Pada hari dimana kami pulang ke Shah Alam setelah beraya, hubby dengan terujanya mengajak saya pergi berurut di pusat urut yang namanya My Kaki kut (dah lupa) di mana semua tukang urutnya adalah orang-orang yang cacat penglihatan.
Sebenarnya hubby pernah pergi ke tempat ini bersama kawan baiknya, dan, seperti biasa, hubby mesti nak ajak saya merasa apa yang dia dah rasa.
Mula-mula, kami plan nak buat refleksologi aja. Tapi entah macam mana, tiba-tiba, bila sampai tempat tu, terus tukar buat full body punya urutan.
Saya masuk satu bilik, hubby masuk bilik sebelah. Saya macam risau sikit sebenarnya, sebab tak biasa kan. Bilik urut itu tiada pintu, hanya ada tirai. Pembantu kedai tu suruh saya pakai kain batik yang dia sediakan. Saya tengok kain batik tuh...alamak, lusuhnya...he he he. Lagi satu, tempat baru kan, jadi saya memang tak confident nak buka baju kat situ.
Anyway, lepas tu tukang urut tu pun datang. Dia memang buta dan seorang India. Saya macammmm..."heh, inilah kali pertama saya jumpa tukang urut India..." saya pun pelik dengan diri saya...heee.
Dia masuk, dia pun tanya "akak sudah buka baju ke?"
Saya jawab "belum, saya takut".
Dia pun jawab "akak buka baju ye, saya nak basuh tangan sekejap"
Saya pun pergi betulkan langsir yang bagi saya sungguhlah bahaya sebab memang boleh mengintai kalau orang mahu.
Bilang tukang urut tu datang, saya cakap dekat dia, "cuba betulkan langsir tu, orang boleh intai"
Dia pulak jawab " mana boleh akak"
Langsung saya cakap dalam hati "mana tak nya, dia kan buta, she has got any idea how people can peep on others"
Anyway, tukang urut tu mencadangkan supaya tutup lampu ajalah...ye lah, dia memang tak nampak pun kan, so, lampu tu on ke, off ke adalah irrelevant.
Saya pilih package 1 jam. Ada satu lagi adalah package 1 jam setengah. Tukang urut ni asyiklah suruh saya panjangkan setengah jam lagi. Saya kata kat dia, nanti saya tengok lepas ni, kalau okay, saya sambung (jawapan diplomatik tu namanya).
Dia pun mula lah mengurut. Mak aiii...what an experience lah.
Saya sebenarnya mengharapkan yang saya boleh relax tapi kali ni memang lah tak boleh relax. Dia ni kasaq sikit kut, hiks, saya rasa macam diuli...he he he.
Mak aiiii, tangan dia juga agak kasar dan kuat...sesuailah untuk badan saya yang besar ini.
Tapi dia buat laju, macam orang uli roti cari tuh...ha ha ha.....sakit juga tu siki-sikit. Lepas tu, ada masanya dia siap naik atas meja urut tuh, nak mengurut belakanglah kononnya, yang saya, siap toleh ke belakang untuk tengok apa pulak yang dia ni nak buat ni, dah lah keadaan kita tidak akan membolehkan kita berlari keluar laju-laju kan...
Saya siap tanya juga, "you buat apa tu?" Dia pun jawab "akak jangan risauuuu, saya tak buat apa-apa"
Hadoiii...stress gue.
Tapi semuanya berakhir juga. Saya pun punyelah lega dan duduk atas meja tu. Si tukang urut ni pun tanya "akak rasa ringan tak? akak rasa sedap tak?"
Saya dalam hati "tak de la saya nak buat full body massage kat sini lagi dahhhhh, hinsap la teman"
Waktu saya duduk dan baru nak relax tu, tiba-tiba si tukang urut tu telah pegang kepala saya dan PRAPPPPPPPP! haaaa, sekali! Macam yang tukang gunting rambut selalu buat tuh.
Saya pun apa lagi, menjerit kuat-kuat la..dia gelak aja. Dalam tak sempat nak hilangkan terkejut yang pertama tu, tiba-tiba dia buat lagi sekali, berlawanan arah PRAPPPPPP!
Ya Allah...takutnya saya, takut urat tengkuk saya putus.
Tapi si tukang urut ni terus tanya juga "sedap tak akak"
Saya tak tahu nak jawab apa, saya cakap "beraninya awak ni"...
Lepas tu, saya pakai baju dan tunggu hubby kat luar. Hubby pulak, bila keluar, saya tengok mata merah, dia kata, di lena through out the session...mesti dia boleh relax tu...dia kata best.
Saya cakap kat hubby, lain kali, kita buat refleksologi aja cukup lah. Rasanya saya lebih selesa untuk beurut di rumah aja, dengan tukang urut biasa saya tuh...
cikbib..try massage spa kat Sooka Sentral.. hehehe..mesti nak repeat.. hehehe
ReplyDelete