Baru-baru ini, sewaktu saya menikmati minum petang setelah habis satu sessi kursus, azan asar telah berkumandang. Mungkin sebab tidak berapa jelas kedengaran, ramai dari kawan-kawan saya yang meneruskan perbualan mereka.
Dari tempat duduk saya, dapat saya perhatikan salah seorang daripada pekerja katering yang menyediakan makanan kami telah keluar dari dewan makan tersebut. Saya tidak berapa pasti apa yang dibuat oleh pemuda ini.
Sewaktu laungan azan hampir habis, saya telah keluar dari dewan untuk pergi ke tandas. Sewaktu saya tiba di pintu dewan makan, azan asar juga habis. Saya lihat pemuda tadi sedang membaca doa selepas azan dan seterusnya mengaminkan doanya.
Melihat pemuda itu membuatkan saya senyum dan bersyukur, iyalah, ada juga antara pemuda yang sensitif dan berusaha untuk menjawab azan. Saya doakan kesejahteraan untuk pemuda itu dan semoga dikurniakan rezeki yang baik untuk dirinya, insya allah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Minggu lepas, pada hari Jumaat, saya telah sampai awal di ofis. Sebab lapar, saya telah mengambil keputusan untuk membeli makanan dahulu sebelum saya naik ke bilik saya.
Sewaktu dalam perjalanan, saya telah melihat seorang pemuda China sedang memimpin seorang lelaki Melayu buta yang memakai kopiah. Pemuda China itu sentiasa memegang tangan lelaki Melayu buta itu dan mulutnya juga sentiasa tersenyum.
Alangkah mulianya hati pemuda China itu, saya merasa segan kerana selama saya hidup, belum pernah saya melakukan sedemikian. Saya juga berasa lega kerana masih wujud kasih sayang sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Itu sahaja lah cerita yang boleh saya kongsikan di sini...sekarang ni saya senyum juga sebab jam sudah hampir 5.30 petang...yippie
No comments:
Post a Comment