Sunday, May 26, 2019

Ranau : Rafflesia dan Canopy Walk

Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad, 26 Mei 2019.

Saya tidak berapa sihat, batuk, ada ulser dalam mulut dan badan panas sikit, demam. Oleh kerana itu, kami berehat sahaja di rumah dan alhamdulillah, cuaca sejuk sedikit hari ini, tidak lah suhunya 32 darjah dan "it feels like 42 darjah" kan, jadi duduk rumah pun selesa lah juga.

Kami sedang menonton cerita "Mekanik" di TV3 dan sebenarnya sudah bersedia untuk tidur.  Kami bersolat tarawikh di Masjid Negeri Sabah tadi dan sempat juga pergi ambil supper di kedai mamak, makan roti canai. Untuk esok, kalau bangun awal, saya akan goreng nasi, insyaa allah.

Pada pagi hari Sabtu, 27 April 2019 tu, kami bangun pagi, solat, lepak2 dan bersiap untuk ke Poring. Kami keluar daripada rumah di Sri Kepayan pada jam 8.00 pagi, singgah Mc Donald's untuk sarapan dan meneruskan perjalanan ke Ranau pada jam 9.00 pagi.

Seperti biasa, kami singgah di Nabalu, tetapi gunung Kinabalu tersembunyi di sebalik awan...

Tengok ghope kami waktu ni, masih belum berlemuih kerana peluh.

Selepas Nabalu, kami meneruskan perjalanan ke Poring dan dalam perjalanan kami ternampak iklan yang memaklumkan bahawa ada bunga rafflesia yang sedang "blooming". Kami sudah banyak kali lalu di sini, tetapi inilah kali pertama kami nampak iklan yang memaklumkan ada bunga Rafflesia yang sedang berkembang.

Kami pun berhenti...

and yeah, ada 3 kuntum bunga Rafflesia yang sedang berkembang, tapi saya letak gambar yang 2 kuntum sajalah sebab yang sekuntum tu sudah macam mahu layu.

Untuk anda yang tidak boleh membayangkan berapa besar sebenarnya bunga rafflesia ini, saya letakkan gambar kepala kami berdua untuk comparison...he he he.

Sewaktu kami masuk ke tempat Rafflesia ini kasut kami berdua telah lekang tapaknya. Yup, memang kami sudah lama tidak berjoging dan sudah tidak lama menggunakan kasut joging tu. Nasib baiklah slipper jepun kami ada di dalam kereta, dan kami berdua tawakkal sahaja untuk pergi juga buat canopy walk guna slipper jepun kami tu.

Kami meneruskan perjalanan kami ke Poring...

Yay, entrance Poring

Kami terus ke canopy walk dan tidak singgah di kolam air panas...ini adalah gambar kami mendaki bukit sebelum sampai di canopy walk. Muka kami memang berlemoih...

Haaa...berbukit macam ini, tapi not bad lah sebab ada trail kan. Pakai slipper jepun pun tak apa.

Ada banyak pokok besaq

Kena lah ada gambaq saya juga kan

Akhirnya kami sampai lah di canopy walk tu...ha ha ha...ngeri weiiii

Abang Shuk (urang Sabah semua panggil Shuk "Abang Shuk"). Shuk memang kurang gayat jadi dia memang steady aja naik jambatan ini kecuali dua jambatan yang terakhir kerana agak lapang kelilingnya dan lebih bergoyang.

Sayaaa...saya pulak, memang penakut tetapi sudah semacam bina momentum dengan menyebut "allah" di setiap langkah...

Tapiiiii di dua jambatan terakhir tuuu, sangatlah mengerikan. Sewaktu tiba di jambatan yang terakhir tu, tiba-tiba jambatan bergoyang kuat, sampai saya terhenti, ghope-ghopenye ada seorang perempuan di belakang saya yang berjalan dengan lajunya.

Walau bagaimanapun, apabila sedar yang saya ketakutan, dia telah berhenti dan meyuruh saya menghabiskan dahulu perjalanan saya...alhamdulillah

Tengok, muka cuak saya...

Ini pulak muka puas sebab berjaya menyempurnakan "canopy walk" kami. Waktu ini juga kami telah mendengar bunyi bising dari jeritan beberapa pelancung Korea yang juga ketakutan....ha ha ha, bukan kami saja yang takut rupa-rupanya.

Selepas menyempurnakan "canopy walk" kami, kami jadi lapar dan mencari makanan.

Ada beberapa pilihan di Poring ini sekiranya anda mahu/perlu makan, ada yang murah, ada yang mahal.

Kami ke sini, Shuk makan nasi goreng dan saya makan roti canai. Best makan di sini, rasa makanan biasa aja, tapi suasananya best. Saya teringin nak masuk kolam mandi tu sebenarnya sebab saya berpeluh sakan.

Selepas makan, kami solat di surau dan bersedia untuk balik ke KK.

Sebelum itu, mari berposing di depan pohon buluh ini

Dan ini pula adalah posing istimewa sempena kejayaan menyempurnakan "canopy walk" kami....

Okayyy...jumpa lagi you alls.

Saturday, May 25, 2019

Semporna, 19 - 20 Jan 2019

Assalamualaikum.

Ingat saya lagi?...ha ha ha....it has been quite a while that I have not done any blog update. Saya rindu sebenarnya untuk berblog, tapi mcm tidak sempat dan saya juga sudah kehilangan skill untuk membuat update yang short and simple. 

Anyway, saya ingin berkongsi pengalaman kami pergi bercuti di Semporna pada 19-20 Januari 2019. Sebenarnya kami memang sudah lama mahu ke Semporna, walau bagaimanapun, setelah tangguh punya tangguh, akhirnya kami sempat lah juga sampai berdua di Semporna.

Sebenarnya saya ada program di Tawau pada 17-18 Januari, dan daripada Tawau, saya telah ke Semporna pada 19 Januari. Perjalanan daripada Tawau ke Semporna mengambil masa dalam satu setengah jam.

Sampai saja kami di Semporna, kami terus naik bot dan bot tu pun terus berjalan. Saya rasa bot tu menunggu kami sudah lama dan oleh kerana kami lambat, maka kami terpaksa mengambil tempat di tengah-tengah bot di mana impact daripada hentakan air laut dan bot adalah agak kuat....not good for your back/pinggang.

Gambar kami

Ini partner in crime kami...ZMY and her daughter.

Dalam bot tu adalah lebih kurang 10 orang dan daripada tidak kenal satu sama lain, kami akhirnya menjadi kawan kerana kami share macam-macam. Share rasa takut tengok air laut tu ganas sangat, share makanan....yup, that was part of the fun.

Sekirnya anda ke Semporna, ada beberapa package yang ditawarkan dan pada hari pertama kami ambil package ke Bohey Dulang dan ke mana entah...hah, sudah lupa saya...

Hah, sebelum ke Bohey Dulang, orang bot tu bawa kami ke tempat orang-orang Bajau Laut ni. Saya pun tak pasti apa yang saya kena buat di sini sebab saya memang tidak buat apa-apa homework atau preparation. 

Selepas kami berlalu dari tempat itu, baru lah suami saya bagi tahu yang sepatutnya kita boleh bagi mereka makanan.  Dia macam marah pulak tu kat saya sebab macam takut-takut dan tak nak bagi makanan.

Yang saya ni pulak, marah lah bila dia nak bagi makanan kat orang Bajau Laut tu sebab makanan yang dia nak bagi tu, buat kepunyaan kami pun. Apa mende nak bersedekah tapi amik makanan orang. Yang suami saya pun, dah buat research, dah tahu tentang perkara tu, tapi buat dekkk...tak buat preparation untuk membeli makanan ke apa. Biasalah kan, kalau saya tak buat, dia diam aja...

Sooo...ada pertekakkan di situ sekejap...ha ha ha...kejap je pun.

Kami meneruskan perjalanan ke Bohey Dulang. Waktu kami sampai di Bohey Dulang, orang adalah sangat ramai. Saya sebenarnya excited nak memanjat bukit tu, tapi tiba-tiba suami tak pakai kasut...dia pakai selipar dan tidak dibenarkan naik.

Aish...saya kecewa untuk kali ke 2. Saya ada naik separuh jalan, tapi saya tidak teruskan sebab takut kalau jadi apa-apa, suami tak ada pulak....


Sebab tak naik dan tidak dapat lihat view dari atas, saya share ajalah gambar yang saya dapat daripada google yang kita boleh nampak daripada puncak bukit itu....

Sebab tidak naik ke atas, kami pun lepak makan kacang di bawah sambil menunggu yang lain-lain turun. Oh yee, kalau anda ke Semporna, bawalah titbits sebagai bekalan, baru lah seronok. Kami memang tidak bawak sebab saya memang tidak sempat nak fikir perkara-perkara tu, and as a result of that, kami tengok dari jauh orang lain makan....saya rasa coklat yang depa makan waktu tu macam sedap sangat, nak minta sikit malu, ha ha ha, pathetic nya saya.

Sebab menunggu lama, kami pun rasa lapar dan alhamdulillah ada disedikan makanan tengahari...syukurrrrr

Makan ramai-ramai, ada nasi, ayam masak sambal, sayur kobis dan sosej masakss (lupa)..the food was not bad, especially when you were damn hungry..

Selepas itu kami sambung ke laut and we were supposed to have our snorkeling activities.

Yang kelakarnya, tempat pertama di mana mereka campak kami adalah in the middle of no where, tengah-tengah laut tu. 

Tapi waktu mula-mula masuk dalam air tu saya confident yang saya boleh buat sebab saya memang pernah buat snorkeling and it wasn't suppose to be hard.

Tengok tu, berani berenang jauh sikit untuk mendapatkan pelampung tu.

Tapi lepas tu saya perasan yang ianya agak susah dan saya rasa agak kurang stabil. Rupa-rupanya laut memang agak ganas dan under current adalah kuat. Hah, apa lagi lepas tu, semua berkumpul di tanggalah....tak nak lepas tangga tu.


Setelah lenguh ketiak pegang tangga, kami naik ke atas bot dan amik gambo...ha ha ha...

Walau bagaimanapun, selepas itu, kami telah di bawa ke satu pulau lain yang lebih cetek dan airnya berwarna turquoise. Memang sangat cantik dan kami semua melompat ke dalam air dan seakan-akan tidak mahu naik. Sebab terlampau  asyik main air, sampai saya lupa nak snap gambar. 

Kalau ada kesempatan, pergi lah ke Semporna sebab memang cantik sangat.

Balik dari island hop, kami balik ke main land, check in hotel, pergi dinner dan tidur. Kami memang penat malam tu.

Esoknya, kami breakfast di motel..


Kami makan roti celup telur tu....

Pada hari ke 2, kami mengambil package ke Pulau Mabul....

Perjalanan daripada tanah besar ke Pulau Mabul mengambil masa hampir 1 jam. Yang menariknya, bot kami tiba-tiba rosak di tengah-tengah lautan tu. 

Hah, ada seorang budak kecil dalam bot telah bertanya kepada emaknya sambil merengek..."macam mana kita ni mama, air laut tinggi sangat ni, siapa nak selamatkan kita".

Haaa.....betullll, air laut memang berkocak dan seakan-akan lebih tinggi daripada bot kami. Cumanya saya tahu ada banyak bot yang lalu lalang dan mereka pasti akan membantu apabila nampak kami tidak boleh bergerak...tapi perasaan ngeri tu tetap ada juga.

Saya juga tidak berapa ingat ke mana kami telah pergi, tetapi akhirnya kami telah ke Mabul...

Makan tengahari

Tengok lah air laut di Mabul ni, macam cermin jernihnya

 
Tak tahan tengok air tuuu, terus selfie satu


Ais krim satuuu

Lepas tu kami pergi pusing Pulau Mabul. Ada 2 buah kampung di Pulau Mabul ni, satu adalah kepunyaan orang Melayu...Bajau kut, sementara yang satu lagi adalah Bajau Laut.

Yang kampung Melayu/Bajau tu, keadaan adalah lebih teratur walaupun penduduknya bukanlah orang berada. Tetapi Kampung Bajau Laut tu memang rugged lah, orang gypsy kan. Kebersihan juga adalah kurang terkawal dan bau pun kurang harum.

Ada beberapa buat resort di Mabul, tetapi harganya adalah agak mahal.

Selepas itu kami pergi mandi laut lagi....walaupun gang kami tak mandi sebab kami mahu terus ke airport selepas itu. Walau bagaimanapun, kami tetap juga basah terkena percikan air laut yang masuk ke dalam bot.

Sampai di tanah besar, kami terus naik kereta ke Airport Tawau. Sampai di Tawau saya terus ganti baju, solat dan check in.


 Saya dan Shuk sempat makan dan minum di airport sebab Shuk kata dia lapaqqqq.

Okayyy...selesaiiiii. Ini sebenarnya adalah kali ke 3 saya ke Semporna tetapi ianya adalah pengalaman kali pertama buat suami.

Mungkin gambar yang saya ambil tidak "do justice" kepada kecantikan sebenar Semporna sebab Semporna sebenarnya lawa. Walau bagaimanapun, saya harap akan ada usaha yang lebih daripada kerajaan untuk menjadikan Semporna sebagai sebuah tempat yang menarik lebih-lebih lagi daripada segi kebersihan.

Baiklah...di sini dahulu...selamat berpuasa.