Saturday, June 22, 2013

Fasal kereta dan ER saya

Sudah jam 12.29, 22 Jun 2013.

Saya baru habis ER, saya buat 4 km saja. Rasanya itu sahajalah pencapaian saya untuk minggu ini sebab esok saya akan balik ke kg suami, ada kenduri kahwin. Kami hanya akan sampai ke rumah balik pada hari Ahad..hmmm...kalau hari Ahad tu saya rajin/larat, boleh lah tambah 4 km lagi...but as for this moment, let's stick with 12 km achievement for this week. Alhamdulillah

Pagi tadi, waktu saya hendak pergi kerja, saya dapati lampu brek kereta hitam kami tu menyala. Haishhh, mesti bateri boleh habis tu kan?

Bila saya sampai rumah petang tadi, hubby tengah hidupkan enjin kereta itu, untuk aktifkan balik bateri selepas di "jump start".

Jiran saya, Mr Lim, sedang menyiram pokok pada waktu itu. Menurut Mr Lim, dia memang perasan yang lampu brek kereta hitam tu menyala semalam. Dia ada panggil kita orang, tapi kami dah naik ke atas, dah tidur pun. Mr Lim juga tiada kami punya handphone number.

Hmmm...itu lah masalahnya kan? Asyik tangguh tangguh, dah hampir 4 tahun duduk berjiran, tetapi tiada menyimpan nombor telefon masing-masing. Soooo, waktu tu juga kami telah bertukar-tukar no telefon.

Bagi saya jiran yang baik adalah penting dan buat hidup jadi lebih best...Mr Lim ni okay lah kiranya, tak baik sangat, tapi mengambil berat...we like him.

Berbalik kepada kereta, saya harap kereta hitam ni janganlah merajuk teruk sangat. Tau lah umur dia dah tua kan. Tapi kami tak de pun bincang tentang nak beli kereta baru ke apa lately, tapi kami ada lah bincang nak cat balik kereta tu...bagi lawa sikit...hi hi

Kalau ada soalan whether saya nak beli kereta baru ke idak? the answer is No...not yet.

wokay lah..happy weekend everyone


No comments:

Post a Comment