Seperti biasa, saya dengan Sinar Pagi semasa dalam perjalanan ke Office pagi tadi.
Hari ni ada Datuk Dr Fadillah Kamsah lagi. Saya tidak pasti topik dia apa, tapi lebih fokus ke alam pekerjaan..hmmm, let's share apa yang saya ingat ye:
1) Boss saya lebih muda dari saya, sangat moody dan sekarang sedang mengandung, maka bertambah moody. In Fact, bila di luar waktu pejabat pun dia menganggap semua orang macam orang bawahan dia.
DFK : Kadang kadang boss muda ni saja tunjuk keras untuk menutup kelemahan diri dia. Oleh kerana itu, para pekerja yang lebih matang, mungkin boleh approach boss, pergi melawat rumah boss (biar betul), and jangan lupa doakan boss...hmmmm
saya : fasal doakan boss ni, saya ingat seorang boss saya ni. Tiba tiba, dia kata, tahun ini, azam dia adalah untuk melakukan ibadat solat dengan sempurna. Tak tinggal-tinggal dah (waktu tu, dia dah nak bersara pun tau, tapi ye lah, better late than never kan.)
Saya ingat lagi, di dalam satu mesyuarat tu, saya tahu boss saya ni belum solat zohor lagi, dan waktu sudah semakin lewat. Waktu tu, saya berdoa untuk dia, semoga dia boleh melakukan solat, semoga dia kuat untuk meninggalkan mesyuarat tu, and solat.
Saya nampak dia bersedia, senseng lengan baju, longgarkan tali kasut, in fact, dia ada bangun sekejap, lepas tu duduk balik...ye lah, bukan senang nak tinggalkan meeting, dia kan orang penting ..tapi alhamdulillah, dalam pukul 4, dia telah bangun dan pergi solat zuhur.
Lepas itu, saya insaf sebab selama ni saya tidak pernah berdoa yang baik untuk bosses...he he, sekarang ni, saya doa juga, semoga boss saya yang sorang ni dapat dikurniakan offer yang lebat dari organisasi lain supaya dia dapat berhijrah dan mendapat kehidupannya lebih baik, insya allah..amiiiin
2) Saya boss, tapi saya cukup menyampah dengan anak-anak buah saya yang sangat degil dan tidak mendengar arahan
DFK : Dia suruh dekati pekerja, lebih membantu, kadang kadang, belanja pekerja makan...doa juga
Saya : Hmmm...memang macam macam masalah sebenarnya dan kalau tidak pandai untuk menghadapinya, boleh stress. Memang pendekatan yang di saran adalah bagus, tetapi perlu ada batasannya, kadang kadang, kalau baik sangat, ada juga yang pijak kepala kita balik.
Bawa banyak bersabar dan selalu doa supaya diberikan tuhan idea yang lebih untuk menghadapi satu satu masalah. Lagi satu, untuk yang ketegaq tu, haaaa, tunjuk garang sikit...it works..kadang kadang la
Conclusion : Hidup ini bukan senang, jadi orang bawah pun tak senang, jadi boss pun tak senang, dan kalau tak de kerja dan jawatan langsung lagilaaah tak senang...
wokey, chow chin chow
No comments:
Post a Comment