Friday, March 23, 2012

Lepas SPM

Saya tahu post saya dua tiga hari ni kurang perasa kan? Nampak benar ianya tidak dilakukan bersungguh sungguh..yup, mengaku, saya macam sibuk sikit, balik rumah pulak, dah penat...soooo...

Saya di dalam bilik kaca saya sekarang, hari Jumaat, waktu makan tengahari. Saya baru makan nasi dagang lauk ikan yang dijual oleh Che Lah, he he, yang sepatutnya saya makan pagi tadi...biasalah, kena kejar dengan boss, tak sempat. Minum juga nescafe 3 in 1, mild...

Banyak kerja di atas meja ni, petang ni pulak, ada meeting di M pada jam 4.30...moga tak drag lah...

lagi?...hmmm, keputusan SPM....yup, antara mereka mereka yang saya kenal, alhamdulillah, ramai yang lulus, ada juga yang berahsia, tidak mahu bagi tahu...apa apa pun, SPM ni sesungguhnya hanya lah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar kan? Dan sekiranya keputusan tidak baik sekalipun, bersyukurlah kerana masih dikurniakan umur, kesihatan yang baik untuk terus berusaha mencari kehidupan di bumi Allah ini.

Bercerita tentang SPM, saya ingat lagi betapa tidak rasional nya saya sewaktu menguruskan kehidupan saya di waktu itu. Ye lah, saya perasan, sesungguhnya tiada siapa yang 'assist' saya tentang apa yang perlu saya buat.

Saya buat sendiri semua benda, of course kakak saya adalah nasihat sini sana kan, mintak UPU ke , apa ke. Lagi satu, tanya kawan-kawan, selalunya pulak, kita jadi over excited kan, ye lah, ada sorang kawan saya tu, emak dan ayah dua dua cikgu, jadi dia dan parents dia telah pergi KL untuk melihat keputusan dia dapat masuk ke mana, sedangkan saya waktu tu, ayah dah tak de, emak pulak mana lah tahu drive nak ke mana mana.

Saya pulak, bila gabra, asyik marah aja, jadi saya macam marah sikit kat emak saya, saya ingat lagi waktu tu, dekat dengan Jalan Maxwell Ipoh, selepas turun bas untuk ke Pejabat Pelajaran ke apa yang terletak di situ...saya ada meluahkan sikit marah atau sebenarnya disappointment kut sebab mak saya tak boleh bawa saya ke KL kan...and my mother pun buat pertama kalinya bagi statement yang macam ni "tak baik marah dekat emak macam tu"....lembut aja...tapi menusuk jiwa...huwaaaaa....lepas tu saya tak komplen dah.

Anyway, saya faham dengan gelora perasaan seorang yang baru lepas SPM. Waktu ini sesungguhnya kritikal bagi pemikiran seorang budak yang baru berumur 18 tahun. Banyak yang difikirkan, banyak yang dirisaukan.

Saya ingat saya sangat risau bila kawan saya sudah dapat offer, dapat pergi sini, dapat pergi sana...makkk...risau. Saya tidak tahu yang sepatutnya saya patut lebih bertenang, jangan kelam kabut, berusahalah, tapi mesti yakin dengan kerja tuhan, yakin dengan rezeki. Saya juga tidak tahu yang tidak semestinya sekiranya setelah masuk UKM, tidak semestinya akan grad kat UKM juga, mungkin grad di ITM pulak lepas tu....yup, tidak semuanya di dunia ini adalah straight forward.

Tidak ada sesiapa yang mengajar saya untuk bertenang waktu tu, tu lah saya kata, I should have learnt about stress management waktu muda muda lagi.

Saya banyak risau la dulu, memang banyak risau...bodoh kan? tak baik juga.

Tapi yang baiknya sikit dengan diri saya ialah saya sensitif dengan sekeliling saya dan boleh memilih mana yang lebih baik. Yup, dulu saya ada dua boss, satu tu mengelabah tak kena tempat, yang satu lagi tu lebih relax...so...saya memilih untuk tidak menjadi boss yang mengelabah if I were ever to become a boss one day.

Hmm, dan waktu di Korporat, saya stress gila, dan saya mula belajar, dan mencari ilmu untuk menangani stress. Saya juga cuba untuk tidak buat apa yang saya tak suka orang buat dekat saya...simple...tapi tidak lah sempurna kan, saya tahu ada orang yang simply tidak suka dengan saya.

Anyway, berbalik kepada SPM tadi, saya doakan anak-anak sedara saya, sama ada yang kelulusan okay atau tidak, supaya bijak dan tabah untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar. Tenangkan hati, dan sekiranya keliru, panjatkan doakan semoga Tuhan menunjukkan kita jalan yang terbaik yang patut kita pilih. Semoga kita semua di bawah petunjuknya, insya allah.



No comments:

Post a Comment