Breakfast tu berjalan dengan lancarnya, mereka sampai dalam pukul sembilan dan keluar semula dalam pukul 10.30 untuk ke ITM, melihat ada expo mengenai kursus yang available di ITM.
Selepas itu, kami sepatutnya ke Serdang untuk menghadiri majlis perkahwinan, malangnya, kami dua dua pun sangatlah kenyang, tak larat nak pergi...teruknya kan.
Kami pun meneruskan hari minggu dengan membaca surat khabar, tengok tv, lelap sekejap, bangun, lelap balik, macam tu laa, lepas tu tengok laptop pulak...macam tu la kalau tinggal di rumah kan.
Satu perkara yang saya perasan adalah urusan membasuh baju saya sekarang adalah agak mudah semenjak kami membeli mesin basuh baru yang berkapasiti 10 kg ni. Rasa berbaloi la...basuh sekali aja dah cukup. Sebelum ni, kami selalu paksa paksa mesih basuh yang lama kami tu untuk menerima lebih daripada kapasiti, main sumbat sumbat sampai tak larat.
Lagi satu, saya baru tahu tentang multi purpose cleaner..siapa biasa guna? haaaa, saya baru belajar guna and I love it, memang mudah untuk membersihkan dapur, best. Sembur sembur, lap, sembur sembur lap.
* saya tengah menyambil tengok mentor ni, protege Ramlah Ram tengah menunjukkan bakat
Lepas zuhur, dalam pukul 3.30 kami pergi Subang Parade, kami ada voucher RM100 Parkson yang belum guna, so, ingatkan nak gunalah tadi, tapi macam tak de mood, lain kali lah. Kami nak pergi cari mouse pad juga, tapi tak jumpa...cari kasut, tak de yang berkenan juga...akhirnya beli satu krim ni untuk kaki, lepas tu lepak kat Starbuck lagi....hmmmm.
tengok tu, shuk order big size coffee latte, untuk saya dia orderkan Coco Cappuccino (pardon my spelling ye), doughnut and next to it apa ntah, macam karipap gak sikit. Rupanya hubby dah lapar tahap gaban sebab pagi tadi makan pukul 9.30 kan, dan dia belum makan lagi selepas tu, he he, dah pukul 5.40 petang dah tu
heee, model saya, esok birthday dia tau...
Anyway, kami bertolak ke rumah pukul 6.30..waktu dalam perjalanan balik, dua dua sakit perut..isk...kami memang selalu macam tu.
Saya rasa saya perlu menukar sikit la cara hidup. Sekarang ni, I hardly go out from my office during lunch hour. Balik rumah pulak, kawan nya, hubby aja lah. Saya punya hidup ni sangat limited lah and I don't think it's healthy. Saya kena cari kawan ramai sikit, have some social life...sebab hubby pun kadang kadang stress dengan kerja dia, dan tak sempat nak layan saya. Bila dia tak layan, saya la plak stress, so, baik cari kawan kat luar jugak..
Yup...minggu depan, saya akan cari kawan lebih....so, agaknya no more updates lah at lunch hour ye. And Mek Yah, how about bowling game satu hari nanti? Dengan kome pun kami dah lama tak lepak...
Yup, kadang kadang kita mengambil tindakan yang salah kan? Selagi kita manusia, kita mesti tidak boleh lari dari buat silap, I admit, but I would like to improve.
Hmm, esok hari Isnin, saya kena pergi kerja lebih awal. Semoga dipermudah kan semua urusan kita, insya allah...have a productive week everyone!
No comments:
Post a Comment