Monday, March 5, 2012

Terjawab Sudah

Perkara Paling Romantik Yang Pasangan Anda Pernah Lakukan?

Soalan ini telah dikemukakan oleh FBI kepada Memey di dalam satu rancangan talk show baru baru ini. Memey menjawab, her husband, Norman Hakim telah meminta band yang bermain pada malam itu di Restoran Berpusing KL Tower untuk meminang Memey on his behalf...oooo...romantik bangat kan?

Soalan soalan seperti itu juga sering ditanya di dalam rancangan kuiz suami isteri...haaa, sebab kami macam terfikir kut kami masuk kuiz suami isteri ke apa kan, and to get ourselves prepared, so, saya pun tanya, kat hubby, 'kalau kita, nak jawab macam mana ye?'.

Ha ha, kenyataannya kami memang kurang sikit romantika diamo ni kan, so hubby pun jawab 'errrrrr...' haaaaaa, takkan macam tu jawapan yang kami bagi kalau kami masuk kuiz kan?...ha ha, macam la kami betul betul nak masuk kuiz...he he, dasar orang suka berangan.

Anyway, semalam hubby tak berapa sihat, kaki lenguh lenguh sikit. So, kalau sudah tidak sihat tu, selalunya nak bangunkan pagi untuk solat subuh tu boleh tahanlah susahnya.Kebetulan waktu saya nak kejutkan dia, hujan mula turun mencurah-curah, serious lebat, so, bila terbangun aja, hubby terus tanya, 'hujan ye?'

Saya pun jawab 'yup'. Lepas tu ingatkan nak cium tanganlah kan, dan suruh dia g solat subuh, sebab saya memang kena bertolak cepat sikit kalau hari Isnin.

Tiba-tiba dia kata ' saya hantar cikbib pergi kereta lah, kereta cikbib kan park kat luar hari ni, mesti susah sebab hujan lebat sangat, nanti demam pulak'. Bukan apa, hubby selalu cakap, kalau saya demam dia malas nak jaga, therefore, dia kena pastikan saya sihat je lah...daserrrr!

Tapi saya, tetap rasa terharu sikit sikit...he he

Hujan memang lebat sangat, Shuk tolong buka gate dan hantar ke pintu kereta. Waktu saya masuk ke kereta tu, kena juga hujan sikit, memang tidak boleh elak pun.

Anyway, sebab tergesa-gesa, lepas saya masuk, Shuk pun lari masuk ke dalam rumah, tak sempat pun salam, tak boleh lah nak merealisasikan lagu 'kiss me in the rain'..haaa...terkejut badak pulak jiran jiran saya nanti kan, he he...

Tapi saya dah dapat jawapan untuk soalan di atas kalau saya masuk kuiz lah...ha ha...tapi lepas ni, solve satu masalah (masalah??)..tapi Shuk kena cari jawapan untuk diri dia pulak, saya ni ada buat apa yang romantik ye?...hmmm, cari idea




No comments:

Post a Comment