Hari ini, saya dengar berita, confirmed yang pasangan Michael Douglas dan Catherine Zeta Jones bercerai. Saya suka pasangan ini sebenarnya. Handsome dan lawa kan? Tapi tu lah, bercerai juga akhirnya.
Sewaktu muda-muda dulu, waktu masih belajar lah, saya banyak juga baca novel-novel Mills and Boon tu. Selalunya, saya dapati, hero dalam novel Mills & Boon tu adalah lebih berumur (dalam 35 tahun ke atas), dan keadaan ekonominya adalah stabil dan sangatlah machonya dan romantik. Heroin pula mesti lebih muda, lebih cantik, macam sempurna lah.
Jangan di lupa, satu perangai yang memang ada dalam diri saya sejak kecil adalah suka berangan!
Jadi, bila membaca novel-novel cinta ini, sayapun akan beranganlah. Berangan-angan ada pakwe handsome, bijak, romantik, kaya dan saya juga selalu berangan yang pasangan saya itu adalah lebih tua/dewasa/incharge.
Hmmmm...itu yang saya pernah sekali tu tersuka dengan pensyarah saya tu...he he he. Sampai bila jumpa, rasa segannnnnnn la sangat....iskkk.
Saya juga pernah suka dekat seorang mamat ni yang makan satu dewan makan di ITM. Saya selalu aja tengok dia dari jauh, tapi dia tak tahu lah yang saya suka dia. Saya tahu dia buat degree in Engineering tapi saya tak tahu nama dia pun. Satu hari tu, selepas grad, saya telah terjumpa dan bertentang mata dengan dia di satu cafetaria ni. Mak oiii, rasa dub dab dub dab jantung...nasib baik la saya ni pemalu, kalau saya ni jenis berani, mesti saya boleh pergi approach dia ni terus waktu tu juga, he he he he.
Sepanjang hidup ada la dalam 4-5 kali orang approach saya. Tapi saya ni jenis tidak menunjukkan minat sangat...which was sooo silap. Bila saya kurang menunjukkan minat, orang lelaki pun mulalah takut nak approach saya...dah la memang secara fizikalnya saya memang macho...miahahahaha...takutlaaaa semua lelaki, nasib baik la ada seorang lelaki yang bermisai gondrong seorang ni yang telah berani menyahut cabaran.
Hmmmm...tapi semuanya adalah jodoh kan? Setengah orang tu, bercinta berbelas tahun, tapi kahwinnya hanya tak sampai pun setahun dah bercerai...yup, it takes more than just love to maintain a marriage.
Okay lah, saya juga tahu ramai daripada pembaca blog saya ini adalah mereka yang sedang mengharapkan jodoh mereka sampai. Saya doakan jodoh mereka akan sampai pada masa yang tepat, dengan orang yang tepat...insya allah. Yang penting, jangan putus ada, teruskan usaha dan jangan berhenti berdoa!
No comments:
Post a Comment