Sunday, June 9, 2013

Exercise Regime - Update, 9 June 2013

Hari ini, saya berjaya mencapai matlamat 20 km seminggu...alhamdulillah. Saya buat 4 kali sahaja minggu ini iaitu pada hari Selasa, Rabu, Jumaat dan Ahad. Setiap sessi, saya buat 5 km.

Minggu lepas saya cuma berjaya mencapai 18 km untuk 5 sessi. Saya buat 3 km 2 sesi dan 4 km 3 sesi. 

Sekarang saya nak tengok balik lah, nak teliti mana satu yang lebih berkesan. Buat 5km untuk setiap sessi sebenarnya adalah agak mencabar, tapi cepat sikit capai 20 km. Kalau saya buat 4 km setiap sessi, saya kena buat 5 sessi setiap minggu, kuranglah peluang untuk ponteng, he he.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya akan buat yang terbaik dan cuba untuk tidak stress. Satu lagi, saya kena minta hubby terus kejam dengan saya...semoga saya kuat untuk terus istiqamah, insya allah.

No comments:

Post a Comment