Wednesday, March 28, 2012

Rezeki Harimau?

Hari ini saya sampai awal di ofis, sempat pergi tingkat 20 beli makanan. Saya beli nasi kerabu dengan kuih, karipap dan pulut udang. 

Ingatkan nak makan kuih dulu, dan simpan nasi tu untuk lunch, tapi bila rasa nasi tu macam panas lagi, saya pun kata "makanlah nasi ni dulu, save kuih untuk lunch'...okay, sayapun wallop lah.

Saya cukup disiplin kali ni, tak touch pun kuih tu, ye la, nasi kerabu tu kan memang mengenyangkan. Saya pun dah buat mental plan nak makan kuih, minum nescafe dan buat preparation untuk meeting pukul 2.00 petang during my lunch break.

Tiba tiba, dalam pukul 12.00, boss approached me and asked me to join him for lunch. Laaaa, I wished I could simply say no...tapiii...susahnya. Mengadu kat Sham, Sham pulak kata, pergi, jangan tak pergi...adoiiii, dah la kenyang lagi kan. 

Anyway, we walked to Hilton Hotel and had lunch in one of the restaurant there. The co. has booked a room especially for our group. Hmmm, nasibla menunya light, ada dim sum, vegetables with scallops...ada egg tarts...hmmm, tak banyak lah, bagus co. ni...

Sembang sembang, sampai pukul 2.15 baru habis. Saya pun sms la officers kata lambat sikit. Nasib baik boss pun ada meeting pukul 2.30 kan, so, we raced back to the office.

Sampai ofis balik, saya pergi toilet sat and started meeting right after that. Hmm, it was an internal one, but important. Dalam meeting tu, ada fruits pulak..haaaa, makan fruits, jangan tak makan fruits.

After that, kami semua turun ke Banquet Hall sebab our minister came...mengejut tau, bukan apa, to berkempen lah tu. Lepas speech, ada makan lagi. Hmmm...jamah jangan tak jamah...

Balik ke bilik, tengok ada kuih lagi kan..tak larat dah nak makan. Bila balik, saya bagi dekat hubby kuih tu, hubby kata pulut udang tu sedap, dia suruh beli lagi...ha ha, memang la macam tu.

Sebab hubby dah macam kenyang makan kuih, we decided not to go out for dinner, saya pun kenyang kan. Waktu tengok tv, saya tertidur la pulak and only woke up at around 10 when the programme on Yuna in US was aired. Hubby and I macam suka kat Yuna kan, so I pun terus bangun dan tengok lah rancangan tu. 

Tengah-tengah tengok tv, hubby mengadu lapar, minta maggi. Saya teringat semalam masih ada nasi lebih sooo, what if I prepare nasi goreng for you? and hubby said, ok.

So, I pun masaklah dengan penuh kasih sayang kan...ha ha...alaahhh, nasi goreng aja kan, dan ikan semalam ada lagi sikit, so...tadaaaaaa....sila tengok gambar ye

nampak sedap gak kan? hikss, nanti I confirm balik dengan hubby on the taste ye sebab right now hubby is already sleeping in front of the tv.

Hmmm, lepas tu saya pun mandi and urut kaki sat kat atas mesin urut kaki tu, and now, I am updating my blog, after this, I'll hit the bed lah.

Okay, tidur awal adalah satu rahsia untuk awet muda ye..haaaa. sekarang ni sudah pukul 1.30, I better sleep..chowww

1 comment:

  1. Patut la lately ni asyik tidur pukul 9 mlm jer, rupa rupanya nak awet muda,,,

    ReplyDelete