Friday, June 28, 2013

Hisssh, merajuk lagi

Saya baru baca satu blog ni, blogger ni cerita fasal dia tengah merajuk-merajuk dengan hubby.
 
Saya dah lama juga behave dan tak merajuk. Tapi semalam saya merajuk sangat-sangat.
 
Tapi tak happy pun nak merajuk ni, dan saya juga mengaku yang saya tidak suka nak merajuk sekarang sebab stress.
 
Tapi semalam saya tetap merajuk, siap menangis selama 1 minit kut...he he, dan lepas menangis tu,  hidung tersumbat dan rasa tak boleh bernafas...haih, tak lawo nya la perempuan umur 43 tahun buat perangai macam tu kan?
 
Saya terpaksa bangun tak kurangkan laju kipas lepas tu,...barulah lega sikit dan boleh tidur
 
Pagi ni, saya masih sambung merajuk lagi...he he he...walaupun macam tak gembira bila keluar rumah tak salam tangan suami...tapi perasaan geram masih ada, so, sambung lagi merajuk
 
Balik nanti?...Baik lah kut, especially kalau ada anak-anak buah saya tu datang rumah.
 
Sebab merajuk?...haaaa....rahsia lah
 
Kalau saya merajuk lagi malam ni, ha, alamat akan lama lah kami tak bertegur sapa sebab esok saya kena kerja juga dan hari Ahad saya kena pergi Sarawak. Saya hanya akan balik pada hari Rabu Malam.
 
Mungkin tuhan saja bagi saya merajuk kut untuk bagi tahu yang sepatutnya saya tidak perlu risau nak tinggalkan suami saya sewaktu saya pergi Sarawak. Nampaknya hubby saya mesti tak rindu pun kat saya sebab dia ada blog abangtam yang perlu di khatamkan...dan kalau perlu dia boleh download banyak game di internet..so, no worries babe.
 
Itu ajalah dulu...nak rehat sekejap sebab petang ni ada meeting lagi...have a nice weekend everyone!



Thursday, June 27, 2013

Berjumpa dengan seseorang yang hebat

Tadi saya telah berjumpa dengan seorang yang sangat menarik.
 
Saya sebenarnya sedang melakukan kerja-kerja promosi saya dan perlu berjumpa dengan satu pengarah organisasi ni, sebuah hospital swasta. Hospital ni adalah hospital baru dan sangat cantik/moden dan macam mahal...he he he.
 
Bila kita masuk tempat yang macam cantik/model dan mahal, kita pun mula lah menjangkakan bagaimanakah agaknya orang yang akan kita jumpa itu...saya pun adalah terfikir yang macam-macam.
 
Kami menunggu dalam 10 minit untuk berjumpa dengan Pengarah Hospital ini (kita panggil dia B ye, sebab rambut dia hampir tiada). B pun masuk, dan bagi salam. Seperti biasa, tukar-tukar kad lah kan...dan saya perasan dia ni cakap slang utara sikit, dan dia tidak salam dengan saya, alhamdulillah.
 
Lepas tu kami pun memulakan perbincangan. Fasal kerja tu, itu biasalah kan, tapi saya suka bila dia bercakap mengenai perkara lain. Saya rasa dia "religious" dan sebab dia pandai dan memang orang korporat, rasa seronok aja mendengar dia bercakap...heee, rasa terhibur.
 
Saya rasa saya mula jatuh cinta sedikit demi sedikit dengan kerja baru saya ni. Saya suka mendapat peluang berjumpa dengan orang yang hebat. Saya rasa ini adalah kali kedua saya merasakan perasaan yang sama. Kali pertama adalah sewaktu saya berjumpa dengan sekumpulan vendor di bawah Syarikat P.
 
Berjumpa dengan orang-orang yang macam ini membuatkan kita dapat aura positif lah rasanya. Baguskan kalau kita boleh buat orang lain senang/jadi positif? Saya harap saya pun membawa aura positif lah, tak nak lah bila kita lalu semua orang tak suka kan? heee...anak-anak sedara saya mesti kerut-kerut muka baca statement ni.
 
Teringat pula saya, baru tadi, sewaktu mahu masuk ke dalam lift, saya telah berjumpa dengan seorang 'cleaner" ni. Saya pun senyumlah kan, tapi si "cleaner " ni pulak yang massammmmm sangat, muncung mulut lagi. Huk aloh...terbalik pulak dia ni. Tapi tak pe, yang rugi bukan kita, tapi dia. Senyum itu bukankah satu sedekah dan baik untuk kesihatan. Buat apa moncong dan stress aja kan?
 
Hari ini juga saya rasa saya dapat sedikit keyakinan untuk buat kerja saya. Insya allah, kalau buat selalu-selalu, saya akan lebih pandai. Insya allah.
 
Okay lah, itu ajalah dulu...

Wednesday, June 26, 2013

Best Buddies?

Sejak dua menjak ni, saya mana ada masa dah nak ada buddies ni.

Kerja banyak kan, jadi waktu makan tengahari saya selalu cari peluang untuk lena kejap daripada keluar dan bersembang dengan kawan-kawan. Hubby pun ada komen yang duit belanja makan saya sangatlah tidak banyaknya...he he

Tapi dulu saya ada buddies. Maklumlah, waktu dulu-dulu, masa masih banyak untuk bersembang, keluar makan sama-sama sebab kerja masih tidak terlampau banyak. Bila petang, kalau tidak jog, saya akan minum dulu dengan buddies saya dan pada waktu malam, kami lepak juga di kedai mamak. Selalunya kami lepak di Subang, yup, pekena roti pisang dan ayam tandori...hmmm, those good old days.

Waktu muda, kita ada tenaga, ada masa, tapi duit kurang...heh. Itu yang menyebabkan aktiviti kami terhad. Tapi kami tetap banyak kenangan. 

Lama tak jumpa, kebetulan hari ini, ada seorang ibu kepada kawan lama kami meninggal dunia dan tuhan takdirkan kami semua berjumpa semula di masjid  sewaktu pergi menziarah jenazah.

Kami juga menyambung pertemuan kami dengan makan tengahari bersama, juga berjalan bersama melihat barang-barang di jual di bazaar sempena sebelum ramadhan. Kami siap pergi tengok barang kemas tuuuu...mungkin saya akan belilah...hmmmm.

Kami tak beli apa pun, tapi saya rasa seronok berpeluang menghabiskan masa bersama. Hmmm....rasa muda semula...saya rasa saya perlu meluangkan masa dengan kawan...it gives me some positive energy....

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Pada mulanya kami agak kurang berminat untuk menonton Celebrity Masterchef Musim Ke 2 baru-baru ni. Tengok pun sikit sikit aja. Tapi lama-lama, kami macam jadi sangat berminat, he he.
 
Mula-mula kami suka tengok adengan kelakar aja. Suka tengok mereka yang memang tidak pandai masak, masak. Contohnya macam Yasin Senario, Radhi OAG dan Cat Farish. Saya suka tengok semangat dan keyakinan mereka walaupun sebenarnya mereka memang mempunyai ilmu yang sangat sedikit mengenai masakan.

Rancangan ini juga dapat menyaksikan para peserta semakin mahir di dalam bidang masakan. Ini teserlah di kalangan 3 peserta terakhir iaitu Che Ta, Serena Celina dan Syura. Kagum saya melihat kebolehan mereka masak.

Sebelum rancangan final keudara semalam, saya macam tidak berapa gembira Syura menang kerana sesungguhnya saya adalah penyokong kuat Che Ta...ha ha ha. Sebelum ni, saya tak la suka dengan Che Ta tu, tapi bila menonton Celebrity Masterchef, saya rasa suka pulak dengan Che Ta sebab dia banyak mulut dan kelakar tapi pandai masak. Che Ta juga adalah seorang yang sangat pengemas, dia tidak suka kaunter tempat dia bekerja semak...
 
Semalam, Syura dan Serena Celina bukan telah menunjukkan kebolehan mereka untuk memasak. Yup, mereka mereka resipi mereka pada waktu itu juga dan memperisakan makanan yang disediakan berdasarkan deria mereka sendiri.
 
Satu perkara jelas yang saya rasa menyebabkan kedua-dua Syura dan Serina Celina menang adalah kebolehan mereka untuk merancang. I think these two won the programme because they are smart and were able to plan, manage and execute.
 
Hmm, walaupun sedih Che Ta tak menang, tapi saya rasa Allah punya perancangan mestilah yang terbaik. Kerjaya Syura memang agak suram sejak kebelakangan ini, oleh kerana itu mungkin bidang masakan akan jadi sumber rezeki beliau seterusnya.
 
Heee....kenapa saya sibuk buat review pulak kan? Tapi saya suka sebab program ini menjadi tajuk perbincangan saya dan hubby lately. Selepas habis rancangan ini, kenalah ada rancangan lain pulak. Sekarang juga hubby asyik bercerita fasal jalan hidup abangtam yang dibaca dari blog sejarah hidupnya...selain dari itu, kami juga ikut siri Dahlia di 134. Tapi kami masih belum pernah sekalipun tengok running man...ha ha ha
 
Wokey lah...itu aja buat kali ini ...bubaiii

Tuesday, June 25, 2013

Mari Menjadi Baik

Sejak akhir-akhir ni saya dapati bilangan pelawat blog ini agak bertambah...heeee, dari kurangggggg banyak ke kurangg banyak...macam itu ajalah, tapi saya tetap happy/bersyukur.
 
Walau bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi melawat dan membaca blog saya ni. Saya minta maaf sekiranya ada perkara yang kurang menyenangkan dalam blog ini. Sesungguhnya saya menulis sebab saya rasa macam mahu menulis sehingga mungkin kadang-kadang saya "got carried away"...itu lah saya.
 
Sebenarnya saya ada seorang penasihat/juruaudit bertauliah yang akan menegur saya sekiranya saya ada membuat kesilapan di blog ini...tapi saya akan dengar bila saya nak dengar lah kan, kalau saya rasa macam tak nak tuuuu, haaaa, saya diam aja. Tapi saya rasa saya dengar dan patuh 95%.
 
Bukan apa, manusia ni kan berbeza-beza. Kadang-kadang apa yang kita rasa tentang diri kita adalah berlawanan dengan apa yang orang lain rasa tentang kita, betul tak? Macam saya ni, saya rasa saya ada masalah tidak yakin dengan diri sendiri yang kronik, tapi saya perasan juga yang bila "perform", kadang-kadang saya "perform" lebih baik daripada mereka yang kelihatannya lebih yakin.
 
Semuanya bergantung dengan diri masing-masing. Setengah orang tu suka bercerita tentang kebaikan/kejayaan diri sendiri. Bila bercerita tu, rasa macam seronok aja dengar kan, sentiasa bagus. Tengok status facebook pun, huh, macam hebat.
 
Tapi bila kita tengok betul-betul, walaupun tidaklah seteruk mana, tapi tak lah hebat sangat punnnnng. Lebih kurang macam kita aja pun.
 
Now, anda orang yang macam mana? Hubby saya kata ni suka bercakap negatif tentang diri sendiri. Suka cakap saya kurang pandai la, kurang rajin la, kurang yakin la, kurang cantik la, kasar la, pemalas la, gemuk la (memang pun).
 
Tapi hubby cakap juga yang sebenarnya dia kagum dengan keberanian saya, yup, saya memang asyik cakap yang negatif, tapi bila "perform", tak de la teruk sangat. Bukanlah kata saya ni hebat, tapi saya tidak lah teruk sangat.
 
Tapi, kalau orang tidak kenal kita, ataupun kalau kita memang bertujuan untuk mempromosi diri/barangan kita, kita tidak boleh kelihatan tidak yakin. Tapi saya, dalam keadaan ini, saya akan berlakon "confident" dan akan melaksanakan sesuatu yang berbunyi "REDAH AJA CIKBIB".
 
I tell you, I have done this very often nowadays!
 
Ye lah kan, dah terpaksa, saya akan berlakun seolah saya pandai, suka dengan kerja saya...heeee. Semoga bermula dengan lakonan ini, saya akan menjadikan sifat yakin itu sebagai satu perkara yang memang ada dalam diri saya.
 
Hmmm...sepatutnya benda macam ini kena balance kan...jangan lah kita membesar diri sangat, tapi janganlah pula merendah diri sangat....susah kan nak balance?
 
Walau bagaimanapun, dalam kurang balance tu, kurang sempurna juga, hidup mesti diteruskan. Kita cubalah sentiasa belajar dari kehidupan. Banyakkan membaca, banyakkan pergaulan, jumpa dengan ramai orang dan belajar daripada semua itu. Insya allah, kalau tak sempurnapun, kita bolehlah jadi orang yang mencuba untuk menjadi baik...
 
Okay lah, itu aja...jerebu makin teruk lah di KL ni. Gelap aja kat luar tingkap tuh..
 
 
 
 
 

Monday, June 24, 2013

Cabaran Berkeluarga

Saya dapat satu berita tidak berapa baik. Seorang anak kawan saya ada masalah untuk menyambung pelajarannya di kolej.

Sekarang ni, dia memang berceramuk sikit. Sedih gagal, takut dengan masa depan, kasihan dengan emak & ayah yang banyak mengeluarkan duit dan seterusnya malu dengan jiran-jiran dan yang paling suspen ialah pandangan daripada sedara mara aka pakcik makcik.

Bermulalah hidup secara matang untuk anak kawan saya ini..yang sesungguhnya bukanlah senang.

Sesungguhnya saya pernah lalui perkara seperti ini dahulu. Saya selalu fikir yang tidak baik aja dengan pakcik/makcik saya. Dulu, bila saya pakai tudung pun saya risau apa pandangan pakcik/makcik/cousins saya. Bila saya gagal, lagi lah saya takut. Takut saya ini telah diekspresikan dengan mengelak dari berjumpa ahli keluarga, yup, jangan pergi beraya, jangan pergi kenduri...secara asasnya, avoid meeting them.

Pada masa itulah kita merasakan yang kita lebih dekat dengan kawan-kawan kita. Kita mula merancang masa depan bersama-sama. Saya pernah merancang untuk sama-sama membuka klinik bersama seorang kawan saya ni. Tapi itulah, kehidupan tidak selalunya menjadi seperti yang dirancangkan. Tak semestinya kita menjadi seperti apa yang kita cita-citakan.

Saya dan kawan saya saling membawa haluan masing-masing bila dia dan saya tidak dapat masuk universiti yang sama. Sebab makin sibuk dan mana ada social network pada itu, kami mula membina hidup baru, jumpa kawan baru dan membina cita-cita baru. Yang pastinya, kawan silih berganti, tetapi makcik/pakcik saya tetap di situ, mereka tidak ke mana-mana. Yup, kedewasaan menjadikan saya lebih menghargai keluarga saya.

Saya tidak nafikan yang kadang-kadang pakcik/makcik ni banyak menyumbang kepada ketidak selesaan budak-budak ni, lebih-lebih lagi saya lah tu. Macam post mereka dalam facebook, bila saya tak suka, saya hentam aja...tapi itu dululah kut, sekarang tidak lagi, walaupun saya mengumpat di belakang ..miahhahahah. 

Ye la, cikbib mengaku ajalah kan...I am not perfect but I like it....

Berbalik kepada kes yang gagal tadi tu, saya cuma nak bagi tahu yang sesungguhnya mak/bapak saudara ni, walaupun mungkin banyak mulut, tapi jauh di sudut hati mereka sangat ambil berat.

Sebagai contoh, sekiranya anak sedara saya yang gagal, saya lebih fikirkan macam mana perasaan mereka. Macam teringin juga nak jumpa dan pujuk sikit ke, cakap yang itu bukanlah satu-satu nya cara untuk berjaya di dunia ni ke, dan suruh mereka tidak putus asa dan terus mencuba...

Walau bagaimanapun ada juga yang saya smash tahap gaban...bila saya rasa dah melampau la kan..adoii ...saya memang macam tu lah, susah nak berubah.

Sebenarnya, sebagai orang dewasa, saya dan kakak-kakak saya sedar yang budak-budak ni akan membuat kesilapan. Cuma yang kami risaukan adalah kesilapan yang dibuat adalah kesilapan yang terlampau besar sehingga menghantui mereka sepanjang hayat...atau tidak membolehkan mereka berpatah balik langsung.

Tapi bila menegur tu, saya akui juga bahawa saya juga sering membuat kesilapan. Tidak berkhemah langsung tekniknya. Tapi tak pe, nanti saya baca buku Dale Carnegie banyak sikit lagi supaya pendekatan yang saya gunakan akan lebih baik dan berkesan.

Sebenarnya hidup bersaudara ni ada banyak cabarannya kan? Saya pun ada juga kena-kena tempias sini sana, tapi saya buat pekak aja. Macam baru-baru ni, ada juga dapat soalan-soalan " bila nak dapat anak ni?"...hmmmm......

Tapi itu masalah kecil bagi saya sebenarnya. Saya okay aja. Memang ada yang kadang-kadang tu nak mengena atau nak merendahkan saya, saya gelak aja, malah saya pernah gelakkan orang tu depan-depan. Saya pun pelik juga dengan diri saya ni sebab saya memang tidak terjejas langsung..huh.

Hmmm...itu sahajalah. Doa saya semoga semua anak saya terpelihara dan sentiasa di bawah petunjuk Allah. Sekali gagal, tidak semestinya sentiasa gagal. 

Itu aja...mata dah pedih sebab jerebu...


Saturday, June 22, 2013

Fasal kereta dan ER saya

Sudah jam 12.29, 22 Jun 2013.

Saya baru habis ER, saya buat 4 km saja. Rasanya itu sahajalah pencapaian saya untuk minggu ini sebab esok saya akan balik ke kg suami, ada kenduri kahwin. Kami hanya akan sampai ke rumah balik pada hari Ahad..hmmm...kalau hari Ahad tu saya rajin/larat, boleh lah tambah 4 km lagi...but as for this moment, let's stick with 12 km achievement for this week. Alhamdulillah

Pagi tadi, waktu saya hendak pergi kerja, saya dapati lampu brek kereta hitam kami tu menyala. Haishhh, mesti bateri boleh habis tu kan?

Bila saya sampai rumah petang tadi, hubby tengah hidupkan enjin kereta itu, untuk aktifkan balik bateri selepas di "jump start".

Jiran saya, Mr Lim, sedang menyiram pokok pada waktu itu. Menurut Mr Lim, dia memang perasan yang lampu brek kereta hitam tu menyala semalam. Dia ada panggil kita orang, tapi kami dah naik ke atas, dah tidur pun. Mr Lim juga tiada kami punya handphone number.

Hmmm...itu lah masalahnya kan? Asyik tangguh tangguh, dah hampir 4 tahun duduk berjiran, tetapi tiada menyimpan nombor telefon masing-masing. Soooo, waktu tu juga kami telah bertukar-tukar no telefon.

Bagi saya jiran yang baik adalah penting dan buat hidup jadi lebih best...Mr Lim ni okay lah kiranya, tak baik sangat, tapi mengambil berat...we like him.

Berbalik kepada kereta, saya harap kereta hitam ni janganlah merajuk teruk sangat. Tau lah umur dia dah tua kan. Tapi kami tak de pun bincang tentang nak beli kereta baru ke apa lately, tapi kami ada lah bincang nak cat balik kereta tu...bagi lawa sikit...hi hi

Kalau ada soalan whether saya nak beli kereta baru ke idak? the answer is No...not yet.

wokay lah..happy weekend everyone


Friday, June 21, 2013

Sudah Habis Ganti Puasa

 
Semalam saya ganti puasa...alhamdulillah, hari terakhir.
 
Saya buka puasa di rumah dulu, saya buat air milo, makan dengan biskut dan ada buah anggur..ada gambar lagi, he he.

 
Lepas tu, saya pergi solat dan keluar makan. Kami tidak berapa pasti nak makan apa sebenarnya, tapi akhirnya kami telah pergi ke Plaza Masallam..pergi makan di kedai yang terletak di depan kedai kasut "Clark' tu...orang Shah Alam mesti tahulah.
 
Saya ingat nak makan spaghetti bolognese, tapi hubby kata makanlah nasi. Kami order nasi lemak sotong, lepas tu ada sardine apa ntah dan chocolate roll. Air pulak hubby order latte (kami tak nak order teh tarik di sini sebab kurengggg sikit) dan saya order air suam aja.
 
Agaknya ini memang rezeki kut sebab pagi tadi, waktu meeting, ada dihidangkan nasi lemak. Saya macam sedih aja sebab tak boleh makan kan, tapi tetap lah pujuk hati dengan mengatakan tak pe, bukan rezeki saya, nanti allah bagi yang lebih baik...haaa...dapatlah nasi lemak ni, alhamdulillah

nasi lemak dia sedap, boleh makan lagi lain kali

haaa, chocolate roll dengan sardine puff kut...sedapp

Hubby's latte.
 
Kami makan kongsi-kongsi lah kan...jadi semuanya rasa
 
Kami macam suka juga makan kat kedai ni sebab macam relax. Tapi pilih la makanan yang sesuai sebab tak semua menunya sedap.
 
Kami rasa pastry dia sedap-sedap, tapi kek dia kurengg sikit.
 
Minggu lepas, waktu kami lepak kat sini, ada seorang suami/pokwe yang celebrate birthday wife/mokwe dia. Dia beli kek, lepas tu minta pekerja kedai tu tolong nyanyi birthday song sama-sama dia. Yang pekerja2 tu, malu-malu la konon, haaa, tak pe, Shuk dengan saya yang tolong meriahkan keadaan. Kami tolong nyanyi dan tepuk tangan...bila habis, orang lelaki tu cakap terima kasih kat hubby...heeeee...tumpang gembira dengan kegembiraan orang lain.
 
Okay lah...untuk yang masih belum habis qada puasa tuh, saya ucapkan selamat berjuang!

Wednesday, June 19, 2013

ER saya membosankan?

Baru-baru ni ada seorang kenalan saya yang telah dimasukkan ke hospital kerana sakit dada.

Setelah diperiksa, doktor telah mengesahkah yang kenalan saya ini ada sedikit masalah jantung. Kandungan kolestrol juga tinggi. Kenalan saya ini baru berusia 31 tahun dan belum berkahwin.

Insaf saya mendengar cerita ni. Sedih pun ada.

Ada seorang kenalan pula bercerita tentang keletihan yang sering di alaminya. Macam saya dahulu, kawan saya ini akan terus tidur bila sampai di rumah dan hanya bangun selepas jam 10 malam.

Saya teringin nak menyarankan supaya kawan saya ni exercise sikit, tapi dia pun lagi pandai dari saya kut...sebab saya tahu dia sekarang sedang mencari sesuatu yang lebih menarik untuk excercise, seperti aerobics ke. Tapi lama sungguh la mencarinya, tak jumpa-jumpa pun.

Bila saya bercerita tentang saya punya ER, ada ramai juga yang pelik dengan saya. Mereka terus berkata yang ER saya kurang sesuai untuk mereka dan sangat membosankan.

Sebenarnya saya pun rasa demikian. Tak de lah seronokpun berjalan sorang-sorang atas trademill tu. Tapi kita tetap kena buat lah kan sebab sudah tiada option lain. Nak g jog kat tasik, hari-hari balik lambat, nak join aerobic pun tak sempat...so, kita pilih la untuk ER dirumah. Memang membosankan, but the effect is worth it. Berbaloi-baloi

Tak kisahlah orang rasa saya membosankan ke apa, asalkan saya rasa lebih sihat dan cergas, itu sudah cukup baik.

Sekarang ni pulak saya nak cuba menaikkan semangat hubby untuk exercise juga...tapi tak senang sebab hubby pun tergolong dalam golongan yang degil juga..hiks. Lebih degil dari Gaban

Okaylah, di sini dulu ye...saya dah nak tidor...

Tuesday, June 18, 2013

Gila Glamour Saya Hari Ini

Semalam saya buat post dalam bahasa Inggeris sebab sebenarnya saya perlu membuat persediaan untuk hari ini, ye, hari ini saya ada 3 aktiviti yang saya perlu buat menggunakan bahasa Inggeris penuh...saya kan berazam untuk tidak merojakkan lagi bahasa yang saya gunakan

Saya keluar rumah rumah awal pagi sebab saya perlu sampai di ofis sebelum jam 8.00 pagi. Sampai di ofis, saya terus siap-siap dan turun sebab kereta ofis sudah sedia menunggu. Saya pergi COE di Lebuhraya Kesas. Kena bagi penerangan sikit.

Kerja saya sekarang macam itu lah. Pergi jumpa orang, sembang-sembang, cerita-cerita, bagi penerangan. Yup, buat kerja-kerja penggalakan lah kononnya.

Pada mulanya saya  memang keliru dan saya rasa masalah yang paling utama bagi saya adalah ketidak yakinan saya kepada kerja itu sendiri. Saya tidak begitu pasti dengan keberkesanan pendekatan yang kami buat, sama ada ianya membantu atau tidak.

Tapi akhir-akhir ini saya adalah nampak sikit-sikit cahaya di hujung jalan...ha ha ha. My learning curve is not very good lah, the very the slow.

Walau bagaimanapun, hari ini saya betul-betul rasa macam orang penggalakan lah. Huh...what a day.

Jadi, pagi tadi saya telah diarahkan untuk membuat penerangan mengenai satu program terbaru kami. Saya tidaklah panik, tapi saya perlu buat lebih banyak lagi supaya saya tahu dari a sampai z mengenai tajuk ini. Saya tidak suka dengan kenyataan yang saya sentiasa perlu merujuk kepada nota saya...tapi nak belajar sungguh-sungguh tu, ada malas sikit...aishhh.

Anyway, let's enjoy the photos taken ye.



haaaa, tengok tu...saya kat depan orang ramai tu..


I look so blue in blue....

I rushed back to the office after that since I was requested to be the moderator for a book review session which was held at 12.30 pm. The book by Dale Carnegie, How to Win Friends and Influence People was chosen for the session. Again, I have to handle the session in English. 





Haaa, that's me in the middle. I started off feeling very very cold but towards the end, I began to sweat. Apparently the room was becoming very hot, maybe due to the hot weather outside.
 
Cikbib in action...

Dapatlah cenderamata kan...

di luar kotak ni sebenarnya berwarna ungu. Di dalam kotak ini ada shawl, warna ungu juga

Haa, ini bukunya
 

Untuk sessi pagi, saya dapat hadiah ini pulak.

Selepas sessi book review, saya telah cepat-cepat makan, solat dan keluar pulak ke KL, pergi jumpa pergi satu co. ni. Kami tak dapat kereta pejabat, jadi kami terpaksa ambil teksi. Malas dan bawa kereta sebab susah nak dapat parking kan.
 
Hmmm...saya anggap ini semua cabaran yang perlu saya hadapi. Saya tetap yakin yang saya akan berjaya buat sekiranya saya selalu praktis. 
 
Saya ingat lagi bagai mana susahnya saya sewaktu nak mula memandu kereta kan, tapi saya berjaya mengatasi segala masalah sehingga saya tidak menghadapi masalah langsung untuk memandu sekarang. Saya nak diri saya rasa selesa dan yakin bila membuat penerangan dan juga bila berjumpa syarikat. Insya allah, pelan-pelan kan. Doakan saya ye. 

Wokeh...saya perlu jog malam ni, tapi teringin juga nak tengok Dahlia..nak pilih yang mana ni, Dahlia ke, jogging ke, Dahlia ke, jogging ke, Dahlia ke, jogging ke...zzzzzz


Monday, June 17, 2013

Wrap Up of Last Week

1. ER
 
Completed only 16 km, but I am okay with it, and I thank god for having the determination to do it.  I may need to re-evaluate whether or not 5 km for each session is appropriate or too stressful for my feet since I do experience some minor pain. But when I discussed this with hubby, he claimed that he is also having some minor pain despite of the fact he only ran for 3 km. Maybe the minor pain is normal?..I need to check.
 
2. I am getting even more lazy
 
I needed to get myself prepared for 2 occasions this week. I brought the materials home and wanted to complete it during the weekend, but I was so damn lazy. I managed to complete almost 70% of the first one but did not touched anything at all on the 2nd one. I need more "positive stress" to push me. I wanted to complete it last night but I was having this neusea and was feeling drowsy. Luckily I felt tired at the same time and fallen asleep. I felt better when I woke up around 1 o'clock in the morning and decided to do the job today...he he he
 
3. Cooking?
 
No cooking done last week except for the usual maggi me on Sunday. I requested hubby to buy me kerang actually since I really felt like having kerang rendang, but nope, we did not go to the wet market and bought kerang. I looked around if there's any shop selling rendang kerang, but none did.
 
4. Father's Day?
 
I wished hubby "happy father's day" yesterday even though we have no children of our own. I even pay for our meal at secret recipe yesterday as a father's day treat even though  I was the one who finished up everything since hubby was having this "do not feel like eating" session yesterday.
 
My hubby is very kind to me but I am not sure how he is if he is a father. I do think that he will be a "garang" one, he he. 
 
5. What else?
 
I think I will write about a few other things in the next post, iff I remember.
 
Have a productive days ahead and do not forget to be happy!

Saturday, June 15, 2013

The V O W

Mata saya tengah bengkak ni sebab baru habis tengok movie The V O W  di Fox Movies.

Rasa best sebab macam dah lama tak tengok movie yang macam sesuai dan menangis, tapi happy ending... he he he

Sweet sangat bila tengok cara hero dia sayang dekat isteri dia. Bila isteri dia tak ingat tentang kenangan mereka bersama, saya macam terasa sama aja kekecewaan yang dirasai oleh hero tuh, tu yang menangis tu.

Siang tadi pun menangis juga. Yang itu tengok movie di TV2, tajuknya berbunyi macam "The Freshman Father" kut...

Itu saja, saya tetap nak ingat hari ini, sebab macam sudah lama tak de movie best macam ni di TV...

Okay, nak solat dan tidur...

Aktiviti di Hari Sabtu Kami : 15 Jun 2013

Hari ini kami kuat, yup, kami telah bangun solat subuh dan terus ke Tasik untuk "morning walk".

Walau bagaimanapun, sewaktu keluar dari rumah, kami telah terkejut kerana rupa-rupanya ada pokok tumbang. Pokok yang terletak di tepi rumah jiran telah tumbang menghala ke jalan. Ada dua buah kereta yang di letak di tepi jalan telah terkena ranting-ranting kecil pokok tersebut, tapi tiada kerosakan yang teruk lah. Saya ada tangkap gambar..

Haaa, ini rumah jiran saya, rumah no. 2, rumah saya yang sebelah tu, nombor 4

Selepas hubby sembang-sembang sikit dengan pegawai MBSA, kami pun pergilah ke Tasik. Lama sungguh la kami tak ke Tasik ni, rasa macam tak biasa pulak. Seperti biasa, kami memulakan aktiviti kami dengan sesi memanaskan badan juga "stretching". Hari ini juga hubby saya pemalu, jadi semua gambar hanyalah dari belakang ye.

Yeah, longgar-longgar kan otot-otot kita...

kalau kita pergi ke Tasik, ada trak ini ye, namanya Trek 10,000 langkah

kalau kita ikut trek ni, akan ada papan tanda seperti ini...ada banyak. Bagus ada papan tanda ini sebab dia macam mengemaskini tentang jarak perjalanan yang telah kita buat juga jumlah kalori yang telah dibakar...

Bila kami berjalan lagi, ada pulak bangau, tapi maaflah, gambar gegar sikit

Haaa, lagi seekor

hmmm, lagi satu papan tanda, yup, sudah berjalan 1.2 km. Walau bagaimanapun, sebab kami memang sudah biasa dengan selok belok Tasik ni, kami adalah melencong sikit dari "route" yang ditetapkan ini. Adalah tambah sikit dalam 0.2-0.3 km kut

Kami buat pusingan di tempat yang kami panggil pulau ni. Disini ada sekumpulan orang yang jenis aktiviti yang digunakan adalah lebih spritual kut...mereka yang di sini juga selalunya adalah lebih kurus

Ini adalah salah satu contoh aktiviti yang dijalankan, yup, tutup mata memandang ke tasik seperti di atas. Mereka di sini juga kebanyakannya membawa bekal masing-masing dan duduk di atas tempat duduk yang di  alas. Saya tak berapa tangkap gambar sebab takut mereka marah...he he he

Meneruskan perjalanan, kami berjumpa pula dengan kumpulan ini. Kumpulan ini sudah lama berada di sini. Dulu ianya diketuai oleh seorang wanita yang ceria, tapi sekarang sudah tukar-tukar. Dulu saya pernah juga ikut mereka ni sebab mereka suka menggunakan lagu-lagu lama kan...heee, sesuailah dengan saya tu. Tapi sekarang saya tidak begitu pasti dengan konsep yang mereka gunakan. Mereka ini kebanyakannya adalah mereka yang sudah bersara kut.

Meneruskan perjalanan, kami telah berjalan sejauh 2 km

Kami berjumpa dengan kumpulan ini pulak, yup, kumpulan ni berkonsepkan pahlawan China, ada juga tarian kipas. Mereka siap ada uniform lagi. Kumpulan ini agak baru, sebab dulu tak de pun

Terus berjalan, kami berjumpa pula dengan kumpulan uncle ni. Kumpulan ni ahli-ahlinya memang amat berumur. Kumpulan ni pun lama. Waktu kami mula jog di sini, uncle ni berisi sikit badannya, tapi sekarang ni uncle dah semakin kurus, tapi masih kelihatan sihat. Kumpulan ini diiringi dengan muzin china lama dan saya memanglah tidak mampu ikut, mahu terlena.

Saya rasa model saya ni rasa dia ada belakang yang seksi kut, miahaaahahaa

2.8 km

haaaa, bukit. Dulu, waktu baru-baru kahwin, bila tiba di bukit ini, kami akan berlumba untuk sampai di puncak dahulu. Tapi baru-baru ni kami cuba buat lagi macam itu, langsung otot saya terkejut...langsung kena jumpa doktor, tak boleh berjalan. Hubby kata kaki saya tak mampu nak menampung berat badan saya yang meningkat tu...mungkin juga.

Ya Allah, setengok model saya tu, dah la tak nak tengok kamera, tapi memang jelas juga keletihannya, ha ha ha. Tapi papan tanda itu menunjukkan yang kami telah menyempurnakan trek yang di sediakan, 2.8 km. Tapi sebab kami melencong sikit tadi kan, jadi kami telah buat dalam 3km sepatutnya.

lepas tu, cooling down time, juga a little "streching" again. Sian hubby, nampak letih sangat kan? Kami kena lebih konsisten lah selepas ini, nampak macam tak berstamina langsung kan?

Gambar di atas saya ambil dari dalam kereta, sewaktu perjalanan balik

Yeow, dalam perjalanan balik kami singgah untuk sarapan di Belanga dan saya makan ini..laksa...sedapnya!

Orang Buat?

Saya baru membaca satu blog hiburan dan antara berita yang disiarkan adalah mengenai "Black dan tunang terkena buatan orang yang tidak dikenali".

Baru-baru ni juga ada seorang yang saya kenal telah memaklumkan bahawa dia sekarang tidak lalu makan kerana terkena buatan orang. Heee, saya ingatkan dia kurus sebab diet, rupanya kena buatan orang.

Ada seorang kawan saya ni batuk, dah lama pulak tu dia batuk. Saya pun, kononnya ambil berat, pergi lah sembang-sembang dan tanya fasal batuk dia tu. Hmmm, kawan saya kata dia pernah kena buatan orang juga, kena santau kut.

Hmmm, buatan orang ni sihir ye? Kalau sihir memang adalah dalam Islam kan, Ustaz Kazim pun pernah kena santau kan?

Hmm...semoga saya dan ahli keluarga saya dijauhkanlah daripada santau/buatan orang ni. 

Saya kurang arif sebenarnya fasal santau/sihir atau dunia mistik ni sebab emak saya tidak berapa nak layan sangat tentang benda-benda macam ini. Waktu saya kecil, emak saya tidak pernah menakutkan saya dengan hantu ke, atau benda-bendah tahyul ni ke, malah, dia mengajar saya supaya kuat. Asas emak saya senang aja, hantu/syaitan manapun, dia mesti lemah dari tuhan, oleh itu, takutlah kepada tuhan dan minta tolonglah kepada tuhan dan jangan kepada yang lain.

Saya pegang asas ini sajalah yang membuat saya kuat dan berani tinggal rumah seorang diri bila diperlukan. Saya takut juga, tapi takut saya masih boleh dikawal dan kadang kala saya cepat penat/bosan untuk takut, haaa, terus jadi berani pulak.

Pernah ada sekali tu kan, hubby dan saya tinggal di sebuah hotel ni dan malamnya sewaktu nak tidur, bilik hotel di atas kami tu sudah buat bising. Tau tak bunyi bising bila orang tolak tolak kerusi meja atas lantai tu? Mula-mula kami ingatkan budak-budak main tolak-tolak, tapi bila berlanjutan berjam-jam sampai pukul 1-2 malam, hah, apa pulak tu kan?

Saya pulak memang pernah mengalami benda yang seperti ini sewaktu saya tidur seorang diri di Afamosa Resort. Malah, waktu di Afamosa, saya tidak tahu pun kewujudan hantu yang suka tolak kerusi meja di hotel ni.

Anyway, sebab ada hubby kan, saya pun kurang lah takut, infact, bila kali ke dua kena, kita dah tak berapa takut pun. Saya ni kan kuat tidur, lepas saya baca itu ini hantu tu buat dek, saya siap cakap dengan hantu ni tau, saya cakap macam ni " boleh tak senyap? saya nak tidur ni, main lain kali boleh tak?"

Percaya? heeee....tapi saya berani sebab saya tak nampak hantu tu kut, kalu nampak kalu dan sepatutnya rupa hantu menakutkan, haaaa...tobat jadi orang penakut dengan hantu lah saya nanti.

Ohh ye, waktu dekat Afamosa yang saya tinggal sorang tu, saya period rasanya, jadi saya tak boleh baca ayat quran kan, saya cuma baca Allahuakbar aja dan terus meyakinkan diri yang Allah lebih besar, dan tiada yang lain yang lebih besar dari dia...itu aja...lepas tu penat, mengantuk...he he he, terus tidur...nasib baiklah saya  ni kuat tidur, jadi saya takut sebelum tidur aja, lepas dah lena, haa, selamatttt

Ohhh, berbalik kepada perkara buatan orang tu kan, alangkah eloknya kalau mereka-mereka yang suka buat orang ni kan, mempraktikkan ilmu mereka itu dengan mensihir orang-orang yang jahat kat Amerika tu ke, kat Myanmar tu ke?...tak gitu? Ini buat dekat orang-orang yang kaya sikit dari dia, atau orang yang suami dia handsome sikit dari suami dia, ataupun dekat orang yang dagu dia lebih runcing dari dia...apa raaa...seguna ilmu tu ke jalan yang lebih baik kan?

Hmmm...itulah dulu ye untuk hari ini...dah ngantuk ni

Friday, June 14, 2013

My ER : 13 Jun 2013

Saya baru terdengar berita pagi tadi mengenai ribut di Pulau Pinang. Berita juga memaklumkan bahawa angin kuat/hujan di negeri-negeri utara tanah air akan berpanjangan sehingga minggu depan. Di Shah Alam/KL pula, cuaca adalah amat panas dan hujan pun macam kurang memberikan kesejukan....saya ingatkan seluruh negara mengalami cuaca yang sama, rupa-rupanya negeri-negeri di utara mengalami cuaca hujan. Tak pe lah, apapun cuacanya, kita redha, bersabar dan bawa bertenang, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas.
 
Semalam, setelah selesai meletak kereta di rumah, hubby terus ajak pergi dinner. Saya sampai awal sikit, dalam jam 6.30 petang.
 
Sebab saya tidak ambil makan tengahari, saya pun bersetuju dan kami pun pergi makan tomyam, kailan ikan masin dan telur dadar (biasa lah tu kan).
 
Bila sampai rumah balik, sebab saya pakai baju sutera, yang tidak boleh di bawa untuk lepak-lepak, saya teruslah tukar baju (pakai kaftan ye) walaupun tak mandi, he he...saya nak jog kan, dan saya tidak boleh solat. Saya tidak boleh melakukan ER terus sebab perut kenyang, jadi saya lepak dulu tengok facebook, baca blog, tengok tv.
 
Saya hanya mula ER dalam jam 9.00 malam. Bagusnya ada trademill di rumah ni adalah anda boleh pakai apa saja untuk bersenam, tiada orang peduli. Macam semalam, saya pakai aja kaftan tu untuk jimat baju yang nak dibasuh. Baju yang dibawa untuk ER perlu dibasuh dengan betul supaya bau yang melekat hilang, sebab kita kan berpeluh sakan. 
 
Walau bagaimanapun, kalau memakai kaftan janganlah yang labuh sangat sehingga tidak selesa dan boleh membahayakan.
 
Kali ini saya pastikan saya bermula dengan kelajuan yang lebih rendah. Saya buat pelan-pelan aja bermula dengan 3km/hr. Kelajuan yang paling tinggi pun hanyalah 5.7km/hr.
 
Bukan apa, saya perasan betis saya agak keras la pada hari Rabu, saya takut over stress . Ye lah, badan saya ni kan besar, jadi mestilah menjadi sedikit masalah untuk kaki saya membawa badan saya ni secara berterusan untuk 5km kan? Dah la tu, hari Selasa baru ni saya pergi laju terus sebab nak cepat habis kononnya, lepas tu memang betis besar saya ni rasa keras, tapi alhamdulillah tidak sakit.
 
Tapi tak pe, betis keras sikit pun, saya tak boleh putus asa. Saya cuba lebih sensitif dengan apa yang setiap anggota badan saya rasa dan cuba cari jalan untuk mengatasinya. Kalau saya rasa saya sudah "overworked" saya cuba berehat, but never to give up, insya allah.
 
Saya juga telah melakukan kesilapan 2-3 hari ni di mana saya telah silap merancang cara pemakanan saya. Saya ambil sarapan yang berat dan kononnya tidak mengambil makan tengahari, tapi lepas tu, makan malam macam tidak boleh di kawal lagi dah...silap betul. Sepatutnya saya ambil sarapan ringan, ambil makan tengahari juga (sederhanalah kan) dan ambil makan malam yang ringan...erghhh, dah umur 43 tahun pun masih terus lupa dan terus melakukan kesilapan.
 
Hmm, detail nya saya menulis...ada orang nak baca tak? Tapi macam itu lah cerita ER saya semalam. Saya selesai ER dan mandi dalam jam 10.30 dan selepas itu saya jadi macam hyperactive sikit, macam tak boleh lena. Tapi saya paksa juga diri untuk tidur sebab kalau tidak, saya susah sikit nak bangun pagi. Anyway, dalam segar tapi kena paksa tidur tu, saya rasa saya telah berjalan lena dalam pukul 1.00 pagi.
 
Jadi, saya telah berjaya menyepurnakan 10 km dan masih berhutang 10 km lagi. Saya dah mula bercakap dalam hati macam ini "alahhh, buat lagi 5 km pun cukup lah cikbib"...heeee, dasar saya seorang perempuan yang lemah!!