Hari ini saya mula bekerja balik. Suspen juga nak masuk kerja ni, dan oleh kerana itu, sebelum tidur malam tadi, juga selepas solat subuh pagi tadi, saya berdoa semoga semuanya akan berjalan dengan baik. Semoga saya dapat menjalankan kerja saya dengan sempurna, semoga saya dapat banyak ilmu pengetahuan baru dan semoga saya dan team saya gembira dalam melaksanakan semua kerja, insya allah.
Pagi tadi, saya bersahur, makan nasi dengan sardin, he he he. Hubby pun bersahur sama, maksudnya, insya allah, hubby pun nak puasalah juga.
Oleh kerana hubby pun puasa sama, maka, saya tidak boleh lah buat perangai macam biasa iaitu dalam pukul 11.00 pagi, call hubby dan minta kebenaran buka puasa...he he he he, itu lah baiknya bila buat ibadah secara berjemaah ni, kita jadi lebih kuat.
Tapi kan, bila masak sardin pagi tadi, saya rasa macam satu rumah bau sardin. Saya pulak terlupa nak on kan penyedut asap tu waktu masak. Hmmm, tak selesa betul saya sebab sampai dalam bedroom pun ada bau sardin.
Lepas tu, bila nak pergi kerja, waktu hubby nak cium saya, laaaaa, lagi la dia berbau sardin. Isk...Shuk belum mandi lagi waktu tu.
Okaylah, itu sahajalah statement pembuka saya untuk hari ini. Saya kena kembali bekerja...kita jumpa lagi di lain masa.
No comments:
Post a Comment