Saturday, August 17, 2013

17 Ogos 2013 - Sabtu

Hari ni saya selsema dan demam. Macam tak larat aja nak bangun. Tapi bangun jugak...he he.

Bangun, mandi, dan turun ke bawah. Masak nasi dan decided to make tumis ikan bilis, version tak goreng ikan bilis tuh, sebab tak larat. Lepas tu potong timun.

Since hubby tak bangun lagi, saya makan dululahhh...

Tapi saya memang demam lah, rasa semacam aja, kepala pun berat. Saya pun telan panadol, tengok internet. Hubby pun turun lepas tu.

Hubby pergi beli hundred plus, suruh saya minum. Lepas tu saya tidur. Hubby bangunkan saya suruh solat jam 2.30 petang. Saya mandi, solat dan lepas tu abang saya datang...he he he.

Bila tahu abang hab nak datang, saya terus jadi sihat...hiks. Ye la, terus larat nak menyapu sampah dan kemas rumah sikit-sikit....itu lah bagusnya bila tetamu datang kan, rumah pun kemas, kita pun jadi sihat...heee.

Saya pernah juga baca macam mana pasangan suami isteri yang bergaduh, boleh berbaik semula bila ada tetamu datang...heeee...sebenarnya perkara ini memang selaaaalu jadi kat hubby and I. Yup, sewaktu kami perang dingin/panas, tetiba ada tetamu, haaaa, terus jadi baik. Bila tetamu balik, kami terus jadi kawan balik...hmmm, berkat menerima tetamu nih, hi hi hi.

Sekarang ni, nak solat asar dulu dan mungkin keluar untuk minum. Sekarang ni kami sudah tidak perlu melawat Bandaraya Shah Alam dah sebab jawatan kami sebagai Datuk Bandar Simpanan sudah jumud...

Okay, for closing, gambar family abang Hab beraya di rumah kami tadi..









No comments:

Post a Comment