Semalam, sewaktu sampai sahaja di rumah selepas kerja, saya perasan yang suami saya tidak seceria biasa.
Saya pulak tak sempat nak bersembang sebab saya rasa macam nak ke toilet. Sayapun cium tangan hubby dan sempat tanya sama ada kami akan keluar makan atau pun tidak. Shuk jawab "mungkin ye, mungkin tidak. Nanti saya bagi tahu kemudian".
Being myself, saya terbengang juga sikit sebab jawab aja lah ye ke tak kan? Sebab senanglah lepas solat, terus pakai baju yang sesuai supaya tidak perlu turun naik tangga nak salin-salin baju ke apa.
Tapi tak pe, pergi ajalah toilet dulu, langsung mandi, langsung berwuduk juga sebab dah pukul 7 lebih waktu tu. Sementara menunggu azan Maghrib, sempat pulak saya clear kan beg beg yang kami bawa balik beraya tu. Clear tu bermakna saya simpan di tempat sebenarnya sebab sebelum ini semuanya di atas lantai aja. Saya tahu, memang kalau nak rumah kemas, saya sepatutnya dah simpan lama, tapi sebab ada penyakit M yang besar, saya tangguh-tangguh la juga...tapi bila dah selesai, hati rasa happy, alhamdulillah.
Saya pun solat dan lepas solat saya maintain aja pakai uniform di rumah. Rasa macam nak merajuk aja, maknanya, kalau Shuk ajak keluar pun, rasa macam nak cakap, tak yah laaa...walaupun sebenarnya saya rasa perut saya lapar.
Tengok-tengok, Shuk pun pakai kain pelekat aja lepas tuh dan terus diam. Saya dah angin dah ni. Apasal pulak merajuk/jual mahal tak tentu fasal kan...kami belum sempat bersembang/buat apa-apapun untuk dijadikan penyebab merajuk ni.
Tunggu punye tunggu akhirnya saya tak sabar, teruslah tanya. "Kenapa senyap? Ada masalah ke ?...bla bla bla bla"?
Dia mula-mula macam tak nak jawab tapi lepas tu bagi tahu yang gusi dia sakit. Dia tak boleh makan dan bila bercakap sakit.
Iskkk...saya geram betul dengan keadaan tidak mahu membagi tahu cerita sebenar supaya orang lain faham dan tidak tertanya-tanya atau geram. Walau pun kali ini durasi nya dalam 2 jam, tapi ini bukanlah kali pertama suami saya ni menyimpan masalahnya sehingga menyebabkan saya meletup marah! Dia ingat dia nak menyelamatkan saya dari risau ke apa, tapi end up, lagi MALATOP saya ni.
Aihhh, and I guess he never learns. Maybe ramai lagi orang lelaki yang macam tu di luar sana agaknya? Saya tahu abang saya juga suka membuat keputusan/perancangan sendiri dan seterusnya tidak berkongsi dengan keluarga, termasuklah isteri. Tak ke kecik hati isteri kalau macam tuh.
Hmmm...dalam sian-sian tuh, saya sempat juga membebel...(tahu tak ada drama dalam tv yang bertajuk Bib Bebel?). Bukan bebel la, tapi saya cakap matter of factly.
Saya cakap lah, apa-apa pun yang BERKOMUNIKASILAH! Let people know, let people understand and let them decide how to deal with it. It is so unfair to keep people guessing sampai stress. Aihh!
Hmmm, saya macam marah pulak dalam post ni...heeeee. Tapi lepas saya tahu hubby sakit gusi tu, saya sian aja kat dia. Pagi tadi pun, dia tak larat nak bangun dah. Mungkin bila dengar penyakit ni macam tidak major, tapi saya faham akan sakitnya, dan macam mana perkara yang sekecil ini memang boleh mengganggu kehidupan. Macam saya bila sakit telinga...memang stress.
Tapi waktu solat isyak dengan subuh tadi, saya doakanlah semoga suami saya sabar menghadapi dugaan Allah. Yakin jugalah yang kesakitan ini akan menghilangkan sedikit sebanyak dosa-dosa kita insya allah. Semoga dugaan yang datang akan menjadikan kita insan yang lebih baik...saya doakan Shuk cepat sembuh ye..sebab saya banyakkk benda nak gossip sama Shuk..eh?
No comments:
Post a Comment