After a long 4 days break, I am back working today.
It's the 21st day of Ramadhan today and I am suppose to go and see the doctor for further check-up but I am thinking to postponing it till after puasa...hmmmm.
Oh ye, kan sekarang sudah hari-hari terakhir bulan Ramadhan dan kononnya semua orang berlumba-lumba untuk beribadah. In fact, dalam satu post di facebook ni, penulis ni menggalakkan kita semua untuk membuat senarai tentang perkara yang kita inginkan dan berdoalah menurut senarai itu dengan harapan doa tersebut akan dimakbulkan.
Sebenarnya saya pernah juga buat senarai-senarai ni, tapi bila saya baca post tu, ada juga saya rasa macam melampau....he he he, yup, macam terlampau demanding kan? Rasa malu untuk terlampau meminta dengan tuhan.
Tapi, saya teringat pulak yang sesungguhnya tuhan sangat suka bila kita meminta daripadanya. Yup, tuhan bukan macam kita yang kadang-kadang sempit hati bila orang datang minta tolong, sebaliknya kita sangat-sangatlah digalakkan berdoa dan meminta daripadanya...
So, pagi tadi, saya pun adalah berdoa sikit, tapi jadi panjang juga tau. Tapi saya doa basic lah, minta sihat, minta sentiasa ingat Allah dan tidak lupa bersyukur, minta saya dan hubby hubungannya baik-baik sahaja, minta dipermudahkan semua urusan, minta tidak dipanjangkan umur kita orang sehingga sampai jadi macam budak-budak balik, minta sentiasa cukup rezeki dan tidak perlu meminta daripada orang lain.
Saya juga banyak berdoa untuk anak-anak sedara saya...1/3 doa adalah untuk mereka.
Saya juga minta yang terbaik untuk perjalan karier saya, semoga saya dibukakan pintu hati untuk sentiasa dapat menerima ilmu baru dll.
Banyakkkkkk doanya and somehow it was easy to say my prayer...rasa best.
Cuma waktu mesyuarat pagi tadi, sewaktu mata mula mengantuk dan fikiran mula terawang-awang, saya teringat nak doa untuk satu benda yang saya dah lama tak doa ni...SAYA NAK KURUS!!
Heee, kena tambah lah doa yang ini juga selepas ni, he he he...
thankyou cik bib doakan us! :)
ReplyDelete