Monday, August 5, 2013

Isnin, 5 Ogos 2013 - ayam masak merah

Hari ini hari Isnin, hari terakhir saya bekerja sebelum mula bercuti raya. Semoga semuanya akan berjalan lancar hari ini. Semoga semua yang sepatutnya dapat di selesaikan hari ini, dapat diselesaikan supaya saya dapat cuti dengan senang hati, insya allah. Semoga dipermudahkan segalaurusan
 
Sebenarnya hati saya sudah tidak di ofis lagi kut. Hati ini sudah ke mana-mana pun saya tak pasti. Resepi ayam masak merah sudah bermain-main di kepala dan terbayang juga banyak nya benda nak buat bila balik rumah mak ni...hmmmm. Tak pe, saya sudah bersedia secara mental dan fizikal...saya nak seronok-seronok aja buat kerja.
 
Secara amnya, keluarga saya ni rajin-rajin juga orangnya kecuali kurang rajin memasak...heeee. Tapi tak pe, kami ada dua orang kakak ipar yang cekap dan kita orang pula adalah pembantu yang cekap...
 
Selalunya bila di kampung, saya lebih fokus dengan kerja di dapur. Kerja kemas mengemas ni, diserahkan kepada anak-anak sedara saya. Kerja di luar pula, selalunya abang-abang serta abang ipar saya.
 
Tentang masakan pula, selalunya emak saya akan order aja rendang daging dengan lemang. Kakak saya pula akan order rendang tok special dari Ipoh. Rendang tok ni adalah favourite kami semua. Kakak ipar saya pula selalunya akan masak rendang kerang special dia, hmmm, yang ni pun favourite juga. Saya pula, selalunya akan masak ayam masak merah di pagi raya. Yup, saya akan bangun awal dan masak.
 
Budaya masak ayam merah ni dah lama saya buat, sejak saya bujang lagi. Saya pun tak pastilah sama ada yang saya masak tu sedap ke idak, tapi anak-anak sedara saya semuanya suka. Bagi saya, memang satu pengorbanan jugalah nak bangun di pagi raya dan memasak ni, tapi hati puas juga bila tengok budak-budak tu suka makan.
 
Apa yang challeging bila masak ayam masak merah ni? haaaaa, mestilah bila minya dia meletup-letup tu. Bahaya tu satu, dapur jadi selekeh pun satu....
 
Saya selalunya akan selesai masak menjelang waktu solat raya. Selesai aja, saya akan mandi cepat-cepat dan join hubby untuk solat raya.
 
Hmmm...tak habis-habis fasal raya. Oh ye, pagi tadi, setelah 7 tahun berkahwin, akhirnya saya bangun lewat juga untuk sahur. Saya bangun jam 5.20 pagi. Terkejut bila tengok jam, saya terus suruh hubby bangun dan kemudian terus turun ke dapur dan panaskan semua benda dan buat air. Dalam jam 5.28 macam tu, dah mula makan dan kami selesai semua sebelum pukul 5.40 pagi...still okay lagi lah.
 
Saya nak start kerja balik ni...tetap kena kerja kan....chow dulu

No comments:

Post a Comment