlah mistake yang berkekalan...yang akan menghantui mereka sepanjang hayat.

Okaylah, itu ajalah buat masa nih..nak tidur...



Saturday, May 18, 2013

Sabtu lepas : Ikea

Minggu lepas, kakak dan abang ipar saya datang untuk convocation Faiz. Sambil-sambil tu, kami berjalan lah sikit-sikit.

Pada hari Sabtu, kami bangun lewat juga sikit sebenarnya, tapi telah keluar dari rumah dalam pukul 9.30 untuk pergi breakfast. Lepas breakfast, kami terus pergi IKEA. 

Kami sampai IKEA dalam pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, sebab sampai awal, senang aja kami park depan  entrance punya pintu. We spent about 3 hours there...tengok-tengok barang dan adalah beli sikit. Saya beli pisau, tempat pinggan tu, plastic simpan baju dan chopping board untuk di bawa balik kg.

Kami tak ambil banyak gambar pun kecuali di bawah nih...heee


Lepas simpan barang di kereta, we decided to go to The Curve to find Faiz's shirt for tomorrow's convocation. While waiting for Faiz and kakak choosing the baju, I tried the massage chair which was located outside the Factory Outlet. Haaaa...saya buat tiga round tau. 

Waktu buat yang last tu, tiba-tiba Shuk dengan abang Hatta datang...haaaa...depa pun buat jugak...kakak pun nak try...heeee, jom tengok gambar






Macam best kan??

Lepas tu kami balik dan nampak ada superhero kat kedai buku tuh..abang Hatta pulak ambil gambar..



Lepas tu kami turun bawah dan tengok orang main piono...lepas tu balik, solat dan Shuk pergi beli rojak Karim. Kami lunch dengan rojak Karim ajalah hari tu. Kami kena simpan perut sebab malamnya ada party di rumah Mekyah...okayyyy....itu ajalah dulu



Friday, May 17, 2013

Hari Guru

Semalam hari guru. Sekarang ni hari guru dibuat secara besar-besaran, zaman saya dulu, simple aja.
 
Saya tiada memori mengenai sambutan hari guru sewaktu saya di Sekolah Menengah, tapi waktu sekolah rendah saya ingatlah sikit-sikit kut. In fact, yang saya ingatpun adalah apabila saya dapat aiskrim seorang sebatang..he he...itu ajalah memori yang saya ada.
 
Waktu sekolah, saya tidak berapa aktif. Semuanya malas atau takut nak participate. Oleh kerana itu, kenangan yang dapat saya ingat adalah limited.
 
Saya pernah wakili sekolah untuk pertandingan catur...tapi tak menang pun...tapi wakil sekolah lah juga.
 
Lagi satu yang saya ingat adalah waktu camping selepas SRP di Pulau Pinang. Itu best...yang paling saya ingat adalah apabila kami kena berjalan sejauh 10km untuk balik ke sekolah...menang juga tau, kami kumpulan ke 5. Balik dari camping tu, haaaa, berbelang-belang muka.
 
Yang lain?...tak de lah...I wish I have been more activekan...boleh la cerita kan sini, he he.
 
Anyway, fasal cikgu tadi, sebenarnya saya lebih teringat kepada kakak sulong saya yang sudah meninggal dunia, seorang cikgu juga. Kebetulan, kakak saya pernah mengajar seorang kawan saya. Kawan saya itu sangat nakal, tapi kan, kakak saya pernah terima surat dari kawan saya di mana dia telah berterima kasih dan juga telah menyatakan bahawa kakak saya adalah cikgu yang terbaik yang pernah dia jumpa. Mesti terharu kan?
 
Sekarang ni, saya hanya keep in touch dengan seorang cikgu saya aja via facebook. Cikgu ni dulu sangat garang, tapi bila dah tua-tua ni rasa sayang aja dengan cikgu ni..he he he.
 
Waktu kat ITM pulak, saya pernah ter"suka" dengan seorang lecturer ni..heeeeee...gila!
 
Okaylah, kepada semua guru out there, wishing all of you "Selamat Hari Guru".

Thursday, May 16, 2013

Random on 16 May 2013

Hubby ajak saya pergi Melaka Ahad nih sebab kami dah lama tak bercuti. Sayapun sebenarnya rasa macam i deserve a break. Oleh kerana itu, pagi tadi saya telah sms boss and inform him that I have to take leave next Monday and Tuesday, dan submit my application this afternoon. Boss ada tanya tadi fasal cuti tu dan dia kata okay..soo... HOORAYYY.
 
Saya rasa segan sikit nak cuti di Division baru ni sebab boss ni macam sangattt rajin. Waktu di Metal, saya tak kisah sebab saya memang sangat stress dan amat memerlukan cuti. Lagi satu, boss saya dulu memang selalu tinggalkan saya sorang-sorang di office bila dia outstation dengan Sham...he he...saya okay aja, tapi bila saya pergi cuti, haaaa, jangan tak bagi pulak. Tapi saya rasa saya nak amalkan balik la cara di Metal tu, I deserve my break kan?...
 
Tapi the feeling to look forward on something ni betul betul best lah. Lepas ni sure waktu meeting pun terbayang-bayang Melaka juga..he he.
 
Kepala saya rasa tak berapa okay lah hari ni. Saya rasa macam saya kurang oksigen aja. Saya rasa macam saya deserve a veryyy longgg sleeeeepp. SERIOUS. Mungkin malam ni saya boleh masuk tidur lebih awal.
 
Maybe I should call the kakak mengurut tu juga sebab memang dah lama tak mengurut badan...heee.
 
Sebelum hubby mentioned tentang Melaka, saya juga ada plan untuk kemas kan bilik saya balik supaya ianya cantik macam hotel...he he he. Saya ingatkan, kalau tak jadi pergi bercuti dan tinggal di hotel pun tak pe lah, tapi saya akan kemas bilik saya supaya rasa macam tinggal di hotel...okay jugak kan? Lagi satu, saya nak pasang aircon waktu tidur siang..he he he, saya jarang buat ni. Pada yang tak tahu, saya ni penjimat orangnya, jadi, amat jaranglah saya pasang aircon waktu siang untuk menjimatkan kos letrik. Tapi ye lah, dari pergi tidur hotel, boleh juga kan pasang aircon dan cantikkan bilik...dan feeling feeling, okay apaaa...ha ha ha..murah pulak tu.
 
Cara saya menulis hari ni menunjukkan betapa allignment saya sangatlah sudah lari and I really DESERVE  a break kan?...Semoga cuti ini akan menggembirakan hubby dan saya...
 
 
 

Wednesday, May 15, 2013

Semalam, 14 Mei 2013

Semalam, total visitors of this blog was 126, untuk blogger seperti saya, jumlah itu sudah sangat banyak dah tu.
 
Semalam juga, saya baru terbaca blog yang saya rasa saya akan selalu juga masuk selepas ini. Namanya blog abangtam, I found out about the blog from another blog which I follow, mamasita-mamamia.
 
Semalam juga ada seorang kawan saya sudah MC kerana sugar level sudah sampai 19. Terkejut saya dan jadi insaf betulll bila dengar berita tu. At my age, memang kena jaga kesihatanlah. Somehow kena jaga makan, kena exercise dan kena pandai menangani stress, kena belajar control marah dan banyak redha dengan apa juga keadaan.
 
Saya terus telefon hubby dan bagi tahu berita kawan saya tu. Saya minta hubby tegur saya kalau saya makan banyak sangat ke, banyak ambil makanan/minuman manis ke. Waktu call tu rasa insaf betul kan?..he he
 
Semalam juga, ada meeting dari jam 12.30 tengahari. Saya dah la breakfast makan toast aja, perut saya ni pulak, kan saizzzz..(malu nak cakap)... jadi waktu meeting sudah lapar. Malam sebelumnya juga, saya lambat sikit tidur, sebab rasa macam hyperactive lepas exercise. As a result, I managed to catch a 10 minutes sleep during the meeting..huk aloh.
 
Sebab tak boleh solat, semalam saya tak basuh muka langsung waktu tengahari. Maybe due to that, I was feeling so mengantuk while driving home. Sampai rumah, minta kebenaran hubby untuk tidur sat, hubby lak terus nasihatkan saya pergi exercise dulu dan malam nanti tidur awal. Dia dah pot pet sebab saya tidur lambat sikit malam sebelumnya.
 
Sebagai seorang isteri yang patuh, saya buat dekk aja, saya ngantuk, nak tidur gak walaupun waktu tu dah jam 6.45 petang...tapi tak senang juga nak lena, langsung lah saya g juga exercise ( I mentioned earlier that the hardest part is to actually decided to exercise/start)
 
Somehow I managed to complete a 4 km walk, took my bath and joined hubby for dinner. Again I ordered toast and teh panas...aihhh...ke mana kah keinsafan mu untuk mengurangkan pengambilan benda-benda yang manis...hubby pun pelik gak, dia siap kata, esok, minum air suam aja...wokeh, no prob.
 
Saya terperasan satu la, di mana if I could exercise early before dinner, ada rasa kurang berselera sikit la nak makan. I am not sure lah whether it is temporary or not, tapi is is really not normal for me to have this "kurang berselera" punya mood...most of the time I am always ready to consume and consume and consume. Sebab tu lah comelll.
 
Lagi satu, saya perasan yang saya susah sikit nak lena lately sebab rasa macam badan ni active aja. This is also so not me sebab saya sebelum ini adalah jenis yang pantang letak kepala kat bantal, terus out of this world...tapi saya suka sebab tak lah asyik ngantuk aja kan...okay lah tu
 
Balik dari dinner, saya menonton cerita apa ntah..lupa. Lepas tu saya tengok MELETOP. Sempat gak lena lena sikit-sikit waktu meletop tuh. Habis meletop, hubby suruh naik, dan iron baju, lepas tu tidur.
 
Lately kami tidur pasang aircond sampai pagi. Cuaca sekarang sangat panas kan? I have read somewhere that the world's temperature has increased by 4 degrees. Huh, banyak tuh, patutlah panas bangat. (dah check balik, bukan 4 degrees la, depa tulis camni : Averaged over all land and ocean surfaces, temperatures have warmed roughly 1.33°F (0.74ºC) over the last century)
 
Semalam juga saya ada baca post anak sedara saya dalam facebook di mana, dia yang sedang mengandung terbangun pukul 3 pagi dan tak boleh tidur sebab panasss...semoga sabar dengan cabaran panas ni ye Pijah...
 
Banyak perkara yang berlaku semalam kan? Semalam juga number of visitors of this blog has exceeded 25,000. Hubby janji nak belanja/celebrate saya dekat Serai...saya ingat tau Shuk....
 
Okaylah...semalam dah jadi sejarah pun...have a cheerful days ahead everyone.

Tuesday, May 14, 2013

Kami berhimpun lagi....

Hari Sabtu lepas, 11 Mei 2013, kami semua mengambil kesempatan berjumpa di rumah Mek Yah. Alhamdulillah, ramai yang berkesempatan meluangkan masa. Adik beradik yang tinggal di KL hadir termasuklah tetamu dari Ipoh. Emak/opah juga ada. Maybe next time, kita boleh arrange something di Chemor pulak so that Ima dan Ina could also attend, insya allah.

Tujuan utama jamuan di adakan adalah untuk berkumpul bersama saudara mara. Kebetulan pula emak/opah berada di Shah Alam, jadi kami pun celebrate mother's day lah. Kebetulan juga bulan Mei ada ramai yang celebrate hari jadi, jadi kami celebrate juga birthday mereka-mereka ini...

Lokasi jamuan adalah di rumah Mekyah..kakak saya...terima kasih Mekyah sebab sediakan lokasi serta makanan. Terima kasih yang lain-lain juga sebab sudi hadir, jamuan ini tak kan berjaya kalau tiada yang hadir. Insya allah lain kali kita buat lagi ye...

Let's enjoy the some of the photos taken :

makanan : order, jangan tak order. Menunya adalah nasi minyak, ayam masak merah dan kambing masak kurma serta jelatah. Sedap..

tempat nasi...he he he

gang yang menceriakan keadaan..

yang lelaki, semua dah dewasa....

kakak dan kak lina, comel aja kat dapur

Encik Ghaz sedang memberi ucapan sebagai host...saya tangkap gambar ni dari atas tangga

Lepas Encik Ghaz, Abang Hab pulak bagi ucapan


Lepas abang Hab, Abang Radhi pulak mengetuai tahlil, sebelum tu dia bagi ucapan ringkas pulak. Saya suka lah bila abang/abang ipar saya bagi ucapan kali ni, macam sweet aja, dan terharu dengar...he he he.

tengah tahlil, suami saya tu, kusyuk ke lena, saya pun tak pasti..he he he (soheh kena marah lepas ni)

kena letak gambar ni sebab mekyah dah posing maut tuh..haaaaa (waktu ni tahlil masih on tau)

Selesai tahlil, kita pun makan. Mak/opah requested for cheese cake and thank you Anis for sponsoring this


the boys

Malena and Ari

makannnn

Faiz datang lambat sikit, tapi makanan banyak, no worries

makannnnn, selain nasi minyak, ada pizza, karipap, mee goreng dan buah anggur

Opah and some of the cucus


Abang Hatta tengah melayan cucu kat dapur

the girls. Sarah pun ada, tapi Maryam tak dapat hadir, maybe next time

yang ni waktu kecik kecik dulu adalah kawan baik...sekarang dah besar, semua sibuk

kaum lelaki, berehat selepas makan...tengah tunggu mekyah sediakan nescafe

gang yang ini meriah di dapur...sian Amal, Ifwat tak de, langsung tak de gang

huh, nescafe dah sampai. Waktu ni abang Hab tengah promote suruh kita orang pergi Star Hill...he he he

another one for the camera

budak-budak ni berlari-lari kat luar tu kut sebab muka pun dah berpeluh-peluh

heeeee...last but not least, my tok bomoh.

Alhamdulillah, dalam kami sibuk-sibuk tu, sempat juga kami berkumpul beramai-ramai...bukan senang nak buat ni sebenarnya. Insya allah, nanti bila orang Jepun balik, kita buat lagi okay...

Monday, May 13, 2013

Ehhh, saya dah kurus

Ha ha ha...jangan percaya...ini namanya feel good post.
 
Tak salah kan? Satu doa juga kalau kita cakap perkara-perkara yang baik, insya allah makbul. Kalau kita cakap benda tak baik pun dikira doa juga, jadi, perkara yang tak baik, yang negatif, tak perlu cakap selalu atau tulis dalam blog, nanti 40 orang baca, ulang-ulang benda yang sama, haaaa, takut makbul pulak.
 
Cakap fasal cakap ulang-ulang ni adalah doa, bukan muslim aja yang percaya tau, ada seorang officer saya di Division lama, SR ni, dia ni Hindu, dia pun percaya juga. Sebenarnya basic hidup ni sama aja, jadilah orang yang positif. Tanamkan sifat positif tu sehingga jadi tabiat, sampai waktu kita marah pun kita akan jadi positif, insya allah. Nasihat ini adalah untuk diri saya dan anda semua juga...
 
Ohh, let's go back to my Ehhh, saya dah kurus ni kan. Last week, ada 2 orang kata saya dah kurus. Saya senyum aja. Saya bagi tahu hubby, hubby bagi semangat, dia kata, kena tingkatkan my exercise...
 
Hmmm...tadi, ada sorang lagi kata saya kurus, saya diam aja, tapi dalam hati cakap lah juga, aaamin, moga makbul.
 
Tapi yang terkejutnya, saya baru pergi toilet dan tengok cermin..dan saya rasa macammmmmm, ada sedikit kekurusan.
 
Hikkkssss...itulah namanya perasaan yang suka perasan.
 
Ha ha ha ha..saya nampak kecik sikit sebab hari ni saya pakai baju kurung moden kut, selalunya saya pakai baju kurung biasa kan....heeee
 
Tak pelah, saya akan meneruskan my exercise regime. Last week saya cuma achieve 10kms sebab weekend tu sangatlah busy kan. Walau bagaimanapun, saya harap ada banyak kalori yang keluar sewaktu saya pergi spend selama 3 jam di IKEA, juga sewaktu saya berpeluh-peluh di rumah saya juga di rumah mekyah dek kerana cuaca sekarang yang tersangatlah panas. S
 
Semoga waktu yang saya gunakan untuk masak nasi lemak dengan sambal udang petai dan nasi lemak pada pagi Ahad tu juga mengeluarkan banyak peluh..juga waktu kemas katil, juga waktu jemur kain...ha ha ha...
 
Okaylah...nanti, kalau hubby dah upload gambar dari camera ke PC, I shall upload some photos ye on my activities last Saturday dan Sunday. Barulah best sikit kan, sebab mesti dah ramai bosan tahap gaban baca saya punye post syok sendiri ni..wokeh..bubaiiiii
 
 
 

Penutup Minggu Ini

It's already Monday morning, 12.28 am. Hubby already asked me to go to sleep, yup, tomorrow is working day again. Baju pun belum iron nih...

The weekend ended so fast. My sister arrived on Friday night and after that time just flies ....... sibukkkkk.

Cuaca pulak, punya lah panassss. Semoga badan saya boleh bertahan...kena minum banyakkkk air.

Okay lah, nanti saya update mengenai family gathering kita orang...our visit to Ikea...and if there are photos, some story on my nephew, Faiz's convocation.

As for now, I would like to retire for the day. I pray for a better days ahead for all of us...gudnite!!

Friday, May 10, 2013

B e r L a g a k ?

Saya nak tulis tentang satu perkara ni, tapi saya tak pastilah kalau hubby saya approve ke tak...tak pe, saya draft dulu dan minta approval dia kemudian.
 
Waktu saya tidak matang dulu, saya sering beranggapan yang sesungguhnya saya ni adalah orang yang sangat baik. Tapi saya selalu tak tegur orang dan selalu lari dari orang dan selalu elakkan dari ada eye contact dengan orang lain dengan alasan "malu". Saya buat perkara ini sehinggala saya mula bekerja.
 
Saya mula perasan yang apa yang saya buat itu sebenarnya adalah tidak berapa betul apabila saya kurang senang bila orang lain buat perkara yang sedemikian kepada saya. Sebagai contoh, kita pergi rumah kawan, dia pula bila melayan kita macam tak bersungguh-sungguh kan...so, kita pun kecil hati dan pada masa yang sama berazam untuk tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
 
Boss saya juga telah mengajar saya untuk menjadi lebih "proactive" apabila berjumpa dengan orang, ye lah, saya kan bekerja di agensi yang membuat "promotion" kan...Maksudnya, saya kenal lebih dulu senyum dengan orang lain, kena lebih dulu mengenalkan diri kepada orang lain...bukan mengharapkan orang lain yang datang kepada kita...saya implement benda seperti ini dalam kehidupan saya juga.
 
Saya juga pernah pada satu masa dahulu sangatlah malas untuk pergi ke rumah makcik/pakcik saya. Bila saya besar,  ada pulak anak sedara saya yang tak suka jumpa saya atau simply menjauhkan diri, haaaa, it hit me lah. Yup..mesti makcik/pakcik saya dulu pun rasa sedih bila saya selalu lari dari jumpa mereka kan? So, saya insap lah, dan cuba berubah. Saya cuba meluangkan masa untuk makcik/pakcik saya sekurang-kurangnya waktu raya. Saya juga cukup gembira bila mereka datang ke rumah saya, rasa berbesar hati sungguh...rasa best....
 
Alhamdulillah saya belajar dari kesilapan saya pada masa dahulu dan sempat berubah. Dan, sesungguhnya saya juga memang sudah lama tahu tentang kelemahan diri saya ini, walaupun saya asyik "deny".
 
Tapi, baru-baru ini, saya telah mendengar satu keluhan yang membuat saya terkejut. Bunyi teguran tu lebih kurang macam ni  "cikbib dan hubby ni agak kasar sedikit la, mentang-mentanglah mereka ni senang sikit".
 
Adoiii...speechless saya. Saya tahu saya ni memang banyak kelemahan, tapi bila kata saya macam  "berlagak" tu...saya terdiam.
 
Hubby suruh saya lupakan aja. Saya pun memang tak nak ambil pot sangat, tapi mungkin hubby dan saya kena perlu lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang, perkataan yang kami keluarkan itu mungkin bertujuan sebagai gurauan, tapi tidak sesuai untuk keadaan tertentu.
 
Tapi untuk berlagak tu, ntah lah, saya rasa saya tak de benda untuk dilagak kan pun. Nak kata lawa, come sikit tu adala (kena bersyukur kannn?). Nak kata slim..masya allah, mesti you all gelak kan? Nak kata kaya...adoiiii, berlambak orang lagi kaya dari saya kat dunia ni. Nak kata bijak...lagi la tak betul, in fact saya tengah ada masalah risau kerana saya rasa  kurang bijak sekarang ni...ntah lah, saya pun tak faham macam mana boleh terkeluar statement tuh.
 
Walau bagaimanapun, saya tetap perlu berhati-hatilah selepas ni....sentiasa jaga hati kerana saya yakin, apa yang di hati, itu lah yang akan keluar di mulut dan tingkah laku. Kurniakanlah aku hati yang baik Ya Allah...