Insya allah, kami akan berpuasa untuk hari ke 2 hari ini. Pagi tadi, kami bangun sahur makan roti dengan scramble egg. Saya bangun pukul 5.00 pagi, pergi dapur, buat scramble egg tu dan buat nescafe untuk hubby. Pukul 5.15 kejut hubby untuk sahur.
Lately senang pulak hubby bangun tidur, alhamdulillah. Tapi dia masih tidak bangun bila alarm clock berbunyi, walaupun segala lagu sudah berdendang di dalam bilik, bersilih ganti.
Sebab tidak buat sardin, tiadalah rumah berbau sardin lagi, alhamdulillah.
Saya dapati saya ni okay aja bila berpuasa kecuali satu benda, saya mengantuk terlebih sikit. Hmmmm, Datuk Fadzillah Kamsah kata benda ini sepatutnya semuanya berada di minda. Saya sepatutnya set minda saya supaya menjadi lebih kuat, lebih aktif dan semuanya yang positiflah, ketika berpuasa.
In fact, Nabi dan sahabat-sahabatnya telah berperang di bulan Ramadhan...hebat kan? Kita ni kadang-kadang, nak kemas rumah sewaktu berpuasa pun tak larat. Betapa lemahnya iman kita.
Saya mengharapkan hari yang baik hari ini, semoga saya dapat settlekan banyak benda.
Saya juga doakan semoga projek boss saya mengorganize jamuan hari raya Organisasi saya esok akan berjaya, insya allah...event besar juga tu...
okay guys, back to work
No comments:
Post a Comment