Seperti dalam post yang terdahulu, saya ada mention yang saya telah masuk tidur awal malam sebelum raya sebab saya macam penat. Tidur di kampung ni malamnya sejuk, jadi tiada masalah langsung untuk lena walaupun jalan raya di depan rumah tu sibuk ya amat, lebih-lebih lagi bila ada lori yang lalu.
Walau bagaimanapun, nyamuk adalah sedikit banyak. Hubby dengan saya adalah antara yang rajin untuk menyembur ridsect pada waktu maghrib, sebab kalu tidak kalu, haaaa, sibuklah saya bersilat dengan nyamuk.
Anyway, saya sebenarnya telah lena macam itu aja dan akhirnya terbangun sebab rasa macam nak g toilet. Saya pun, dalam keadaan mamai tu, pergi lah toilet dan lepas tu dengan seronoknya nak sambung tidur balik assuming that it is still early (without checking what time it was).
Tiba-tiba alarm berbunyi, sayapun relax ajalah pergi off kan assuming that it's the usual alarm for sahur. Walau bagaimanapun, terdetik pulak nak tengok jam, dan tu dia, terkojut den, rupanye dah pukul 6.08 pagi. Hubby dan off kan alarm untuk sahur rupanya.
Saya pun apa lagi, melompat lah saya turun ke dapur...yes, untuk memasak ayam masak merah saya. Saya terus ambil kuali, letak minyak, lepas tu bawak keluar ayam, lepas tu goreng ayam, keluarkan barang-barang yang lain, clear kan tempat pinggan mangkuk yang penuh dengan pinggan semalam tuh, yup, saya lap dan susun tempat lain, masak air untuk buat air teh untuk minum pagi, perangatkan rendang daging, sempat keluarkan baju dari dalam washing machine dan pergi jemur.. dll...mop sikit dapur tu, yang itu, yang ini dll...Tapi bukan saya sorang lah, kakak saya, kakar ipar saya dan anak sedara saya pun ada...
tiba-tiba teringat yang baju raya hubby belum iron lagi. Tua dia, saya pun memecut naik ke atas, tengok-tengok hubby dah iron sendiri...thank you Shuk...
Lepas tu turun balik ke bawah, sebab nak sediakan tempat minum pagi untuk para lelaki budiman...heee, anak sedara saya dah siapkan..alhamdulillah.
Saya pun meneruskan masak ayam merah saya, dan telah siap dalam pukul 7.30 - 8.00 kut. Sebab terkocoh-kocoh sangat, saya memang terlupa langsung nak snap gambar. Heeee. But it was a success lah sebab semuanya telah habis pada malam raya pertama tu. In fact, kami telah sempat mengirim sedikit dariapada ayam itu ke Ipoh, atas request lah kan, alhamdulillah.
Okay lah, jom tengok gambar lah ye
haaaa, hidangan melapis perut sebelum pergi solat raya. Kan sunat untuk makan sebelum bersolat untuk aidil fitri kan?
Nak letak juga gambar ini, yup, menu istimewa untuk abang ipar saya yang berasal dari Terengganu...ikan ayer kut masak apa saya pun tak tau, masak singgang kut
Hmmm....ornag lelaki makan dulu sambil sembang-sembang
Lepas tu, depa pun pi solat, saya tidak boleh solat raya, jadi saya duduk di rumah aja, kemas dapur, mandi dan bersiap
Selepas solat raya, ada sessi bermaafan...ini salah sorang kembar dengan fesyen peplumnya
lepas tu ada sesi bergambar lah. Dah cantik dah gambar ni sebenarnya, tapi tiba-tiba ada pula hanger tu tersangkut...adoiiii. Ramai ini aja yang ada waktu pagi raya sebab kakcik dan keluarga telah balik ke KK malam sebelumnya.
Kakak & family pulak join kami selepas itu dan abang & family pulak sampai pada petangnya. And somehow, kami tidak buat sessi bergambar di luar rumah pada tahun ni...berubah angin.
Oh yeee, lepas bergambar, kami makan lagi...adoiiii, di kg ni memang banyak round la makannya.
Lepas makan, kami pergi beraya ke rumah abang dan adik-adik emak saya (pokcik/mokcik sayalah)
yang ni gambar mak uda dengan mak saya.
Lepas tu, pergi rumah Acu, adik emak saya, tapi tak de gambar la plak.
Lepas tu, pergi rumah andak, adik lelaki emak saya, tak de juga gambar.
Lepas tu, pergi rumah Angah, abang emak saya, baru ada gambar
the boys
the girls
us
Lepas tu kami pergi rumah kakak, gambar ada dalam samsung notes II saya yang susah sikit saya nak upload tu...nanti kemudian saya letak ye (bila tu?)...lepas tu kami balik, dan saya tertidur sat. Bila saya bangun, mandi, dan turun ke bawah, saya tengok budak-budak tu semua dah makan malam . Saya pulak, dalam tak nak makan tuh, makan juga sebab tidak mampu untuk menolak. Hmmm...lepas tu kami bersembangggg...lepas tu tidurrr.
Esoknya, saya dan hubby balik ke kg hubby pulak...
No comments:
Post a Comment