Ada restoran ni, namanya HAYAKI. Ingatkan restoran Jepun, rupanya restoran masakan Kelantan. Ada orang kata, HAYAKI tu gabungan nama isteri dan suami yang empunya restoran. HAYAti + zaKI. Hmmm, jadi HAYAKI.
Ada sorang adik ipar saya ni pun suka juga combine nama dia dan hubby. Macam bila gabungkan nama dia and hubby untuk plat kereta kan, jadilah plat kereta negeri Perlis, RJ (Ruwaida dan Jukhairi). Nama dia kat facebook pun dan Ida Joe.
Ada ramai lagi yang buat macam tu kan, macam buat nama anak. Ada couple ni, husband nama Hasan dan wife nama Nor apa ntah. Haaa, combine nama anak, semua nama anak ada Hasnor di pangkal.
Saya dengan hubbyyyy...hmmm, agaknya kami kahwin dalam umur dewasa kut, jadi benda-benda yang macam tu dah tak masuk dalam priority. Lagipun nak masuk macam mana pun macam tak jadi aja...jadi bunyi ntah apa-apa adalah.
Mengenai panggilan pula, saya pernah ditegur kerana saya memanggil suami saya dengan "Shukri" aja, dan bukannya abang. Mereka merasakan macam tidak "sesuai" untuk saya memanggil hubby saya Shukri/Shuk.
Infact abang saya pun komen. Tapi saya ingat lagi waktu mula-mula kahwin dulu, sewaktu isteri abang saya nak panggil abang saya tu "abang', abang saya pun macam tak suka aja, atupun malulah agaknya. Tapi berkat isteri abang saya itu istiqamah memanggil abang saya dengan panggilan "abang", haaa, sekarang abang saya pun rasa yang saya patut panggil hubby saya abang. Memang tak salah pun kata-kata dia tu kan?

Mak saya pun pernah tegur juga.
Tapi hubby saya memang tidak merasakan yang panggilan abang dari saya tu sesuai untuk kami berdua. Hubby memang suka saya panggil dia Shuk, sebab dia rasa "special" sikit.
Saya check juga, whether memang hukumnya haram ke bila kita panggil hubby kita dengan nama aja. Atauuuu, boleh tak seorang wife tu panggil hubby dia abang, sambil baling selipar? Haa, yang tu lagi sadist. Atauuu, yang panggil papa/abah/ayah tu macam mana?
Yang saya tahu, seorang isteri perlu menghormati suaminya. Orang Arab mana ada panggil suami mereka dengan panggilan "abang" kan? Mungkin saya tidak panggil suami saya abang, tapi saya panggil dia dengan panggilan yang baik, nama yang telah diberikan oleh emak dan ayah mertua saya kepada suami saya dengan penuh kasih sayang, Shukri. Kan sedap tu? Maksudnya pun baik.
Tapi sebab bosan kena tegur, kalau depan orang, saya akan panggil suami saya dengan panggillan "wahai suamiku". Tapi suami saya ni memang kurang sikit pendengarannya, soooo, more than often, saya perlu jerit dan tekan sikit panggilan tuh, walaupun depan orang, iskkk, that makes me feel bad lah.
Suami saya pulak, panggil saya dengan panggilan glamour saya "cikbib". Heeee. Dia kata, dia memang suka nama tu. Itu pun tak sesuai jugak kan? Adake panggil isteri sendiri "cikbib". But if it makes him happy, why not kan?
Waktu mula-mula kahwin dulu, ada juga dia teringin nak panggil saya sayang. Tapi saya pula macam tak selesa. Sekarang ni pun, kalau dia nak panggil saya sayang, tetap saya rasa tak sesuai, jadi kelakar, jadi so not us lah. Tidak boleh la saya merasakan kesyahduan panggilan sayang tuh, ekekekek.
Agaknya begitulah juga perasaan suami bila saya panggil dia abang, dia rasa macam tak selesa.
Tapi saya tetap berharap yang saya boleh syahdu-syahdu dan feel sikit bila hubby panggil sayang, walaupun sudah 7 tahun kahwin dan gagal. Heeee. Mungkin saya juga boleh melebihkan syahdu dan panggil hubby "abang" satu hari nanti. Saya sebenarnya suka juga bila hati jadi berbunga-bunga nih...ekeekekek, manusia kan...normal lah tu.

I guess sometimes there's a specific unwritten rules for every couple. Dan bagi saya, selagi ianya tidak menyalahi syarak, janganlah membesarkan perkara yang kecil. Biarkan setiap pasangan hidup dan gembira dengan cara mereka sendiri. Apa yang menggembirakan satu pasangan mungkin tidak akan menggembirakan pasangan yang lain.
Okay...itu aja...saja-saja rasa macam nak menulis sat...
ahahaha.. kami pun tergolong dlm entry ni rupanya..hehe.. RJ tu Rezab Jalan pun ya kak bib. tepi jalan belambak dok pacak sepanduk RJ (REZAB JALAN). One day nak berenti tepi jalan nak tangkap gambaq. akakakakakaka..
ReplyDelete