Friday, August 2, 2013

Menjelang raya lagiiii, 1 Ogos 2013

Hari ini, genap 4 tahun kami tinggal di Jalan Ferum...our home sweet home.

Sebenarnya keadaan rumah adalah sedikit out of order sekarang ni. Berselerak. Saya bercadang nak kemas la weekend ni, rasa kaki berpasir semacam aja.

Tapi rumah ni tetap sweet lah, he he he.

Hmmm, macam mana persiapan raya? Tengahari tadi, saya dan suami baru selesai menukar duit raya. Mula-mula hubby yang nak buat, dia cuba buat kat Shah Alam la. Segala bank dia pergi, semuanya bagi jawapan yang sama "tiada duit tukar".

Hmmm, mula-mula saya cuak juga, tapi saya fikir juga. apa pulak nak risau sangat kan? Duit raya tu bukan wajib pun kan? Oleh kerana itu, kalau tidak boleh tukar duit, tak yah bagi lah duit raya kan? Okay apa, boleh jimat sikit duit...hi hi hi. Tapi hubby was not happy, jadi saya pun dengan penuh kasih sayangnya telah pergi menapak ke KL Sentral. Mula-mula saya pergi CIMB, tak de juga duit tukar. Saya pergi Maybank pulak lepas tu, alhamdulillah ada. Tapi duit lama lah...tak kisahlah kan....value sama apa.

Sila bayangkan ye, saya ada lebih kurang 30 anak sedara, sebelah hubby pun lebih kurang, haaaa, kalu bagi setiap orang RM10 kalu...sekira total berapa?....Itu lah cabarannya kalau keluarga anda besar....tapi banyakkkk lagi keceriaan lain yang patut saya syukuri, so, I am not complaining.

Semalam, hubby baru aja habis membayar semua bayaran yang perlu dibayar seperti rumah, kereta, segala jenis bil spt kad kredit/air/api/unifi/astro dll...Haaaa, bila dah bayar semua tu, barulah kami tengok balance yang ada and budget our expenses according to whatever we have left.

Hmmm, selain duit raya, kami kena allocate duit untuk tol, beli barang-barang dapur untuk di bawa balik ke kg, beli kuih, dan seribu satu benda lagi....hmmmm. Not forgetting that we must be able to finance ourselves after raya is over...he he he

Tapi tak banyak sangat pun sebab kami adik beradik akan berkongsi kan...

Untuk kampung saya, raya kali ini adalah tahun yang lebih meriah sebab rata-rata adik beradik saya akan balik ke sebelah Chemor...sooooo...rumah akan penuh. Bila rumah akan penuh, banyak perebutan akan berlaku seperti berebut masuk bilik air, berebut nak ambil tuala opah, berebut nak ambil bantal/selimut/tilam dan tempat tidur yang best. Tapi itu lah yang memeriahkan keaadaan kan.

Pada waktu-waktu seperti ini, semua resources akan digunakan, termasuklah tandas lama yang ada di luar rumah. Haaaa, emak saya akan pastikan tandas tu bersih untuk digunakan. Selalunya kami orang-orang biasa tak guna pun tandas ni, yang guna adalah mereka yang suka termenung lama.....heeee.

Orang perempuan pulak akan sibuk macam mereka ni kerja di dewan makan. Masak untuk 40-50 orang kan...waduh waduh, jadik bibik lah kami semua. Tapi jangan risau, walaupun di kg, kami ada sistem bekerja yang baik dan seorang ketua yang berdisiplin dan tegas (my mother aka opah la tu)...haaaa...di bawah pengawasan emak saya, semua perkara akan di lakukan dengan kemas. 

Kami juga kena membersihkan rumah kami yang besar tu. Yup, banyak tenaga diperlukan untuk menyapu dan mengemop rumah itu. Selain daripada di dalam rumah, kami juga perlu mengemas/bersihkan kawasan luar rumah. Emak saya juga akan menggunakan masa ini untuk mengarahkan anak-anak nya untuk buat itu dan ini. Maklumlah, bukan senang untuk ada orang yang boleh disuruh.

Tapi kan, saya perasan yang waktu di kampung, saya jarang sakit kepala....walaupun saya melengas, berpeluh, tapi saya happy....rasa released. Saya juga perasan yang adik beradik saya yang lain pun memang lagi rajin dari saya. Sesungguhnya saya banyak mengelat, tapi kakak-kakak saya semuanya sangat rajin...jadi kerja saya semuanya jadi ringanlah kan..hiksss

..adoiiii, terbayang saya kemeriahan raya ni. Semoga semuanya akan berjalan baik, semoga semuanya dipermudahkan dan kita semua akan beraya dengan gembira, insya allah.










No comments:

Post a Comment