Monday, March 26, 2012

Kalau Memang Sudah Rezeki Kita

Hari ni saya bangun dalam pukul 6.15, yup, it's Monday and I am supposed to keluar lebih awal dari biasa. Somehow semalam saya sangat malas iron baju, so, pagi ni, saya pun cari baju yang kurang perlu di iron. Habis iron baju pukul 6.30, mandi dan tidak perlu solat sebab uzur and managed to get out of the house at 7.00am...ngam ngam lah tu.

Sebab tergesa gesa, saya tak apply lip gloss, alamak, tengok muka dalam cermin, mak ai, perlu cari lip gloss juga. Saya buka semua zip handbag dan meraba cari lipgloss waktu drive, tak jumpa la pulak.

Bila sampai dan park kereta, saya cari lagi...tapi tak jumpa juga....ishhh, saya pun sapu sapu je la sikit muka dan ketam bibir sambil doa, jangan lah jumpa ramai sangat orang...heeee

Memang tak ramai orang pun, tapi sebelum masuk bilik sendiri, saya singgah dulu kat bilik Sham...ait, lupa lah tu belum pakai lipgloss, sebenarnya saya tak de lah kisah sangat pun, tapi ye lah, siapa lah saya kan, kurang sikit natural beauty nya, so, kenalah pakai lipgloss sikit, supaya presentable, itu aja pun.

Masuk bilik, dalam mood hari Isnin tu, saya pun karang email la, buat kerja itu la, ini  la, itu la...okay aja...pukul 11.00, ada meeting dengan co.

Waktu meeting tu, dapat sms pulak, dalam sms tu kata, pihak SEMASA ada simpan saya punya purse. Saya pun tanya balik "my purse?" bila pulak hilang my purse ni...saya tidak sedar langsung.

Habis meeting, saya pun pergi SEMASA office tu, dan dapat balik purse saya. Mereka kata, mereka jumpa di bawah kereta saya...haaaa, mesti jatuh waktu saya kecoh kecoh pagi tadi dan tidak zip bag saya balik...and since they do not know who I am, they google lah, ha ha ha....zaman IT....

Saya pun berterima kasih banyak-banyak and upon hubby's advice, has given them some money as a token of my appreciation. Ye lah, kalau hilang dokumen dalam purse tu, banyak hal yang kena kita buat...duit nya sikit aja pun, in fact lepas saya bagi mereka duit sikit, tinggal entah berapa ringgit aja dalam purse tu terpaksalah ke ATM, amik sikit duit

Morale of the story :

1) Jangan lupa zip balik handbag, bila bila masa pun

2) Pakai la lip gloss sebelum keluar rumah kalau tahu awak tu kurang presentable kalu tak pakai....ha ha

3) Ramai juga orang yang baik dan ikhlas di dunia ini, macam mereka yang jumpa purse saya dan simpankan.

4) Kalau memang rezeki you, insya allah, benda tu tak kan hilang ke mana...

Lepas ni, saya kena lebih berhati-hati, jumlah duit memang tidak banyak sebab saya memang jarang ada banyak cash, he he, in fact hubby kadang-kadang saja aja check untuk tengok ada tak cash, kalau tak de, dia pun letak la RM50 ke...heeee....

Itu lah ceritanya untuk hari ni, tengah hari ini, lepas lunch...saya menulis dengan harapan saya akan dapat mood untuk bekerja selepas ini, insya allah.

2 comments:

  1. Susah kalau hilang, ic, lost identity, nak kena report police, buat ic baru, buat kad bank baru, jpj, bla, bla, process yang makan masa,, buat pulak ic kita dpt kat org yg tak bertanggung jawab,, lag la haru,,

    ReplyDelete
  2. tahuuu en shuk, alhamdulillah ada orang yang berhati mulia yang telah menyimpankan purse saya tu, insya allah, lepas ni saya akan lebih berhati hati ye...

    ReplyDelete