Pernah pada satu masa, seorang clerk ni telah ditanya oleh seorang cleaner sebegini "awak rasa, umur saya berapa?", di dalam toilet, dalam loghat Indonesia.
Yang clerk saya ni, muda lagi budaknya dan agak naive, diapun menjawab "56?"...hmmmm, terkejut cleaner tu.
Sebenarnya cleaner tu adalah cleaner favourite kami semua. Dia rajin, buat kerjapun kemas dan pada waktu makan tengah hari, dia bagi servis mengurut badan...
Ramai yang memuji cleaner tu, dia pun sebenarnya agak cantiklah sebab berkulit lebih putih, juga agak bergaya.
Dengan puji-pujian yang selalunya sampai, pastinya cleaner ini telah membina keyakinan dirinya sehingga dia dengan yakin telah bertanya kepada clerk saya tu tentang umurnya sendiri. Pastinya dia mengharapkan clerk itu meneka umurnya dalam 40 tahun begitu, sebab umur sebenarnya adalah 49 tahun.
Saya diam aja. Tapi clerk itu kemudiannya bercerita semula tentang apa yang terjadi kepada saya. Dia selamba aja cakap "saya memang rasa yang rupa cleaner itu macam muka orang 56 tahun, saya jawab ajalah".
Heee. Tapi saya rasa, dalam keadaan ni, tidak ada salahnya bermulut manis. Tidak ada mudharatnya kan kecuali anda seperti mendoakan semoa dia kelihatan muda dan cantik selalu. Kalau anda rasa umur dia 56 tahun, kurang kan sahaja lah umurnya kepada 46 tahun, haaaaa, dia pasti gembira dan anda pula pasti disukai. Senang kan?
Oleh kerana itu juga, janganlah terlampau teruja apabila anda dipuji kerana kelihatan muda. Heee, menasihat orang pandai kan saya ni? Saya pun pernah juga teruja apabila dipuji...
Sewaktu saya di Sabah, ada seorang wanita muda yang memuji dengan menyatakan bahawa kulit saya kelihatan seperti kulit orang muda. Saya pun apa lagi, terus terawang dan bercerita tentang my beauty regime. Siap cerita yang saya tengah guna produk Korea sekarang yang ada company ni hadiahkan etc etc etc.
Mesti perempuan tu gelakkan saya kan? Mesti dia kata "aku bermanis mulut aja sebenarnya, tapi dia ni sudah feel lebih".
Sesetengah tu, siap buat post facebook lagi bila orang puji dia muda...heeee...sikap positif tu bagus, tapi janganlah berlebih-lebihan.
Berhati-hatilah bila menerima pujian. Kalau ada orang puji pun, senyum dan berterima kasih ajalah. Janganlah bila orang puji, siap pula cerita rahsia yang kita ada rahsia tersendiri seperti menggunakan produk Korea saya tuh. Atau pun siap bagi tahu yang : "rahsia saya adalah senyum. Saya selalu senyum kerana saya pasti bahawa senyum akan membuat anda sentiasa muda" . Bukan apa, kerana yang berkata itu mungkin hanyalah untuk bermulut manis sahaja. Bila orang bermulut manis, kita pun jawablah dengan mulut manis sahaja, tidak perlu berlebih-lebihan.
Hmmm...kalau saya buat post kat facebook macam ni "CIK BIB COMEL TAK?" haaaa, you all rasa you all akan response apa?....HIKssss...
Sesungguhnya cerita di atas hanyalah satu cerita khayalan semata!
No comments:
Post a Comment