Friday, August 16, 2013

A Day Before Raya

Cerita kali ini adalah mengenai persiapan hari raya. Yup, a day before raya.

Pada hari itu, last day of puasa, hubby dan saya tdoq balik lepas sahur dan solat subuh. Kakak saya, Mekyah dan keluarga pun tdoq juga sebab mereka sampai lambat malam sebelumnya. Tapi, Abang Hab saya, dan isteri telah terus mandi dan bergerak ke pasar. Mereka pergi ke pasar Tg Rambutan. 

Di Kg, we have options whether to go to Chemor Market, Tg Rambutan Market or Ipoh Market. Due to certain reasons, Abang Hab chosed Tg Rambutan this time. Dia telah beli kerang, tulang, ikan dan sayur dll.

Bila saya bangun pagi dalam pukul 9.30, saya tengok rumah telah siap di mop. Alhamdulillah, anak sedara saya Huda sudah mop rumah.

Bila saya turun ke dapur, saya tengok sup tulang sudah di atas dapur dan kerang sudah siap direbus dan menunggu untuk dikopek. Banyak benda lain yang in progress jadi saya terus participate lah.

Kerang yang telah direbus...

Mula-mula saya tolong kopek kerang. Kerang ini akan di buat rendang. Sebenarnya ada lagi mereka-mereka yang berjanji untuk menolong mengopek kerang ni, tapi mereka tidur lagi.

lepas aja siap dikeluarkan isinya, kak ina terus buat rendang....siap satu menu. Kalau you all perasan, kuali yang digunakan adalah kuali tembaga...kuali special

sup tulang juga siap sebelum jam 12.00

Selain dari memasak, ada banyakkkk aktiviti lain yang kami buat. Antaranya adalah membetulkan kunci pintu rumah. Ini anak sedara saya Afiq yang tolong ayah dia. Afiq juga telah betul kan lampu di tingkat atas rumah, tapi saya tak larat nak naik dan tangkap gambar...sooo...no pictures ye

Ini Abang Hab saya membetulkan bebola di tangki air...

Saya juga telah menyiapkan sambal udang petai. Juga siap awal, yakni sebelum kami semua break fo zohor and short nap

Ini rendang kerang yang sudah siap

Lepas tu kakak saya dari Putrajaya sampai. Saya pulak telah keluar ke Mydin dengan hubby. Beli barang-barang sikit


Anas, anak kakcik saya. Dia sorang ajalah yang ingat sikit dekat buku sepanjang cuti raya ni. Yang lain, saya tak nampak pun.


Yang lain, depa sembang....

atau tidur

Haaaa, ini separuh dari selipar budak-budak tu

sebelum berbuka, kak ina masak ikan sweet sour. Mekyah pulak, masak sayur. Maksudnya, sebelum berbuka, kami buat benda simple simple aja

Ini menu...ada ikan masak singgang juga khas untuk abang ipar saya yang berasal dari Terengganu

Haaa, siap naik atas kerusi untuk mengambil gambar

Bergambar sebelum berbuka

lepak atas tangga, tunggu waktu berbuka

Berbuka...separuh dari keluarga saya. Gambar ini diambil dari tingkat atas rumah saya

Lepas tu, solat Maghrib berjemaah



Lepas solat isyak, kami buat tahlil


Tu dia, tok imam kami, Abang Radzi


Lepas tahlil, ada moreh....makan lagi. 

Lepas tu, kak cik saya dan keluarga telah pergi ke Kuale, rumah parents suami dia. 

Saya tidur awal sebab macam penat. Tapi, esoknya saya kena bangun awal sebab nak masak my "signature dish" tu kan, ayam masak merah...he he he



No comments:

Post a Comment