Hari ini, Selasa, 6 Ogos 2013, jam 6.14 pagi, lepas sahur.
Saya sudah mula cuti hari ini dan kami sepatutnya balik ke kampung. Walau bagaimanapun, barang belum pack lagi, mata pun dah mengantuk balik, soooo, tak pasti lagi pukul berapa kami akan bertolak.
Semalam, kami keluar melawat Shah Alam buat kali terakhir. Sebenarnya saya pun tak pasti lah kenapa kami buat semua tu, tapi kami memang re-visit beberapa tempat. Kami pergi balik ke tempat jual carpet tu dan alhamdulillah tak terbeli apa-apa.
Lepas tu, hubby insist nak keluar tengok gerai-gerai di tepi Quality Hotel juga di SACC Mall. Sebenarnya saya tidak la mahu pergi, tapi hubby saya sebagai Datuk Bandar Simpanan telah insist untuk melakukan tugas-tugas lawatannya.
Kami pun turun lah dan melihat gerai-gerai yang ada. Alhamdulillah tak beli apa-apa. Sebenarnya teringat juga nak beli tudung, tapi mengenangkan yang saya memang sudah berbelanja lebih dari yang sepatutnya, saya mengambil keputusan untuk cari aja tudung yang sesuai dari koleksi yang ada...uwaaaa, koleksi lagi.
Selepas melawat kawasan, kami telah singgah di Uncle K. Kami order mee goreng mamak dan roti bakar... yup, macamlah nak tinggalkan Shah Alam setahun kan, siap buat makan malam perpisahan pulak.
Rasa macam sayu pulak semalam bila tengok Shah Alam di area Seksyen 7 tu macam sunyi aja. Tempat letak kereta di Apartment Baiduri pun tidak sesak seperti biasa, Ramai yang sudah meninggalkan Shah Alam untuk beraya di kampung.
Saya rasa, ini adalah post saya yang terakhir sebelum hari raya. Saya tida rasa yang saya akan ada masa untuk update blog ini sewaktu saya di kampung.
Oleh kerana itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kata-kata saya yang telah melukakan hati sesiapa sewaktu. Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ini dan semoga bergembira sewaktu berhari raya.
Kepada semua anak-anak sedara saya, kita jumpa di kampung ye. Kalau ada siapa-siapa yang terdetik untuk tidak balik kg, haaaa, sila tukar niat anda itu sekarang juga...
selamat hari raya kak bib, dah siap ka ayam masak merahnya.. hahaha.. see u at 23/3 peringkat 3 felda ijok.. :-)
ReplyDeletehooo, mana boleh tak masak Ida, ada yang dah siap termimpi nak makan ayam masak merah cikbib...heeee
ReplyDelete