Sunday, August 4, 2013

3 Aug 2013 : Shah Alam ku

Hubby dah bising. Dia tanya kenapa saya tak update blog...heeee. Saya terharu aja sebab hubby suka baca blog saya, walaupun tidaklah cerdik sangat blog ni kan, he he.

Hari ini hari Sabtu. Kami tak buat apa-apa pun, duduk rumah, lepak, baca blog, baca majalah, main candy crush...hmmm.

Tapi petangnya kami tetap melakukan tugas kami sebagai Datuk Bandar Shah Alam...ekekekeke. Bukan apa, lepas aja beli makanan untuk berbuka, kami tetap pergi round dekat Bandar Shah Alam tu. Nak tengok orang ramai ke tak.

Bagi mereka yang berminat, mari saya laporkan bahawa orang memang lagi ramai dari minggu lepas. Kereta penuh di tepi-tepi jalan di sepanjang Kompleks, SACC Mall, Alam Sentral sehinggalah ke Anggerik Mall tu...kami tak singgah pun, kami lalu dan tengok aja.

Lepas tu kami lalu pula di Dataran Shah Alam. Ada raaamai orang yang berbuka puasa di situ. Yup, ada yang book meja awal-awal, ada yang bentang tikar kat padang tu, macam-macam. Pihak MBSA juga ada menyiapkan tempat solat/berwuduk bagi memudahkan mereka yang berbuka di situ bersolat. Baguskan? Yang ini saya suka dan sangat bersetuju.

Lepas tu kami lalu di Masjid Biru tu. Siapa-siapa yang tinggal di Shah Alam, mesti perasan yang dalam 4-5 tahun kebelakangan ini, Masjid ini sangatlah di imarahkan. Sentiasa ada aktiviti di sini dan jumlah pengunjung sentiasa ramai. Pengunjung masjid ni tidak terhad di kalangan orang Shah Alam aja tau, orang Kelang pun ada datang, orang Banting pun ada datang, alhamdulillah. Kami pulakkkk...he he he...buat masa ni masih bertarawikh di Seksyen 7. 

Lepas tu kami lalu pulak di tepi Taman Tasik. Di sini pun kami nampak ramai yang dah book meja dan ada yang dah letak tikar untuk berbuka puasa...hmmmm, kat sini kena letak lilin lebih rasanya sebab kurang lampu.

Basicnya : saya rasa shukur saya duduk Shah Alam la. Saya suka aja dengan aktiviti dan sokongan yang diberi oleh MBSA/local government. Macam aktivi berbuka/ber rekreasi di Dataran Shah Alam tu, mereka biarkan orang melakukan aktiviti, orang park kereta tepi jalan pun mereka tidak saman, tapi janganlah sampai block orang lain kan.... malah menyediakan tempat solat bagi memudahkan orang bersolat...okay lah tu kan?

Saya perasan juga ada track sedang dibina untuk berbasikal. Saya ada dengar juga ada yang kurang gembira dengan aktiviti membina track ni, tapi saya ada juga sudah berangan untuk beli basikal...heeee....

Hmmm...akhirnya saya tulis fasa tempat tinggal saya pulak kan? Tapi minggu depan kami akan tinggalkan Shah Alam untuk balik kg...heeee.

Okay lah, nanti saya fikir untuk tulis fasal lain pulak ye...in case hubby bising bising lagi...heee


No comments:

Post a Comment